Monday, September 05, 2011

Selamat Hari Raya 2011


Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Hari ni, Isnin 5 September 2011. Saya telah pun kembali berada di Pejabat. Lepas seronok bercuti seminggu.. hari ni akan memulakan tugas seperti biasa. Ada projek yang menanti, thats y x boleh cuti panjang. This coming 2 weeks ni memang akan menjadi minggu yang busy. Lepas tu baru yang akan ambil cuti lagi.

Raya tahun ni seperti biasa disambut sederhana. Kami beraya di Seremban (mertua). Tapi petang raya pertama dah balik ke rumah mak saya di Kapar.Raya kedua.. ronda rumah saudara mara. Tahun ni raya rasa best sebab raya kedua tu jatuh pada hari lahir saya, 31 Ogos.. Kalau tak raya pun, memang tiap2 tahun cuti sambut merdeka. Sempatlah potong kek..ehhehe. Raya ke tiga.. kami balik ke Mersing, kampung ayah mertua. Tapi singgah dulu di Batu Pahat, kampung mak mertua. Memang jauh kami beraya. Spent 3 hari kat Mersing. Sabtu dah balik ke Setia Alam.. dan Ahad sempat lagi beraya collect duit raya anak2..ehehheh.

Alhamdulillah.. selesai kita berpuasa sebulan dan dapat kita beraya dengan gembira. Mudah-mudahan, kita dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang...Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

0 comments: