Thursday, December 31, 2009

Hari Terakhir 2009

Salam hari Khamis.. terakhir di tahun 2009. Kejap je masa berlalu.. rasa mcm baru je sambut 2009 hari tu... Hari ni semua tempat lengang. Jalan tak jem.. ofis pun mcm tak ada orang je. Ramai yang bercuti agak nya kan....
Seperti biasa axa tiap2 tahun akan review balik apa azam tahun 2009 yang tercapai dan apa yang dah berlaku suka duka sepanjang tahun 2009. Sekadar review.. mana yang baik kita akan kekal kan.. mana yang tak baik kita ubah la pada tahun 2010 kan.

Azam 2009 (capai ke tak?)

1. Gi holiday - Kalau ikut azam 2009 tu awal tahun nak gi holiday dalam negeri je.. then hujung tahun baru nak keluar ambik angin seberang laut. Tapi yang tercapai yang dlm negeri je la.. Mei 2009, kami sekeluarga ke Langkawi.. saja jalan2. holiday hujung tahun terpaksa ditangguhkan memandangkan pada saat ini axa sangat sarat mengandung..........heheheheh

2. Planning for a new baby - Alhamdulillah azam yang ni tercapai.. axa disahkan mengandung bulan Jun hari tu dan insyaAllah Baby As ni akan keluar awal februari 2010. Syukur sangat2.. doa Aszra untuk dpt adik dimakbulkan....

3. Nak makeup umah KAMI. - So far rumah KAMI dah lengkap dengan perkara2 asas. Kitchen kabinet semua dah ada.. pastu kami create simple garden je.. pokok pagar pun dah tumbuh dengan cantiknya.. nak make up lain2 insyaAllah tahun 2010.. start pregnant hari tu memang agak malas nak make up rumah...

4. Pendidikan Aszra - Azam, 2009, nak carikan aszra weekend class supaya dia boleh bercampur gaul dengan orang lain dan kelas tu harus dlm bahasa inggeris. Alhamdulillah.. Mula April - Disember 2009, aszra dah pun kami hantar ke kelas Tumble Tots Subang Parade. Banyak improvement yang kami dapat lihat especially dari segi confident dia.. english vocab.. dah leh faham dan ckp bahasa inggeris dah si kecik tuh. Tapi kami terpaksa stopkan kelas Tumble Tots tu kerana kenaikan yuran yng melampau jugak kan... dari RM 428 per semester (class once a week - 1 1/2 hours ) kepada RM 1300 per semester. Aduhai... 3 kali ganda naiknya. Sayang jugak stopkan kelas dia.. tapi nak buek cam no.. baik axa hantar daily class kat smart reader yang bayaran dia pun hampir sama.. lagi dapat gi kelas tiap2 hari... Tapi even kami stopkan kelas tu, kami ganti pulak dengan kelas music kat Yamaha Music School. Start on 2 Januari 2010 ni. So..tak lah aszra terasa sangat kan.. lagi pun kelas music ni best sebab setiap org dpat satu organ masa dalam kelas... Selain dari weekend class, kami juga hantar aszra gi kelas mengaji kat Iqra' Bestari. Alhamdulillah penerimaannya sangat baik... dah kenal huruf2 jawi dan dah boleh membunyikan pulak tuh....

5. Nak kurus - Nampaknya tak tercapai la azam yang ni sebab dah mengandungkan. Tak apa.. kite forward ke tahun 2010 lepas habis pantang nanti..hehehe

Hmm.. ada yang tercapai dan ada yang tak tecapai.. tak apa la.. kite hanya manusia yang mampu merancang.. Allah la yang menentukan segalanya. 2009 sememangnya akan meninggalkan kenangan dalam diri axa sendiri. Sebenarnya banyak peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang 2009 ni... yang ada diantaranya menguji kesabaran axa sebagai seorang manusia. Tapi Alhamdulillah.. sehingga di hari terakhir 2009 ini axa masih waras dan masih mempunyai pegangan dan pendirian yang kukuh. Segala dugaan telah axa harungi dengan kewarasan akal fikiran. Walau pun ada antaranya mengguris perasaan, namun kekuatan berfikir secara positif menjadikan axa lebih matang untuk mengharungi liku2 kehidupan.. (mcm ayah novel la pulak)... Apa pun axa bersyukur diberi kekuatan... biarlah segala yang berlaku di 2009 menjadi kenangan.... dan sinar 2010 akan lebih membawa kebahagiaan.. InsyaAllah.....Selamat tinggal 2009...

Monday, December 28, 2009

Happy Besday Ayah

Salam... hari ni 28 December 2009.. ayah genap 63 tahun. Selamat Hari Jadi Ayah..Alhamdulillah.. ayah masih boleh dikatakan sihat la. sebab masih gagah leh drive kan.. leh jalan2 ngan mak gi Melaka berdua-duaan lak tuh. Cuma lately ni ayah selalu kena Gout.. hmm tu pun sebab tak jaga makan. Kalau tak.. memang jauh la lagi jalannya. Ada dengar2 jugak ayah ada plan nak gi Terengganu berdua je ngan mak.. jauh la Ayah.. tunggu pergi ngan we all la...ayah boleh duk relax je kat seat belakang.


Last nite we all gi dinner sempena besday ayah kat Splendid - Restaurant & Cafe. Punyer la pening nak fikir makan mana.. last2 decide makan situ. Sebab kat situ ada chicken chop (ayah nak) nak bawak gi western nyer restoran, mak lak tak makan western.. Mak nak yang ada makan goreng2.. so kat Splendid tu ada jugak jual nasi goreng dan nasi lemak. Lega.. dapat full fill keinginan setiap orang.


