Monday, April 27, 2009

Pengisian Masa dan Kehidupan yang Indah

Salam pagi Isnin... lama rasanya tak update blog ni.. blog CuppyBeez pun sama. Actullay dah seminggu lebih axa tak ada kat office. So.. lega betul..hari ni baru dapat bernafas kat ofis. Kerja yang melambak menanti... kena siapkan cepat2... sebab khamis ni nak cuti dah.... nak gi holiday ngan family...hoorayyyyyyyyyy.

Dengan Anis.. team bowling JPA tahun ni

Cam mana nak citer yer... begini ceritanya. Dua minggu lepas 16-17 April (Khamis, Jumaat), setelah dapat pelepasan.. axa sekali lagi terpilih untuk mewakili JPA untuk Kejohanan Bowling MAKSWIP peringkat Wilayah Persekutuan la, kat South City Plaza. Memang susah betul la main kat situ.. penat nak adjust. Kalau tahun lepas dapat no 12 dari[ada 136 peserta.. tahun ni... agak mendukacitakan.. first block axa teruk sangat. Second block je dah leh naik 170 ++. Tak apa..next year ada lagi.


Team bahas INTAN

Pastu last week... sejak hari rabu, axa berada kat JPA. Kena wakil INTAN ke Pertandingan Bahas JPA. huhuhuh... tak pasal2 nama naik... Timbalan Pengarah ICT ler yang bagi arahan. Ni semua gara2 axa jadi MC untuk beberapa majlis baru2 ni. Tapi alhamdulillah la... syukur dengan bakat yang Allah bagi kat axa.. memang berckp ni bidang axa. Ayah Aszra penah cakap yang axa ni salah bidang... patutnya ambik law kan...heheh.. So... axa bersama Rozaidatul dan Nasrullah.. berjuang la... dan berjaya sampai ke peringkat separuh Akhir. Thanks untuk rozaidatul dan Nasrul.. walaupun diaorg tu sekadar bidan terjun dan tak pernah bahas.. tapi sikap kesungguhan ingin mencuba tu sangat tinggi. Next year.. kite practice betul2 yer.. cuma nak improvekan u all nyer gaya dan intonasi je... hujah2 kite semua memang dah hebat!... heehhe.


Dengan noi.. before operation


Noi..after the surgery

Satu lagi.. sepanjang minggu lepas.. petang2 axa akan ke SJMC. Cousin axa Noi.. finally buat pembedahan untuk buang payudara sebelah kiri disebabkan oleh kanser payudara. Same age dengan axa.. one of my close cousin yang axa sayang sangat. Actually selama ni.. setiap 3 minggu axa akan ambik cuti sehari untuk bawak dia buat kimoterapi. Alhamdullilah.. kimo dah selesai.. dan pembedahan dah pun selesai.. semoga noi terus tabah untuk menghadapi kehidupan lepas ni..

Life axa lately ni.. memang sangat full... penuh dengan aktiviti yang alhamdulillah semuanya menggembirakan. Walaupun penat.. rasanya sangat puas bila kite dah berjaya lakukan. Kerja, aktiviti riadah.. keluarga + bisness kecik axa. MyCuppyBeez pulak.. alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Rezeki Allah nak bagi kan... ada je tempahan. Semua nya menuntut pengaturan masa yang teratur. Weekend.. pun penuh je.. Sabtu dah tentu half day akan habis kat Tumble Tots.. pastu kalau tak ada apa2.. gi swimming... atau buat gardening je. Ni dah 2 minggu berturut2 balik Seremban. Maklum la... in laws axa tak lama akan dapat ahli keluarga baru.....tungguuuuuuuu....

Tuesday, April 14, 2009

Happy 35th Anniversary


Salam pagi Selasa. Rasa segar lak hari ni even malam tadi tidur lambat buat cupcakes. Hari ni 14 April 2009. Ulang tahun perkahwinan mak ngan ayah axa yang ke 35. Lama giler... alhamdulillah, syukur. Ditambah setahun lagi usia perkahwinan mak ngan ayah. Diaorang diijab kabulkan pada 14 April 1974. Mak ngan ayah ni kawin suka sama suka. Compare ngan adik beradik mak yang lain... semuanya kawin atas arrangement keluarga. Mak je yang cari sendiri. Mak orang kampung je.. keluar bekerja kat bandar. So kenal la ngan ayah axa yang satu tempat kerja tu. Ayah memang purely orang bandar. Ayah citer.. memang payah jugak la nak dapat kan mak ni. Sebab mak ada dua orang abang yang sibuk jaga dia. Ye la.. dulu2 orang2 kampung tak percaya kat orang bandar ni. Tapi alhamdulillah... memang jodoh diaorg kan.


