Tuesday, July 31, 2007

My First Teppanyaki

A'kum.. salam di pagi Selasa. Hari ni jeeeeeeemmmmmmmmmm yang melampau-lampau. Tol Sunway, kereta mcm parking je sampai ke Kesas Highway dan axa dan ayah aszra..even dah bayar rm 4.40 for the toll.. still stuck kat Subang. Sib baik la.. axa tak miss farewell prof K, our Vice President (Academic).

So.. last night, axa try to cook.. our faveret Japanese food.. teppanyaki. Selalu layan teppanyaki dan teriyaki kat Mr. Teppanyaki je.. kali ni, axa decide nak masak sendiri. Lepas ofis singgah Giant Tmn Connought tu, beli2 apa yang patut. Senang rupanya masa benda ni. Axa masak ala2 tukang masak kat live kitchen kat Mr Teppanyaki. Tak sia2 axa selalu tengok diorg ni masak. Menjadi akhirnya. Nampak sedap tak .. he he he.. dapat good impression from ayah aszra.

Ok la.. dikesempatan ini.. nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat ayah mertua axa, Abd Rauf Abd Rahim..yang ke 61 pada hari ini 31 July 2007. Ayah mertua axa ni bekas SAC kat Bukit Aman.. dah lama bersara, tapi sangat aktif dengan sukan kegemarannya, Golf. So ayah.. selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Thanks for being a very sporting father in law.

Friday, July 27, 2007

MB Gath - Endah Parade

A'kum..

Salam di pagi Jumaat. Sejuk je pagi ni. Mata pun susah nak bukak. Sangat mengantuk... malam tadi kul 2.40 pagi baru sampai rumah.

Malam tadi berlangsung gathering Malaysian Bowlers di KL Megalane, Seri Petaling. Ramai sungguh ahli2 baru yang join kali ni. Axa dan geng2 lama MB mengalu2kan kehadiran diaorg ni. Rata2 ramah2 dan ok. Main bowling pun memang hebat jugak..Ada ler dalam 35 orang yang datang malam tadi.. 10 lane penuh. Actually MB memang lama tak buat gath.. masing2 sibuk. AJK2 pulak...ramai yang prepare nak kawin la.. bertunang la.. so, kehidupan peribadi perlu la diutamakan...

Lepas main bowling... ahli2 lama MB yg setia gi raikan birthday mleo (anak kuang) yang dah lepas tuh... Axa beli kek ..tapi kek ni di sponsor oleh seseorang yang identitinya mahu dirahsiakan...Sedih,...sebab axa tak leh nak makan kek ni..atas sebab2 kesihatan....aduhai... dah 5 hari tak makan nasi....uwaaaaa......Tapi yang sangat best bila Sup Sayur axa adalah FREE hasil kejayaan axa dalam pertarungan dengan Pakku (Budak Seni Bintang)..Tima kasih la Pakku... semoga kite akan bertemu lagi dalam pertarungan yang akan datang..

Thursday, July 26, 2007

Tentang Aszra

A'kum..
Salam hari khamis. Kejap je masa berlalu...dah nak masuk hujung bulan julai dah. Harap2 dalam tahun ni.. akan berlaku perubahan dalam hidup axa...perubahan yang lebih baik untuk axa dan keluarga.

Bercerita tentang aszra, dia masih kurang sihat. Selsema batuk. Semalam...dia main dengan axa. Main bear2 dia yang banyak tuh... antaranya Sponge Bob, Batman, Ayut, Putih, G-bun, B-bun, Bunny, Hippo dan yang latest Cookie. Aszra memang suka main ngan benda2 ni.. kadang2 dia kiss..dia hug. Pastu dia berckp2 dengan benda2 ni. Pernah tu dia letakkan hp axa kat telinga bear Ayut dia coz..antara banyak2 bear Ayut yang paling besar..Makngah Ina yang bagi masa birthday aszra. Even aszra batuk dan selsema, dia tetap aktif. Cuma axa rasa kesian sangat dengar bunyi breathing dia tuh... then pagi ni bunyi tu makin kuat... bunyi lendir dalam pernafasan dia. Tapi dia tak demam....

Pagi ni axa pesan kat mak dan ayah bawak aszra gi klinik... axa terpaksa ke ofis..tak leh selalu cuti. Baru call mak.. dan mak kata dah bawak aszra ke klinik. Seperti yg axa dah jangka..sure kena ambik nebulizer. Mak citer aszra terpaksa dibedung coz dia dah besar dan pandai untuk nak tarik tiub gas tu. Dia menangis..sambil berckp2..it seems like macam membebel sambil menangis kot. Sian aszra.... Masa axa call mak.. dengar suara dia bising2... mak ckp dia ok... terus aktif. Hopefully aszra getting better. Ibu tahu...anak ibu kuat. Love u so much!

