Wednesday, August 30, 2006

Merdeka - Meniti Usia



A'kum..
Salam di hari rabu. Hari ni agak lambat axa menulis. Seawal pukul 10, ada sambutan hari kemerdekaan di ofis ni. Tetamu jemputan Datuk A. Samad Said. Rasa bertuah sungguh hari ni sebab dapat bertemu dan mendengar beliau mendeklamasi pusi secara live! Dan yang penting, axa mendapat hadiah istimewa darinya.

Esok, 31 Ogos, ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 49, axa pula akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 28. Pagi ini, axa menonton dokumentari tentang perjalanan negara sejak merdeka hingga ke hari ini. Berbagai perubahan yang dapat kita lihat di Malaysia hari ini. Alhamdulillah, semakin hari Malaysia semakin maju dan kita sebagai rakyat megah berdiri di tanah berdaulat ini. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Axa memandang diri axa kembali. Melihat perubahan Malaysia, axa terfikir untuk mengimbas kembali perjalanan hidup axa. 28 tahun yang lalu, masa tuh 27 ramadhan, tiga hari sebelum aidil fitri. Pukul 2.45 petang axa dilahirkan. Sebagai anak sulung dan zuriat yang menjadi penantian mak dan ayah selepas 4 tahun berkahwin. Tidak dinafikan axa dibesarkan penuh dengan kasih sayang. Segala-galanya cukup. Mak ayah mamsatikan semua keperluan axa terjamin. Dari segi pendidikan, walaupun mak dan ayah bukan golongan berpelajaran tinggi, tapi mereka ada cara sendiri mendidik axa, hingga axa mampu berdiri seperti hari ini. Sejak tadika axa mula aktif. Masuk darjah satu terus jadi ketua darjah. Hinggalah ke tingkatan 5, bergelar ketua pengawas. Dari darjah satu dengan pencapai no 1 setiap tahun, agak menurun ketika meningkat remaja dan kembali mencapai status pelajar terbaik menjelang SPM 1995. Di universiti, axa masih aktif sebagai pemantun universiti hingga ke menjadi naib johan peringkat kebangsaan. Dan ketika bekerja, pencapaian tertinggi Anugerah Remaja Malaysia yang dianugerahkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada tahun 2003.

Bila diimbas kembali semua itu, axa bersyukur kehidupan axa agak bertuah. Semakin hari axa cuba memajukan diri. Serentak perkembangan kemajuan negara selepas merdeka. Kalau hari ini, Malaysia bangga dengan KLCC, Putrajaya dan pelbagai pembangunan lain, axa pula selepas 28 tahun axa bangga mempunyai mak, ayah, adik, suami dan seorang anak serta kerjaya yang stabil. Jika kerajaan hari ini seterusnya merangka pembangunan negara untuk tahun-tahun berikutnya tanpa henti, axa pula akan tanpa jemu berusaha memperbaiki kehidupan sekeluarga selagi nyawa dikandung badan.

Terima kasih mak-Sharifah yang melahirkan axa, terima kasih ayah-Abu Bakar yang bergadai titik peluh membesarkan axa dan terima kasih adik-Arita yang selama ini memberi senyuman dan sebagai teman sepanjang kehidupan axa. Buat ayah aszra-Asrof, terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bagi untuk axa dan buat aszra, terima kasih kerana membahagiakan ibu walau baru 3 bulan kita bersama. Juga buat sahabat2 baik yang selama ini memberi keceriaan dalam hidup axa, berkongsi pahit manis, suka duka - Arafat, Illa, Ida dan semua yang memberi senyuman dalam perjalanan seorang Asnida Abu Bakar.

Tuesday, August 29, 2006

Sudah-Sudah la INA...

a'kum...
Salam di pagi selasa. Pagi ni axa selsema. Macam nak demam pun ada. Tapi yang best sebab aszra ada kat rumah axa. Semalam dia kena cucuk utk bulan ketiga. Tak menangis langsung. Bagus betul anak ibu.

Malam semalam, seperti yang semua tahu, siaran langsung penyanyi no satu negara, siti nurhaliza duduk bersanding dengan lelaki idamannya, Datuk K. Dan di Astro dan TV1 pula, temubual ekslusif Diana dan Mawi tentang kisah putus tunang mereka. Axa sekeluarga tak ada rancangn yang nak ditonton secara spesifik. So biasalah, mula-mula mak mesti nak tengok siti. Siti cantik sangat malam tadi. Memang ala2 ratu. Masa dia berjalan sorang atas pentas pelamin tuh, memang nampak anggun sangat. Axa sendiri rasa happy tengok wajah siti yang berseri. Tapi bila dia mula berganding dengan suami terchenta dia tuh, axa terus rasa tak nak tengok dah. Tiba-tiba rasa sedih dan macam2 rasa keluar. Mak dengan adik tak sudah2 merungut, apa lah siti ni... kenapa la ini yang dia pilih. Kami suka siti tapi kami kecewa dengan pilihan dia. Dia memang layak mengadakan majlis yang gilang gemilang seperti itu memandangkan dia penyanyi tersohor, tapi siapa yang dipilih untuk diraikan bersamanya itu membuat kami rasa mual! Maaf siti.

