Wednesday, November 16, 2011

Badai semalam

Isnin lepas saya dan en suami ke panggung sari istana budaya menonton teater badai semalam. Selain dr saya ni memang minat teater, sebab utama nak sangat tgk citer tu ialah si aaron aziz tu ler... Puas hati dpt tgk mamat tu secara live.. Lately ni minat benor le citer2 lakonan aaron tuh. Sib baik lah encik suami memahami. Habis je teater tu dia lah beriya2 keluar cepat2. Sebabnya ialah nak gi beratur untuk sesi otograp dan bergambor ngan artis. Bukan dia yg nak ambik gambor tp sebab dia tahu bini dia suka bebenir. Sanggup gi beratur dulu. Kira orang no 3 lah yang beratur tu. Saya keluar2 je terus ambik trmpat dia dan dia pun get ready ngan kamera. Memang terbaiklaj shot dia.. Close up gitu.. Heheheh..

Oh, pasal citer badai semalam tu memang best la. Citer ni adaptasi dari novel tulisan khadijah hashim. Dulu saper2 ambik subjek sastera kena baca buku sampai khatam sebab keluar dalam exam. Lakonan aaron aziz sebagai karim memang la mantap. Cair kejap. Era pulak memang hebat. Menjadi watak mazni tu. Yang lelain fizz fairuz, umi aida, emelda pun best jugak. Bagi saya citer ni best cuma ada lagi teater yang lagi hebat kot. Dari segi pergerakan prop macam x kemas sangat. Nampak orang berlari2 tolak props. Pastu pelakon tak nyanyi live. Miming jer.. So macam tak real bila diorg nyanyi. But overall citer memang ok.. Teknikal tu je lah ada flaw here and there.. So saper2 nak tengok masih sempat coz sampai 20 nov ni tayangannya...

Wednesday, November 09, 2011

Haji 2012

Saat ini, hati saya bagai didorong dengan kuat untuk berusaha menghantar emak dan ayah menunaikan haji tahun depan. Setiap kali tengok rancangan panggilan baitullah atau mana2 siri haji, sayu dan pedih sangat rasa hati ni. Sampai saya pernah menangis kerana saya sedih, sebagai anak saya rasa bertanggungjawab untuk menyediakan mereka ke tanah suci.

Kali ni saya dan adik nekad.. Bulan muharram ni, saya akan buat rayuan walaupun emak dan ayah baru mendaftar tahun ni. Macam2 pihak dah saya tanya. Tabung haji, travel agent.. Alhamdulillah, banyak info yang saya dapat. Tugas saya sekarang, memastikan duit dlm tabung haji mak dan ayah cukup, buat rayuan, daftarkan mereka ikut pakej swasta, buat follow up dan kalau perlu, terus buat rayuan demi rayuan. Kalau mengikut rekod travel agent.. Memang ramai yang baru memdaftar tapi dapat pergi pada tahun yang sama. Cuma harga nya agak mahal sikit berbanding muassasah.. Itu lah yang kami akan cuba.

Pada sesiapa yang membaca entry ini, satu saja saya mohon.. Doakan lah urusan kami ini dipermudahkan. Semoga hajat mak dan ayah saya ke tanah suci tercapai..

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini.. Berkatilah usaha kami., semoga ki mendapat tempat bersama hamba mu yang beriman. Amin...

Monday, November 07, 2011

Dasyatnya Doa Ibu

Saya baru keuar dari MPH Giant, Senawang. Tengok2 kereta tak siap dicuci lagi. So sementara menunggu, baik saya baca buku. Actually saya baru beli buku Dasyatnya Doa Ibu, tulisan Syamsuddin Noor. Finally, dapat juga saya buku ni. Before this saya hanya mendengar dan membaca review tentang buku ini. Rata2 ramai yang bagi good review. Ada yang sampai mengalir air mata katanya. Wallahualam..

Hari ni saya baru start membaca. Saya sendiri memang percaya kepada Doa kepada Allah. Selepas kita berusaha, doa adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Sejak sekolah2 lagi, saya pegang prinsip "Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan.". Alhamdulillah pegangan saya itu masih kekal ke hari ini. Sebab tu sekarang ni saya selalu terapkan dalam diri Aszra, kalau kite nak dapatkan sesuatu, kite kena usaha.. Then saya juga dah ajar dia berdoa selepas solat.. Selebihnya, berserah saja pada Allah. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Now, saya as ibu pastilah akan terus mendoakan kejayaan anak2 saya..