Monday, October 03, 2005

Sakit - Pengajaran di dunia

a'kum.. pagi isnin 3 Oktober. Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan oktober dlm tahun 2005. Hari2 semakin cepat berlalu. Kadang2 terfikir, umur semakin meningkat, tapi cukup kah amal bila tiba masa dipanggil??

Sejak jumaat yang lepas, axa dah terasa, kesakitan lama datang kembali. Sakit yang hampir 5 tahun axa tanggung. Kadang2 ok, kadang teruk jugak. Hmm mampu menjadi lebih teruk jika tidak di kawal. Sabtu lalu, tubuh axa memuntahkan isi perut..bercampur dengan DARAH.. perkara yang jarang2 terjadi pada axa. Tapi SAKIT! Boleh dikatakan petang sabtu itu, segala yang axa makan terkeluar bersama darah. Axa jadi takut. Mujur seorang ahli keluarga bergelar doktor. Pantas memberikan ubat. Sambil mencari2 ubat rutin yang axa makan.

Malam tadi, Ahad, sekali lagi axa terlantar di atas katil. Menahan kesakitan yang amat. Selepas menghirup ubat putih, axa perlu rehat dengan kesakitan yang datang setiap 5-6 minit. KFC yang baru axa beli tak langsung berjamah. Tak mampu axa nak menelan makanan.
Klinik? Hospital.. dua tempat ni bukan la tempat yang axa takuti lagi. Setakat jarum penyuntik, dah berpuluh2 atau beratus2 kali menusuk ke dalam tubuh axa ni. Hingga axa dah bosan dengan semua tuh.

Hingga ke pagi isnin ini, masih terasa denyutan kesakitan. Tapi bak kata org usah dilayankan sangat sakit2 ni. Axa cuba. Terfikir2 juga, sakit yang sering datang ini pasti mahu mengingatkan axa yang mungkin terleka dengan urusan dunia. Atau memberi amaran kepada axa, kuasa Allah itu mengatasi segalanya. Bila2 masa kita akan dijemput menghadapnya, walau axa baru pun berusia 27 tahun!

Wednesday, September 07, 2005

Mungkin ini masanya....

Hampir 6 bulan, diari maya ini tidak axa sentuh. Mungkin lebih selesa membaca blog org lain dan mungkin juga axa ketandusan idea menulis. Kemelut di pejabat.. penutupan department, dan perpindahan axa ke department lain dan mungkin juga kematangan yang baru sahaja meningkat setahun lagi mungkin akan membantu axa utk lebih banyak berbicara di dunia blog ini. Suasana pejabat yang berbeza...karektor nya berbeza. Berbeza dengan suasana 5 tahun yang axa lalui sebelum ini.

Sepi, sayu, sunyi...antara perasaan yang axa gambarkan ketika memulakan tugas baru..tugas menggantikan seorg blogger terkenal yang mendapat tawaran yg lebih bagus dari sebuah stesyen tv yang hebat! Teringat axa dengan ucapannya di hari terakhir dia di sini. Perpindahan yang berlaku setahun yang lalu menguatkan dirinya..mengenalkan dirinya dengan dunia yang lebih luas. Dlm blog nya pun ditegaskan hal ini. Axa cuba mengambil iktibar di atas perpindahan axa ini. Mungkin banyak peluang menanti...dan mungkin ini lah masanya untuk axa menjadi lebih kuat dan berdikari. InsyaAllah....

Wednesday, March 30, 2005

Cerpen - Kembali (Part 1)

"Cakap Samirah! Siapa? Siapa yang buat?" berdesing telinga Samirah mendengar amukan ayahnya. Namun dia hanya terus menangis. Ibunya juga terus menangis. Adik - adik nya hanya mampu membatu melihat ayah mereka yang hampir setengah gila menyerang Samirah.
"Kalau ikut hati aku ni, aku bunuh engkau Samirah. Sanggup kau buat begini pada aku ayah kau dan emak kau yang membesarkan kau!" Ayahnya terus membising.
"Bang, sudahlah, janganlah ikutkan perasaan. Apa pun yang terjadi, Mirah tetap anak kita bang." Emak nya cuba memujuk.
"Kalau dia sedar yang dia anak kita dan kita ni emak ayah dia, dia takkan menconteng arang ke muka kita Jah," ayahnya bersuara lagi. Kali ini bukan dengan nada yang marah tapi dengan nada kesal mengenangkan nasibnya yang membesarkan anak yang akhirnya tidak mengenang budi dan memalukannya suami isteri.
"Mirah, cakaplah nak. Siapa yang buat engkau macam ni. Janganlah Mirah menangis saja. Kasihanlah pada emak dan ayah, Mirah. Emak dan ayah sayangkan Mirah." Ibunya pula merayu. Samirah memandang wajah ibunya. Wajah tua itu begitu lesu tatkala mengetahui perkara yang telah terjadi padanya.
Samirah masih tunduk tersedu-sedan tanpa sebarang bicara. Dia tahu ayah dan emaknya berhak marah. Dia tahu apa yang telah dilakukannya memang salah malah bukan saja salah pada emak dan ayahnya malah salah disisi agama. Namun dia masih tidak mahu bersuara. Biarlah penderitaan ini ditanggungnya sendiri. Dia sayang ayahnya. Dia sayang ibunya. Tak pernah terlintas di hatinya untuk melukakan kedua-duanya. Cuma kali ini dia tersilap. Langkahnya pincang. Dia kecundang antara cinta dan maruah.
Malam itu Samirah Muhammad nekad. Nekad untuk meninggalkan keluarga yang dicintainya. Dia keluar membawa seribu kelukaan. Membawa sejuta kenangan dan membawa seorang lagi makhluk tuhan yang tidak berdosa yang sudah pun mula bernafas di rahimnya.

