Isnin lepas saya dan en suami ke panggung sari istana budaya menonton teater badai semalam. Selain dr saya ni memang minat teater, sebab utama nak sangat tgk citer tu ialah si aaron aziz tu ler... Puas hati dpt tgk mamat tu secara live.. Lately ni minat benor le citer2 lakonan aaron tuh. Sib baik lah encik suami memahami. Habis je teater tu dia lah beriya2 keluar cepat2. Sebabnya ialah nak gi beratur untuk sesi otograp dan bergambor ngan artis. Bukan dia yg nak ambik gambor tp sebab dia tahu bini dia suka bebenir. Sanggup gi beratur dulu. Kira orang no 3 lah yang beratur tu. Saya keluar2 je terus ambik trmpat dia dan dia pun get ready ngan kamera. Memang terbaiklaj shot dia.. Close up gitu.. Heheheh..
Oh, pasal citer badai semalam tu memang best la. Citer ni adaptasi dari novel tulisan khadijah hashim. Dulu saper2 ambik subjek sastera kena baca buku sampai khatam sebab keluar dalam exam. Lakonan aaron aziz sebagai karim memang la mantap. Cair kejap. Era pulak memang hebat. Menjadi watak mazni tu. Yang lelain fizz fairuz, umi aida, emelda pun best jugak. Bagi saya citer ni best cuma ada lagi teater yang lagi hebat kot. Dari segi pergerakan prop macam x kemas sangat. Nampak orang berlari2 tolak props. Pastu pelakon tak nyanyi live. Miming jer.. So macam tak real bila diorg nyanyi. But overall citer memang ok.. Teknikal tu je lah ada flaw here and there.. So saper2 nak tengok masih sempat coz sampai 20 nov ni tayangannya...
Wednesday, November 16, 2011
Wednesday, November 09, 2011
Haji 2012
Saat ini, hati saya bagai didorong dengan kuat untuk berusaha menghantar emak dan ayah menunaikan haji tahun depan. Setiap kali tengok rancangan panggilan baitullah atau mana2 siri haji, sayu dan pedih sangat rasa hati ni. Sampai saya pernah menangis kerana saya sedih, sebagai anak saya rasa bertanggungjawab untuk menyediakan mereka ke tanah suci.
Kali ni saya dan adik nekad.. Bulan muharram ni, saya akan buat rayuan walaupun emak dan ayah baru mendaftar tahun ni. Macam2 pihak dah saya tanya. Tabung haji, travel agent.. Alhamdulillah, banyak info yang saya dapat. Tugas saya sekarang, memastikan duit dlm tabung haji mak dan ayah cukup, buat rayuan, daftarkan mereka ikut pakej swasta, buat follow up dan kalau perlu, terus buat rayuan demi rayuan. Kalau mengikut rekod travel agent.. Memang ramai yang baru memdaftar tapi dapat pergi pada tahun yang sama. Cuma harga nya agak mahal sikit berbanding muassasah.. Itu lah yang kami akan cuba.
Pada sesiapa yang membaca entry ini, satu saja saya mohon.. Doakan lah urusan kami ini dipermudahkan. Semoga hajat mak dan ayah saya ke tanah suci tercapai..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini.. Berkatilah usaha kami., semoga ki mendapat tempat bersama hamba mu yang beriman. Amin...
Kali ni saya dan adik nekad.. Bulan muharram ni, saya akan buat rayuan walaupun emak dan ayah baru mendaftar tahun ni. Macam2 pihak dah saya tanya. Tabung haji, travel agent.. Alhamdulillah, banyak info yang saya dapat. Tugas saya sekarang, memastikan duit dlm tabung haji mak dan ayah cukup, buat rayuan, daftarkan mereka ikut pakej swasta, buat follow up dan kalau perlu, terus buat rayuan demi rayuan. Kalau mengikut rekod travel agent.. Memang ramai yang baru memdaftar tapi dapat pergi pada tahun yang sama. Cuma harga nya agak mahal sikit berbanding muassasah.. Itu lah yang kami akan cuba.