Lepas 4 tahun usia perkahwinan mak ayah.. baru la axa di lahirkan. Lama juga menunggu. Tapi dalam jangka masa tu, mak memang ada mengandung kakak/abang axa. Tapi keguguran sebab masa naik motor terlanggar lubang. Memang tak ada rezeki masa tu. Dan ditakdirkan axa nak jadi anak sulung kan. Lepas 4 tahun axa lahir, baru la adik pulak lahir. Bagus betul timing mak ngan ayah ni... suka no 4 pulak. Kawin pun tarikh yang banyak no 4. Sib baik anak tak dapat 4 orang. Hehehehe.. Alhamdulillah.. sampai hari ni mak ayah masih kekal dan selalu saling memerlukan. Diaorang ni tak pernah berpisah la.. Ada sekali tu ayah axa kena ke Paka, Terengganu atas urusan kerja. Itu la kali pertama dan terakhir diaorg ni berpisah. Lepas tu.. mana2 ayah pergi mak mesti ikut. Sekarang ni dua2 happy duduk rumah lepak ngan cucu kesayangan diaorg tuh...


Mak ayah... semoga ikatan perkahwinan mak ayah kekal sampai ke syurga dan menjadi ikutan kami adik beradik. Happy anniversary. Ni hadiah untuk mak ayah...


video

Monday, April 13, 2009

We Are Tumble Tots!


Salam tengah hari Isnin... Sangat letih dan kepala sangat pening. Actually ingatkan hari ni ada appoinment ngan doktor.. rupanya 16hb la pulak si Noi nyer appoinment. Dalam pening2 ni.. sempat lagi la nak update blog ni. Biasa la.. bercerita tentang weekend.
Sabtu. Aszra la yang paling bersemangat. Sebut je nak gi school.. dia akan terus bangun dan ajak gi mandi. Yup.. aszra nak kena gi school.. yang dia paling tak sabar ialah nak pakai baju sekolah dia. Maklumla last week baru dapat... tapi this week, tak ada kelas sebab ada party 30 tahun Tumble Tots kat McDonalds Subang Parade. So.. semua bebudak Tumble Tots ni kena la gi celebrate.. but still kena pakai uniform la kan. Tu yang Aszra happy tu. Party tu start at 11.30 am. Ada aktiviti menyanyi, menari, potong cake .. ambik gambar ngan mascot Tumble Tots.. dan aktiviti makan2 la. Memang ramai la parents yang anak2 dia belajar kat Tumble Tots ni join. Seronok tengok.. Si Aszra..bila part menari2 tu dia pun ikut la cam mana teacher dia buat. Memang enjoy. So.. Aszra akan dapat replacement class untuk sabtu tu.


Suasana kat McDonalds yang penuh dengan parents dan bebudak TumbleTots

Teachers ajak semua Tumble Tots menyanyi dan menari

Aszra pun apa lagi.. menari la

Cuppies untuk semua

Aszra dengan favourite teacher dia..

Bergambar dengan Mascot Tumble Tots

Belah petang... ayah Aszra ajak gi swimming kat Pusat Akuatik. Dah lama tak gi swimming ni.. asyik tak ada masa je. So.. petang tu pergi la kami 3 beranak ke Shah Alam. Axa dan Aszra biasala.. lepak kat baby pool dan ayah Aszra pulak kat pool besar la. Axa memang takkan lupakan hari tu.. untuk pertama kalinya Aszra dah mula float. Selalunya dia hanya akan berjalan2 dalam pool tu.. sebab air kat paras dada dia. Memang dia tak bagi ibu pegang dia la. Tapi hari tu dia dah mampu angkat kaki dan biar diri dia float. Pastu dah start berenang2. Axa sangat terkejut. Asalnya.. axa tengok dia nak terjatuh masa jalan2 dalam air.. tapi agaknya tiba2 dia rasa diri dia leh float dan terus dia apung kan badan dia.. bagus anak ibu. A good start untuk Aszra. Next boleh la ajar dia blow bubble untuk swim betul2. Ayah Aszra la paling suka.. yer la.. dia kan swimmer.. so nak la anak dia ikut jejak langkah dia. Nanti leh la hantar aszra proper class kan. InsyaAllah.. Malam tu kami lepak dan tidur kat umah adik kat Flora Damansara.

