Friday, September 29, 2006

Sesungguhnya

Raihan - Sesungguhnya



Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga khauthar

Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati padaMu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Mogaku tahu, syukurku adalah milikMu

p/s:entah mengapa..mendengar lagu ni, ada air jernih mengalir di pipi axa.
"Ya Allah ampuni lah dosa hamba mu yang hina ini. Bersihkan lah hati ku, dan tunjukkanlah aku jalan mu yang benar"

Kalau ku bilang Kalau

A'kum..
Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari bersamaan dengan 6 Ramadhan. Hari ni rasa agak letih sikit. Malam tadi axa, ayah aszra dan seorang sahabat bermain boling. Sampai rumah kul 1 pagi. Bangun sahur sekitar pukul 4 pagi..sempat mendengar sebuah lagu baru. Boleh meletup kot lagu ni.. Axa dan ayah aszra bersahur dlm pukul 4.30 pagi.. makan yong tau foo..banyak la plak.. tu la, masa membeli tak ingat. Makan berdua dan akhirnya tak habis. Ishhh membazir. Axa sempat tidur balik dan dikejutkan kembali dengan bunyi hon kereta yang tak henti2 seawal pukul 6.15 pagi. Ada kereta nak keluar dan dihadang oleh kereta lain. Ni la susah bila bilangan kereta melebihi tempat parking. Terdengar juga suara org2 yang tak puas hati dengan kebisingan subuh tadi...

Ni apa yang pernah axa fikir... Kalau ku bilang kalau, ingat tak script citer ada apa dengan cinta..dian sastrowardoyo yang sebut benda ni.. then hari ni axa nak pinjam kejap.

Kalau ku bilang kalau

Kalau masa boleh diputarkan kembali

1.axa nak balik masa zaman darjah 6 atau tingkatan 3. Sebab axa nak buat yang terbaik utk UPSR/PMR. Then boleh masuk asrama penuh atau mrsm macam kebanyakan kawan2 axa sekarang. (axa sekolah biasa je sampai form 5)
2.axa nak balik masa zaman tingkatan 3. Sebab axa nak lulus dengan cemerlang dan ambik jurusan sains, pastu further study dalam bidang perubatan. (teringat kat arwah nenek, axa pernah janji kat dia axa nak ubatkan dia masa dia sakit kalau axa jadi doktor.)
3.axa nak balik masa zaman axa di matrikulasi di kolej negeri. Axa nak pastikan dpt 4 flat masa final exam sebab axa memang bercita2 nak ambik jurusan perakaunan lepas tak berjaya buat medic. (axa ditawarkan jurusan teknologi maklumat walaupun pointer 3.57..sedih masa tuh)
4.axa nak balik masa zaman tahun dua axa di UKM sebab axa nak jumpa balik ngan ada sorang mamat yang axa minat giler masa tuh..tapi minat dari jauh je la..dan nak tanya dia..nak tak couple ngan axa..he..he.. (masa tuh dia dah ada makwe la.. tak pa..axa pun ada pakwe..)
5.axa nak balik masa axa putus cinta ngan first boyfriend axa dulu sebab axa kuatkan diri menghadapi saat tuh dan tunjukkan kat dia axa ni kuat dan tak kisah pun kalau dia tinggalkan axa (hakikatnya..axa frust menonggeng la jugak masa tuh, berat badan turun kat 10 kilo..sedih punya pasal)
6.axa nak balik masa zaman study kat UKM sebab axa nak jaga pemakanan axa betul2 so that axa sihat sejahtera...(axa ada ulser perut yang agak parah la jugak, nak kena jaga pemakanan dan juga kena kurang kan stress)
7.axa nak balik masa awal tahun 2004 sebab axa nak halang pemergian sahabat balik axa yang menerima tawaran buat KPLI. (axa sunyi tanpa dia..memang rasa lost sangat-sangat)
8.axa nak balik ke 2 tahun yang lalu...sebab axa nak betulkan apa yang axa lalui bersama seorang sahabat (banyak yang nak perlu dibetulkan kot..he..he.)

Setakat ni..tu je la kot yang axa boleh fikir.

Kat atas tu semua.. Kalau ku bilang kalau...
Apa2 pun axa bersyukur dengan apa yang telah axa lalui hari ni...axa tak pernah menyesal sepanjang 28 tahun kehidupan axa didunia. Adatlah hidup.. ada masa kite senang.. ada masa kita susah.. dan satu je yang penting BUKAN SEMUA APA YANG KITA NAK KITA AKAN DAPAT (ambik drpd kata2 ayah aszra).

So..nak tengok plak..apa kesan dr apa yang axa nak kat atas tuh.

1. Even axa tak dapat masuk mana2 asrama penuh atau mrsm..alhamdulillah axa berjaya jugak gi universiti. Saper kata..budak sekolah biasa tak leh berjaya kan...
2. Walau pun axa tak dpt ambik jurusan sains..axa puas hati..jurusan akaun/ekonomi yang axa ambik masa form 4-5 tuh membuah kan hasil sebab axa lulus SPM dengan cemerlang
3. Walaupun axa tak apat buat degree akaun..axa bersyukur..axa buat degree IT yang membolehkan axa mendapat perkerjaan seperti sekarang dan kat fakulti IT la axa kenal ayah aszra. he..he..he..
4. Walaupun axa tak terus terang kat mamat yang axa minat ni, axa bersyukur at least dapat melalui satu zaman gila2 cam tuh..secret admirer la..apa la...yang mematang kan axa.
5. Walaupun frust menonggeng.. tapi finally axa belajar tentang hidup. Peristiwa ni banyak membantu axa untuk lebih berfikiran terbuka,lebih berdikari dan menerima qada' dan qadar Allah. Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditangan tuhan.
6. Walaupun axa selalu sakit, tapi axa dapat belajar menghargai kesihatan diri. Lagi pun.. sakit2 tuh kan penghapus dosa2 kecik dan mengingatkan kite tentang dosa yang kita lakukan..(banyak dosa la ni...adeii)
7. Walaupun axa terpaksa berpisah dengan sahabat baik axa tuh, axa bersykur, sampai hari ni kami masih berkawan..dan alhamdulillah sahabat axa berjaya dalam pelajaran dan kini menjalani kehidupan yang baik. InsyaAllah..
8. Walaupun banyak yang silap dua tahun lalu.. axa tetap bersyukur kerana axa tetap menganggap apa yang berlaku sebagai kenangan terindah dalam hidup axa.. dan yang penting ikatan persahabatan yang terjalin..insyaAllah akan lebih diberkati.

"Ya Allah..aku bersyukur ke hadrat mu, atas setiap kurniaan mu kerana hanya kau yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri ku"..Amin...

Thursday, September 28, 2006

Layan sekejap....

5 Ramadhan yang lalu

A'kum.. Salam di pagi khamis. Pagi ni axa datang dari Klang. Semalam axa benar2 keletihan. Bukan badan je letih...mungkin otak pun letih, tuh yang terus blackout seawal pukul 9.30 tanpa menjamah apa2 makanan selain dua ketul popia untuk berbuka. Dan axa terjaga balik pukul 3 pagi. Axa tiba2 macam hilang ingatan, nak mengingati apa yang berlaku di sekeliling axa. Satu2 singgah di kepala. Ya.. axa benar2 letih mengharungi hari semalam.

Hari ni 5 Ramadhan. Mengikut kalendar islam, setahun yang lalu 5 ramadhan membawa kenangan yang axa takkan dapat lupakan. Masa tuh axa terpaksa berbuka sendiri bersama seorang sahabat coz ayah aszra ada majlis berbuka puasa di IKIM. Hari tuh axa demam. Sejak awal puasa lagi axa memang tak berapa sihat, tak berselera makan.Petang tuh axa ke pasar ramadhan di sini dan yang peliknya, axa tidak ada selera langsung nak beli kuih muih. Semuanya axa rasa mcm tak sedap je baunya. Mudah je axa pening kepala.

Sampai waktu berbuka axa berbuka di Laksa Shake di giant. Pun makan tak habis. Memang tekak rasa tak sedap. Then sahabat axa menasihatkan agar axa berjumpa doktor. Dan akhirnya axa dan sahabat axa ni ke klinik di belakang ofis ni. Masa tuh dah lepas sembahyang marghrib. Doktor tanya axa dah kawin ke belum dan dah ada anak ke belum. Then dia suruh buat urine test. Tak sampai dua minit tiba2 doktor tuh ckp.."Awak ni pregnant la". Punya la axa terkejut. Masa tuh tak tahu apa perasaan axa. Dah la sorang2 jumpa doktor. Teringat kat ayah aszra. Doktor sah kan axa mengandung 6 minggu dan dijangka bersalin 1 Jun 2006. Axa juga dinasihatkan agar tidak meneruskan puasa kerana kandungan axa masih belum kuat dan axa sendiri kelihatan agak lemah. Patut la..sepanjang 5 hari puasa, axa macam orang yg tak berdaya langsung. Selalunya tiap2 tahun ok je..

Keluar dari klinik..terasa sebak kat dada... depan sahabat, axa menangis. Tak tahu..kenapa. Sama ada air mata gembira atau takut. Axa menangis sepuasnya,sambil call ayah aszra supaya dia cepat balik dan menjemput axa tanpa memberitahunya hal sebenar. Axa hanya menunggu di ofis. Dalam kepala ni fikir macam2. Mungkin masa tuh axa terlalu takut mendengar kisah dan pengalaman orang bersalin. Macam-macam dan kebanyakannya mengerikan. Tuh sebab axa menangis kot.

Dan hari ni, pada tepat 5 Ramadhan, aszra berusia genap 4 bulan. Apa yang axa takuti telah axa tempuhi dengan berani. Memang bersalin tuh sakit, tapi mungkin itulah nikmat menjadi seorang perempuan yang tidak dapat dirasai oleh kaum lelaki. Axa bersyukur dijadikan sebagai seorang perempuan yang normal dan seterusnya, axa perlu berusaha menjadi seorang ibu yang baik untuk Aszra bt Asrof.

Wednesday, September 27, 2006

Yang susah dan payah

Hidup,
Tidak akan selalu ceria secerah langit,
Tidak akan selalu seindah impian.

Melintasi hari yang susah,
Menyusuri hari yang payah,
Nilai ikatan akan terpacul,
Ternodakah atau tersimpulkah?

Melintasi hari yang susah,
Menyusuri hari yang payah,
Yang seribu menjadi kosong,
Yang ramai menjadi tiada,
Pergi ke manakah?

Melintasi hari yang susah,
Menyusuri hari yang payah,
Kebisingan menjadi bisu,
Kelincahan menjadi kaku,
Wajah menjeling,
Hati terpaling.

Resam hidup,
tinggallah jasad yang susah dan payah,
merangkak sendiri,
terkadang lagak pengemis.

Kata pujangga,
Kawan ketawa mudah dicari
Satu menangis semua lari.
Biarkan.. biar kan..

p/s: terfikir axa, kadang2 kita perlu memuhasabahkan diri.....

Mengawal ketenangan, memanjat kesyukuran di 4 Ramadhan

A'kum..
Salam di pagi rabu yang cerah. Hari ke 4 dalam bulan Ramadhan. Tapi tak secerah mata axa yang macam mengantuk ni. Biasalah, bulan2 posa ni. Mlm tadi pun tidur agak lewat. Kul 11 sempat lagi ke Seri Petaling bersama ayah Aszra untuk bermain boling. Tidur sekitar pukul 2 pagi dan bangun kembali pukul 4.45 pagi untuk bersahur. Axa agak kurang berselera beberapa har ni, jadi makan pun pilih yang tak berat. Pukul 5.15 sambung tidur kejap dan bangun semula pukul 6.30 pagi.

Pagi ni ayah aszra menghantar axa memandangkan kami akan balik rumah mak. Ye..ye.. dapat jumpa aszra. Rindunya ibu kat aszra. So kami menggunakan kesas highway, supaya lebih cepat sampai dan ayah aszra tidak perlu susah2 berpatah balik. Biasala, pagi-pagi layan radio era, dengan celoteh K&K dan yang Saiful Apek untuk slot Gitu-gitu di Era. Tu memang dah rutin setiap pagi. Tapi kalau axa mengantuk, terlentok juga.

Dan satu ketika, yang axa ingat kami baru je melepasi hentian awan besar. Dalam keadaan lalulintas yang lancar, dengan tiba2 saja sebuah kereta iswara aeroback warna kelabu yang datang dari lane tiga (lane tepi/perlahan) cuba memotong kami dari kiri namun mungkin disebabkan ada jarak nya dengan lori dihadapannya terlalu dekat, akhirnya kereta tersebut dari lane satu tadi terus memotong melintang betul2 depan kami dan melanggar kereta dia lane 3 (lane laju). Lepas langgar kereta lane 3 tuh iswara tu berpusing kembali ke arah lane kami (lane 2).Axa terpempan sekejap. Dalam kepala otak ni, dah terfikir, kami akan terlibat dalam kemalangan ni. Kereta disebelah kanan kami toyota vios mengelak dengan agak cool ke kiri iaitu kearah kami dan dalam masa yang sama ayah aszra bertindak dengan tenang turut mengelak ke kiri tanpa sebarang tindakan yang panik. Selepas berjaya merempuhi situasi yang mencabar tuh, kami hanya meneruskan perjalanan dan axa sempat menoleh ke belakang. Teruk iswara tuh, depan belakang hancur. Dan axa dan ayah aszra yang masing2 dalam keadaan terkejut memandang sesama sendiri. Semuanya berlaku di depan kami. Jelas di mata axa bagaimana lelaki pertengahan umur yang memandu kereta iswara tersebut memaut sterengnya dan bagaimana seorang perempuan yang hampir sebaya yang duduk disebelahnya seakan kaku mengharungi detik yang mencemaskan tu. Axa sendiri terasa darah di pam laju hingga ke kepala. Tahniah pada ayah aszra yang begitu tenang mengawal stereng kereta yang kalau diikutkan situasi tersebut mampu je menimbulkan rasa panik dengan cepat. Axa dan ayah aszra menarik nafas panjang, tanda lega dan bersyukur kami tidak terlibat.

Axa tidak pasti bagaimanakah keadaan pemandu kereta iswara tu. Sama ada dia sedang mengantuk atau dia memang nak memotong dengan laju atau dia terover control keretanya tuh. Tu la.. kadang2 bila fikir2 balik..sebaik mana pun kita memandu, jika persekitaran kita iaitu pemandu2 yang lain tidak berhati2, tidak mustahil kita pun akan jadi mangsa kemalangan. Orang lain yang lalai, kita pun turut menderita. Apa2 pun axa bersyukur sangat pagi ni, axa dan ayah aszra terlepas dari situasi yang mencemas kan tu. Alhamdulillah.....

Illustrasi di bawah menunjukkan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.(axa tak pandai melukis sangat).

Tuesday, September 26, 2006

Hari ini esok dan seterusnya

A'kum..
Salam di pagi selasa. Pagi ni axa menyempurnakan kerja yang pending. Hmm.. no komen pasal kerja. Semalam, ayah aszra dah burn kan soundtrack filem Heart. He..he.. sepanjang perjalanan asyik dengar soundtrack tuh jer. Ayah aszra tak minat sangat sebab most lagu2 dalam OST tuh rentak nya perlahan dan ada 4 lagu yang instrumental. Tapi axa memang dari dulu lagi minat muzik instrumental. Axa rasa tenang dengar lagu seperti ini. Teringat zaman study dulu, kalau ada lagu instrumental, kitaro atau Yanni, axa mampu berjaga hingga ke pagi untuk study. Tak mengantuk langsung.

Ni antara lagu dalam OST Heart yang axa suka jugak. Nyanyian Nirina.

Hari Ini, Esok, Dan Seterusnya
Filed under: Ost Heart, Nirina
by Nirina

hari ini dadaku bergetar
terguncang memilu dan mengerang
ku yakin ku tak salah
karna hatiku tak pernah dan takkan berdusta

cinta cinta cinta
aku jatuh cinta

esoknya ku pikir rasa itu
akan menghilang dengan seiring waktu
namun ternyata tak berubah
aku makin tergiur pada dirimu

cinta cinta cinta
aku jatuh cinta

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia

esoknya ku pikir rasa itu
akan menghilang dengan seiring waktu
namun ternyata tak berubah
aku makin tergiur pada dirimu

cinta cinta cinta
aku jatuh cinta

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia

bahagia

Monday, September 25, 2006

Doa buat Mu

Puisi ini axa tujukan buat seorang yang axa minati. Mudah-mudahan berbahagia dengan setiap apa yang diimpikan dalam hidupnya. Tabah lah menghadapi dugaan tuhan.

Semalam,
Tika setiap kenangan diputar kembali,
Aku merenung wajah pulus mu,
Dan perasaan ini tiba-tiba meronta,
Aku merasa bersalah.

Ketika kau melagukan melodi cinta,
Aku terpaku,
Sinar matamu memberitahu aku,
Hati mu tulus,
Hati mu mulus,
Cuma mereka yang tidak mengerti,
seperti aku yang pernah mengkhianati.

Katamu,
Tuhan menguji,
Takkan Berhenti,
Aku tahu kau disakiti,
Namun keutuhan cinta membuat kau terus berdiri.

Maafkan aku,
Aku pernah terleka dengan dengan mereka.
Sama2 memandang mu sebelah mata.
Kini aku tahu,
Aku berdusta pada diriku sendiri,
Sedangkan aku masih seperti dulu.

Hari ni,
Aku harumkan kembali kenangan ku untuk mu,
Akan ku percikkan kembali memori indah buat mu,
Seperti satu masa dulu tika aku benar2 mengagumimu.

Dari jauh ku titipkan doa,
Agar hidup mu tenang menjalani takdirnya,
Agar kau temui bahagia bersama cinta.

Catatan Hujung Minggu - Ramadhan datang lagi.

A'kum..

Hari ni, hari kedua umat islam menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah, masih sempat kite bertemu dengan ramadhan tahun ini. Axa pun bersyukur sangat, insyaAllah dapat berpuasa seperti biasa tahun ni. Kalau tahun lepas, axa hanya mampu berpuasa setakat lima hari pertama saja, harap2 tahun ini, ibadah puasa axa lebih baik dan diberkati Allah.

Hari ni, waktu kerja di ofis dicepatkan, seawal 8.00 pagi. Balik pun awal la...4.30 petang dah boleh balik. Ala..awal mcm mana pun, pasti kena tempuh jalan jam macam tahun lepas. Boleh dikatakan, setiap hari axa dan ayah aszra tidak pernah sempat untuk berbuka puasa di rumah. Mesti berhenti berbuka di mana2 atau sekadar menjamah kuih dalam kereta. Tahun ni, dengan jadual balik ke klang lagi, tak tahu la mcm mana. Dah dua hari berturut2, ketika kamu bersahur, aszra pun turut bangun untuk bersahur. Macam dia pulak puasa kan. Harap2 bulan puasa ini, tak menjejaskan penghasilan sumber makanan aszra yang satu ni.