Ayah dengan menantu2 nyer

Tahun ni Ayah dapat hadiah special dari kami adik beradik. Ni adik dan cik Jad nyer idea la. Cuba tengok gambar bawah tuh.. Yup. Ayah dapat electric guitar siap ngan Amp. Punyer la tersenyum ayah.. maklum la memang ayah axa ni kan bekas musician. Kat rumah tu kite kapok ada dua dah.. gitar akustik ebanes ada satu, gitar elektrik ayah aszra pun ada.. dan sekarang bertambah satu lagi gitar elektrik. Menjadikan semunya ada 5 gitar dah.. Tapi tu la hobby ayah. Suka tengok ayah happy. Walaupun ayah hanya main sendiri2.. tapi memang puas la kan. Dengarnya ayah nak ajak kawan2 ex-group dia dulu kumpul duduk jamming kat umah. Kat umah axa tu tinggal tak ada drum je. Bilik belakang ayah nak jadikan studio dah... amp je dah ada 3. Keyboard axa la yang akan main..ehhe.. kena tunggu bersalin dulu la nampaknya kalau nak jamming anak beranak. Adik dan Aszra leh jadi penyanyi. Ayah, ayah aszra dan Cik Jad surelah bergitar kan.... emak??? emak masak kat dapur sambil dengar we all memekak..hehehehhehe.......... btw.. Selamat Hari Jadi Ayah..Semoga Ayah panjang umur dan murah rezeki.


Ayah dengan gitar baru

Thursday, December 24, 2009

Aszra yang Solehah

Salam petang khamis.. terasa malas betul hari ni. Esok cuti krismas...horeeyyyyyy. Rasanya nak gi shopping barang baby la esok. Oh...bukan nak citer pasal baby dlm perut ni tapi nak citer pasal kakak si Baby As ni, Aszra binti Asrof, buah hati pengarang jantung tu la.



Ni la kakak2 yang suka sangat gomol2 Aszra masa kat kelas.. finally si Aszra ni lak yang rimas. habis senget2 tudung dia.


Semalam... bertempat di Dewan Raja Lumu, Muzium Shah Alam berlangsung la Majlis Anugerah Cemerlang, Khatam Al-Quran dan Amal Islami Institut Iqra' Bestari (IIB) 2009 untuk kesemua cawangannya. Kira majlis ni gabung semua cawangan la. Kat sini la si Aszra ni mengaji kan...so as ibu bapa yang prihatin axa dan ayah aszra pun pergi la... kira ni first time la kan axa dan ayah aszra nak gi majlis cam gini yang berkaitan dengan pencapaian anak2. Majlis ni mula kul 8.30 mlm... actually axa pun tak pasti sangat si Aszra ni ada nak naik pentas ambik hadiah ke. Maklum la selalunya bebudak yang ada ambik hadiah je ibu bapanya dijemput. Tapi ustazah dia yer2 suruh we all pergi. Then sampai2 dapat buku aturcara... tengok2.. ooo ada nak ambik anugerah jugak Aszra ni. Nama dia tersenarai dlm penerima Anugerah Kecemerlangan Kehadiran 2009. Baru teringat... ustazah ada bagi tahu axa... even Aszra baru je beberapa bulan mengaji..dia dapat anugerah ni sebab dia adalah pelajar paling muda yang mendaftar di IIB. Sebelum ni paling muda semuanya umur 4 tahun ke atas... so kira mcm diaorg bagi penghargaan atas kesungguhannya untuk mengaji.


Nama Aszra dalam buku aturcara... 4 orang je yang dapat dari IIB Setia Alam



Untuk pengetahuan, IIB ni ada tadika islam untuk kanak2 4-6 tahun, pastu ada kelas agama KAFA untuk bebudak darjah 1-6 dan juga kelas mengaji Qiraati bermula dari Qiraati 1 sehingga tamat Quran. So malam tadi kira hari penyampaian hadiah untuk semua kelas la.. IIB ada 3 cawangan, Setia Alam, Bukit Jelutong dan Puncak Alam. Ramai jugak pelajarnya. So far aszra hanya gi kelas mengaji sebelah malam je. Pencapaian dia pun ok.. bila balik rumah suruh baca balik.. alhamdulillah dah pandai anak sulung axa tu.

Majlis berlangsung agak slow.. banyak sangat hadiah nak dibagi. So.. menunggu turn aszra nak naik pentas punyer la lama. Si Aszra dah bising bila nak ambik hadiah.. ala bukan hadiah pun...sijil je. Dia dah terover excited tengok orang lain naik pentas. Risau jugak axa kalau dia tak pandai nak gi jalan sendiri dan salam ambik sijil tu nanti. Tapi bila sampai masanya.. amboi2.. nama dia dipanggil ajer.. terus naik tangga pentas, dah tak pandang dah ibu dia kat belakang. Elok je salam pemberi sijil tu... Yang bagi sijil tu terkejut tengok kecik sangat si Aszra tu.. semua dok tanya umur dia berapa.. sib baik la ayah sempat snap gambar Aszra atas pentas tuh. Terharu jugak.. kecik lagi anak axa dah naik pentas. So sekarang ni Aszra sangat excited ngan sijil dia tu. Pagi ni siap bawak gi umah Wan.. sebab nak tunjuk ngan Wan ngan Atuk. Tak apa la.. biar lah dia dengan kegembiraannya. Axa as Ibu pun happy bila tengok anak happy. Saja bagi aszra semangat suruh dia mengaji dan belajar baik2.. mudah-mudahan leh ambik hadiah kecemerlangan lain pulak nanti dan jadi anak yang solehah.. InsyaAllah....