Ahad.. kul 10 pagi dah ada kat bowling alley kat Pin Junction. Join liga PBSM. Hehehe bowling lagi. Habis bowling.. gi shopping sikit kat IKEA. Finally ayah aszra beli jugak kabinet kaca untuk action figure super hero dia. Axa pun tumpang happy sebab sayang tengok miniture2 dia tu berhabuk letak kat almari biasa. So.. ayah Aszra dah leh senyum lebar la....

Wednesday, April 08, 2009

My Cuppy Beez is Online


Salam petang Rabu.

Just nak announce kat kawan2 yang dah banyak kali tentang blog untuk bisnes kecil-kecilan axa. Alhamdulillah... berkat sokongan family dan rakan2, maka wujud lah blog My Cuppy Beez yang kini telah pun berada online. Axa create blog ni tahun lepas lagi. Namun disebabkan kekurangan masa dan kurang keyakinan nak promote my own design.. axa lengah-lengahkan je. Tapi tu la.. kawan2 ada yang dah bising sebab bila nak refer pasal cupcakes axa kena bukak kat archive kat blog Manik-Manik Kayangan ni. So.. My Cuppy Beez adalah blog yang axa dedikasikan khas untuk keluarga dan kawan-kawan yang banyak memberi support.

Untuk pengetahuan, Axa masih menjalankan bisnes ni secara part time. Sebab tu kadang2 risau kalau terlebih promote takut tak mampu nak buat pulak. Alhamdulillah buat masa ni axa dibantu oleh Emak dan Adik. So kawan-kawan... boleh la jenguk ke My Cuppy Beez ok... no more bebelan ok..hehehehheh

Tuesday, April 07, 2009

Its My Life

Salam pagi selasa. Mendung je pagi ni. Nampaknya tak kering la kain baju yang di basuh. Hehehehe.... bila cuci baju je mesti hari hujan. Semalam, Isnin.. agak busy dengan kerja. Ada banayk ammenmend yang nak kena settle by Rabu. Ada orang kata kerja gomen ni senang la..goyang kaki la.. tapi cuba la masuk department axa, Program E-Pembelajaran. Jadual kerja sangat pack ok! Tekanan nya sama je macam kerja swasta. Dengan kerja yang melambak. Dengan manusia2 dengan pemikiran yang tah apa2... semua kita nak kena tolerate. Cam gitu la.....membebel lak pagi2 ni. hehehe.

Citer weekend... banyak pasal bowling je. Since khamis malam.. axa dah duk main bowling. Jumaat malam... ladies league kat Pin Junction, Damansara. Kali ini Aszra teman kan ibu. Kami berdua je. Ayah Aszra gi futsal. Pening Aszra, nak ikut yang mana satu. Finally Aszra ikut ibu. Sure aszra confuse nak aktif sukan apa. So far bowling pun dia suka.. futsal pun dia minat.

Sabtu pagi. Kelas pertama Aszra kat Tumble Tot. Rugi lak tak ambik gambar. So.. lepas ni every saturday.. aszra akan gi kelas. Kelas dia ni... ada belajar alphabet, numbers.. menyanyi, buat arts. Seronok sangat. Aszra pun lately ni dah banyak inprovement. Dia faham english..kelas dia semua in english. So.. sekarang ni aszra dalam proses berkomunikasi in english. Ngan ibu dan ayah pun dia dah berangan speaking english. Bahasa melayu dia dah sangat terror... siap dengan penggunaan kata hubung "tapi", "kalau" "sebab","kalau tidak" dan mcm2 la. Tak pernah kami ajar... maybe sebab dia dengar setiap hari kot. Budak2 sebaya aszra ni memang tengah banyak belajar. Ada satu lagi.. sekarang ni kalau dia terkejut, dia sebut " Oh my god". Axa rasa dia tengok tv kot. Balik dari kelas terus balik rumah. Tok Wan ngan Tok Ayah datang bawak pasu dan pokok bunga. Sangat suka... rumah axa sekarang ni dah menghijau je. Thanks ibu dan ayah..

Malam Sabtu ke Pin Junction lagi... ada kejohanan Double Trouble anjuran MalaysianBowlers. Seperti biasa.. axa antara yang sibuk dengan registration. Main tetap main... walaupun kaki mcm sakit sebab 3 malam berturut2 main bowling. Aszra sentiasa teman ibu ngan ayah. Kali ni aszra dah tak kekok nak main2 ngan auntie dan uncle2 dia. Habis uncle Zam dan uncle Wayi kena dera. heheheh.



Ahad... kami sekeluarga ke wedding anak cousin axa. Kira pangkat anak sedara la ni. Tema nya merah maroon... so kami pun kena la pakai color merah maroon.... huhuhuh.


Aszra dah pandai bergaya nak gi wedding...

Dengan mak2 sedara2 dan sepupu2