Semalam, axa sempat ke giant shah alam, mencari susu aszra, sambil2 tu menjenguk ke kedai CD. Axa memang dah suka sangat kot dengan citer Heart tuh. Axa ke situ untuk tengok soundtrack heart. Ada!..harga nya RM 29.90. Seronok sangat axa masa tuh. Then bila tengok senarai lagu-lagu, rupa-rupanya2 sama dengan apa yang telah axa dapat dari seorang rakan. Hmmm.. sambil berfikir2 nak beli ke tak nak. RM 29.90, tanya ayah aszra dan adik, membazir kata diaorang. Dalam purse pun masa tuh ada RM 20 je. Ishhh.. axa bab2 minat axa sendiri macam ni, agak susah nak mintak pinjam dengan orang lain walau dengan ayah aszra sekali pun. Fikir2 balik, dalam bank ada balance berapa... Hmmm.. lagi seminggu nak sampai hujung bulan. Pastu fikir pasal lagu2 tuh dah ada dalam pc axa. Dan akhirnya.. axa berlalu pergi dari kedai CD tuh tanpa membeli soundtrack tersebut. Frust jugak , tak beli. Tapi mungkin dalam fikiran axa, banyak lagi perkara penting yang dpt dilakukan dengan duit RM 29.90 tuh. Tak apa la..nak buat cam mana .. tak ada rezeki. Apa2 pun, axa akan burn lagu2 ni ke dalam CD so, axa boleh dengar kat PC, kat kereta, kat rumah.

Semalam juga, kawasan kediaman axa dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang gadis india yang kebetulan berjiran dengan axa. Mula2 axa pelik, ada ramai orang depan rumah tuh, rupanya2 menurut cerita orang di situ, anak gadis keluarga tu dijumpai mati dibunuh dengan kesan hentakan dan dibakar pulak. Ishh.. menakutkan. Dan kes tuh selesai bila pembunuhnya telah ditangkap. Rupa-rupanya teman lelakinya sendiri yang bunuh, bila gadis ni dah tak nak kat dia. Mana lah gadis ni nak, lelaki tuh rupa-rupanya dah kawin. So gadis ni mintak putus. Yang lelaki ni tak puas hati dan terlalu mengikut perasaan pun bunuh la gadis ni. Kesian... Memang ramai yang datang melawat keuarga tuh sehingga tengah malam tadi.

Hari ni hari kedua berpuasa, harap2 puasa lebih berkat. Mudah-mudahan hati lebih tabah menghadapi setiap dugaan Allah. Sabar dan tabah lah wahai hati.. insyaAllah..ketengangan akan dikecapi.

Friday, September 15, 2006

Heart - Antara Cinta & Persahabatan



A'kum.. salam di tengah malam yang tenang ini. Jam di laptop ni menunjukkan pukul 12.42 tengah malam. Malam ni axa berseorangan di rumah. Biar pun esok seawal 7 pagi axa harus ke Bukit Jalil, mata ni masih belum mengantuk. Tadi, axa bersama seorang teman yang tanpa dirancang, menonton filem Heart. Selepas melepasi bebrapa rintangan akhirnya dapat juga axa menonton. Hilang rasa bosan bersendirian malam ini.

Heart, tajuknya juga sudah menunjukkan, cerita ini adalah cerita tentang hati dan perasaan. Namun ianya bukan hanya berkisar tentang cinta yang melampau atau dengan kata lain, ala2jiwang, tapi lebih kepada erti sebuah persahabatan. Walau cinta iu lebih indah, tapi utuhnya sebuah persahabatan, dapat mengatasi segalanya. Biar pahit, pedih..namun melihat orang yang dicintai bahagia itu lebih membahagiakan.

Axa suka cerita ini. Jalan ceritanya tidak berat. Plotnya tidak meleret dan tidak membosankan. Setiap babak perlu kita tonton. Jika sebelum ini ada cerita2 indonesia agak meleret dan membuatkan penonton jemu menunggu, tapi filem ini terus menerus membawa penontonnya menikmati sinambungan ceritanya tanpa rasa jemu. Pelakon dalam cerita ini tak banyak, cukup dengan tiga watak utama dan beberapa watak sampingan yang tidak lebih dari 10 orang. Pengarahnya lebih suka memfokus kepada cerita tiga watak penting ini. Berlatarbelakang kan suasana tanah tinggi, keadaannya seperti di Cameron Highland, penuh dengan bunga2 dan ladang teh. Memang cantik pemandangan keseluruhan cerita. Dan yang paling membuatkan axa menghayati cerita ini adalah kerana lagu2 nya. Ternyata Melly sebagai music director, berjaya menyusun lagu-lagu yang indah, sesuai dengan cerita ini. Lagu My Heart dimainkan dengan orkestra yang memang best sangat sangat!(tak sabar nak tunggu soundtrack citer ni). Dan yang best jugak, bila diselitkan dengan adegan2 yang kelakar sangat. Memang tak bosan la.



"Aku kan sabahabat kamu yang sentiasa mendokong mu (menyokong) dan membantu kamu mendapatkan apa yang kamu inginkan". Axa tertarik dengan kata2 Rachel pada Farel yang membawa kepada keikhlasan sebenar seorang sahabat. Memang benar, cerita ini mempamirkan peranan seorang sahabat. Seorang sahabat, akan sentiasa ada tidak kira dalam masa sedih atau gembira dan akan sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk sahabatnya. Rachel, dalam kisah ini, menjadi lambang kepada sahabat sejati, sehati dan sejiwa. Biar tidak bersama dalam HATI tetap ada.