Wednesday, July 25, 2007

Love is Cinta?


A'kum...salam di tengah hari rabu. Pagi yang berat untuk axa... dan hanya mampu bernafas lega menjelang tengah hari.

Last night, axa dan afzanistrator gi menonton citer Love is Cinta. Nak ajak ayah aszra ...jangan harap la, sure dia tak minat tengok citer indonesia ni. So.. kul 8 mlm, berteman kan hujan lebat, kami ke Midvalley...afzan dah pun beli tiket online.. dan sib baik la kami tak pulang dengan kehampaan bila afzan tiba2 tersilap bagi no tiket... fuuhhh sib baik dia bawak salinan no tu.

Tentang love is cinta. Bagi axa mcm kisah2 cinta yang biasa. Acha dan Irwansyah memang pandai berlakon... dan ditambahkan dengan pendatang baru Raffi Ahmad..comel dan berlakon pun ok. Kisah nyer berkisar tentang dua pasangan ni yang susah sangat nak mengaku mereka ni cinta each other... sampai akhirnya berlaku satu insiden yang kita puntakkan jangka. Kira filem indonesia sekarang cuba memulakan cara dan citer yang berbeza dr citer2 indonesia yang lain.

Sebelum axa menonton..ada yg berkata2 pada axa....citer tuh citer bodoh..tak best langsung... tapi bagi axa citer tu boleh capai standard cerita2 inggeris yang lain. Kalau kite boleh terima dan rasa citer Constantine tu hebat.. atau cerita Ghost tu citer cinta yang menyayat hati...kenapa kite tak boleh terima cerita Love is Cinta? Mungkin kerana yg melakonkan itu ada lah org indonesia yg serumpun dengan malaysia? dan bila cerita yang jenis2 begini cuba dibuat nampak janggal dan terus dikatakan bodoh? Tak terfikir ke kite...bila kite terlalu bermegah2 dengan cerita2 inggeris yang rata2 lebih bodoh...tahyul..fiksyen malah kadang2 menyentuh sensitiviti agama mereka sendiri. Dan kite pun ckp citer tu best...bagus. Dan bila cerita2 yg seumpama ini di buat di Malaysia/Indonesia semua kata mengarut.. bodoh... menyimpang dr agama. Lupa ke kite bila kite puji2 citer2 inggeris yang mcm tuh jugak. Hmm axa bukan nak mengatakan kite patut iya kan citer love is cinta itu benar....kerana jalan cerita nya memang agak pelik dan mengarut, luar dari jangkaan dan agak menyimpang dr agama.. tapi bukan ke citer2 begini yg selalu disajikan kite melalui perfileman hollywood...atau bollywood?? Dan kite balas dengan sanjungan.... Bagi axa... movie tetap movie.. selagi kite pandai dan mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.. insyaAllah kite masih berpegang pada pegangan kite. Tepuk dada ..tanya la minda.

Tuesday, July 24, 2007

Catatan Hujung Minggu - Jalan2 tepi tasik

A'kum..

Salam dipagi Selasa. Dah seminggu blog ni tak berusik. Semalam..kerja banyak pulak. Ditambah dengan kesihatan yang kurang menyenangkan. Dan sekarang ni pulak..aszra start batuk2 dan selsema. Bila dia mula batul selsema je, seluruh famili axa akan risau sebab dia tu kan ada history broncholities. Tak sanggup nak tengok dia kena ambik gas every 4 hours. Hopefully dia dah immune dengan virus2 demam selsema ni.

Sabtu
Plan asal..nak gi Pusat Akuatik..biasa la..bawak axa mandi kat pool. Tapi aszra dah menunjukkan simptom demam dan selsema. So..cancel la plan. Cuma axa dan ayah aszra memang dah plan weekend tuh kami nak lepas umah cheras jer. So dalam kul 2..axa drop ayah aszra dan aszra kat One Utama... petang tu aszra habiskan masa dengan ayah aszra coz axa ada appoinment 2 jam. Risau jugak mengenangkan mcm mana la ayah aszra tuh jaga anak dia. Then kul 5.30 axa pick up dua beranak tuh... tengok2, aszra peluk Cookie Monster yang ayah dia belikan. Pastu kami gerak ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja je nak bawak aszra jalan2. Ramai jugak orang...ada jualan... dan yang paling best..aszra jumpa ramai kawan2 yang sebaya dia. Semua sibuk nak berjalan sendiri termasuk la aszra. Terfikir juga nak naik Eye On Malaysia tuh..tapi ada plak org kata tak sesuai utk bebudak kecik ni...takut diorg pening. So..finally..tak leh kami naik. Lepas lepak2...gi dinner kat Leisure Mall dan pastu duk umah tengok Studio Bintang Kecil. Kagum axa bebudak kecik ni nyanyi...especially satu group ni nyanyi lagi Isabella. Serius best giler...