Sambil2 tuh, axa sempat menukar siaran bila sessi tepung tawar bermula. Ye la..malas nak tengok orang tepung2 tawar ni. Rumah axa ni tak ada astro so bukak channel 1 la. Rosyam noor tengah temu bual Ina. Selang seli dengan temuramah mawi oleh aznil. Hmmm.. axa tak pasti apa motif rancangan ini. Adakah rancangan ini benar2 ikhlas atau sekadar untuk mengganggu gugat siaran langsung TV3? Dan yang pasti siaran ni pun asyik nak buat duit, sebab siap buat sms lagi.

Apa pendapat axa? Hmmm.. Ina..ina.. ina.. Axa malu tengok Ina dan axa juga kesian kat Ina tuh. Seorang anak gadis Felcra yang kini kononnya berhijrah untuk mengubah nasib diri selepas di tinggalkan oleh tunangnya MAWI. Ina yang kita semua kenali sebagai tunangan Mawi satu ketika dulu, kini berubah menjadi Ina yang baru. Baru ker??? Yang axa nampak maybe Ina berubah keningnya, berubah pakaiannya. Tapi bagi axa, mentaliti nya tetap tak berubah. Axa malu bila cara ina bercakap macam masih lagi berharap pada mawi. Dan bila ina mula menyanyi lagu penawar rindu yang ditujukan khas buat Mawi, axa rasa disitu lah jatuhnya maruah seorang INA! Kenapa mesti menyanyi macam tuh? Semua orang pernah melalui masalah dalam perhubungan. Putus cinta, putus tunang, malah yang bercerai berai lagi banyak. Bagi axa ini semua takdir Allah swt. Mana2 yang boleh dilupkan, baiklah dilupakan. Tapi semalam ina, berbicara dihadapan entah berapa juta rakyat malaysia yang on tv1 dan astro, seolah2 dia tak boleh lupa kan mawi. Masih mengharap pada Mawi. Kalau ina benar2 ingin berubah dan ingin buktikan pada mawi yang dia juga boleh berjaya, teruskan lah tanpa menoleh ke belakang. Buat apa fikir pasal mawi lagi. Bila ina begini, sudah tentu ramai yang bergelak sakan melihat kebodohan Ina yang nampaknya hari ni mengikut apa je orang suruh dia buat.

Axa kesian pada Ina. Dia tidak berpendidikan tinggi dan kehidupan sebelum ini, sekadar seorang anak felcra dan tinggal di kampung. Sejak Mawi popular banyak pihak menggunakan Ina sebagai tunang Mawi untuk buat apa sahaja asalkan dapat untung. Dia dipergunakan keana dia tunang Mawi. Ramai peniaga yang susah nak dpt mawi sebab mawi terikat dengan kontral maestro, so Ina pula jadi mangsa. Dulu keluar buku apa yang Ina rasa sebagai tunang mawi. Dan kini keluar pulak buku Catatan Duka Diana Naim. Tak lama lagi Ina buat album. Apa yang ina dapat dari semua ini? Mendedahkan kisah hidupnya sepanjang bersama mawi. Bagi axa kisah2 peribadi seperti itu tak perlu dihebahkan pada umum. Cukup sekadar mejadi pengalaman hidup kita. Tak sedar ke Ina, yang pihak2 ini mengambil kesempatan ke atasnya. Mengheret ina ke dunia glamour kononnya untuk buktikan yang ina juga mampu jadi seperti mawi. Tapi apa yang menjadi galang gantinya...maruah?? Mawi sendiri takkan menoleh ke belakang memandang Ina yang kini bergelar selebriti yang sering mendapat undi simpati.

Kalau ingin buktikan sesuatu pada Mawi, bukan ini caranya. Bukan dengan turut terjun ke dunia Mawi yang akhirnya melekakan dan menyebabkan Ina sendiri hilang arah. Ina sebenarnya telah menjatuhkan maruahnya sendiri bila dia dengan rela membuka rahsia hidupnya hanya untuk meraih popular dan secara terang-terangannya sebenarnya untuk menguntungkan pihak lain! Sudah-sudah lah tuh INA...

Monday, August 28, 2006

Kami yang bertuah - Maju Junction Merdeka Challenge


a'kum...
Salam dipagi isnin yang indah. Penat sungguh rasa pagi ni. Hujung minggu axa terisi dengan pelbagai aktiviti. Pagi ni pula bertolak dari seremban. Agak jem pagi ni, yer lah budak2 dah masuk sekolah semula.

