Citer pasal hari bapa.. selain belanja si ayah tengok wayang.. Aszra buat kad untuk ayah dia. Punyer la nak sorok2. Tapi dia buat kad tu sama2 semeja ngan ayahnya. Bila ayahnya nak tengok dia tak bagi.. harus lah ayah nyer tahu dia tengah buat kad hari bapa kan.. So, malam tu jugak dia nak bagi. Pastu pesan, suruh ayah letak kat opis.. Pagi ni sebelum gi school, ayahnya suruh ambik gambor ngan lukisan fathers day dia tu... tersengih kena puji ngan ayahnya.
Tu untuk ayah Aszra dan Asyif.. untuk ayah saya pulak. Since last week memang dah belikan hadiah untuk ayah. Ayah yang pilih sendiri. Sehelai baju dan tali pingang.. Pastu malam tadi, gi makan kat Pak Li kat seksyen 7. Kira sempena meraikan hari bapa la.. Makan kat situ sebab ada Hainanese Chicken Chop.. faveret ayah. Untuk suami saya, ayah saya, ayah mertua saya dan ayah2 lain yang saya kenal.. selamat hari bapa.. semoga terus menjadi ayah yang terbaik.
0 comments:
Post a Comment