Selamba je naik pentas..

Terus je nak posing ambik gambar ngan sijil dia..tersipu2 lak tuh..Tahniah anak Ibu

Wednesday, December 23, 2009

Aja tak nak toys..

Sabtu lepas, di atas katil, dalam bilik di rumah Seremban... Aszra baru terjaga dari tidur.. axa pulak baru je lepas mandi dan tengah bersiap nak pakai baju. Aszra pandang axa dan bertanya...

Aszra : Ibu.. Ibu nak pergi kerja ker?

Axa : Tak la..

Aszra : Ooo yer ker. Tapi kalau aja tidur, nanti ibu pergi kerje ker? (Aszra memang dah pandai buat ayat guna mcm2 kata hubung..)

Axa : Tak la.. hari ni ibu ngan ayah cuti.

Aszra: Ooo yeehh.. Tapi nanti besok ibu dan ayah kena pergi kerja kan?

Axa : Memang la.. Ibu ngan ayah kena pergi kerja sebab.. bila pergi kerja baru boleh dapat duit. Bila ada duit baru la boleh Aja punyer toys banyak2. (Saja nak bagi dia teruja dengar toys tu)

Aszra : Ooooo.....

Then Aszra pun diam. Tapi lepas 5 minit tiba2 dia bersuara balik.

Aszra : Ibu... Aja tak nak toys dah Ibu...

Hmmm... tiba2 tersentuh pulak hati axa... axa faham maksudnya tu. Di usianya 3 tahun ni.. memang dia suka sangat bila ibu dengan ayah ada di samping dia. Even bila petang we all ambik dia.. dia tak puas agaknya lepak ngan ibu dan ayahnya. Kalau ibu dan ayah cuti lagi la dia suka. Memang mcm2 aktiviti we all buat kat umah tuh. Sian anak ibu...tak apa la.. mudah-mudahan aszra akan cepat faham kenapa ibu dan ayah kena pergi kerja....

Tuesday, December 22, 2009

32 weeks dah.... 8 weeks to go..


Salam... minggu ni dah genap 8 bulan axa membawa si kecik baby As ni.. eheheh panggil baby As la kan.. sebab nama baby ni nanti sure akan ada As di depannya. Ikut tradisi ibu, ayah dan kakaknya Aszra. Actually dah siapkan nama dah pun untuk dua2 gender.. lately ni semua dah tanya baby girl ke boy?? Dan penat juga nak menjawab yang we all ni tak nak tahu jantinan baby sampai la dia lahir nanti. So.. sabar la yer.. sebagaimana sabarnya kami sekeluarga menunggu kelahiran baby As ni nanti.


Di usia 8 bulan mengandung ni... memang dah semakin berat la. Last friday nyer check up alhamdulillah kandungan gula dlm darah dah kembali normal. jenuh jugak la axa jaga makan.. tak nak manis2.. pastu 2-3 hari sebelum check up kena buat test darah sendiri. Sib baik la tak sakit sangat buat sendiri walaupun pada mulanya takut jugak nak cucuk jari sendiri. Reading gula dah ok.. BP pun so far cantik. Dr. scan pun alhamdulillah kedudukan baby ok.. uri di atas dan kepala baby dah pusing ke bawah. Dr ckp berat baby dah cecah 2 kg. Alamak... ni yang menakutkan. Axa sangat risau kalau keluar baby besar. Aszra dulu masa lahir baru 2.55kg. Kecik je dia.. Jahitan pun tak banyak.. 3 jer. Ngeri axa dengar orang kena jahit sampai berbelas2.. sebab baby besar. aduhaiiii... Dr. dah pesan.. baby kali ni memang akan lebih besar dari kakaknya..


Di usia 8 bulan mengandung ni jugak.. banyak perubahan berlaku kat diri axa. Selain hidung yang seperti biasa akan kembang setaman.. kami dan tangan dah mula bengkak. Lupakan saja hajat nak terus pakai cincin. Semua cincin dah cantik tersimpan dalam jewelery box. Tunggu la jari ni kurus balik. Kaki lak.. so far dah nampak cam gemuk sikit tapi tak seteruk masa mengandungkan aszra dulu. 8 bulan je dah nampak mcm kaki gajah..heheheh.. Sandal scholl masih boleh pakai.. berbaloi beli sandal ni.. memang tahan lama. Pastu jari jemari selalu cramp bila pagi2.. tak leh nak genggam tangan. Ni penangan water retension la ni. Perut lak.. memang la membesar bagai johan dah.. Siap ada strech mark lagi. Pastu tidur malam memang tak lena. Kejap2 tukar posisi tidur. Kadang2 tidur terbalik la.. sebab nak cari port yang selesa. Ayah aszra sampai pening tengok tiba2 axa tidur kat hujung kaki dia.. heheheh.. Pastu asyik terjaga2 sebab asyik nak terkucil je.. sib baik la toilet dlm bilik. Every 2 hours mesti bangun. Pastu time nyer sekata lak tuh. Kalau start bangaun 12.30 tgh malam.. kul 2.30 am bangun lagi.. diikuti 4.30 dan last 6.30 am. Memang besar dugaan ibu mengandung ni kan... sebab tu la syurga itu ditelapak kaki ibu......

Monday, December 14, 2009

It was her weekend

Salam... Yup.. weekend lepas kebanyakan aktiviti adalah untuk Aszra. Jumaat 11 December 2009, seperti yang dijanjikan, Mamacu telah membelanja Aszra, Ibu dan Ayah gi tengok citer yang Aszra nanti2 kan.. The Princess & The Frog kat TGV Bukit Raja. Aszra paling excited la. Tiap2 kali nampak iklan citer ni asyik tanya bila nak gi tengok.. ni la dia kan.. bila anak dah start membesar.We all ni Ibu ngan ayah layankan je la kan.....

