Wednesday, November 16, 2011

Badai semalam

Isnin lepas saya dan en suami ke panggung sari istana budaya menonton teater badai semalam. Selain dr saya ni memang minat teater, sebab utama nak sangat tgk citer tu ialah si aaron aziz tu ler... Puas hati dpt tgk mamat tu secara live.. Lately ni minat benor le citer2 lakonan aaron tuh. Sib baik lah encik suami memahami. Habis je teater tu dia lah beriya2 keluar cepat2. Sebabnya ialah nak gi beratur untuk sesi otograp dan bergambor ngan artis. Bukan dia yg nak ambik gambor tp sebab dia tahu bini dia suka bebenir. Sanggup gi beratur dulu. Kira orang no 3 lah yang beratur tu. Saya keluar2 je terus ambik trmpat dia dan dia pun get ready ngan kamera. Memang terbaiklaj shot dia.. Close up gitu.. Heheheh..

Oh, pasal citer badai semalam tu memang best la. Citer ni adaptasi dari novel tulisan khadijah hashim. Dulu saper2 ambik subjek sastera kena baca buku sampai khatam sebab keluar dalam exam. Lakonan aaron aziz sebagai karim memang la mantap. Cair kejap. Era pulak memang hebat. Menjadi watak mazni tu. Yang lelain fizz fairuz, umi aida, emelda pun best jugak. Bagi saya citer ni best cuma ada lagi teater yang lagi hebat kot. Dari segi pergerakan prop macam x kemas sangat. Nampak orang berlari2 tolak props. Pastu pelakon tak nyanyi live. Miming jer.. So macam tak real bila diorg nyanyi. But overall citer memang ok.. Teknikal tu je lah ada flaw here and there.. So saper2 nak tengok masih sempat coz sampai 20 nov ni tayangannya...

1 comments:

Siti_btp said...

Akak pergi jugak dgn abang..
Teringat kenangan zaman sekolah dulu.

Adik bg tiket suruh hilangkan stress,
jaga 3 anak istimewa

Dia sanggup jaga pulak tu...