Ahad
Ayah aszra gi main liga kat EP...so axa menghabiskan masa dengan aszra sambil2 kemas rumah. Kul 12 siap2kan aszra coz kami ada wedding kat ampang. Kul 1 lebih ayah aszra ambik dan terus gi wedding tuh...Jumpa la jugak sedara mara. Pastu terus balik la..

p/s: Nak wish Selamat Hari Lahir buat Hamisah Redzuan..a.k.a Mleo (Anak Kuang) yang menyambut hari lahirnya pada hari ini...Semoga panjang umur dan murah rezeki. Mleo ni bakal mendirikan rumah tangga tengah bulan Ogos ni.. wedding ni.. ala2 birthday gift la yer.. dapat hadiah best tahun ni.. he he he.... btw semoga majlis tu nanti berjalan dengan baik dan mendapat rahmat dari Allah swt.

Friday, July 20, 2007

Kisah sebuah cerita

Cerita itu bermula...
Antara dua hati yang biasa
Antara dua jiwa yang mencuba
Takdir jadi penentu
Cerita itu bukan lagi cerita biasa.

Lama,
Cerita itu terus melakonkan wataknya
Cerita yang bukan biasa tu berselindung
Disebalik takdir yang mengikat
Cerita itu cuba bertahan
Disebalik sebuah kisah nyata yang dipertahan.

Sampai satu masa,
Watak cerita tidak mahu bercerita
Watak cerita mahu cerita biasa
Watak cerita membunuh setiap cerita!

Cerita tinggal sebuah cerita
Cerita ini punya perasaan
Cerita ini punya pengertian
Cerita ini bukan minta dikasihan!

Dan berakhirlah sebuah cerita
Kerana cerita itu rupanya..
Hanyalah cerita biasa.


Nukilan buat Lovely Aelbeira yang telah pergi buat selama-lamanya.

Tuesday, July 17, 2007

Pantulan Kemerdekaan Episod 4 - I was on TV



A'kum..salam di tengah hari Selasa. Hidung axa ni masih lagi tersumbat. Rasa nak mc je.. tapi ada kerja nak kena buat la...

Ahad lepas, kalau ada saper2 yang tengok TV9 kul 11.30 pagi.. muka axa muncul untuk episod 4, Pantulan Kemerdekaan. (rujuk posting axa sebelum ni). He he he.. kire glamer kejap la.. ada yang sms2 dan call bagi tahu yang diorg tengah tengok. Member2 ofis pun mcm terkejut sebab tak sangka axa leh pantun...So sempat la rakan guna digital kamera axa, time axa tengah pantun. Yang tak bestnya bila masuk tv ni.. semuanya nampak lebar semacam je (ke memang dah melebar axa ni) he he he...Video ni ..dengan harapan bila aszra besar nanti leh tengok ibu berpantun..dan dengan harapan aszra ikut bakat ibu yang ni...boleh pantun, deklamasi sajak, bahas & pidato (tapi sekarang nampak mcm lebih ikut ayah aszra je) he he he....ok..enjoy the video yang tak seberapa tuh.

p/s: thanks to ayah aszra yang sudi up kan dalam youtube dia... thanks juga kat ayah aszra yang support axa utk mencuba sesuatu yang baru.. insyaAllah...kite takkan hampakan awak. He he he.

Monday, July 16, 2007

Bola & Aszra (cerita hujung minggu)


A'kum..salam di pagi Isnin. Sejuk je pagi ni.. Axa betul2 tak sihat..dah 3 hari mcm ni. Hidung tersumbat, tekak rasa bengkak. Mak pun sama... dah dua kali jumpa doktor. Malam tadi kena buat nebulizer. Sian mak...Mudah-mudahan mak cepat sembuh.

Hmm lanjutan kisah bola sepak Malaysia, sorang org kuat dah letak jawatan. Ha...cam tuh la...sedar diri jugak akhirnya. Actually tu nak bagi hint kat bapak dia yang jadi president seumur hidup tuh.. dan kawan2 nya yang jadi org2 kuat FAM supaya sama2 sedar kelemahan dan bukan nak ada nama je. Teruk kena belasah habis-habisan pasukan Malaysia..dalam masa seminggu 10 kali gawang gol M'sia dibolosi. Kalau 1-2 tak apa la...ni SEPULUH...fuh.. Kenyataan akhbar tulis.. Malaysia satu2 nya negara tuan rumah yang tersingkir di peringkat kumpulan. Maluuu.. he hehe.. emosi plak axa ... bukan apa.. asyik2 kite ni sebut pasal Chelsea, Man-U, Arsenal.. sesekali nak jugak sokong M'sia ni.. tapi kalau dah cam ni, mcm mana la peminat M'sia nak semangat..Sabtu lepas masa lawan Uzbek..axa tengok kat dlm TV..lengang je stadium..so jangan salah kan peminat bila stadium lengang ok.

