Wednesday, November 16, 2011
Badai semalam
Oh, pasal citer badai semalam tu memang best la. Citer ni adaptasi dari novel tulisan khadijah hashim. Dulu saper2 ambik subjek sastera kena baca buku sampai khatam sebab keluar dalam exam. Lakonan aaron aziz sebagai karim memang la mantap. Cair kejap. Era pulak memang hebat. Menjadi watak mazni tu. Yang lelain fizz fairuz, umi aida, emelda pun best jugak. Bagi saya citer ni best cuma ada lagi teater yang lagi hebat kot. Dari segi pergerakan prop macam x kemas sangat. Nampak orang berlari2 tolak props. Pastu pelakon tak nyanyi live. Miming jer.. So macam tak real bila diorg nyanyi. But overall citer memang ok.. Teknikal tu je lah ada flaw here and there.. So saper2 nak tengok masih sempat coz sampai 20 nov ni tayangannya...
Wednesday, November 09, 2011
Haji 2012
Kali ni saya dan adik nekad.. Bulan muharram ni, saya akan buat rayuan walaupun emak dan ayah baru mendaftar tahun ni. Macam2 pihak dah saya tanya. Tabung haji, travel agent.. Alhamdulillah, banyak info yang saya dapat. Tugas saya sekarang, memastikan duit dlm tabung haji mak dan ayah cukup, buat rayuan, daftarkan mereka ikut pakej swasta, buat follow up dan kalau perlu, terus buat rayuan demi rayuan. Kalau mengikut rekod travel agent.. Memang ramai yang baru memdaftar tapi dapat pergi pada tahun yang sama. Cuma harga nya agak mahal sikit berbanding muassasah.. Itu lah yang kami akan cuba.
Pada sesiapa yang membaca entry ini, satu saja saya mohon.. Doakan lah urusan kami ini dipermudahkan. Semoga hajat mak dan ayah saya ke tanah suci tercapai..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini.. Berkatilah usaha kami., semoga ki mendapat tempat bersama hamba mu yang beriman. Amin...
Monday, November 07, 2011
Dasyatnya Doa Ibu
Hari ni saya baru start membaca. Saya sendiri memang percaya kepada Doa kepada Allah. Selepas kita berusaha, doa adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Sejak sekolah2 lagi, saya pegang prinsip "Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan.". Alhamdulillah pegangan saya itu masih kekal ke hari ini. Sebab tu sekarang ni saya selalu terapkan dalam diri Aszra, kalau kite nak dapatkan sesuatu, kite kena usaha.. Then saya juga dah ajar dia berdoa selepas solat.. Selebihnya, berserah saja pada Allah. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Now, saya as ibu pastilah akan terus mendoakan kejayaan anak2 saya..
Monday, October 31, 2011
Hijrah Aszra

align="justify">Hopefully dengan pertukaran ini, Aszra akan lebih dapat menuntut ilmu dengan baik. InsyaAllah
Sunday, October 30, 2011
Rongak
So pagi tadi saya buat appoinment dengan doktor. Nak check gigi dia. Mintak advice apa yg boleh dibuat to make sure gigi kekal dia tumbuh elok. Kalau boleh elak pakai braces lagi bagus kan. Then doktor check bagi tahu gigi baru dia ok. Akan gantikan gigi yang tercabut tu. Tapi doktor kata, aszra ni kira awal ler gigj kekal tumbuh sebab dia baru 5 tahun kan. Selalunya nak masuk 7 tahun baru tumbuh. Gigi2 susu dia semua elok. Satu pun x ada yang rosak. Setiap 6 bulan mmg kami gi dentist. Lagi pun aszra bukannya suka makan junk food yang boleh rosakkan gigi. Ais krim, coklat.. Dia memang nak minat sangat...
For now, anak ibu rongak lah sikit gigi bawah.. Tapi always comelllll...
Friday, October 28, 2011
Dulu duduk rapat-rapat
Friday, October 21, 2011
Master of ceremony
Thursday, October 20, 2011
Monavie cegah kanser

Tuesday, October 18, 2011
Prihatin tak?