Ok, axa nak cerita tentang pengalaman axa, ayah aszra dan kawan aszra memasuki pertandingan Merdeka Challenge anjuran pusat membeli belah Maju Junction. Pada mulanya kami ingat pertandingan ni sekadar walk a hunt (treasure hunt). Kami memang minat treasure hunt pun. Then rupa2nya pertandingan ni termasuk physical and mental challenge. Pertandingan bermula lebih kurang 8.45 pagi di lobby maju junction. Memula, taklimat dan pemberian kertas soalan. Pusingan pertama ialah Walk a Hunt. Kami perlu menyelesaikan soalan2 berdasarkan peta yang diberi. Kawasan liputan sekitar jalan tuanku abdul rahman, jln ampang dan berakhir di Maju Junction.Penat jugak la. 11.45 pg dah kena submit semua jawapan. Soalannya nak kata susah, tak lah sangat, tapi ketajaman mata mencari jawapan yang sesuai tuh yang kena betul-betul.

Pusingan kedua ialah Physical Challenge. Ni pun best. Permainan pertama, Strata Ball. Kami perlu masukkan 3 bola getah yang besar ke dalam jaringnya. Ala2 bola jaring. Tapi memang susah sebab jaringnya tuh betul2 sama saiz. Banyak kumpulan yang gagal. Alhamdulillah kami berjaya. Pusingan ke dua, captain balance. Kawan axa terpaksa berdiri di atas pelantar yang bergegar sambil pegang kon. Axa dan ayah aszra perlu memasukkan 10 biji bola dlm masa 30 saat ke dalam kon tersebut dlm jarak 30 meter. Dan sekali lagi kami berjaya. Cabaran ke tiga, Vellcro Olympic. Kali ni ayah aszra berseorang perlu berlari melalui perlbagai halangan di dalam belon plastik yang besar dalam masa 30 saat. Sian ayah aszra, penat dia, tapi dia dapat buat.

Pusingan ketiga pulak, ada dua cabaran. Cabaran pertama, axa lakukan bersendirian. Axa dikehendaki memasukkan tangan ke dalam akuarium berisi lebih dari 20 ekor tikus putih, untuk mencari batu2 permata yang berada di dlmnya dalam masa 30 saat. Memula geli juga, tapi alhamdulillah axa buat dlm masa 20 saat jer. Dan cabaran kedua yang paling menakutkan dan menjijikkan ialah, ayah aszra dibaringkan kedalam sangkar kaca yang berisi 5 ekor ular sawa dengan tangan kanan dan kaki kiri bermangga. Manakala kawan axa pula perlu memindahkan ulat dari dlm bekas ke atas penimbang menggunakan mulut. Apabila telah mencapai berat yang diperlukan, baru lah ayah aszra diberi kunci untuk melepas kan diri dari sangkar ular tu. Semua tu kena buat dlm masa 60 saat. Diaorg pun berjaya lakukan aksi tuh. Caya la....

Penat juga bila semua selesai. Masa sampaikan hadiah, kami memang tahu takkan menang sebab soalan treasure hunt tuh ada yang tak berjawab, sedangkan kami tengok ramai regular hunters. Tapi yang paling best part cabutan bertuah. Cabutan bertuah ni ada satu je hadiah iaitu, 3 buah digital camera cannon power shot. Dan yang best sangat2. KAMI YANG DAPAT!. Tiba2 je no kumpulan kami no. 89 dipanggil. Alhamdulillah, kami bertiga bawak pulang digital kamera satu sorang. Itu lah yang dipanggil rezeki. Walaupun kami tak menang hadiah pertandingan, tapi kami memang rasa cukup happy sangat. Sebab kami lah insan-insan yang bertuah!

Thursday, August 24, 2006

Untuk Wanita yang menghidap Kanser Payudara - Bahagian 1

Salam di pagi Khamis. Seperti biasa, setiap hari khamis, axa akan dtg dari rumah mak. Pagi ni aszra macam nak ikut je axa dan ayah aszra gi kerja. Semakin bijak anak ibu.

Posting hari ni, axa akan memulakan bahagian pertama tentang kanser payudara yang banyak menyerang wanita seluruh dunia. Mengapa axa inginbercerita tentang penyakit ini? Cousin paling rapat axa baru sahaja disahkan menghidap kanser payudara. Dalam usia 28 tahun, dia akan menjalani pembedahan membuang sebelah dari payudara nya. Cukup menyedihkan kami sekeluarga. Mudah-mudahan Noi (Norashikin Ibrahim) tabah menghadapi dugaan Allah. InsyaAllah.

Apakah Kanser Payudara?

Kanser payudara ialah pertumbuhan sel atau kumpulan sel yang tidak normal(ketumbuhan atau tumor) pada payudara. Sel ini amat berbeza daripada sel biasa yang sihat.Sel sihat membahagi dan bertambah dengan cara yangteratur. Tubuh kita bergantung pada aktiviti yang teratur ini untuk membaiki kerosakan akibat kecederaan, dan
menggantikan tisu lama.Kadangkala proses ini terganggu. Sel mulai tumbuh secara tidak terkawal dan menghasilkan tisu tambahan yang disebut tumor. Tumor ini boleh bersifat benigna (bukan kanser) atau malignan (kanser). Ada banyak teori yang menjelaskan bagaimana dan mengapa ini berlaku. Dalam sesetengah jenis kanser,
sebabnya jelas. Misalnya, merokok merosakkan paru-paru,dan ini menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, sebabnya tidak diketahui.