Tutup pasal bola. Citer mcm2 bukan nye boleh buat apa pun kan. Ok...weekedn axa tak banyak aktiviti. Mcm axa tulis kat atas tuh.. axa dan makkurang sihat. Cuma hari sabtu..lepak kat umah kak aida sampai kul 4 pagi tuh. Balik pun sebab dah janji ngan mak nak belikan ubat batuk.

Cerita pasal Aszra.. lately ni, kerja asyik berjalan je. Maklumla..org dah pandai berjalan. Seronok tengok dia.. Memang laju dah langkahnya. Kejap kat sini..kejap kat situ. Bilik air pun dah pandai masuk. Risau axa...memang kena ada pemerhatian yang cukup la lepas ni. Sabtu tu.. masa mamacu tengah siap2 dalam bilik, aszra sibuk ketuk bilik mamacu...sambil jerit "Ta..Ta". Maybe sebab dia selalu dengar mak ngan ayah panggil mamacu "Ita". Then..bila mamacu bukak pintu..dia terus masuk bilik..masa tu axa dan ayah aszra tengah minum. Entah macam mana tak perasan..tiba je kami dengar bunyi kipas. Tengok2...aszra kat kipas..dan dia tunjuk tangan dia...pastu nangis. Panik axa.. mamacu terus angkat aszra dan tengok...jarinya berdarah. Rupa2nya dia masukkan jari kat kipas yang berpusing tuh.. Aduhai... first time aszra luka. Pekat darahnya. Mamacu terus basuh luka dan letak minyak gamat. Then axa check..takut juga kalau jari halus tuh patah atau terseliuh. Tapi aszra memang kuat semangat. Menangisnya tak lama... tak sampai seminit pun. Lepas letak ubat..dia boleh main2 lagi.. Hmmm.. axa terfikir.. bila anak semakin dewasa... mcm2 yang kita as ibu bapa akan hadapi..kecederaan, luka.. semua tu akan pasti akan berlaku. Cuma.. kite ni kena la sentiasa berusaha untuk jaga keselamatan anak2 kita...

Wednesday, July 11, 2007

Go Go China! Oppss Malaysia la

A'kum...salam di petang Rabu. Hari ni busy sikit.. baru balik dari meeting di Seri Kembangan.

Ok.. last night, it was a sudden plan bila ayah aszra ajak axa tengok bola. M'sia lawan China utk Piala Asia. Actually my plan was.. duduk rumah, kemas2 umah then dalam kul 10 lebih gi EP utk celebrate birthday Dassler. So.. oleh kerana EP tu dekat dengan Bukit Jalil.. so axa pun ok je la.. Just both of us yang pergi. Park kereta kat EP..then jalan kaki ke stadium nasional. Sampai sana org punyer la ramai tengah rebut nak beli tiket. Finally dapat masuk. Game dah start around 5 minutes la masa tu. Ni kali ketiga axa tengok game skuad kebangsaan main..selepas dengan Bosnia (tahun 2003) dan dengan Indonesia (2005).

So ada saper2 yang tengok game malam tadi? Apa perasaan anda? Kalau sebelum ni axa mendengar cerita2 tentang pasukan bola sepak M'sia, tapi malam tadi axa telah menyaksikan sendiri KETIDAKBAGUSAN dan KETIDAKTERRERAN diaorg tu. Angin...angin.. sakit hati.. semua ada. Seperti yang semua tahu.. M'sia kalah 1-5. Memang jadi lauk betul.. Kat radio pagi ni ada sebut, M'sia satu2 nyer tuan rumah yang gagal memungut mata dan kalah di tempat sendiri. Kalah..tapi kalau main bagus.. semua org akan appreciate.. tapi ni main mcm..hmm.. susah nak gambar kan. Yang dah menyaksikan game tuh je yang tahu betapa lemahnya pemain2 M'sia. Skuad China ni bukan la hebat sangat... tapi mereka tahu dan bijak ambil peluang. Mereka sangat rajin.. nak compare ngan pemain Malaysia yang lebih suka tunggu bola. Yang si China plak.. jenis yang kejar bola.. so jangan salah kan China kalau diaorg boleh masukkan gol ke 3 dan ke 4 dalam tak sampai pun 10 minit. Pertahanan M'sia..sangat la teruk... kalau tengok gol2 China..semuanya senang2 belaka. China tak perlu mempunyai kaki yang kuat untuk buat rembatan...atau kepala yang keras utk buat tandukan gol..sebab hanya dengan sedikit kuis..dan cuit bola kat kepala...terus je masuk gol dah. Bola slow pun gol keeper kite tak mampu nak kejar. Pintu gol M'sia punya la terbuka tanpa apa2 pertahanan pun. Pastu bila dah ada peluang pegang bola..boleh plak nak passing2 dulu..sedangkan pintu gol China dah terbukak luas..tinggal cuba untuk masukkan je.. Ni tak..nak jugak passing kat kawan..last2 dapat kat China balik. Suasana yang gamat dengan sokongan penyokong M'sia langsung tak bagi kesan pun kat pemain M'sia.. sampai akhirnya peminat M'sia mengutuk dan meng'boooo' pemain M'sia bila dapat bola. Memang gamat sungguh suasana stadium malam tadi.

