Friday, November 30, 2007

Live & Loud 07 - Acoustic

A'kum..salam di pagi Jumaat. Just nak share..last nite we went to Live & Loud 07 - Acoustic Show @ Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Why?? coz both of us love music.. esp bila ada James Morrison. Since the advertisment keluar dlm paper, a month ago.. ayah aszra already plan for this. And 2 weeks ago..we bought the ticket. Price?? don't ask...everything was sponsored by Ayah Aszra. hehehe... (hopefully this will not be my anniversary gift ye). Really enjoy the show.. great performance from Dayang, Rick Price and definately James Morrison.
waiting...

The tickets


The tag - mcm masuk theme park


Dalam Hall


Us


Opening by Dayang Nurfaizah- Dayang nyanyi a few songs


Rick Price - Seriously, memang hebat sangat-sangat. He is a real musician. Plucking, strumming..memang tahap melampau. Really great!


Yang ditunggu2 - James Morrison - Pieces dont fit anymore. Awesome!

video

Last song..


KLCC

Gambar sekadar hiasan 1

Gambar sekadar hiasan 2


Gambar sekadar hiasan 3

Thursday, November 29, 2007

Selamat Hari Lahir Emak

A'kum...

Salam di pagi Khamis. Hari ni birthday emak yang ke 61. Selamat hari jadi Mak. Genap pukul 12 malam tadi, kami dah wish birthday kat emak. Dan semalam kami dah pun gi makan2 sempena hari jadi mak kat Restoran Asiarie di SACC Mall. (adik yang suggest tempat ni). Not bad tempat ni.. makanan Asia..Mak memang tak makan western so..kena cari ikut selera mak. Hopefully mak suka.. this weekend axa plan nak buat cupcake untuk mak pulak...insyaAllah.

So..mak, semoga mak panjang umur dan diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah...setakat umur 61 ni mak tak menghidap apa2 penyakit yang kronik. Mak hanya ada darah tinggi dan regularly check up kat klinik. Terima kasih mak.. sebab jaga dan asuh Aszra dengan baik sekali, since hari pertama dia dilahirkan. Ramai yang ckp, axa tak patut bagi mak yang jaga Aszra..takut nanti Aszra lebih rapat dengan mak... tapi axa tak pernah nak hirau apa org kata.. bagi axa...selagi mak ada, axa akan buat apa saja yang mengembira kan mak. Axa yakin...mak tahu nak mendidik Aszra untuk jadi anak yang baik untuk axa, mcm mana mak didik axa dulu. Axa tak pernah risau semua tu...


Emak... word yang kite takkan boleh gantikan dengan siapa2 pun kat dunia ni. Axa juga seorang emak.. dan axa mula faham perasaan mak. Kadang2 axa selalu fikir, mampu ke axa jadi seorang emak yang baik sehebat mak axa.. Yang sejak axa kecil lagi.. makan minum kami anak beranak tak pernah terabai.. mak bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan sarapan. Tak pernah lagi berlaku dalam hidup axa...axa keluar rumah (gi sekolah/kerja) tanpa sarapan. Sekurang2nya roti yang siap disapu dengan kaya/butter... even pagi ni... seawal 6.20 pagi, axa bersarapan nasi goreng dengan kentang.(Mak bangun pukul berapa?)


"Emak.. Ida sayang emak sangat sangat sangat (sayang ayah jugak).. ampunkan dosa2 ida, halalkan susu dan makan minum ida.. doakan ida agar jadi seorang isteri dan ibu yang baik macam mak. InsyaAllah."

Tuesday, November 27, 2007

Aszra ku

A'kum.. salam petang selasa. Axa patutnya happy after beberapa hari berusaha bersama - sama2 team ICU akhirnya berbaloi dengan memenangi 5 kategori. Tapi tiba2 rasa sayu sangat. Ada air jernih mengalir dan dada ni rasa berat sangat. Bersalah kah axa... saat ini axa masih di ofis..menunggu waktu balik jam 5? Mendengar suara Aszra menangis, axa rasa sebak. Axa bukan ibu yang baik ke untuk Aszra. Rindu pada Aszra membuak-buak. Air jernih ni asyik mengalir je... hanya mendengar khabar dari emak...axa cukup rasa sedih. Saat ini axa patut memeluk dan mendakapnya. Dan axa masih di sini???

"Ya Allah...jauh kan la Aszra ku dari sebarang bencana yang buruk. Lindungi la Aszra ku dr sebarang malapetaka. Berilah kesihatan yang baik buat Aszra ku. Limpahkan la rahmat mu buat Aszra ku dan berilah kekuatan kepada ku untuk menjadi Ibu yang baik untuknya. Bantu la aku Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani."

Monday, November 26, 2007

Hidup ku

A'kum..

Ni percubaan pertama axa untuk buat Blueberry moist cake. So far..menjadi.

Bila aszra main ngan ayah...

Ini hidup ku
Aku sayang hidup ku
Aku dan hidup ku
Aku terus dengan hidup ku.