***********************************************************************************

"Hai sayang." Fuad menyapa.
"Hai.. how are you?" Adlina segera menyahut.
"I am fine here. And you?"tanya Fuad lagi.
"Ok. Not so bad," Adlina membalas. Kali ini senyuman terukir dibibirnya.
"You rindu kat I tak?" Fuad cuba menduga.
"Hmm….. sekejap ya. I nak fikir."
"What? You nak fikir dulu?"
Adlina tergelak. Dia juga merindui Fuad. Baru seminggu Fuad di London. Dia sudah mula menjadi seorang perindu.
"So you ni, bila nak balik? Asyik outstation je," tanya Adlina manja.
"You rindukan I kan…. He..he..he..," kedengaran Fuad tergelak kecil.
"I tak cakap apa pun ya." Adlina membalas. Dia turut tergelak mendengar telatah Fuad.
"Lagi tiga minggu I balik. Jangan risaulah. Perempuan Mat Saleh kat sini, sikit pun tak menggugat keimanan I. I ni kan jenis yang setia. Kalau tidak, tak kanlah you tergila- gilakan I," jawab Fuad.
"Excuse me, siapa yang tergila-gilakan siapa ni? I yang tergila-gilakan you ke, You yang tergila-gilakan I dulu," Adlina membalas. Dia cukup faham dengan perangai Fuad yang suka bergurau.
"Ok.. ok… apa kata kita sama – sama mengaku yang kita berdua yang tergila-gila with each other. Puas hati cik adik?" tanya Fuad.
"Hmm…. Nanti yang fikirkan. Jangan marah ye," Adlina cuba mengenakan Fuad kembali.
"Doktor, kita ada kes kecemasan. Doktor di minta ke wad kecemasan sekarang," tiba – tiba seorang jururawat menerpa masuk ke bilik Adlina.
"Sorry sayang I got to go. I’ll call you back." Adlina terus meletakkan gagang. Dia bergegas ke wad kecemasan.
Terlantar dihadapannya seorang budak perempuan yang berusia lebih kurang 10 tahun. Berlumuran darah di bahagian kepala dan kaki. Degupan jantungnya lemah. Tekanan darahnya menurun. Adlina bersama seorang lagi doktor dan tiga orang jururawat berusaha menyelamatkan budak itu. Adlina terlalu kasihan padanya. Menurut pegawai polis yang membuat laporan, budak perempuan tersebut bersama ibunya digilis oleh sebuah lori. Dan yang paling menyedihkan ibunya mati di tempat kejadian.
"Encik, mayat wanita tu sudah dikenalpasti?" tanya Adlina kepada pegawai polis yang bertugas.
"Maaf doktor. Kami masih lagi mencari identiti mangsa kerana tiada sebarang dokumen atau pengenalan pada mangsa. Kami juga telah memeriksa di sekitar tempat kejadian tetapi tiada apa yang dijumpai." Jelas pegawai polis tersebut.
"Dan anaknya?" tanya Adlina lagi.
"Tentang anaknya, kami serahkan dahulu pada pihak hospital memandangkan dia masih belum sedar. Kami akan cuba mencari warisnya."
Adlina hampa. Dia terlalu kasihan pada budak perempuan itu. Ibunya meninggal dan kini keadaannya pula tidak stabil. Dia masih di wad ICU. Bergantung nyawa pada mesin.
Dua minggu berlalu. Setiap hari Adlina akan ke bilik itu. Seolah-olah dia tenang merenung wajah anak kecil yang tidak diketahui namanya itu. Kadang kala sempat juga dia menghadiahkan ciuman ke dahi kecil itu. Setiap dua hari Adlina akan menukar jambangan bunga di bilik budak perempuan itu. Entah mengapa hatinya begitu tersentuh melihat budak itu, yang kini tiada beribu. Dia sendiri gusar apabila mengenangkan bagaimana mahu memberitahu kepada budak yang masih mentah yang tidak faham apa-apa tentang kehidupan, berita tentang kematian ibunya.