Aszra kata " Thank You Mamacu"

Nak jugak gambor dia sorang..

Sabtu 12 December, pagi kul 11 lepas breakfast kat mamak, untuk pertama kali bawak Aszra ke Dentist. Saja nak biasakan dia.. even gigi dia masih cantik, tapi memang elok dibuat rutin jumpa doktor gigi ni. Elok je dia duk kena check. Tak takut langsung. Dia mula nak gi dentist ni pun after tengok iklan colgate kalau tak silap. Asyik tanya bila nak gi dentist. Berus gigi pun sekarang pakai colgate perisa strawberry la..hehehe. Lepas aszra nyer check up.. ayah aszra lak buat scalling..(betul ke ejaan ni)... lama tuhh...

Doktor tengah check gigi Aszra.. sib baik leh ambik gambo

Belah petang, seperti biasa kelas Aszra kat Tumble Tots. Then lepas kelas Tumble Tots Aszra we all ke Endah Parade. Fuuhhh dah lama kat ke situ sejak Axa mengandung ni. MB ada buat tournament 369. Alhamdulillah berjalan lancar. Axa tak leh nak tolong sangat sebab perut ni dah ke depan benor. Duk kat kaunter pendaftaran je ler.

Bapak2 MB yang bangga ngan anak2 memasing.. Aszra dah jadi kakak

Ahad lak kul 10 pagi... dah bersiap2 nak gi YAMAHA Music kat Setia Alam ni. Ada Open Day + Trial class untuk Aszra. Kagum tengok budak umur 4 tahun dah leh main Organ. Untuk trial class.. parent kena join sekali la.. setiap student kena duduk kat satu Organ. Teruja lak axa. Maklum la.. yang ada kat umah tak lah sebesar itu. Teacher tu kata memang setiap student wajib duduk kat satu organ. Sebab setiap kelas diaorg akan guna organ untuk belajar. So.. lepas tu kami terus sign up kat aszra untuk kelas Music Kids Grade 1. Memang khas untuk bebudak 3 1/2 tahun. Course ni 6 bulan, start on January 2010. Kat Grade 1 ni diaorg akan belajar hearing skill, beat, rythm.. basic music. Masuk Grade 2 nanti another 6 months lak, baru belajar key & score. Ada 9 Grade semuanya untuk 8 tahun pengajian. Memang complete la.. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami memang nak dia habiskan sama Grade 9. Masa duk tengok mini concert kat situ, tiba2 terfikir betapa bertuahnya Aszra coz dapat join this kind of class. Actually ni la impian axa masa kecik nak masuk music class.. tapi masa tu mungkin kekangan kewangan family dan juga ayah tak nak axa terleka dengan music coz ayah kata dia tinggalkan study because of music. Yup, ayah axa bekas musician.. biasa main kat RTM dulu2.. Arwah atuk axa pun pemain violin kat RTM. So.. dari kecik axa dah biasa ngan music. Axa belajar note music since umur 6 tahun.. tapi ayah la yang ajar. Mulanya main ngan melodian.. lepas tu baru ayah belikan keyboard, gitar... Hantar aszra ke music class ni mungkin hajat axa, dan axa harap aszra juga minat.. sofar ok la dia tunjuk minat.. cuma if dia tunjuk dia tak minat.. axa takkan paksa dia.. biar dia tentukan minat dia sendiri... InsyaAllah....

Mini Concert

Dalam kelas Grade 1

Aktiviti menyanyi dan menari

Thursday, December 10, 2009

Teater Natrah

Salam... seminggu dua ni terlampau banyak sangat aktiviti, tapi tak ada masa langsung nak edit blog. Kat office memang agak payah..coz sedang mengejar dateline hujung tahun. Kat rumah pulak.. bila on je PC.. si Aszra lak datang nak join main game girls dia.. aduhai..

Ni entry tertunggak.. Khamis 3rd December 2009, malam sebelum anniversary hari tu, axa dan ayah aszra menonton Teater Natrah di Istana Budaya. Sib baik dapat tiket.. most tiket sold out sampai teater tu dilanjutkan ke 13 december. Actually.. axa memang peminat teater. cuma since aszra dah ada, jarang sangat kami dapat peluang.. Memory lane jugak tengok teater ni coz.. axa dan ayah ayah aszra keluar buat pertama kali pun masa gi tengok teater Siti Zubaidah kat Istana Budaya ni.. masa tu tak couple lagi.. gi tengok dengan sorang member axa, Afzan Adam. Balik dari teater tu ayah Aszra offer hantar balik ke Kapar... Malam tu jugak lepas ayah Aszra sampai rumah, dia call dan terus approach...huhuhuh...

Panggung Sari Istana Budaya (kena nyanyi lagu Negaraku before tetaer mula)


Barisan pelakon.. Maya Karin (Natrah) & Remy Ishak (Mansur Adabi)


Berbalik pada teater Natrah.. axa pernah baca history natrah ni.. perempuan belanda yang mencetuskan kontrovesi, masa tu belum merdeka lagi. Ada banyak isu.. agama, kasih sayang. Natrah ni anak org Belanda, dijaga oleh seorang melayu dan dibesar kan di terengganu hingga umur 13. Pastu family dia nak tuntut dia balik.. nak tukarkan agama.. kat sini konflik berlaku. Kalau kita as Muslim baca sinopsis mcm ni sure kita akan bias ke arah agama kita iaitu Islam.. tapi Erma Fatimah as Pengarah berjaya buat penonton berfikir, dalam hal ni, bukan isu agama yang menjadi pokok pangkal. Kasih sayang.. isu politik masa tu semua main peranan. Dan Natrah ni la mangsa semua keadaan. Kalau baca history Natrah ni.. lepas dia dirampas semula dan di bawa balik ke Belanda.. hidup dia tak menentu. Dia berkahwin sampai 3 kali, then pernah masuk hospital sakit jiwa... Memang best la lakonan Maya Karin as Natrah.. dan yang juga menarik ada Remy Ishak yang pegang watak Mansur Adabi (suami Natrah yang dikahwini ketika Natrah berusia 13 tahun).