Dengan perasaan kecewa..axa dan ayah aszra terus ke EP balik utk celebrate birthday Dassler. So.. adalah sikit majli potong2 kek yang disponsor oleh kawan2 MB. Pastu axa sempat jugak la main boling dengan kawan2 MB.

Apa2 pun untuk pasukan M'sia..tahniah la..nak cuba main utk malam tadi (dengan nada kecewa). Actually.. kami ni para penyokong ni.. bukan kemenangan besar yang kami nak tengok (kalau menang memang bagus la), tapi kami mahukan perubahan. Kami mahu melihat pemain2 Malaysia yang berjuang habis-habisan.. biar kita kalah tapi biarlah main dengan bermaruah!

To my bro, Dassler.. happy belated birthday.. may all ur wish come true.

Tuesday, July 10, 2007

Monday, July 09, 2007

7 tahun yang lalu


7 tahun yang lalu.. (8/7/2000 - 2.30 pagi)

"Ko nak take care aku tak?"
"Take care apa? Nak buat apa? Mak ko kan ada?"
"Ala.. ni lain. Aku nak lebih ngan ko."
"Ko ni apasal, gi la tidur..ko dah mengantuk sangat tu. Mamai le tuh. Thanks la hantar kite balik"
"Aku tak ngantuk la.Aku serius ni."
"Ala.. ko nak main2 kan kite. Macam kite tak tahu. Dah la.. kite ngantuk ni"
"Aku betul2 la.. Aku tak main2. Aku nak sayang ko. Aku nak call ko selalu."
"Hmmmm"

Terima kasih kerana wujud dalam hidup axa ni. Walau banyak yang berlaku..finally kite tetap bersama. ..tarikh ni amat bermakna....Ia nya permulaan segala-galanya.

Catatan Hujung Minggu

A'kum...
Pagi ni kesihatan agak kureng sikit. Letih..dan maybe semalam pun kena hujan. Hari ni tekak rasa perit.

Sabtu 07/07/07
Tarikh ni, cantik..dan sure la ramai yang berminat nak buat tarikh nikah. Axa sendiri ada 3 jemputan perkahwinan. Pening kepala. 2 darinya kawan baik axa sendiri. Tapi finally axa decided untuk ke Batu Pahat, Johor untuk majlis perkahwinan kawan baik axa merangkap officemate dan juga ex-room mate, PIJOT. Pagi tu kul 9 baru keluar rumah.. Satu famili kami termasuk mak, ayah dan adik pun join axa memandangkan PIJOT tuh memang dah rapat ngan famili kami. Mak pun dah janji dengan PIJOT, wedding dia nanti mak akan datang. Alhamdulillah.. janji mak telah tertunai. Lebuh raya ke Selatan, memang teruk tahap $%@^&**!#@!!! Geram sangat. Dari Senawang sampai la hujung Melaka.. kejap 3 lane, kejap 2 lane dan 1 lane pun ada. Pastu balik 3 lane..pastu tukar 1 lane pulak.. pastu masuk balik 2 lane. Kerja tak sistematik langsung. Memang menyusahkan pengguna jalan raya. Tol still nak naik, minyak naik..tapi jalan hampeh. Memang la utk naik taraf.. tapi ni nampaknya cara kerja yang tak sistematik. Sekejap kat sini.. sekejap kat sana..buat la satu2...at least tak la menyusahkan pengguna. Hilang mood sekejap..

Ok la berbalik kepada wedding Pijot, kami sampai dalam kul 2.30. Si pijot dan suaminya Aizan baru nak makan adab2. Jaja, Eikin dan Zila dah lama sampai. Serba hijau pijot. Lepas makan, sempat la ambik2 gambar kat pelamin sambil rehat2. Pastu dalam pukul 3.45 petang kami bertolak balik. Singgah kejap ke Tanah Perkuburan Islam Batu Pahat, menziarahi kubur arwah atuk dan nenek sebelah Ibu ayah aszra. Ibu memang orang Batu Pahat. So lepas tuh terus bergerak balik. Singgah Seremban, makan malam kat umah mertua axa. Then.. bertolak balik ke Cheras. Letih sungguh malam tuh.