Faktor Risiko Kanser Payudara

Kita sememangnya mengetahui beberapa faktor risiko untuk menghidap kanser payudara.
Antaranya ialah:
􀁹 Sejarah kanser payudara individu
􀁹 Sejarah kanser payudara dalam keluarga, terutamanya keluarga terdekat (ibu, kakak, atau anak), jika kanser terjadi sebelum putus haid (menopaus), atau terjadi
dalam kedua-dua belah payudara pada mana-mana ahli keluarga tersebut.
􀁹 Mula datang haid pada usia muda (juga disebut menark awal)
􀁹 Mengalami putus haid pada usia yang lanjut.
􀁹 Tidak mempunyai anak (nulipariti)
􀁹 Mula hamil selepas berumur 30 tahun.

Jika anda terlalu berat (keobesan)dan banyak meminum minuman keras, anda juga menambahkan risiko penyakit kanser payudara. Oleh sebab hanya satu dalam empat
wanita yang mengalami kanser payudara menghadapi faktor risiko ini, pengesanan awal melalui mamografi, menjalani pemeriksaan payudara secara klinikal, dan membuat
pemeriksaan payudara secara sendiri adalah penting bagi semua wanita.

Satu faktor penting yang mendasari semua faktor risiko ini ialah hormon wanita iaitu estrogen. Estrogen memainkan peranan utama dalam kitaran haid dan kehamilan wanita.
Ada lebih banyak maklumat lagi tentang estrogen di bahagian lain dalam buku ini.

Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Rawatan Segera

Kita tahu bahawa kanser payudara bukanlah sesuatu yang dijangkiti secara kebetulan, seperti campak. Kanser payudara mengambil masa untuk berkembang, mulanya
daripada satu sel kecil yang tidak normal. Kadangkala perkembangan ini mengambil masa yang lama. Kadangkala jenis kansernya sangat ‘ganas’ dan ketumbuhan (tumor) ini
membesar dengan cepat.Bahaya tumor malignan ialah sel-sel malignannya boleh
terpisah daripada tumor ini. Sel-sel ini kemudian beredar
melalui edaran darah ke bahagian tubuh yang lain. Sel kanser payudara boleh merebak ke nodus limfa di ketiak(nodus aksilari) atau ke salur darah yang membawanya ke
paru-paru, hati, tulang, atau bahagian tubuh yang lain. Merebaknya kanser ke tempat lain di dalam tubuh disebut metastasis. Apabila ini terjadi, penyakit ini menjadi amat sukar dirawat.

Kanser yang dikesan pada peringkat awal selalunya – tetapi bukan setiap kali – tidak menyakitkan. Pada peringkat awal,ketumbuhan ini terlalu kecil dan sukar dikesan dengan meraba payudara. Tetapi setelah besar, ketumbuhan ini
dikesan sebagai ketulan atau ketebalan pada payudara. Kanser payudara sering terdapat di bahagian atas luar payudara, tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian payudara. Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
􀁹 Ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian pada payudara.
􀁹 Lekukan atau kecutan kulit pada payudara.
􀁹 Puting yang tertolak ke dalam, yang biasanya tidak begitu.
􀁹 Lelehan dari puting keluar dengan sendirinya, dan meninggalkan tanda pada pakaian anda.
􀁹 Sebarang perubahan pada bentuk, tekstur (misalnya kulit menebal atau timbul), atau warna kulit.

Semua perubahan ini boleh anda lihat atau rasa jika anda memeriksa payudara anda setiap bulan (pemeriksaan payudara sendiri). Perubahan ini juga dapat dilihat atau
dikesan oleh pekerja profesional kesihatan semasa pemeriksaan payudara di klinik. Pemeriksaan payudara klinikal sebenarnya ialah pemeriksaan biasa di mana doktor
memeriksa payudara untuk mengesan ketulan atau ketebalan, atau tanda luar biasa yang lain, dan memicit puting dada perlahan-lahan untuk memastikan sama ada
keluar lelehan atau tidak. Periksa payudara anda setiap bulan. Beritahu doktor atau
jururawat anda jika terdapat sebarang perubahan. Sungguhpun pemeriksaan payudara amat penting dilakukan, namun tumor payudara tetap dapat tumbuh tanpa
menunjukkan sebarang tanda. Sebab itulah mamogram amat penting sekali.