Monday, November 19, 2007

Devil Wears Prada

A'kum..salam di pagi isnin. Mcm tak ada mood nak report apa2 hari ni... so, tengok2 gambar la and dont ask why my title like that (sesuaikan dengan gambar di atas)... he hehe.
Cupcakes ni ditempah oleh Nurin (kawan adik) untuk ulang tahun anak perempuannya yang pertama. Theme color...Red and White.

Gi kenduri Luthisa (Aluth) + Umi Kalsum. Best bila pengantin adalah seorang penyanyi(suatu ketika dulu).


Tu je kot hari ni... saper yang tak tengok lagi Devil Wears Prada..leh tengok. I like the movie. Its all about choices.

Thursday, November 15, 2007

My Convocation - 14 November 2007, Shah Alam.


A'kum, salam di pagi khamis. Alhamdulillah semalam bersamaan 14 November 2007, axa telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat (Msc. Info. Technology) dr Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, dalam Istiada Konvokesyen UiTM kali ke 67. Axa menerima ijazah drp Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin (hensem agong kite ni ek). Istiadat bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir dalam pukul 12.30 hari.


Axa bersyukur sangat, finally dpt jugak Master ni. Walau pun konvo kali ni axa tak lah excited sangat, maybe sebab ni kali kedua selepas dpt degree UKM kot, tapi axa tetap happy setelah 4 tahun, baru la axa grad. (ala2 buat degree pulak). Axa memulakan pengajian master ni tengah tahun 2003. Masa tu belum kawin lagi. Tapi masa dah nak akhir2 semester, axa terpaksa tangguh sebab mengandung + bersalin. Tu yang lambat konvo. Kawan2 axa semua habis konvo since 2006 lagi.

Banyak pengalaman manis axa masa buat master uitm ni. Axa dapat kawan2 baru (Paya, Baby, Ana, Dina) selain kawan2 lama dr UKM (Juhai & Zam). Paling best bila Dina bertemu jodoh dengan Shadil (ofis mate axa) selepas kami usik2. Tapi yang paling sedih, jodoh Dina tak panjang. Dina menghembuskan nafas terakhir selepas menderita penyakit SLE beberapa hari sebelum Majlis Konvokesyen nya pada tahun 2006. Al Fatihah buat Allahyarhamah Nor Khadina Nor Azmi.


Apa2 pun.. thanks to Ayah Aszra yang kuat bagi sokongan (selalu bising sebab lambat habis), Mak, Ayah dan Adik yang selalu mendoakan yang terbaik buat axa, Aszra yang buat Ibu kuat nak habis kan Master ni, kawan2 axa (Juhai, Zam, Afat, Paya, Ana, Baby, Arwah Dina)..yang sama2 dalam susah senang menjalani hidup sebagai pelajar Part Time. Thanks....


Kami (Thanks a lot Ayah Aszra yang sempat lari dr course Java)


Sweet Moment dengan keluarga

Bunga2 yang axa dpt. (Thanks to Ayah Aszra for the pink Lily, Adik with the red roses dan Afzan + Afat for the Sunflowers)


Aszra yang dah pandai ambik gambar

Tuesday, November 13, 2007

Pieces Don't Fit Anymore

I've been twisting and turning,
In a space that's too small.
I've been drawing the line and watching it fall,
You've been closing me in, closing the space in my heart.
Watching us fading and watching it all fall apart.

Well I can't explain why it's not enough,
Cause I gave it all to you.
And if you leave me now,
oh just leave me now.
Its the better thing to do,
Its time to surrender,
Its been too long pretending.
Theres no use in trying,
When the pieces dont fit anymore,
Pieces dont fit here anymore.

You pulled me under,
I had to give in.
Such a beautiful myth,
Thats breaking my skin.
Well i'll hide all the bruises,
I'll hide all the damage thats done.
But I show how Im feeling until all the feeling has gone.

Ooh don't missunderstand, How I feel.
Cause I've tried, yes I've tried.
But still I don't know why, no I dont know why.
III dont know why...... whyyyyyyyy!

James Morrison

Monday, November 12, 2007

Catatan Hujung Minggu + My Best Friend Wedding Part 2


Akum... salam di pagi Isnin. Rasa kejap je cuti. Dua hari cuti axa di penuhi dengan mcm2 aktiviti.

Sabtu

Seawal pukul 7.45 pagi, kami sekeluarga dah keluar dr rumah. Destinasi pertama, Uitm Shah Alam. Hari ni axa dijadualkan untuk mengambil jubah konvokesyen. So, insyaAllah Rabu ni bersamaan 14 Nov, axa akan menerima Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat. Mula2 axa ingat proses nak ambik jubah ni payah, rupanya senang..cara diaorg handle sangat sistematik dan memudahkan student sebenarnya. Dalam pukul 9.15 kami bergerak ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Hentian Rawang. Dah janji dengan kawan2 MB yg lain berkumpul kat situ untuk ke Majlis Perkahwinan sahabat axa Afat. Ni kenduri rumah dia pulak kat Bidor. Dalam pukul 11.. semua dah sampai, so kami pun buat gerakan. 5 kereta semuanya. Antara yang join.. satu keluarga axa termasuk mak ayah, adik + cik Jad, Zam + Sato, Whosend + Mleo, Pakku, Moktar, KD dan Cemut. Kami sampai dalam pukul 12.30. Lepas makan, kami tunggu pengantin sampai. Wedding kat bidor ni temanya Brown rasanya. Lepas ambik2 gambar, masing2 buat gerakan pulang ikut arah masing2.