Lepas habis tu pelakon2 ni semua ada sesi autograf.. axa dgn perut besar ni memang takkan la nak beratur kan. Tapi tengok je la dari jauh. Dan yang bestnya.. semua orang panggil remy Ishak dengan panggilan ADAAAMMMM... kuat betul pengaruh Nur Kasih..ehehhehe

Ni la Natrah.. masa ni dia berkunjung ke Malaysia..

Ayah Aszra ngan Poster

KAMI berdua di malam anniversary...

Sunday, December 06, 2009

On Our 5th Anniversary


Salam... 4 Disember 2009, genap 5 tahun Axa dan Ayah Aszra di Ijabkabulkan. (dah lima tahun daaaaaaaa). Kejap je masa berlalu. Masa tu tahun 2004.. Kami nikah di Surau Raudah Al-Muttaqin, Taman Seri Kerayong, Kapar, lepas Zuhur. After 2 kali lafaz.. sah la axa jadi seorang isteri. Alhamdulillah...

So this year...sekali lagi 4 Disember datang. Another year bertambah. Seperti tahun2 sebelum ni, kami memang akan ambik cuti. Saja..nak spend time sama2, even dah ada aszra pun kan. Last year.. ayah aszra sempat gi interview masa anniversary.. alhamdulillah dapat lak post tu dan masih kekal sampai sekarang. Memang rezeki. 2 tahun lepas pulak kami ke Genting Highland.. saja bawak aszra jalan2.

Tahun ni apa aktiviti kami?? Pagi2 dah bangun... ayah aszra gi servis kereta then terus gi Pos office ambik parcel yang dah lama ditunggu2 oleh ayah aszra (nanti la buat entri pasal ni..). Pastu lepak kat umah. Plan asal nak gi Bukit Tinggi Pahang. Tapi dlm keadaan axa yang dah berat ni.. memang tak leh nak ke mana2 sangat. Kul 3 kami keluar gi KLCC. Saja bawak aszra jalan2. Meriah betul sambutan Christmas kat KLCC. Lepas Marghrib ayah Aszra ajak gi dinner. Kononnya dia nak bawak we all gi Muara Ikan Bakar Port Klang. Axa ikutkan je la... kami memang biasa makan kat situ. Tapi leh pulak on the way tu kononnya si Ayah Aszra ni tersalah jalan la.. sampai masuk Bangsar. Memula nak bengang jugak sebab tak pasal2 nak masuk Bangsar lak.. tapi tiba2 ayah Aszra keluarkan peta.. lorrr nak ke mana lak ni.. huhuhuh rupanya Ayah Aszra nak suprisekan axa... dia dah booking candle light dinner... mcm tak percaya je. So.. sampai la kami kat Cava - Restaurant and Bar. Tempat ni serve hidangan ala Spanish.. tempat memang romantik la.. even ada Aszra, memang rasa happy sangat. Kami tiga beranak enjoy makan dari appertizer sampai la dessert yang sangat sedap.. Thank Yang... first time ayah Aszra buat surprise mcm ni..heheheh...

Kat KLCC


Cava - Restaurant and Bar

Appertizer - Prawn Salad

Alio Oglio


Palea


Dessert - Tak ingat namanya dah...





Huhuh.. apa kene mengena ini benda dengn anniversary yer.. I loikeeee it..

Wednesday, December 02, 2009

Bila dia sebut Sorry

Salam.. beberapa hari lepas.. biasalah si Aszra ni ada masa mood tak elok. Kadang2 merajuk sampai tolak2 ibu dia.. siap ckp tak nak kawan la.. Muncung nyer memang panjang la kalau merajuk tuh.. Tapi axa selalunya pujuk sekejap dan lepas tu buat tak kisah dah.... Pastu setengah jam kemudian.. Aszra tiba2 datang kat Axa ...


Aszra : Ibu...Aja Sorry ye Ibu (sambil pegang axa)

Axa : Sorry kenapa? (usap kepala dia...)

Aszra : Sebab tadi Aja termarah ibu.. sorry ye Ibu. (Sambil cium perut axa)


First time aszra say sorry tanpa disuruh. terkejut axa.. the same thing happened 2-3 kali setiap kali dia terckp kasar atau merajuk dengan axa... dia akan datang mintak maaf. Tuhan je tahu, sejuk sangat rasa hati bila dengar anak mintak maaf... walaupun kesalahan tu tak pernah terlekat kat hati ni.... Bersyukur sangat, Aszra yang sekecik itu dah faham erti menghormati ibu dan ayah... tahu bezakan cara percakapan mana yang baik dan mana yang tak elok.. Mudah-mudahan sifat ni kekal bersama aszra sampai besar nanti... Ibu Sayang Aszra sangat!