Pada sesiapa yang membaca entry ini, satu saja saya mohon.. Doakan lah urusan kami ini dipermudahkan. Semoga hajat mak dan ayah saya ke tanah suci tercapai..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini.. Berkatilah usaha kami., semoga ki mendapat tempat bersama hamba mu yang beriman. Amin...
Monday, November 07, 2011
Dasyatnya Doa Ibu
Saya baru keuar dari MPH Giant, Senawang. Tengok2 kereta tak siap dicuci lagi. So sementara menunggu, baik saya baca buku. Actually saya baru beli buku Dasyatnya Doa Ibu, tulisan Syamsuddin Noor. Finally, dapat juga saya buku ni. Before this saya hanya mendengar dan membaca review tentang buku ini. Rata2 ramai yang bagi good review. Ada yang sampai mengalir air mata katanya. Wallahualam..
Hari ni saya baru start membaca. Saya sendiri memang percaya kepada Doa kepada Allah. Selepas kita berusaha, doa adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Sejak sekolah2 lagi, saya pegang prinsip "Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan.". Alhamdulillah pegangan saya itu masih kekal ke hari ini. Sebab tu sekarang ni saya selalu terapkan dalam diri Aszra, kalau kite nak dapatkan sesuatu, kite kena usaha.. Then saya juga dah ajar dia berdoa selepas solat.. Selebihnya, berserah saja pada Allah. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Now, saya as ibu pastilah akan terus mendoakan kejayaan anak2 saya..
Hari ni saya baru start membaca. Saya sendiri memang percaya kepada Doa kepada Allah. Selepas kita berusaha, doa adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Sejak sekolah2 lagi, saya pegang prinsip "Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan.". Alhamdulillah pegangan saya itu masih kekal ke hari ini. Sebab tu sekarang ni saya selalu terapkan dalam diri Aszra, kalau kite nak dapatkan sesuatu, kite kena usaha.. Then saya juga dah ajar dia berdoa selepas solat.. Selebihnya, berserah saja pada Allah. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Now, saya as ibu pastilah akan terus mendoakan kejayaan anak2 saya..
Monday, October 31, 2011
Hijrah Aszra

Harapnya keputusan tukar Aszra dari NURI ke Genius Aulad ni adalah tepat. Saya tahu Aszra memang suka belajar di NURI dan saya juga tak nafikan silibus NURI bagus. Cuma the way diorang manage tu yang saya problem sikit dan saya pun nak fokuskan Aszra dengan islamic studies jugak. But, sepanjang almost a year Aszra kat situ, memang banyak improvement. Confident level pun ok. English dia pun ok.. Everyday dalam kereta mesti speaking mat saleh,..huhuhu.. Kami ni pun layan kan je la kan....
Hari ni pulak first day Aszra akan mengaji di tempat baru. Kali ni mengaji di rumah Ustazah Dilla di Impian 2. Saya dapat info ni dari few friends plus saya search kat google. Sabtu lepas saya sendiri ke rumah ustazah ni. Alhamdulillah, dia menerima Aszra as murid baru. Dia akan sambung dengan buku Qiraatinya. Saya juga tambahkan kelas Fardu Ain dan Bahasa Arab. Semua ni as persediaan Aszra untuk exam kelayakan SRAI, InsyaAllah. Kenapa saya tukar tempat mengaji Aszra after almost 2 years dia Iqra' Bestari. Saya bukan nak bercerita yang tidak elok, cuma saya agak kurang senang dengan pertukaran ustaz/ustazah yang sangat kerap. Jadi, bagaimana nak monitor prestasi pelajar. Aszra masih di Qiraati 2. Bila tanya ustaz 1, katanya Aszra ok.. tapi bila ustaz 1 tak ada, ganti ustaz 2. Ustaz 2 kata, banyak yang Aszra tak ok lagi. Ustaz 1 dan Ustaz 2 ni asyik kejap ada kejap tak ada. Payah la macam ni. Kadang-kadang saya test Aszra, memang banyak yang sangkut lagi. Bagi saya its ok kalau dia tak beralih muka surat. Yang penting dia betul2 faham baru lah alihkan muka surat. The same thing saya cerita dengan ustazah Dilla.. saya tak kisah Aszra lambat naik al_quran tapi biarlah dia benar2 faham.