"Aku mencintai kamu seadanya dirimu". Semangat Farel buat Luna yang sedang menanti penghujung kehidupannya. Cinta sejati yang digambarkan, yang pada zahirnya sukar untuk ditemui sekarang ni. Memang cinta dan sayang itu perlu hadir bersama keikhlasan menerima semua kebaikan dan keburukan. Dalam cerita ni, Luna terus hidup dengan cinta sejati Farel yang tulus.



Kisah sedih ini walaupun sederhana, tapi penuh dengan pengertian. Keteguhan cinta seorang kekasih, mampu membangunkan semangat yang telah mati, dan keikhlasan sebuah persahabatan pula, mampu membahagiakan.Memang axa suka cerita ini. Menitis juga setitik dua air mata di penghujung cerita yang mengharukan. Ya! Bukan semua yang kita nak mampu kita miliki. Dan kadang-kadang apabila sesuatu telah hilang dari hidup kita, barulah kita menyedari tetang kewujudannya.

Axa puas hati. Terima kasih buat sahabat axa (HR)yang sudi menemani axa menonton di saat2 akhir. Lain kali boleh tengok wayang lagi. Hopefully enjoy dengan movie tadi.

Cinta itu kebersamaan, cinta itu saling mengisi...

Sinopsis cerita di: www.heartmovie.com

Thursday, September 14, 2006

Air mata ibu


A'skum..
Hari axa agak sibuk di ofis memandangkan tinggal dua hari lagi universiti tempat axa bekerja akan melangsungkan majlis konvokesyen. Dah dua hari, tak lekat duduk kat depan pc.

Malam tadi, axa balik ke rumah mak. Memang rutihhari rabu balik ke rumah mak, menjenguk buah hati pengarang jantung. Sejak jadi ibu ni, axa dan ayah aszra berulang dua hari sekali balik ke rumah mak. Ada juga suara2 yang berkata, axa tak patut menjenguk anak dua hari sekali, tapi axa juga punya tanggungjawab sebagai isteri dan kami juga punya rumah sendiri. Jadi sementara aszra masih kecil, biarlah mak yang mengasuhnya. Terjamin keselamatannya. Ye la, nenek mana tak sayang cucu.. the only cucu pulak tuh.

Sampai2 di rumah, axa terus menyusukan aszra. Dari gerak lakunya, memang benar dia rindu pada axa, rindu menyusu dengan ibunya. Lepas tuh axa mandi2 dan bersiap untuk makan malam. Tengah makan, aszra tiba2 menangis, axa tahu..dia nak susu. Mak cuba bagi susu botol, memang la dia tak nak, apatah lagi bila dia tahu ibu dia ada kat rumah. Sementara axa menghabiskan suapan terakhir, axa dengar aszra menangis dan menjerit dengan kuat. Sah dia start merajuk. Ini bukan pertama kali. Dia akan menangis sekuat-kuatnya dan bila axa dan menyusukan dia..dia akan menolak, membiarkan dirinya terus menangis. Mak adan ayah cuba pujuk. Lama2 reda tangisannya yang semakin manja bunyinya. Seakan mengadu sesuatu pada atok dan nenek. Axa cuba mendukungnya, terpandang saja muka axa, dia terus menangis.. ala2 merajuk dan sedih. Entah kenapa hati axa tersentuh, bila lihat aszra begitu. Axa benar2 terasa, axa tak menjalankan tugas sebagai ibu dengan baik sehingga aszra merajuk sebegitu rupa? Mengalir air mata axa sambil memujuk aszra. Dia seakan mengadu dengan axa, mungkin meluahkan rasa rindu pada ibu yang hanya dua hari sekali baru dapat bertemu. Dan bila axa menyusukan dia semula, baru la dia nak. Anak ibu mintak dipujuk rupanya.

Axa tak tahu apa yang anak sekecil aszra fikir atau rasa tentang hubungan, tapi axa dapat rasakan, anak kecil sepertinya sudahpun mengerti tentang rasa kasih dan sayang. Memeluk aszra, axa dapat rasakan ketenangan yang tak dapat digambarkan. Memandang wajah mulusnya, buat axa hilang rasa penat seharian bekerja. Dan axa yakin, inilah yang dirasai oleh semua ibu di dunia ini. Biar menitis air mata, hubungan indah ini takkan mungkin dapat dipisahkan. Bersyukur axa ke hadrat illahi, dikurniakan dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini.

Wednesday, September 13, 2006

My Heart - Bila hati terusik, bila naluri mula berbisik



A'kum..
Sekarang jam axa menunjukkan pukul 1.43 pagi. Mata axa masih belum mengantuk. Terasa nak browse internet. Tiba2 hati tertarik mendengar sebuah lagu yang bagi axa agak baru di blog Aku Budak Seni Bintang. My Heart tajuk lagunya dan axa dapati ianya soundtrack sebuah filem indonesia yang bertajuk Heart.