Mengesan Kanser Payudara yang Tersembunyi: Mamogram

Mamogram ialah filem X-ray payudara. Penjelasan tentang tatacara mamografi diberikan pada halaman 18. Salah satu perkara terbaik yang patut dilakukan oleh wanita berusia 50 tahun ke atas untuk menghindari kanser payudara adalah dengan menjalani mamogram mengikut jadual yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Mamogram biasanya tidak bermanfaat bagi wanita berumur 40 tahun ke bawah. Tisu payudara pada wanita semuda itu 12 Untuk Wanita yang Menghidap Kanser Payudara adalah terlalu padat dan tidak akan menghasilkan gambaran X-ray yang memuaskan. Tisu mereka juga lebih sensitif terhadap sinaran – malah terhadap dos rendah yang selamat, yang biasa digunakan dalam mamograf hari ini. Mamogram membolehkan kita melihat tumor yang sedang berkembang, lebih awal sebelum ia dapat dikesan oleh anda atau profesional kesihatan yang mahir. Mamogram dapat mengesan kanser payudara awal-awal lagi.
Apabila doktor melihat mamogram, mereka membandingkan filem-filem X-ray ini dan mencari perbezaan antara imej imej yang ada. Kadangkala X-ray ini akan menunjukkan
ketulan halus kalsium dalam payudara yang disebut mikrokalsifikasi. Kebanyakan mikrokalsifikasi ini tidak berbahaya, tetapi adakalanya ia menandakan kanser atau
keadaan sebelum terjadinya kanser. Jika kelompok baru kalsium muncul, doktor mungkin akan melakukan biopsi. Satu lagi tanda kanser payudara pada mamogram ialah
adanya bayang-bayang. Jika ini muncul, pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan.

Ingatlah:
Kanser payudara boleh disembuhkan, terutamanya jika ia dikesan awal.

Sumber:
Untuk Wanita yang menghidap Kanser Payudara (terjemahan drpd For Women Facing Breast Cancer yg diterbitkan oleh American Cancer Society Inc.
Tajaan: ExxonMobil

Tuesday, August 22, 2006

Catatan Perjalanan ke Mersing Johor..



A'kum..
Salam dipagi Selasa. Bangun pagi ni, badan masih terasa sakit. Kepenatan hujung minggu masih bersisa. Semalam axa tidak ke office, tak larat rasanya.

Jumaat lepas, axa sekeluarga(ayah aszra + aszra) dan adik, bersama dengan kawan2 boling bertolak ke mersing, sebagai satu agenda tahunana kelab boling kami. Tujuh kereta bergerak serentak membelah malam. Sampai di mersing lebih kurang pukul 3.30 pagi. Masing-masing kepenatan. Alhamdulillah semua dapat tidur dengan selesa.

Pagi seawal pukul 8 pahi (kira lewat la tuh) yang anak2 dara dah mula ke dapur, utk siapkan sarapan pagi. Pagi ni ada roti berinti sardin, mentega kacang dan juga kaya.Axa pulak sibuk memerap ayam dan daging utk barbeku malam nanti. Lepas sarapan, aktiviti riadah. Mula2 main bola tampar, lepas tuh main baling selipar. Lama sungguh axa tak main baling selipar. Teringat zaman kanak2, kalau baling selipar tuh memang tak ingat...sib baik selipar lembut, kalau selupar tat sing mesti lebam2 badan. Pagi tu plak..aszra berkelakuan baik. Dia tidur dlm buaian..penat kot semalaman duk dlm ker
eta. So axa pun leh la main ngan kawan-kawan.
Tengah hari, kami hanya masak nasi dan telur dadar, lauk di beli di pekan mersing. Sambil tuh axa ke pasar membeli sotong,udang dan kupang untuk jadi hidangan mlm nanti.

Petang, hujan turun lebat. So aktiviti bermain UNO pula berlangsung. Seronok main ramai2. Yang kalah didenda makan roti berintikan macam2.Ala2 fear factor lak. Dalam kul 4, kami semua bertolak ke pantai Air Papan. Pantai yang cantik dan bersih. Sampai2 semua berlari ke laut kecuali axa yang terpaksa bersabar memandang kemeriahan kawan2 bermandi manda. Aszra masih kecik so, kena duduk tepi pantai je la jaga dia.. Dia pun ala2 mat saleh lak, boleh tidur tepi pantai..yer la angin sepoi2 bahasa. Pastu ada sessi main bola sepak pantai dan juga bola tampar. Axa dan aszra sempat juga didendangkan oleh seorang kawan dengan lagu2 dan petikan gitarnya. Sib baik aszra suka muzik.

Sebelah malam, masing2 sibuk dengan agenda barbeku. Yang lelaki sibuk membakar dan yang perempuan, sibuk dengan persiapan nasi goreng dan air limau. Banyak betul makanan, sampai tak terhabis. Lepas barbeku..ada sessi karaoke. Ada alleycat, siti nurhaliza, sudirman, salem.. dan banyak lagi. Sambil tuh ada yg main UNO dan ada jugak yang dah terbongkang tidur.Masing2 masuk tidur dlm kul 1 lebih. Dan yang paling best, masa axa dan adik bangun utk buat susu aszra tengah2 malam, kami terdengar bunyi yang langsung tak menyeram kan.. he..he.. mcm berlumba2 pulak tuh bunyi tuh. Dan bunyi yang paling kuat berlarutan hingga ke pagi.. Bunyi apa lagi...org berdengkur la... he..he..he.