align="justify">Hopefully dengan pertukaran ini, Aszra akan lebih dapat menuntut ilmu dengan baik. InsyaAllah
Sunday, October 30, 2011
Rongak
Dua hari lepas satu gigi susu aszra dah tercabut. Before that memang dah goyang. Suka benor dia goyang-goyangkan gigi sampai finally tercabut sendiri. Pastu barulah we all perasan rupanya ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi yang patah tu. Gigi kekal pertama dia dah tumbuh. Nampak rupanya macam besar jugak gigi tu. Takut pulak gigi tu terkebelakang.
So pagi tadi saya buat appoinment dengan doktor. Nak check gigi dia. Mintak advice apa yg boleh dibuat to make sure gigi kekal dia tumbuh elok. Kalau boleh elak pakai braces lagi bagus kan. Then doktor check bagi tahu gigi baru dia ok. Akan gantikan gigi yang tercabut tu. Tapi doktor kata, aszra ni kira awal ler gigj kekal tumbuh sebab dia baru 5 tahun kan. Selalunya nak masuk 7 tahun baru tumbuh. Gigi2 susu dia semua elok. Satu pun x ada yang rosak. Setiap 6 bulan mmg kami gi dentist. Lagi pun aszra bukannya suka makan junk food yang boleh rosakkan gigi. Ais krim, coklat.. Dia memang nak minat sangat...
For now, anak ibu rongak lah sikit gigi bawah.. Tapi always comelllll...
So pagi tadi saya buat appoinment dengan doktor. Nak check gigi dia. Mintak advice apa yg boleh dibuat to make sure gigi kekal dia tumbuh elok. Kalau boleh elak pakai braces lagi bagus kan. Then doktor check bagi tahu gigi baru dia ok. Akan gantikan gigi yang tercabut tu. Tapi doktor kata, aszra ni kira awal ler gigj kekal tumbuh sebab dia baru 5 tahun kan. Selalunya nak masuk 7 tahun baru tumbuh. Gigi2 susu dia semua elok. Satu pun x ada yang rosak. Setiap 6 bulan mmg kami gi dentist. Lagi pun aszra bukannya suka makan junk food yang boleh rosakkan gigi. Ais krim, coklat.. Dia memang nak minat sangat...
For now, anak ibu rongak lah sikit gigi bawah.. Tapi always comelllll...
Friday, October 28, 2011
Dulu duduk rapat-rapat
Cuti deepavali hari tu, we decided gi tengok wayang citer Real Steel. Ni pun selepas dapat reviw dari adik yang katanya citer tu best sangat. Sesuai bawak budak2 sebab citer ni pasal bapak ngan anak. Ada sorang member ni citer lak, hubby dia sampai mengalir air mata.. huhuhuh. Ada jugak yang suruh sediakan tisu..
Saya agak cuak to bring along Asyif gi tengok movie ni. Our last wayang back in bulan puasa dulu, movie Captain America, Captain Asyif buat wayang. Dia boleh pulak buat bising + lari turun naik tangga. Huhuhuhuh... makanya, kena angkut dia keluar. Tragedi jugak ler..
So, saya cadang nak tinggalkan di kat rumah mak je, lagipun mak dan ayah plan nak gi jalan2 bawak dia.. tapi en suami saya ni memang very fatherly.. dia nak angkut jugak anak2. Kesian asyif katanya.. dia nak jugak satu family pergi together2. Ok.. we'll see.
