Saat ini, hati saya bagai didorong dengan kuat untuk berusaha menghantar emak dan ayah menunaikan haji tahun depan. Setiap kali tengok rancangan panggilan baitullah atau mana2 siri haji, sayu dan pedih sangat rasa hati ni. Sampai saya pernah menangis kerana saya sedih, sebagai anak saya rasa bertanggungjawab untuk menyediakan mereka ke tanah suci.
Kali ni saya dan adik nekad.. Bulan muharram ni, saya akan buat rayuan walaupun emak dan ayah baru mendaftar tahun ni. Macam2 pihak dah saya tanya. Tabung haji, travel agent.. Alhamdulillah, banyak info yang saya dapat. Tugas saya sekarang, memastikan duit dlm tabung haji mak dan ayah cukup, buat rayuan, daftarkan mereka ikut pakej swasta, buat follow up dan kalau perlu, terus buat rayuan demi rayuan. Kalau mengikut rekod travel agent.. Memang ramai yang baru memdaftar tapi dapat pergi pada tahun yang sama. Cuma harga nya agak mahal sikit berbanding muassasah.. Itu lah yang kami akan cuba.
Pada sesiapa yang membaca entry ini, satu saja saya mohon.. Doakan lah urusan kami ini dipermudahkan. Semoga hajat mak dan ayah saya ke tanah suci tercapai..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini.. Berkatilah usaha kami., semoga ki mendapat tempat bersama hamba mu yang beriman. Amin...
1 comments:
Insyaallah..usaha yang baik dan berterusan akan dimudahkan.. Ziana ni...dah jumpa blog asnida
Post a Comment