Sampai rumah kul 5 dan axa dan ayah aszra terus rush ke BS Bakery. Ada bahan2 cupcake yang tak cukup. Actually axa dpt tempahan cup cake dr kawan sekerja Jun untuk birthday anaknya. So.. malam tu, axa dan adik masak dan hias la 50 biji cup cake. Penat sungguh rasa hari sabtu tu...dr pagi sampai tengah malam, tak berhenti2 ada je benda nak buat.


Ahad
Axa dan family rest dulu.. kul 12 kami keluar..memula hantar cup cake kat Teluk Gong, then baru la bergerak ke Bukit Kuda..gi wedding Siti Husna (kawan baik adik). Lepas tu gi Setia Alam.. bincang2 ngan ayah design kabinet dapur Rumah Kami tu. Rumah Kami dah siap sepenuhnya.. sekarang tinggal buat jalan dan touch up je. InsyaAllah dalam awal tahun nanti leh la pindah. Sekarang ni pun axa dah mula plan dan kumpul barang2 untuk masuk rumah baru. Banyak pakai duit woo.....Malam pulak, kami sekeluarga ke Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Restoran ni tepi sungai.. menarik jugak. Makanan sedap dan harga pun berbaloi. Memang betul la kata kawan2 axa, kat situ makan seafood murah...So balik je... tak larat dan terus la tidur!

Wednesday, November 07, 2007

Tuesday, November 06, 2007

Satu Hari di Hari Raya


A'kum... salam di petang Selasa. Penat sungguh rasanya hari ni. Hari ni..Bahagian Teknologi Maklumat, ICU JPM buat Majlis Satu Hari di Hari Raya. Meriah sungguh. Setiap seksyen perlu menyediakan juadah dan gerai masing2. Siap ada pertandingan gerau tercantik tu. Gerai seksyen axa diberi nama, Laksam Sesuci Lebaran - Ais Krim Sabarlah Sayang. Ikut tema ala2 muzikal hari raya la... Tapi tak menang pun..apa2 pun thanks untuk semua staff di Seksyen Pentadbiran yang sama2 menghias dan menguruskan gerai. Yang nyata Laksam kak Mazlia tu memang sangat sedap.


Axa di tugaskan menjadi pengerusi majlis, berpasangan dengan Abdullah. Kami pakai baju kurung dan melayu sedondon biru. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik.

Monday, November 05, 2007

My Best Friend Wedding


a'kum..salam pagi Isnin. Letih je rasa...dua hari cuti, penuh dengan aktiviti. Sabtu, lepas makan tengah hari..kami ke Cavenzi..menyelesaikan apa2 yang patut.. he he he. Pastu gi Carefour Subang pulak.. dari situ terus ke Glenmarie, sale Revlon dan Silky Girl. Seronok betul la..tengok barang2 Revlon murah2...thanks kak Aida sebab bagitahu. Dapat la jugak beli 2 lipstik, mascara + eyeshadow.. dengan harga 35 semuanya. Murah sungguh... sabar je la axa bila tengok foundation Silky Girl yang axa beli last week yg harganya RM 36, turun jadi RM 15. Kalau tahu ada sale cam gini...sure axa tunggu. Memang berbaloi.


Ok la.. Ahad. Seawal pukul 7 axa, ayah aszra, aszra dan adik dah bersiap nak ke Kuantan. Kami dah janji dengan Wayi + Hajar untuk ke majlis perkahwinan Afat(evildead), best friend axa. Kenduri ni sebelah perempuan. Sebelah afat akan buat di Bidor 10/11 ni. So..ni kenduri sebelah Afzan la. Actually Afat dan Afzan tak tahu pun yang kami akan datang. Ni kira surprise la untuk pengantin. Alhamdulillah... Afat dan Afzan telah selamat di ijab kabul kan pada pukul 9 pagi. Kami sampai pukul 12. Dan pukul 1 pengantin lelaki pun sampai. Terkejut jugak la jugak Afat tengok kewujudan kami. Lepas tengok majlis sanding...dan ambik2 gambar, kami bergerak balik. Sampai KL pukul 4.30.. lepas tu kami bergerak ke Seksyen 18 Shah Alam, gi open house Wak Nin..ni sifoo bowling axa. Then.. dalam kul 8 jugak la sampai rumah. Penat sungguh dan terasa jauh perjalanan semalam.

Bergambar dengan Afzan sebelum ketibaan Afat

Pengantin baru sedang berarak


Bersama geng2 MalaysianBowlers.com


Just nak wish.. Selamat Pengantin Baru buat sahabat baik axa Rauf Arafat Mohd Arshad dengan pasangannya Nurul Afzan Aini Mat Toni. Semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.