Kali ni, saya beli 4 tiket. 2 adults, 2 kids. Makin bertambah dah pembelian tiket kami. So, dapat lah si Asyif ni his own seat kan.. dan surprisingly.. dia memang behave. Duduk selamba kat seat dia, tengok movie sambil kunyah popcorn..sabar je la.. Lagi 10 minit nak habis citer, dia bangun dan datang duduk atas riba saya then mintak nak menyusu. Saya susukan kejap.. terus dia terlena.. Wah wah wah... kali ni dapat concentrate tengok movie...hehehe.
Moral of the story, nampaknya memang kami kena beli 4 tiket la lepas2 ni. Dulu2, zaman belum kawin , baru kawin... beli 2 tiket, duduk rapat2 sebelah2.. Pastu dapat Aszra.. mula beli 3 tiket.. Aszra duduk tengah2.. masih boleh dekat2 lagi. Sekarang ni.. 4 tiket.. ibu duduk hujung sini, ayah duduk hujung sana... anak2 dua seats kat tengah2...huhuhuh.. langsung tak leh nak bercakap ibu ngan ayah.... this is the sacrifies being a parent kan.. its not about u and me, its about the whole family... saya sayang keluarga saya!
p/s: btw, citer Real Steel.. ok lah. Jalan cerita ringan.. dan best la.. tapi saya tak menangis pun..huhuhuh
Friday, October 21, 2011
Master of ceremony
Saya sedang berada di dalam auditorium INTAN. Menjadi emcee bagi sesi panel discussion & closing ceremony for Persidangan Perkhidmatan Awam ke 16.
Thursday, October 20, 2011
Monavie cegah kanser

Tuesday, October 18, 2011
Prihatin tak?
Pagi ni kecoh citer pasal budak dua tahun yang kena langgar ngan van pastu ngan lori, tapi orang yang lalu lalang boleh buat tak tahu je. Saya sempat tengok video tu tapi tak sanggup la..especially part budak tu kena lenyek sekali lagi tu. Macam langgar bangkai anjing mati lak. Orang yang lalu kat situ siap boleh mengelak lagi.. punyer la tak prihatin. Sampai terkulai dah kaki budak tu masa orang angkat.

Tu kat china.. ni kat Malaysia ni pun sama jugak. Saya bukan nak membebel tak tentu pasal. Tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru lah nak beringat kan. Saya ni nak cerita tentang pengalaman sendiri la. Sejak naik motor gi ofis ni.. banyak kerenah orang yang saya nampak especially kerenah pemandu yang penting diri sendiri. Punya lah jalan raya tu besar, bukan takat 2 lane tapi 3 lane.. tapi diaorang ni nak jugak lalu kat laluan kecemasan tu. Sangat menyusahkan penunggang motorsikal. Dah la semua lane penuh ngan kereta.. so, laluan tu je la satu2 nye motorsikal nak lalu. Saya pun kadang2 rasa angin je tengok pemandu yang macam ni. Tak prihatin langsung tentang pengguna jalan raya yang lain.