Pagi, axa panas kan nasi goreng dan modified sikit letak kicap. Pastu buat telur hancur. Dlm kul 10 axa, ayah aszra dan aszra ke rumah pakcik ayah aszra yang tak jauh dari situ, Seronok nya aszra jumpa sedara. Balik rumah, makan tengah hari dah tersedia. Lepas makan tengah hari, kami bersiap2 berkemas utk balik. Dalam kul 1 kami bertolak. Destinasi seterusnya Pusat boling mersing. Tempat ni baru bukak , tapi agak konservatif sikit dibandingkan pusat boling di KL. Tapi ok la.. at least ada. Cuma ventilation ia tak berapa bagus. Panas dan bahang terasa di boling alley. Ada yang main sampai menitik peluh. Tak kurang juga yang main cam ala2 homegound sendiri. Cecah 199 tuh.

Lepas boling bertolak ke Air Hitam, saja je..nak jenguk2. Saper2 yang nak beli...beli la.. axa tak ada apa yang nak dibeli. Tapi thanks to seorang kawan yang belikan aszra Spongebob yang comel. He..he.he. Pastu semua pakat kumpul di Hentian Pagoh. Kat hentian pagoh, masing-masing mengisi perut yang lapar. Lepas tuh semua bersalam-salaman, coz lepas tu masing2 akan membawa arah tuju masing. Dlm perjalnan balik, jam sikit kat area senawang. Axa sekeluarga singgah di seremban coz hantar buah2an utk keluarga mertua. Pastu balik ke cheras, coz hantar kawan yang naik satu kereta dengan kami. Then baru la bertolak balik ke Klang. Sampai kul 1 pagi. Sian aszra dan penat. Ibu, ayah dan mama cu dia pun penat jugak... Perjalanan yang memenatkan tapi penuh dengan pengalaman yang menarik dan membahagiakan.

Thursday, August 17, 2006

Buku Jambatan Bengkok - Kite tengok saper yang salah!

A'kum..
Salam di pagi Khamis. Pagi ni sempat menyusukan Aszra, tersenyum2 dia masa axa nak tinggalkan rumah pagi tadi. Rindunya kat aszra.

Pagi ni, sempat axa membaca buku Jambatan Bengkok - Fakta Lurus dan Telus terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dan sumbernya daripada Jabatan Perdana Menteri sendiri. Hmmm isu berat axa tulis hari ni. Actually buku ni memang axa cari2 sejak penerbitannya 3 minggu yang lepas. Nasib axa baik, ayah dapat buku tuh dari persidangan partinya. Parti axa jugak, cuma dah setahun tak aktif..he.he..he..

Semalam, Tim. Perdana Menteri, Najib Tun Razak mintak isu ni dihentikan dari terus dibahaskan dalam negara. Dan Tun Tun Mahathir pulak kata, selagi pembinaan jambatan tak diteruskan selagi tuh beliau akan terus mengkritik. Hmm.. tak sudah2.

RAsanya tak perlu axa citer semua kandungan buku setebal 43 muka surat ni. Cukup sekadar axa memberi kesimpulan dan komen. Dalam buku ini, pendekatan yang diambil ialah berdasarkan soalan dan jawapan diberikan. Ia memperjelaskan bahawa isu ruang udara malaysia bukanlah disyorkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Dato'Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hmm.. kerajaan pak lah dgn kerajaan mahathir berbeza ke? Setelah membaca buku ini, axa pelik, boleh dikatakan setiap soalan dijawab dengan seolah-olah menunding jadi pada kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir. It seems like tu la, saper suruh mahathir pandai2 bagi cadangan kat singapura? Ni mahathir punya plan la, dialah yg sebab kan benda ni jadi cam ni Apa yang cuba ditegakkan sekarang ni? Menegakkan kedaulatan negara kah? cuba menunding jadi kah? atau cuba mempertahankan nama kerajaan 'sekarang' ini yang semakin diragui? Mungkin perjanjian yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ni ada kekurangannya, tetapi mengasingkan kerajaan seolah2 kerajaan dulu dan sekarang adalah dibawah parti yang berbeza adalah tindakan yang agak bodoh. Axa sendiri pernah terlibat dengan dunia politik, ketika zaman mahathir dan juga pak lah. Mengapa pada peringkat awal, semua kelihatan sama, parti yg sama, kerajaan yg sama dan bila isu ni timbul kenapa mula membezakan kerajaan pimpinan saper?

Sebagai seorang rakyat, apa yang axa ingin kan hanya penjelasan yang tepat dan jelas. Bagi axa kandungan buku ini, seperti membuka pekung di dada sendiri. Kerajaan sekarang meng hentam kerajaan dulu. Tertulis "kesimpulannya, isu jambatan ini menjadi sebahagian daripada isu-su berpakej dua hala yang selesai disebabkan oleh surat Tun Dr. Matahir telah memasukkannya dalam isu berpakej." Tu menyalah kan mahathir lagi. Seolah-olah kerajaan dulu dibawah pimpinannya la yang membawa onar sehingga isu ini menemui jalan buntu.Pihak pembangkang sudah tentu bergelak ketawa, sudah tentu isu ini dibualkan dimeja2 mesyuarat parti. Dan rakyat, marilah kite menunding jari, menyalahkah bekas perdana menteri di mana harapan dan impiannya yang tak menjadi. Mungkin ini lah tujuan asal penerbitan buku ini.