So... ni dia ucapan Selamat Pengantin Baru.
1. Selamat Pengantin Baru buat Rapizah Suradi @ Pijot dengan Pasangannya Aizan. Semoga bahagia ke anak cucu.
2. Selamat Pengantin Baru jugak buat sahabat axa masa kecik2 dulu, Dr. Nurul Azwa Hasny dan pasangannya yang juga seorang doktor..yang melangsungkan perkahwinannya juga pada hari Sabtu 07/07/07. Maaf Nurul..tak dapat hadir. Semoga bahagia selalu.

Friday, July 06, 2007

Tinggal Kenangan

Segala yang tinggal,
tinggal kenangan..
Luka berdarah menitis tanpa balutan
Pedih mencengkam, bagai cuka disiram..Diam!

Pernah terfikir ni di kotak ingatan,
andai takdir mengubah suratan,
atau masih kekalkah suatu tautan,
namun ikatan dan simpulan tergenggam di jari-jemari,
buat hati terpendam, bungkam terus kelam...Diam!

Haruskan dibiar manik itu terlerai lagi..
Walau sebelah tangan tiada lagi bertepuk,
Haruskan dibiarkan manik itu jatuh gugur bertaburan,
Andai sebelah tangan lagi mampu menahan...teruskan Diam!

Bangun, kutip,
Setiap yang pergi, hatinya tiada kembali,
Biar bibir menguntum manis, kata tersusun baris,
Segalanya tetap tinggal kenangan.


Lovely Aelbeira
Antologi Puisi Aku dan Dia

Thursday, July 05, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 4


25 June 2007 - Hari terakhir di Bandar Kuching

Hari ni, dalam pukul 10 pagi, kami keluar ke bandar. Tujuan hari ni..hanya shopping! Nak beli barang2 dan makanan untuk dibawa balik ke Semenanjung. So seperti biasa, kami bertiga beranak berjalan kaki. Aszra seperti hari pertama, tak meragam pun. Oleh kerana kami dah beli pasu, kek lapis..so tumpuan hari ni utk barang2 cenderahati dan juga ikan terubuk. Tengah jalan kaki, hujan gerimis turun.. so hanya kami ni payungkan aszra je la. Axa singgah ke bank sebentar dan kat situ tiba2 ada seorang perempuan melayu bertudung menegur axa dan tanya nak ke mana. Memula axa ingatkan dia salah orang. Pastu dia kata dia kesian tengok kami ni ada anak kecik berjalan dalam hujan gerimis. Axa kata nak ke waterfront tuh je.. jalan kaki memang ambik masa 5-7 minit la. Pastu dia offer nak hantar kan...dia kesian tengok aszra, nanti kena hujan. So.. setelah yakin yang dia ni org yang baik, kami pun menumpanglah kereta Chevrolet Aveo merahnya. Dia memperkenalkan diri sebagai Ida atau nama sebenarnya Idawati, seorang pensyarah civil engineering di UNIMAS. Ida memang orang tempatan. Sempat juga kami berbual dan bertukar no telefon. Terima kasih banyak2 Ida kerana sudi menumpangkan kami. Walaupun perkenalan tu singkat, tapi hanya Allah je membalas budi baik Ida. Alhamdulillah, kami masih berhubung melalui YM sampai hari ni..kan Ida.

So mula2 kami ke pasar basah, menjenguk2 ikan terubuk. Memang banyak betul org jual. Tak tahu la axa yang mana satu ok. Siap tanya org tempatan nak beli ikan terubuk yang bagus kat mana. Finally kami beli kat satu brother ni. 3 ekor RM 10. Axa beli RM 30 dia bagi free seekor. Siap bungkuskan dalam kotak elok2 dan siap buat pemegang lagi. Diaorg ni memang dah biasa dan tahu org semenanjung sure nak bawak balik naik flight. Pastu sempat lagi ambik gambar kat tempat org naikkan ikan kat pasar tuh.

Pastu kami ke kedai2 cenderamata kat depan waterfront. Oleh kerana hari pertama hari tuh axa dah survey so axa dah tahu nak beli apa dan kat mana. Kami agak mengejar masa sebab sebelum kul 3 petang kami ke check out dah. Sempat la membeli hiasan2 untuk Rumah Kami, dan bebrapa cenderamata utk keluarga. Jangan tanya berapa yang habis... he he he... So bila rasa dah cukup.. kami pun buat gerakan balik ke hotel untuk makan tengah hari dan berkemas.
Tengah hari tu kami makan di ChilliPepper lagi. Malas dah nak cari tempat lain. Senang sikit. Aszra kepenatan sampai tidur atas meja. Lepas makan puas2 kami terus naik dan berkemas. Dalam pukul 2.45 ptg kami check out dan naik teksi menuju ke rumah Nev berpandukan alamat yang Nev bagi. Nev kerja hari tu...yer la isnin kan. Sampai rumah Nev...sempat la lepak rehat2. Aidi pun dah mula nak main dengan Aszra. Aszra pun macam dah biasa plak ngan rumah Nev tuh. Terima kasihlah Suhaiza...jamu air dan pisang goreng untuk kami. Nev sampai rumah dalam kul 5 dan kul 6 lebih Nev sekeluarga hantar kami ke airport.
Flight kami kul 8.20 malam. So dalam kul 7.40 kami check in dan flight berlepas memang tepat pukul 8.20 malam. Selamat tinggal bumi Kuching.. ada rezeki kami datang lagi. Kami sampai di LCCT lebih kurang pukul 10 malam. Mak ayah dan adik dah pun menunggu.