Kes ke dua.. kat jalan2 bandar ni. Mana ada laluan kecemasan kan. Jadi motorsikal ni berharap dapat lalu antara 2 lane tu je la.. antara kereta2. Tapi ada jugak kereta yang sengal, suka pandu kereta.. betul2 kat tepi line.. memang kecik betul ruang utk motorsikal lalu. Jalan raya kita ni besar. Cuba pandu2 betul2 kat tengah lane. At least kiri kanan tu bagi lah motorsikal nak lalu. Kami pun bayar roadtax jugak.. Emo pulak saya kan, sebab orang tak prihatin ni. Tapi bila fikir balik, masa saya bawak kereta sebelum ni, pernah ke saya sendiri fikir pasal kat mana motorsikal nak lalu? Pernah ke saya fikir yang kesian kat orang yang bawak motorsikal ni ke.. Seingat saya, saya tak pernah terfikir pun pasal lane motor tu.. yang saya pernah fikir kesian kat diorg kalau hujan, sure basah lencun. Mungkin macam tu jugak lah fikiran orang2 yang bawak kereta full time ni. Mereka tak merasa macam mana keadaannya naik motorsikal tu kan. So, mereka tak tahu... Saya ni, bila nak naik motor balik, barulah terfikir semua ni. Betapa kita kena prihatin dengan orang lain..orang sekeliling kita. Mereka bukan keluarga/kawan/kenalan kita, tapi kita tetap kena hormati hak mereka..Now, bila bawak kereta je, saya akan fikir pasal penunggang motorsikal pulak... Bersyukurnya saya... keputusan untuk naik motor ni banyak hikmahnya. Membuatkan saya untuk tunduk memandang ke bawah. Untuk lebih memahami asam garam kehidupan. Susah senang... Yer la, kita tak tahu hidup kita macam mana. Hidup macam roda, kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah. So.. walau tinggi mana pun kita.. kita tetap kena pandang ke bawah dengan rasa syukur...

Thursday, October 13, 2011
Single Handed
Baru hari ni saya masuk kerja untuk minggu ni. Tiga hari dua malam berkampung di wad 427, hospital KPJ Shah Alam. Asyif demam masuk 4 hari, hidung berdarah2.. so, nak tak nak kena bawak gi hospital on Monday. For sure kena admitted. En. Asrof pulak, Monday tu jugak lah kena ke Penang, Kedah for 4 days. Hari ni baru balik semula. Maka saya sorang2 la jaga anak kat hospital tuh. Yang menyedihkan lagi, kali ni tak dapat single room sebab semua single room dah penuh. Maka duduk la kami dua beranak kat 4 beded room. Memula rasa uncomfortable..but then, bila nak kenal2 dengan jiran2.. ok lah jugak kan.
First time saya kena handle anak kat hospital sorang2 tanpa en suami di sisi. Selalunya dia pun akan sama2 tidur kat wad jaga anak. Pastu malam2 en suami akan keluar gi beli makanan untuk supper. Duduk kat wad menyebabkan saya lapar.. yer la boring x ada benda nak buat. Sejuk lak tu. Perut mula lapar. Kali ni memang mengharapkan makanan hospital je la. Nasib baik ibu yang menjaga anak pun dapat makanan. Yer la takkan saya nak tinggalkan Asyif sorang dan turun ke kantin kan. Nak dukung dia all the way memang la dah tak larat.
Saya tak mengeluh pun kena handle sorang2.. Sebab saya selalu teringat, macam mana lah mereka2 yang single mom or single dad ni kan. Kena handle anak sendirian. Tak kira lah yang pasangan meninggal dunia atau pun dah bercerai. Kagum saya dengan mereka yang berjaya membesarkan anak sendirian ni. Tapi Allah tu kan Maha Mengetahui.. Dia menguji pada mereka yang mampu menerimanya sahaja.. Saya ni kira sangat bernasib baik. Walaupun en suami tiada di sisi, saya masih ada mak ayah yang masih sihat. Tiap2 hari boleh hantar dan ambil Aszra dari sekolah. Tak perlu saya pening nak mintak tolong saper2 dah. Pastu mak ayah la jugak datang tiap2 hari ke hospital untuk teman kan saya dan asyif. Memang bertuah saya ni sebab ada mak ayah yang duduk dekat. Alhamdulillah... itu kelebihan yang Allah nak bagi pada saya.
By the way.. Asyif dah sihat. Semalam dah balik rumah macam biasa. Dah kembali aktif macam biasa. Tapi mulutnya tak henti panggil..Ayahhh...ayahh... rindu ayah dia la tuh. Sama jugak ngan si kakak, dia pun ada cakap kat saya dia rindu ayah... Ibu pun rindu juga..hehhehehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)