Wednesday, August 16, 2006

Siti yang tak sudah-sudah

A'kum,
Salam di pagi rabu yang terang benderang hari ni. Hari ni rasa mcm mengantuk dan letih, mungkin sebab lewat tidur malam tadi dah ditambah pula dengan axa berpuasa ganti. Banyak nak ganti ni, 25 hari.He.he..he.

Axa tak pernah bercerita tentang siti kat sini, bukan apa, rasa malas nak tulis tentang dia tapi pagi ni axa baca kat surat khabar, Siti mintak maaf kalau mengguris hati bekas isteri Datuk K. Dah mengguris baru nak mintak maaf buat apa? Hmmm.. Sebelum ni axa banyak baca posting2 org lain yang rata-rata bukan peminat fanatik siti yang akan sentiasa bagi komen negatif, tak kira lah waktu dia baik dulu2 hingga sekarang sampai rampas suami orang. Dan hari ni axa akan menulis sebagai seorang peminat fanatik Siti Nurhaliza.

Axa dan keluarga amat meminati Siti sehingga sampai tahap tengah makan malam pun boleh berhenti semata-mata nak tengok siti keluar tv. Pantang siti keluar tv, kami anak beranak akan tercegat depan tv. Setiap kali siti masuk pertandingan, axa dan adik akan terjerit2 doa mintak siti menang dan bila siti dpt anugerah kami anak beranak suka bercerita tentang siti memang layak dapat anugerah. Semua album Siti kami ada termasuk la cd karaoke. Tak pernah beli yang cetak rompak pulak tuh. Malah axa pernah ke pelancaran album Pancawarna pada tahun 1999. Kucing axa pun, kami gelar Siti. Sebab minat sangat kat siti. Suka tengok dia jaga penampilan dan pandai pulak menyanyi.

Bila isu e-mel berkenaan dengan perangai buruk siti mula berleluasa, kami sekeluarga malas nak ambik kisah. Bagi kami selagi tak ada depan mata, kami takkan percaya. Fitnah bole dibuat di mana2 dan bagi kami siti tetap penyanyi kesayangan kami. Emak yang minat Sharifah Aini pun lebih sokong Siti masa kes diaorg dulu. Pendek kata Siti yang terbaik la.

Hari ini, bila Siti mula menghitung hari perkahwinannya dgn jejaka idamannya, axa dan keluarga terdiam dan rasa malas nak bincang tentang Siti. Kami sekeluarga benar2 kecewa dengan keputusan siti tu. Sebelum ni, kami selalu fikir Siti dan Datuk K tuh hanya gosip dan tak mungkin jadi kenyataan. Tapi sekarang segalanya telah nyata. Siti pilih Datuk K dan kini digelar perampas suami orang. Axa hanya memerhati tulisan orang lain. Macam-macam. Lirik lagu pun banyak dah diubah. Kisah strawberi dan coklat pun dah jadi bahan ketawa dalam radio. Siti ke masjid wilayah pun dah kecoh. Apa yang axa boleh katakan, lebih ramai yang bercerita buruk daripada yang mendoakan kebahagiaan siti. Sepatutnya urusan membina masjid ini adalah satu perkara baik yang akan didoakan oleh semua, tapi majlis siti pula dah jadi macam cerita lawak yang akan dipertontonkan dalam sebuah sarkas! So, nak komen apa?

Pada axa, mungkin apa yang dirasa oleh peminat siti diluar sana sama dengan apa yang axa rasa. Kebanyakkan kami hanya akan berdiam diri dan malas nak ambik kisah tentang Siti lagi. Kami takkan menulis tentang semua keburukannya, kami hanya mampu mendengar dan membaca. Dan tak mungkin juga kami doakan keburukan Siti. Yang Siti perlu tahu, peminat2nya di luar mungkin ada yang akan sekadar meminati lagu-lagu nya yang terdahulu atau ada yang mungkin akan berhenti meminati Siti. Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, August 15, 2006

Monday, August 14, 2006

Rumahku Syurgaku

A'kum,
Hari ni axa agak keletihan. Cuti dua hari dipenuhi dengan aktiviti outdoor. Hari sabtu ke KLCC membawa Aszra berjalan2 dan hari ahad, boling boling dan boling. Alhamdulillah ada placing.

Apa yang axa nak kongsi disini adalah satu pengalaman yang aman berguna buat axa terutama dalam menjadi seorang ibu dan dalam membina sebuah keluarga. Dipendekkan cerita, mlm tadi axa mendapat tahu cousin axa yang berumur 17 tahun ditangkap polis atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen, tiada insuran motor dan tidak memakai topi keledar. Masa tuh dia ke stesyen minyak yg tak sampai 1km pun dr taman perumahan kami.Dah nasib tak baik, ada polis yg nampak dan akhirnya hingga terpaksa ke balai. Axa, adik dan mak menjenguk keluarga cousin axa memandangkan makcik axa yg sudah berusia tiba jatuh sakit setelah menerima berita anaknya ditangkap polis. Masa axa sampai, cousin axa ni dah dibawa balik kerumah. Ayahnya yang ambik. Sib baik tak tido lokap. Yer la, kesalahan tuh bukan la kesalahan besar sangat. Kita-kita ni pun pernah bawak kereta/motor tanpa lesen. Cuma nasib dia tak baik. Dia akan dibicarakan dimahkamah dan akan dikenakan denda. Tu je.Macam kita kena saman la.

