Wednesday, September 28, 2011

Mari Menari

Tetiba petang ni rajin lak nak post something. Actually nak cerita. Last 2 weeks, saya agak busy dengan Program Gemboree di INTAN. Saya terlibat sepenuhnya kali ni. Di beri kepercayaan sebagai Project Manager untuk Sambutan Hari Malaysia di INTAN pada 16 September 2011. Sambutan ni salah satu aktiviti dalam program Gemboree yang berlangsung 6 hari di INTAN. Start 12-17 September, INTAN sangat meriah dengan mcm2 aktiviti.





Saya bukan nak citer banyak tentang semua program..tapi saya nak citer apa yang saya sebuat selain jadi PM untuk sambutan hari Malaysia tu. Kali ni saya mencabar diri saya untuk menari. Saya join team tarian untuk hari perasmian dan Malam Semarak Bangsawan. Berlatih selama 6 hari dengan cikgu dari Aswara. Setelah 16 tahun saya meninggalkan persembahan tarian, kini saya bergiat kembali. Kenapa lah gatal2 nak pilih tarian lak kan.. Tujuan saya hanya satu. Saya grab peluang ni sebab saya nak tunjukkan pada Aszra.. ibu dia boleh buat apa saja. Nak ajar dia.. in life kite boleh pilih nak buat macam2. Tak perlu malu atau segan. Saya nak dia tengok how to perform the best especially atas pentas. Actually Aszra pun akan menari untuk konsert akhir tadika NURI. Sebab tu saya nak tunjukkan kat dia.. dia pun boleh buat mcm ibu dia... Alhamdulillah masa Malam Semarak Bangsawan.. saya menari didepan semua ahli keluarga saya.. suami, anak2.. emak ayah..adik dan adik ipar.. Walau umur saya dah mencecah 33 tahun.. saya tahu, banyak lagi yang saya boleh buktikan yang saya boleh buat!

6 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

wahh dasattt cayalah as ;-)

Azmir Ismail said...

lagu backing Joget Lambak - Adam - :D

itangmanih said...

kalu sy ada,mesti sy join juger...mengenang kenangan menari di sekolah...hehe

Unknown said...

heheheh.. tak sangka kat mareld pun minat menari yer..hehehe

Diana.. saya memang suka menari masa kecik2 dulu..ehehh dah besar dan ditambah pulak faktor bentuk badan yang mengembang, tu yang fikir banyak kali nak menari tu..ehhehe

itangmanih said...

minat...pernah menari kat Indonesia ms lawatan kebudayaan kt sana...hehe..kt sekolah plak,hampir2 nk ke Jepun tp sbb ms tu Form 3,so pengetua x bagi..sobsob...

Anonymous said...

coach outlet, moncler outlet, canada goose, pandora jewelry, louis vuitton, canada goose, marc jacobs, louis vuitton, wedding dresses, louis vuitton, moncler, canada goose, moncler, bottes ugg, swarovski crystal, pandora charms, moncler, ugg boots uk, juicy couture outlet, replica watches, ugg,uggs,uggs canada, canada goose outlet, moncler, louis vuitton, moncler, pandora charms, swarovski, ugg,ugg australia,ugg italia, canada goose, karen millen, canada goose outlet, pandora jewelry, links of london, moncler, ugg pas cher, montre pas cher, thomas sabo, toms shoes, juicy couture outlet, moncler, supra shoes, doudoune canada goose, sac louis vuitton pas cher, canada goose uk, hollister