Terima kasih axa tujukan khas buat Nev dan Suhaiza sekeluarga yang bersusah payah membantu kami yang datang mengejut ke Kuching.. he he he..
Terima kasih juga untuk Ida.. kenalan baru yang sungguh baik hati. Semoga kita bertemu lagi.

Tuesday, July 03, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 3


24 Jun 2007 - Trip ke Rumah Panjang Anna Rais

Pagi tuh, awal kami bangun. Lepas bersiap2 tepat kul 9, dah ada seorang tourist guide yang menanti kat lobi hotel. Terus dia bawak kami ke keretanya. Oooo naik kereta. Axa ingat naik van atau bas. Tapi bagus jugak, at least ada privacy sikit.. dan kalau aszra buat hal pun.. senang nak handle. Actually kami ambik pakej setengah hari lawatan ke rumah panjang. Harga nya rm 75 per person. So kami berdua. .150 la..aszra free ajer.

So dalam perjalanan, tourist guide tu perkenalkan diri sebagai Bong, seorang pesara Polis UTK. Dia bangsa Cina + Melanau tapi beragama Islam. Pandai ckp 9 bahasa. So, Bong beritahu.. kami akan ke perkampungan Anna Rais iaitu kawasan ruman panjang orang Bidayuh. Kalau nak gi umah org Iban..makan 3-4 hari nyer trip baru ok, sebab jauh di pedalaman. Perjalanan kami ni melalui jalan kawasan bukit la jugak. Bong kata..kami menghala ke arah sempadan indonesia. Bong memang asyik bercerita je sepanjang perjalanan.. sebab tu la leh jadi tourist guide.

Kami sampai ke kawasan rumah panjang tuh selepas hampair 1 jam perjalanan dari Bandar Kuching. Wahh.. mcm tak caya je.. finally axa dapat tengok rumah panjang betul2. Bong cerita.. buluh yang digunakan memang sangat kuat. Pastu diaorg akan tukar buluh2 tuh setiap kali ada perayaan.. cth Hari Gawai. Kat situ.. hanyan 35 % sahaja yang beragama Islam. Yang lain2 semua Kristian dan yang tak ada agama. So kami naik ke rumah panjang yang tingginya lebih kurang 1 meter setengah dari tanah. Tapi yang best nya.. rumah2 kat sini banyak yg dah moden rupanya. Ada sofa, tv, Astro.. dan ada jugak yang ada parabola tuh....Walaupun ada rumah yang dah guna batu sebagai dinding dan kayu 2 yang cantik.. mereka masih mengekalkan konsep rumah panjang. Mereka berkongsi berandah dan setiap rumah panjang ni kan.. mana ada bilik kat dalam nya. hanya ada satu ruang je. situ tempat tengok tv..tempat rehat.. tempat letak barang2.. Masak?? ha..dapur mereka ni kan kat luar tau.. bukan kat belah belakang tapi kar depan rumah. Memang lain betul lah... tapi seronok tengok budaya diorg ni.

Kami sempat jugak rehat kat satu rumah ni. (rumah ke..dia buat ala2 kedai la, pelancong leh duduk rest dan minum kat situ). Kat situ kami di jamu minum air kulit kayu..namanya Berakas.. axa pun tak ingat sangat. Menurut org situ.. air tuh boleh buang panas.. utk ubat kencing manis, darah tinggi.. so axa pun angkut la 5 packet. Teringat mak ngan ayah yang darah tinggi tuh. Ayah aszra sempat jugak la mencuba sumpit org Bidayuh. Masa kami kat situ ada lagi satu kumpulan pelancong dari Thailand. Pastu kami jenguk2 jugak aktiviti org bidayuh ni. Ada yang dah bekerja di bandar dan ada juga yang masih berkebun. Mereka ni boleh proses lada hitam dan putih sendiri..pastu menoreh getah dan mcm2 lagi la. Kraf pun cantik2. Ada seorang nenek tuh umur maybe dah 80an kot.. masih mampu menganyam raga. Sekali imbas nampak kehidupan mereka kat situ mcm org susah.. ala2 setinggan kat KL tapi sebenarnya mereka bahagia dan bangga dengan kebudayaan mereka. Malah mereka tidak menumpang..kerana disitu la tanah tumpah darah mereka.