Thursday, October 13, 2011
Single Handed
Monday, October 10, 2011
Bila Acip Ibu Demam
Eh actually nak citer si kecik ni yang demam. Dah dua hari dah.. Kejap ok kejap panas balik. Merenget2 dia. Tapi bila time elok, bukan main aktif.. Suara dia je paling kuat. Risau saya bila dia ni demam.. Yer la dia ni kan pernah masuk hospital dah dua kali. Sekali tu demam.. Satu lagi rotavirus.. Hopefully kali ni x melarat.. Dah le ayahnya kena outstation next week.. Cepat sembuh yer adik...
Wednesday, October 05, 2011
Tak percaya?
Monday, October 03, 2011
Final exam
Good Luck sayang ibu!
Ni adalah exam terakhir Aszra di NURI. Tahun depan Aszra akan ke Genius Aulad (GA). Alhamdulillah GA dah pun dibuka di Setia Alam. Kenapa saya tukar sekolah Aszra? Bagi saya pendidikan di NURI memang bagus. Banyak perkembangan Aszra yang saya dah nampak. Tapi sebenarnya jauh disudut hati saya, memang saya teringin nak Aszra ke sekolah beraliran agama. Di Setia Alam hanya ada Little Caliph tapi sangat lah crowded. Banyak komen dari ibu bapa yang saya dengar. Saya enroll Aszra di NURI tahun ni sebab kat situ ada subjek agama, jawi dan bahasa arab. Tapi ianya tidak lah mendalam. Bila nampak iklan GA di Setia Alam, saya nekad nak tukarkan Aszra ke situ. Saya nak bina pendidikan asas agama yang kukuh untuk Aszra. Saya risau kalau saya dan en suami tak mampu nak bagi didikan agama yang baik. Masa untuk anak2 sangat terhad. Saya dan en suami hanya boleh duduk lepak ngan anak2, borak2, main2..selepas pukul 9 malam setiap hari. Pukul 11 saya dah ajak mereka tidur. Jadi saya harap sangat, pendidikan di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu Aszra dalam pendidikan agama. Sekarang ni pun saya dan start plan untuk primary school Aszra. Niat hati nak hantar di ke sekolah rendah agama integrasi. Semoga Allah permudahkan urusan kami.....InsyaAllah.
Wednesday, September 28, 2011
Mari Menari


Monday, September 26, 2011
Mobile posting
Merempit ke Ofis


Monday, September 05, 2011
Selamat Hari Raya 2011

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Hari ni, Isnin 5 September 2011. Saya telah pun kembali berada di Pejabat. Lepas seronok bercuti seminggu.. hari ni akan memulakan tugas seperti biasa. Ada projek yang menanti, thats y x boleh cuti panjang. This coming 2 weeks ni memang akan menjadi minggu yang busy. Lepas tu baru yang akan ambil cuti lagi.
Raya tahun ni seperti biasa disambut sederhana. Kami beraya di Seremban (mertua). Tapi petang raya pertama dah balik ke rumah mak saya di Kapar.Raya kedua.. ronda rumah saudara mara. Tahun ni raya rasa best sebab raya kedua tu jatuh pada hari lahir saya, 31 Ogos.. Kalau tak raya pun, memang tiap2 tahun cuti sambut merdeka. Sempatlah potong kek..ehhehe. Raya ke tiga.. kami balik ke Mersing, kampung ayah mertua. Tapi singgah dulu di Batu Pahat, kampung mak mertua. Memang jauh kami beraya. Spent 3 hari kat Mersing. Sabtu dah balik ke Setia Alam.. dan Ahad sempat lagi beraya collect duit raya anak2..ehehheh.

Thursday, July 28, 2011
Harimau Lawan Singa..siapa menang?