Tuesday, December 01, 2009

Happy Besday Emak


Salam.. entri ni khas untuk emak Axa yang menyambut hari lahirnya pada 29 november yang lepas. Dah cecah umur 63 tahun dah emak. Alhamdulillah masih gagah lagi... even ada darah tinggi yang kejap turun kejap naik. Kali ni birthday emak, kami sekeluarga makan kat The Chicken Rice Shop Alamanda. Punyer la pujuk makan kat tempat2 yang special sikit... tapi kat TRCS ni jugak yang emak nak.. tak apa la.. kenalah ikut besday girl punyer selera. Cuma untuk menjadikannya special sikit, we all sanggup travel ke Alamanda.. padahal TRCS tu kat Shah Alam banyak je ada...hehehehehe....

Happy birthday Mak.. Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dalam masa dua bulan ni dah tambah cucu mak sorang lagi. Kalau tak si Aszra la cucu yang ditatang. Apa je nak.. sanggup Wan dia buat... My 2nd baby pun mak akan jaga... insya Allah selagi mak terdaya.. Sayang mak sangat2.... + "Aja saaaaaayaaaaaaaang Wan" ..




Cucu kesayangan Wan dan Atuk

Sempat lagi main ngan pokcu kat Alamanda


Ni lah menu sempena hari jadi mak.. jenuh jugak nak menghabiskannya

Ni ngan mamacu pulak....


Monday, November 30, 2009

"Bulan Baru" pulakkkk

Salam hari Isnin... axa lambat hari ni... gi bawak ayah aszra dan aszra gi klinik dulu. Ayah Aszra dah 2 hari batuk2.. pastu mcm perut sebu semacam.. hasil dari makan daging dan sup daging yang agak besar kuantitinya. Akhirnya terpaksa la dia MC hari ni... si Aszra pulak.. Rabu lepas demam.. pastu dah baik demam dia cirit birit pulak.. so bawak la gi klinik jugak. Tapi dia ni demam2 pun aktif.. so hari ni aszra dan ayah aszra lepak la kat umah.. axa still kena gi office, ada 3 bahan kursus yang nak kena ada FUAT dan review.. tak leh tinggal cam gitu je...

Nak citer.. Khamis lepas axa dan ayah aszra ambik cuti sempena nak raya haji la kononnya kan.. Tahun ni raya kat umah mak axa kat kapar.. then tengah harinya baru la akan balik ke Seremban. Oooo bukan nak citer pasal raya haji tapi nak citer pasal cuti hari khamis tu.. 26/11/2009. Dah lama ditunggu-tunggu. Bermulanya tayangan Twilight Saga New Moon. Kalau masih ingat.. axa memang sangat suka citer Twilight sampai buku2 nyer dah pun axa khatam.. so sekarang ni sekuel no 2 dia.. Axa dah beli tiket online since hari selasa. So.. tiba hari khamis tu, kami 3 beranak ke Mid Valley la.. Masa collect ticket tu.. axa tengok untuk citer New Moon ni memang dah fully booked sampai la ke tayangan akhir 12.40 tengah malam. Macam tu sekali penangan citer ni.. we all tengok tayangan kul 1.40 tengah hari. Saja ambik awal...boleh balik umah mak awal..leh tolong2 apa2 yang patut untuk raya haji kan..hehehe..

So apa komen axa?? As expected.. axa memang dah tahu apa ending nya la..coz dah baca buku kan. Axa rasa semua yang gi menonton tu dah tahu citer tu cam mana.. tapi masing2 nak tengok mcm mana citer tu bila difilem kan. Kali ni, air time utk Edward (Robert Pattinson) tak banyak. Lebih fokus pada Bella (Kristen Stuart) dan Jacob (Taylor Lautner). Kalau yang tak baca lagi.. citer kali ni mengisahkan hidup Bella yang agak huru hara sebab frust ditinggalkan oleh Edward. Edward pergi sebab tak nak sakitkan Bella.. coz dia tu kan vampire. So masa tengah frust tu si Bella ni baik ngan si Jacob.. hensem betul jacob dlm citer kali ni. Pastu rupanya si Jacob ni dah sampai masa untuk jadi warewolf. Jacob ni memang suka Bella dah lama dah.. pastu mcm2 la berlaku.. ada scene ala2 Romeo and Juliet pun yer.. tapi ending citer ni memang agak tergantung sikit sebab kena la tengok Eclipse (3rd sekuel) yang akan ditayangkan bulan Jun 2010... aduhai.. kenalah menunggu lagi... secara overall.. axa suka citer ni. Cuma kalau compare ngan yang pertama..memang Twilight la yang lagi best... apa2 pun.. i loikeeeee it.... ehhehehehe.

Tuesday, November 24, 2009

Layan 2012

Salam malam Selasa.. berblog sekejap malam ni. Aszra dah puas main game kat web Fisher Price, now time ibu lak guna pc. Lepas ni dia nak ajak tengok Barbie Swan Lake dia la pulak... macam2 betul.

Just nak story mory kat sini. Malam semalam.. 23/11/09, axa, ayah aszra dan aszra gi tengok movie 2012. Last time tengok movie lepas raya ari tu rasanya...citer GForce. Tiba2 tergerak nak tengok lepas dengan review dari adik, fiza dan dua tiga member. Rata2 kata citer tu best la. Ada lak yang nak samakan dengan dunia nak kiamat. Ishhh mana leh sama kan... We all gi tengok kat Jusco Bukit Raja. Tapi before tu, makan dinner dulu.. Ayah Aszra teringin Nandos. Kali ni axa pilih menu lain dari biasa... axa ambik kebab with pita. Selalunya ambik ayam 1/4.. kali ni tukar selera. Maklumla..kan tengah berdiet. Tak leh makan banyak sangat..huhuh... tapi tak kenyang la...