Mendengar melodi nya cukup buat axa rasa terbuai perasaan. Membaca lirik lagunya buat axa rasa terusik. Mungkin malam yang sunyi ni buat axa rasa begini. Biarlah orang nak kata axa jiwang karat ke, tapi axa memang suka lagu ini. Petikan gitar pada awal lagu cukup buat axa tersentuh (mungkin sebab axa memang minat gitar).

Liriknya berkisar tentang hati yang kadang-kadang kita sendiri tak pernah tahu apa yang tersirat dalam hati kita sendiri. Selalunya kita membiarkan hati kita berkorban untuk orang lain, tanpa sedar hati kita juga punya hak untuk memilih apa yang kita mahukan. Dan kadang-kadang bila hati kita mula terusik, baru lah kita sedar, kita sebenarnya mengabaikan kata-kata hati yang tulus dan murni.

Filem nya, dari sinopsis yang axa baca, mengisahkan tentang persahabatan dua insan yang terjalin sejak kecil yang dipenuhi kasih sayang dan kisah suka duka.Setelah dewasa, si jejaka jatuh cinta dengan gadis lain. Si gadis,teman sepermainannya pula setelah bersama berusaha membantu menjalinkan cinta si jejaka, mula sedar wujud perasaan kasih yang lebih dari seorang sahabat. Berlaku beberapa kejadian yang akhirnya memohon pengorbanan si gadis. Persoalannya, sanggupkah dia berkorban demi cinta sahabat karibnya sendiri atau membenarkan hatinya terus menguasai diri??

InsyaAllah dalam masa terdekat, axa akan menonton filem ini yang kini telah ditayangkan di pawagam. Sesekali layan citer romance apa salahnya kan. Saja nak membuai MY HEART...

My Heart - Irwansyah and Acha

Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita

Bila kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If you love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn’t reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita

Bila kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

Friday, September 08, 2006

Kenangan Terindah - Buat Sahabatku ILLA

A'kum...
Hmm dah dua tiga hari axa agak kekeringan idea...mungkin jugak kesibukan kerja buat axa tak ada mood nak update blog. Pagi ini axa bersms dengan seorang sahabat baik axa, Illa, yang baru melahirkan anak minggu lepas. Axa sempat bertemu dengannya di HUKM. Comel baby boy tu. Tahniah..ILLA dan NUAR atas kelahiran IZZ FAKHRULLAH.

Illa atau nama penuhnya Suhaila Mohd Hassim, axa kenali sejak tahun 2000. Kami sama2 diterima bekerja dia UMM. Illa ni kreatif orangnya, graphic designer. Oleh kerana, axa pun baru pertama kali bekerja di KL, axa dan illa menyewa di rumah yang sama. Ingat lagi, rumah pertama kami di Jln Raja Bot Kg. Baru. Tiap2 hari berjalan kaki ke LRT kg baru nak gi kerja. Naif nya kami, sampai pernah tersesat berjalan ke lorong haji taib! Bila ingat kelakar pulak. Bila axa dah beli kereta, langkah kami makin panjang. Tiap2 hari ada je aktiviti. Hidup axa tak pernah bosan bila ada Illa. Kami pergi jogging, main boling, tengok wayang, belajar make up..semua kami buat. Dan buat pertama kali axa rasa, axa bertemu dengan seorang sahabat yang sehati dan sejiwa dengan axa. Dengan illa, apa2 pun boleh. Kami satu pejabat, satu rumah, satu bilik. Tapi kami tak pernah jemu nak bercerita. Tiap2 hari boleh tidur lewat sampai pukul 2-3 pagi dan sampai ofis pun boleh lagi berborak. Kalau axa menangis, illa pun menangis. Kawan2 ofis semua sedia maklum kami rapat macam adik beradik. Ayat yang biasa di dengar .."Mana ada as, mesti ada illa, dan mana ada illa, mesti ada as".

Selepas 4 tahun, hidup suka duka dengan illa, akhirnya 2004 menyaksikan perpisahan axa dengan Illa. Illa berjaya diterima menyambung pengajian untuk menjadi seorang guru dia maktab perguruan di utara tanah air. Minggu2 terakhir bersama illa, axa lalui penuh kesedihan. Boleh dikatakan tiap2 hari kami berdua menangis. Axa macam tak boleh bayang hidup axa tanpa illa. Macam bercinta pulak. Dalam kesibukan illa membuat persediaan, kami sempat menghabiskan masa melakukan pelbagai aktiviti. Dan Januari 2004, illa meninggalkan axa keseorangan untuk meneruskan kehidupan. Minggu2 awal ketiadaan illa, buat axa rasa sepi, kosong...walau ada kawan serumah yang lain, axa macam tak boleh duduk kat rumah lama2. Tiap2 hari lepas balik ofis, axa cuba sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti, semata-mata nak elak dari rasa sunyi. Bila illa cuti, illa turun KL, jumpa axa. Bila jumpa mesti nangis. Mungkin sebab kami terlalu rindu...

