Saya sedang bersalin ni. Tapi bukan beranak. Ni, kulit saya yang tengah bersalin. Especially kulit muka bahagian hidung. Dah merekah2 dah nampaknya. Color kulit tak payah cerita la.. dengan gelapnya.. pastu berkilat. Uisshhhh.. buruk. Tapi pasrah je la.. Datang juga ke ofis. Pakai jugak moisturizer dan foundation.. tak jalan. Tang hidung memang dah menggelupas dah ni...
Ha ahahaha.. merungut pasal kulit. Tu semua gara2 tak ingat dunia duk mandi kat laut. Sebenarnya saya dan keluarga dan sepupu sepapat, emak, bapak sedaara semua ke Teluk Batik, Perak untuk berkelah sempena cuti sekolah ni. Kami bertolak 5 kereta awal pagi.. lepas subuh dalam kul 6 cam gitu, terus gerak. Kul 8 lebih dah sampai. Pastu dapat port berkelah pun baik punyer.. redup. Kami pasang 3 khemah. Bajet duduk sampai petang. Makanan semua potluck bawak dari rumah. Agenda utama dah tentu la mandi laut kan. Memang tak ingat dunia daaa... dari yang si kecik asyif sampai lah ayah saya yang paling tua tu pun terjun laut. huhuhuh. Pastu bukan sekali... boleh kira banyak kali mandi manda. Naik ke darat semata2 nak makan minum sebab lapar. Pastu terjun balik. Yang paling best saya dan sepupu dapat naik banana bot. Memang tak pernah pun naik. Kali ni, lepas dapat restu mak ayah.. dapat la saya naik. Seriau jugak memula.. tapi memang best la. Last kali kami semua diterbalikkan dan jatuh la ke dalam air... hehhehhe tak lemas pun sebab pakai life jacket. Kami gerak balik sekitar kul 5 lebih. Almost 9 jam la kat situ. Mana lah kulit ni tak terbakar. Masing2 muka macam udang kena bakar. Memang kali ni paling teruk saya sunburn. Tapi.. apa2 pun percutian kali ni memang best!
0 comments:
Post a Comment