Friday, July 22, 2011
Just Breath
Semua orang yang berkahwin, sure tak kan terfikir nak bercerai kan. Tapi kalau dah dtakdirkan jodoh tu tak panjang, nak buat macam mana. Yang kasihan anak2 la. Saya tak berani komen banyak tapi saya selalu baca kisah2 benar tentang wanita yang bercerai kat dalam blog.. kadang2 saya turut menangis especially bila mereka cerita pasal anak-anak yang masih kecil, yang tak faham kenapa perlu bercerai. Ada satu blog ni, anak perempuan dia umur 6 tahun, lepas mak ayah dia bercerai dia jadi pendiam. Pergi sekolah selalu menangis sebab nampak kawan2 ada mak dan ayah. Pastu bila teacher tanya... dia boleh jawab hidup dia dah hancur. Dia tak tak ada ayah. Budak sekecil tu terpaksa terima kekecewaan. Yerlah.. kebetulan dia rapat dengan ayahnya.. Menangis saya baca kisah budak tu.
Dalam perkahwinan ni, yang penting give and take. Saya mungkin tak layak bagi tips memandangkan usia perkahwinan saya baru nak masuk 7 tahun. Tapi yang selalu saya pegang ialah.. dalam rumah tangga ni kena banyak bersabar. Setiap hari kita kena berusaha untuk kekalkan kebahagiaan. Kalau kita give up, memang la masalah yang akan timbul. Semua perkahwinan ada pasang surut. Part saya, saya lebih suka untuk meminta maaf dan memaafkan. Ego letak la jauh2. Bukan untuk isteri je.. both suami isteri kena buat macam tu. Kalau isteri je yang selalu memaafkan dan mintak maaf.. abis la isteri yang kena buli kan.. Tipu la kalau saya kata saya tak pernah bergaduh besar dengan husband, tapi kita kena tahu cara untuk selesaikan masalah tu. Jangan biar masalah tu tergantung. Makin banyak masalah yang dibiarkan tanpa penyelesaian, makin selalu la masalah akan timbul... Ada yang agak susah untuk diselesaikan.. tapi jangan berhenti berusaha.. InsyaAllah ada la jawapannya... Sama2 la kita jaga hubungan keluarga yang kita bina. Keputusan yang kita buat hari ni, kesannya terasa untuk anak2 sampai bila2...
Thursday, July 21, 2011
Asyif bin Asrof


Dia ni kalau nak tidur tak kira tempat.. makanan dlm mulut pun leh tertido
Wednesday, July 13, 2011
Birthday Bapak Budak


Malamnya pulak, saya buat2 sibuk packing baju2 nak ke sabah esoknya kan. Si Aszra tak sudah2 menanya, bila nak bagi ayah hadiah. Actually.. Sabtu tu, saya dah belikan dia hadiah.. ada dua. 1. T-shirt Green Lantern.. dan 2. Marvel 19" Galactus. Tepat kul 12, kami keluarkan kek yang saya tempah kat Siti Haida.. tema Green Lantern jugak. Suka lah en Asrof, tengok logo GL tu. Pastu Aszra bagi paper bag kat dia.. dlm tu ada t-shirt. Suka lagi dia. Pastu dah makan2 kek.. Saya suruh dia gi kat kereta Putra dia. Plan asal konon2 nak suruh dia alih kereta..pastu sure dia ternampak patung Galactus tu dlm kereta. Tapi boleh lak dia kata nak buat apa alih kereta malam2. Yer tak yer jugak kan... last2 saya paksa, saya kata gi la tengok dlm kereta ada apa.. dia pun pergi.. apa lagi.. memang senyum menyeringai sampai telinga la kan. Sebab dapat idaman hati. Dah berminggu2 dia duk ushar benda tu dlm e-bay la.. pikir nak beli ke tak.. sekali dapat.. harus lah berbunga2 kan. Heheheh. Actually saya beli dari sorang lelaki yang namanya pun saya tak tahu. Jumpa contact no dia kat mudah.my. Saya hanya sms2..pastu plan jumpa kat depan Alpha Angle , Wangsa Maju. Gigih saya ke sana.. Alhamdulillah.. dapat pun. Hopefully si dia suka.

Tak terlambat saya nak ucapkan selamat hari lahir untuk ayah anak2 saya..Asrof Abdul Rauf. Love u so much!
Tuesday, July 12, 2011
Ke Sabah Kami
Ok la.. nak cerita. 27-29 Jun lepas, saya dan keluarga ke Sabah. Tiket Air-Asia ni dah beli lama since Oktober 2010, masa promosi. Total cost penerbangan pergi baik hanya RM 450 untuk 7 tiket orang dewasa dan 1 tiket infant. Murah sangat kan...
Day1 - Sampai di KK around pukul 2. Terus ke Promenade Service Apartment. Oh ya.. nak ingatkan kat sini.. kalau nak book promenade ni better book thru online.. memang lah dapat murah. Tempatnya not bad.. besar giler. Kat sana kami sewa Avanza. Actually hari pertama more on ronda2 KK dan lepak2 kat Pantai Tanjung Aru. Sebelah malamnya kami ke Philipine Night Market. Terkejut mak saya tengok sayur murah2. Pastu kami makan seafood yang besau2 kat situ..