Disember 2004, axa melangsungkan perkahwinan. Permintaan axa agar illa ada bersama axa waktu axa bernikah dan sepanjang majlis axa. Yang paling best, illa makeupkan axa untuk majlis nikah. Sekali lagi kami mengalirkan air mata. Genap setahun axa berumah tangga, tarikh yang sama illa pilih, 4 disember 2005, illa pula melangsungkan perkahwinannya. Masa tu axa ingat lagi, axa sekeluarga tiba di batu pahat agak lewat. Sampai2 illa tengah makan beradap. Axa terus ke meja pengantin. Sebaik saja illa nampak axa, dia seakan nak menjerit. Masa tuh axa mengandung 4 bulan. Kami berpelukan, dan masa tuh juga, seperti biasa kami menangis. Tak tahu la kenapa..gembira sedih..semua ada. Sampai semua tetamu tertanya2 kenapa pengantin menangis. Lama kami berpeluk dan menangis sampai terpaksa diredakan oleh keluarga. Mungkin, ikatan kasih sayang kami terlalu kuat.

Semalam, illa telah pun selamat melahirkan anak lelaki. Semua orang kata, kami memang sehati sejiwa hinggakan anak pun kami lahirkan dalam tahun yang sama. Biasalah... AS dan ILLA..akan sentiasa jadi satu nama yang tak boleh dipisahkan. Mungkin masa dan tanggungjawab memisahkan kami, tapi hati kami masih teguh sebagai sahabat sejati yang saling menyayangi....

Tuesday, September 05, 2006

Monday, September 04, 2006

Catatan Hujung Minggu yang panjang

A'kum...
Hari ni agak lewat axa mencoretkan sesuatu di blog ini. Sejak pagi, macam2 kerja yang perlu diselesaikan. Maklumlah, axa baru habis bercuti 4 hari sejak hari khamis yang lepas.

31 August 2006
Hari Khamis, birthday axa yang ke 28 tahun. Tepat pukul 12 mlm, axa di atas katil, terlelap akibat keletihan seharian bekerja. Ayah aszra call, mengucapkan selamat hari lahir. Dia dlm perjalanan pulang katanya. Lepas tuh adik dan mak masuk ke bilik dan axa dihadiahkan dengan ciuman. Dan selepas itu, axa menerima sms2 dari saudara dan kawan2. Terima kasih semua.

30/8/2006
10:53:37pm,
SNOWQUEEN:Hai Kak As..happy bday! Wish awal sikit..takut line sesak nanti.

31/08/2006
12:01:12am
NOI: Slmt ari jd.Smg pnjg umor & mrh rzk.

12:32:52am
IDA RAHAYU: Wishing you love in your heart, peace in your soul and joy in your life always. Happy birthday as! B a good mummy ;)

01:00:18am
DASSLER: Happy birthday ek. Salam merdeka.

01:24:57am
ILLA: Hallo! Penat tau panjat..Just nak ckp slmt menyambut hr merdeka!!! dan selamat menyambut kelahiran ke 28..semoga mejadi istri solehah & ibu mithali.

01:46:31am
ARAFAT: Awk, selamat hari lahir ke 28. Semoga awak dilimpahi rahmat Allah. Semoga dapat jadi ibu mithali pada anak awak

07:16:58am
JAJA: Hapy Besday kak as..panjang umur dan murah rezeki hendaknya

10:19:30am
PAKKU: Happy besday kak as, semoga kehidupan kak as dan keluarga senantiasa diberkati Allah.

08:08:51pm
EQBAL: Selamat Hari lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Drpd abg eqbal.



1 September 2006

Axa dan ayah aszra cuti hari ni. Saja nak teruskan cuti. Lagi pun axa memang dah plan nak keluar bawak aszra jalan-jalan. So hari ni destinasi axa ialah Mid Valley Megamall. Bukan nak shopping pun. Tapi kat situ ada MUMMY & ME exhibition. Khas untuk ibu2 yang ada anak2 kecil. Best jugak. Kat sana ada banyak booth barang-barang bayi dan kanak-kanak. Ada khidmat nasihat. Ada bengkel untuk baby massage dan juga ada pertandingan bayi merangkak dan bayi comel. Aszra kecik lagi la, nak suruh merangkak. Tapi bagi axa pameran macam tuh memang berguna terutama untuk wanita-wanita yang bakal dan baru bergelar ibu macam axa. Kat situ juga, axa sempat berkenalan dengan ibu-ibu yang muda waktu kami sama2 menyusukan anak. Axa rasa seronok ada pengalaman macam ni. Sempat juga berbincang tentang masalah baby ni. Baru axa sedar, sejak bergelar ibu, axa juga perlu peka pada persahabatan dengan ibu-ibu yang lain. Best tau!