Apa yg menyedihkan axa, keluarga cousin axa ni bersikap pasif. Dua org kakaknya yang juga cousin axa tak sudah2 menengking si adik. Bercakap bukan2, kata kepala batu la, sampai mcm dah tak mengaku adik beradik pulak. Si adik yg bersalah ni tunduk je, dengar bebelan akak2 yang mulut celupar tuh. Si ayah pun dari awal membisu seribu bahasa dan yang si emak pulak, asyik mengurut dada. Akhirnya adik axa bersuara, minta yang si kakak ni berhenti dari ckp yg bukan-bukan.

Actually bukan axa dan adik nak masuk campur, tapi bagi kami cara begitu tak betul. Yang si adik ni dah tentu sedang takut dan tertekan dengan keadaan dirinya, sepatutnya keluarga membantu untuk memulihkan semangat disamping bagi nasihat. Ni tak..asyik mengutuk je. Dan yang paling menyedihkan, si ayah tiba2 bertindak nak membunuh diri dan nak bunuh anak yang buat salah ni, sebab konon-kononnya dah malu dengan perangai anaknya tuh. MasyaAllah.. bila akal dikuasai oleh hati, ini la jadinya. Ayah axa pun terbabit sama nak tenangkan keadaan.

Apa yang axa tengok kat sini sebenarnya, peranan setiap ahli keluarga dalam membina sebuah keluarga. Cara didikan tuh penting sangat untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Memang setiap orang akan buat silap, tapi kenalah tahu cara nak menghadapi setiap masalah. Axa tak hairan bila terbaca di akhbar kes-kes bunuh sesama ahli keluarga sebab ianya kini berlaku depan mata axa. Mengapa mereka-mereka ini sanggup berbunuhan. Semua ni hanya kerana ikatan kekeluargaan yang tak kukuh dan hidup dalam suasana yang tertekan. Memang tepat kata-kata rumahku syurgaku andai di dalam sesebuah keluarga wujud sikap saling hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. Jika semua unsur ini tiada, maka rumah atau keluarga tempat bergantung harap dan menjadi tempat berteduh tidak mustahil menjadi seakan neraka dunia. Maka timbullah segala macam masalah keruntuhan akhlak akibat daripada tiada ketenangan di dalam rumah sendiri.

Apa yang terjadi, axa jadikan pengajaran. Axa bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang begitu mementingkan ikatan dan kasih sayang. Tidak pernah sekali mak dan ayah melontarkan kata-kata kesat pada axa dan adik dan alhamdulillah didikan mak dan ayah kekal dalam diri axa. Dan menjadi harapan axa, agar axa dan ayah aszra mampu menjadi ibu bapa yang baik untuk keluarga kami. InsyaAllah....

Friday, August 11, 2006

Doaku buat sahabat

A'kum..
salam dihari jumaat yang indah...

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang axa pegang selama ni. Axa percaya pada ketentuan dan qada dan qadar tuhan, yang memerintah sekalian alam.

Persahabatan yang erat.. hilang dalam kesibukan waktu yang semakin cepat berlalu. Hubungan persabahatan yang dijaga selama ni, yang cukup membahagiakan, entah dimana silapnya terputus begitu sahaja. Setiap kenangan manis yang pernah dilalui menjelma kembali, mengingatkan kepada setiap keindahan persabahatan yang mengikat tali sillaturrahim. Memang telah ditakdirkan begini, hidup perlu diteruskan demi mengisi usia yang makin menambah bilangan angka.

Buat seorang sahabat, yang walau di mana pun berada, mungkin apa yang dilalui tidak seindah impian, tetapi percayalah, selagi mampu bersabar dan berusaha, insyaAllah hidupmu akan kembali sempurna. Dalam usahamu mencari dirimu yang hilang, pasti kau akan menemui cahaya kebahagian..dan sahabat mu ini, hanya mampu mendoakan...

Tuesday, August 08, 2006

Dealova


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapu tanpa dirimu
Ooo karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu biasa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Ooo bayang mu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu ooo
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuat ku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang...
dan sepi..

Manik-manik itu jatuh lagi...

Manik-manik itu jatuh lagi,
Ketika simpulannya cuba dileraikan.

Manik-manik itu jatuh lagi,
Ketika talinya cuba diputuskan.

Mengapa simpulan itu ingin kau leraikan?
Mengapa tali itu ingin kau putuskan?
Mengapa kau biar manik itu bertaburan?

Lupakah engkau,
ketika manik-manik itu jatuh berderai,
bukan ia saja yang bertaburan,
tapi jari yang mengikat juga terkulai,
hati yang merasa juga kehancuran.