Movie 2012 tu start kul 10.15 mlm. Aszra memula excited la. Dia ingat nak tengok kartun kot. Dia ingat nak tengok Princess and the Frog agaknya. Dah bising ajak gi tengok.. Yer la..nanti ibu bawak ok.. citer tu start 3 Dis la.. sepanjang tengok tu ok la.. aszra tak buat hal sangat. cua finally dia tidur la. Tentang citer 2012 tu..bagi axa agak best la jugak. Tak bosan.. even citer tu ambik masa dua setengah jam. Kadang2 ada citer yang drag lama2.. then baru la nak tunjuk malapetaka sebenar. Tapi yang ni dari awal memang dah mencabar la... Ngeri tengok apa yang jadi. If betul2 kerak bumi ni beralih.. jenuh juga la.. Kalau nak tahu citer selanjutnya..gi la tengok Malas lak nak tulis review kat sini. Actually axa lebih teruja nak tengok something yang lagi best Khamis ni... dah beli tiket dah pun. Harap2 penantian axa selama ni berbaloi2...Biarlah filemnya setanding filem yang pertama... filem apa?? mesti lah citer New Moon sekuel citer Twilight yang axa gilakan sangat tuh...heheheheh..

Ok la..mata dah mengantuk.. layan je la gambar bawah ni. Maaf..gambar owner blog tak leh nak tunjuk.. hidung dah makin mengembang la...heheheh


Menu diet @ Nandos

Ada je gaya dua beranak ni


Depan poster

Sunday, November 22, 2009

Apabila sudah masuk 7 bulan


Salam pagi Ahad..wah jarang axa update blog pagi2 ahad ni.. actually nak masak breakfast kejap lagi. Ada tamu dari Batu Pahat tidur sini. So..sementara semua masih tidur .. ambik peluang la update blog kejap.

Nak bercerita tentang pregnancy ni.. Actually axa dah pun masuk 7 bulan. Tinggal 2 bulan lagi tu.. kejap betul masa berlalu. Perut ni memang dah nampak sangat dah... Baby ni pun sangat la aktif nya.. lambat makan sikit dia bergerak2.. pastu dah makan lagi la dia buat break dance agak nyer.. Semalam, Sabtu gi check kat UMRA. Last 2 weeks Dr pesan datang lagis elepas 2 minggu coz pertambahan berat badan agak melampau la pulak..dlm masa sebulan naik 5 kg.. bior benar. Tapi axa notice lately ni axa sangat kuat makan nasi. Siang malam nak nasi je... So.. semalam kena buat ujian gula dalam darah.. Kul 12 mlm sebelum tuh dah puasa, pastu kul 9 dah ada kat UMRA.. lepas diorang ambik darah..kena minum lak air gula satu cawan.. sib baik perisa blackcurrent. Boleh lah telan. Kalau ikut citer Sato dan Kak Mareld.. diorg minum air gula tanpa perisa kat Klinik Kerajaan tuh... lagi la mcm nak muntah. Lepas tu.. gi ronda2 kat Giant Shah Alam.. then dlm 2 jam kena datang balik ke UMRA untuk ambik darah sekali lagi. Nurse tu ckp..bacaan tinggi.. sebelum air gula 6.5 dan selepas air gula 7.1. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. Bacaan normal antara 4-6 jer..

So.. seterusnya sesi jumpa Dr. Ummul. Maka dia pun mula citer la... bacaan gula tu tak cantik. So.. axa kena datang lagi 2 minggu tapi ada homework nak kena buat. Before datang nanti axa kena ambik bacaan blood test tu untuk satu hari nyer test.. bangun tidur, lepas breakfast, lepas lunch dan lepas dinner. Dan yang tak bestnya..test tu kena buat sendiri... aduhai... teringat kat Kak Mareld pun kena buat cam gitu.. siap beli test kit lagi.. Axa ni.. nak dpt test kit tu tak ada masalah... dah pesan kak Dura dah.. tapi masalahnya...saperlak nak cucuk jari ni bior keluar darah. Ayah Aszra tu agak ngeri bab cucuk2 jarum ni... aduhai..

Tu la kisahnya.. pregnant kali ni kencing manis lak.. Masa pregnant aszra dulu Blood presure tinggi masa 37 minggu. Lain kandungan..lain la masalahnya. Tak apa.. yang penting baby As dalam perut ni sihat sejahtera dan aktif. Kan orang kata... kalau mengandung byk masalah InsyaAllah dipermudahkan nanti masa bersalin..mcm bersalin kan aszra dulu. Mudah je keluarnya... sampai mcm tak terasa sakit sangat... So.. doktor dah bagi menu diet... kena follow ni...heheheheh

Friday, November 20, 2009

Cyril Simply Magic

Salam pagi jumaat. Rajin lak axa mengupdate blog minggu ni..ehhehe hari ni free sikit.. ada dua review yang batal saat akhir... gini la kijer ngan org besor.. bila2 je depa leh nak tunda dan cari tarikh baru.. hmm.. tak apa.. masih leh kejar lagi dateline 11/12/09 ni.. InsyaAllah..