Day 3 - Pagi2 dapat call dari Azlan, kawan en Asrof. Dia paksa kami ikut dia dan keluarga ke Pulau Manukan. Dia kata.. kalau gi KK tapi tak pergi ke Pulau Manukan ni memang rugi la. So, kami pun ikut la.. Memang pun tak rugi kami ke sana. Sangat lah cantik tempatnya. Naik speed boat dalam 15 minit dah sampai. Kat jeti tu airnyer jernih.. siap nampak ikan2 dalam laut tu. Memang cantik. Anak2 saya sempat mandi kat pantai. Kami yang dewasa ni lepak2 makan2 je.. Pukul 11 kami dah berada di KK semula. Now time for shopping sebelum balik KL. Ronda2 pasar kraftangan tu. Beli la souvernir untuk in laws dan kawan2. Belah petang, kami dah gerak ke Terminal 2. Flight pukul 6.30ptg. Alhamdulillah..sampai LCCT dalam pukul 9.00 malam la jugak.
Monday, June 20, 2011
Result exam
Hari untuk Ayah


Tuesday, June 14, 2011
Darah seni

First Family Drawing
Tuesday, June 07, 2011
Bersalin lepas berlibur



Monday, June 06, 2011
Basikal dan saya

Sehinggalah semalam.. 5 Jun.. saya memiliki basikal baru. Horayyyy.. basikal gaya mountain bike yang telah diubah suai dengan bakul dan tempat duduk belakang. En. suami tercinta yang belikan. Asal nya ke kedai basikal untuk beli basikal baru untuk Aszra sebagai hadiah hari lahirnya last week. Dah pilih basikal Aszra, en. suami tanya.. nak basikal ke.. ehheheh.. Orang dah offer, kita ambik je la kan. Memang sengaja saya pilih basikal yang ada bakul dan tempat duduk belakang. Minggu depan, seat untuk kanak2 akan dipasang kattempat duduk belakang tu. So, mudah lah saya bawak asyif. Bestnya.. memang dah lama jadi hasrat hati, nak ada basikal. Petang2 atau pagi2 ahad.. boleh la saya mengayuh bawak asyif, aszra mengayuh basikalnya sendiri dan en suami pulak berjogging. At least a part of exercise la kan. Nak belari mcm leceh sebab ada anak kecik.. so dengan basikal, anak kecik pun saya angkut sekali... horayyy.. terima kasih en. asrof.
Monday, May 30, 2011
Ibu yang rindu
Thursday, May 26, 2011
Doa

Monday, May 23, 2011
Acip tengok wayang

Friday, May 20, 2011
Bila Larut Malam


Thursday, May 12, 2011
Wakil sekolah
Tuesday, May 10, 2011
''I" untuk saya

Friday, May 06, 2011
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah, 4 Mei 2011 yang lalu, saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tahun 2010. Memang saya tak sangka langsung akan dapat anugerah ini dalam masa hampir 4 tahun perkhidmatan saya dengan kerajaan. Tapi memang dah rezeki saya tahun ini. Tiap2 tahun saya dengar orang dapat APC ni. Pernah terfikir entah bila la saya nak dapat..maklumlah, saingan di sektor awam ni tinggi jugak. Tapi semua tu tak mematahkan semangat saya untuk terus bekerja dengan ikhlas. Syukur sangat, penat lelah bekerja dibalas dengan anugerah seperti ini. Saya memang aktif di ofis. Selain kerja hakiki di program EPSA, saya pun join aktiviti ko-kurikulum.. bowling, jadi emcee sana sini, exco kelab dan lain2. Ala2 mcm kat universiti la jugak dulu. Mungkin dah terbiasa kot. Saya memang tak pandai duk diam2 buat kerja. Itu lah diri saya...
Majlis berlangsung pada malam 4 Mei tu di PICC. Kali ni majlis agak grand dari tahun2 sebelumnya. Siap buat dinner tu.. Sijil anugerah pun Menteri yang sampaikan tahun ni. Memang happy sangat. Tapi saya tahu, disebalik penghargaan ini, ramai2 insan2 penting yang sentiasa menyokong saya. Keluarga saya yang terutama.. en suami yang sangat memahami.. anak2, emak, ayah, adik.. keluarga di ofis.. saya ada kawan2 yang juga sangat menyokong sesama sendiri.. terima kasih semua...