Just nak citer, last nite sempat la axa layan si Cyril.. Simply Magic kat AXN tu. Tapi tengok kul 12 (ulangan) coz yang kul 9 tak sempat nak tengok sebab gi berfoya-foya ngan ayah aszra berdua-duaan di OU. Seminggu sekali kena ada masa untuk berdua-duaan...hari2 lain mesti lepak ngan aszra nyer.. Ok la.. berbalik citer pasal rancangan Cyril Simply Magic ni.. apa yang best sangat. Entah la.. sama la mcm rancangan magic2 yang lain.. Axa bukan la minat sangat silap mata ni.. ada depan mata tengok je.. Cuma rancangan Cyril ni mcm axa tunggu2 la pulak.. selalu kul 12 mlm memang dah lelap dah... tapi last nite sanggup lepak depan sofa.. kul 12 ayah aszra kejutkan. Terang bijik mata.. Heheheh


Actually, axa dah terperasan kewujudan Cyril ni beberapa bulan yang lepas.. dlm promo rancangan ni la.. simply Magic. Masa tu first time tengok muka dia.. terus ckp dlm hati "hensem la pulak mamat ni" (jangan marah ye ayah aszra.. awak tetap paling comel..). Kira terkesan la kehenseman dia di hati axa ni.. ehhehehe Takat tu je la kan.. pembawakan budak dalam perut kot. Rasa mcm seronok la nak tengok muka si Cyril yang ada iras2 melayu ni. Rupanya dia ni mix Japanese (ayah dia) dengan Moroccon-French (emak dia).. tapi lahir di LA. Sekarang ni dah sangat popular kat Jepun. Patut muka ala2 asian.. So last nite tengok la aksi dia kat Singapore. Mcm2 la dia buat... terkagum la jugak.. biasa lah magic kan.. tapi axa lebih suka tengok muka dan gaya dia bercakap. Mcm best jeeeeee... Over lak axa ni.. huhuhuh.. Next week part two dia beraksi di KL lak. Naper la masa di rakam kat KL tak terserempak ngan axa. Sure axa dengan muka tak malu nak mintak ambik gambar... hhmmm jangan keluar baby ni ada iras2 muka si cyril tu udah ler yer.. (tapi ok gak..hensem..baby boy ok la.. kalau baby girl...hmmm). Actually masa pregnant aszra dulu axa gila tengok muka Maya Karin dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam II. Sampai dua kali gi wayang ...pastu tengok CD lagi. Bila part maya karin je tak kira la tengah muka biasa ke.. muka hantu ke.. axa akan terdetik kat dlm hati.. cantiknya dia ni.. cantik nyaaa........... ni pregnant kali ni si Cyril la pulak.. mcm2 la penangan mengandung kan...

Thursday, November 19, 2009

Ada surat untuk Ibu

Salam pagi Khamis.. semalam.. sampai2 je kat rumah, lepas habis kelas mengaji, Aszra terus ckp... "Ibu, ada surat untuk Ibu..ustazah suruh bagi"... sambil dia bagi satu surat yang ada tulis nama dia. Surat apa la pulak... Axa pun bukak... then tengok, rupanya institut tempat aszra belajar ngaji akan adakan Majlis Penyampaian Hadiah Tahun 2009 pada 23 Disember 2009 kat Dewan Raja Lumu Muzium Shah Alam. Biasa la.. mana2 tadika sekarang ni tengah giat buat majlis akhir tahun la.. konsert la.. Axa ingat surat tu utk makluman aje... then tengok2 ..ada pulak tertulis Aszra pun akan dapat hadiah... 2 hadiah pulak tuh. 1. Anugerah Insentif Kedatangan (yer la..dia tak pernah ponteng ngaji lagi..) dan 2. Hadiah Amal Islami... tak tahu la axa apa bendanye tu. Pastu kat surat tu jugak kata Aszra akan terlibat ngan program Amal Islami dari 6-22 Disember.. ala2 mcm program cuti sekolah... dan Aszra terpilih untuk aktiviti Selawat. Pastu ada sukaneka jugak... Aszra duk dalam Rumah Kuning (Al-Farabi).


Axa ingat... just hantar mengaji sebelah malam tak perlu join apa2 aktiviti macam budak2 yang tadika kat situ sebelah siang... rupanya kena jugak.. Call ustazahnya tadi.. rupanya memang semua pelajar kena join walaupun hanya ambik kelas mengaji je...heheheh... Then tanya jugak hadiah apa lak yang si Aszra ni akan dapat... Ustazah tu ckp dia dapat special sebab dia la pelajar paling kecik yang dah mula belajar mengaji. hehehhehe.. ye la.. si Aszra tu baru 3 tahun lebih. Kat kelas ngaji dia rata2 umur 6-12 tahun. Pastu sekarang ni balik ngaji je suka citer akak2 yang sama kelas dia, suka sangat nak dukung2 dia... macam2..


Ramai yang tanya apa perkembangan Aszra ngaji. Alhamdulillah.... gi ngaji without fail.. sangat senang nak suruh gi ngaji..tak pernah tak nak pun.. Pastu tengok kat buku Qiraati dia tu dah banyak jugak dia belajar. Sometimes axa mcm tak caya betul ke dia ni dah leh membatangkan huruf2 jawi tu.. bila suruh kat rumah.. mcm2 alasan.. dia kata nanti dia ngaji ngan ustazah la.. tapi bila weekend axa rutinkan dia untuk berlatih apa yang dia dah belajar..Alhamdulillah.. memang dah kenal dan boleh membaca dah anak Ibu ni.... Masa mula2 dia baca depan axa.. rasa nak nangis pun ada.. terharu.. (over la pulak ). Yer la.. Ibu mana yang tak happy bila tengok anak sendiri boleh mengeja jawi cam gitu.. Lagipun axa tak letak expectation yang tinggi kat dia sebab dia baru 3 tahun lebih.... apa2 pun sangat syukur tengok minat dia nak belajar mengaji ni.... Mudah-mudahan terang hatinya untuk terus pandai mengaji.. InsyaAllah...

sekarang ni suka main game kat Internet...

Saturday, November 14, 2009

Thank You


Salam... just nak ucap thanks sangat2 untuk my beloved Ayah Aszra for this LC Heritage Wallet. Yup.. kite suka sangat.. thanks again....