Lepas tu kami bergerak ke Anna Rais Hot Spring. Fuuhh.. jauh ke dalam hutan jugak la. Air panas ni bukan mcm kat Pedas atau kat Langkawi..siap ada kolam2. Kat sini.. air panas nyer keluar melalui lubang kat dalam sungai. Memang boleh nampak la air panas tu keluar sebab airny sungai tu sangat jernih. So.. org kat situ datang mandi sungai je la.. ala2 kite kat sini mandi kat sungai congkak ke.. yg bezanya.. air sungai sini sejuk.. tapi air sungai kat situ panas. Kami tak leh turun ke sungai sebab takplan pun. Tak bawak baju apa2 pun.


Lepas tuh Bong bawak kami jalan2 ke sekitar kawasan pedalaman situ. Kami jumpa orkid liar yang sangat cantik. Kalau ibu tengok..sure suka. Pastu Bong kata..kami ni antara yang bertuah kerana dapat lihat seekor Burung Kenyalang tengah terbang. Selalunya jarang dapat tengok burung tuh. Walau pun tak tengok dekat.. tapi seronok la..dapat tengok burung tu terbang. Kalau nak tengok dekat..baik gi zoo je kan. Bong ni kan.. sangat mahir tentang tumbuh-tumbuhan liar ni. Mcm2 yang dia tunjukkan pada kami. Lepas tuh kami bergerak balik. Dah dua jam kami di kawasan rumah panjang tu rupanya.

Perjalanan balik memang memenatkan. Walaupun axa ngan aszra hanya duduk je.. kami sampai tertidur dalam kereta. Jalan kampung memang berbukit. Dalam pukul 1.30 Bong bawak kami ke Serapi Corner untuk makan tengah hari. Bomg kata kat situ..memang masakan melayu dan ramai org semenanjung makan kat situ. Memang banyak lauk..tapi semua lauk ayam dan ikan. Tak ada pun sotong, udang. Pastu lemon memang ada di mana2. Ayam masak lemon. Ikan masak lemon. Asyik lemon je.

Lepas makan.. Bong bawak kami ke Batu 7, tempat pembuatan pastu sarawak. Mai aiii... teruja ada tengok cara org yang mengukir corak kat pasu ni. Sangat cantik la, teliti dan kreatif. Sempat la jugak axa membeli pasu untuk lampu dan beberapa pasu kecik untuk hiasan rumah. Kalau ikutkan hati nak je axa angkut banyak2.. memang cantik2 dan angak muraj berbanding kat KL. Tapi memikirkan susahnya nak bawak balik...dan jelingan ayah aszra.. terus tahankan nafsu tu. aduhaii....

So trip kami berakhir bila Bong hantar kami ke hotel dalam pukul 3.30 petang. Penat sangat rasanya petang tuh. Pastu hujan pulak. Mulanya rancang nak keluar dengan Nev.. tapi sebab tiga2 kami dah penat sangat.. so ambik keputusan untuk rehat dan tidur kat bilik je.. last2 tiga2 beranak ni.. terbongkang atas katil.

Lepas marghrib kami turun ke Restoran ChilliPepper yang betul ada kata bawah hotel kami tuh. Malam ni malas betul nak menapak ke bandar. Letih masih berbaki. So menu malam tuh.. axa pilih nasi goreng nanas dengan ayam masak lemon. Ayah aszra pulak makan hokkien mee kolok. Aszra plak.. makan garlic bread je. Pastu kami ke Secret Recipe berhampiran.. dan beli 2 slice cheese cake. Malam tuh.. kami betul2 rest..memandang tu malam terakhir kami tidur di Kuching.

Monday, July 02, 2007

Pantulan Kemerdekaan -Episod 4


A'kum..Salam dipagi Isnin. Banyak kerja yang axa nak kena settle pagi ni, tapi sempat jugak nak menulis kat sini. Petang ni kami ada event, kena buat preparation la....

Sabtu lepas, axa dan team pantun Unitar ke Program Pantulan Kemerdekaan anjuran PNB dan Lensa Picture. Program ni sempena 50 tahun kemerdekaan malaysia. Ia nya disiarkan setiap Ahad, 11.30 pagi di TV9. So kalau nak tengok axa berpantun.. insyaAllah dua minggu lagi episod 4 akan ditayangkan.

He he he.. kenapa axa masuk pantun? Boleh ke berpantun? Ada dua tiga kawan2 yang agak terkejut. Actually even axa ni org IT tapi axa mampu berpantun. Masa sekolah dulu.. axa wakil sekolah dalam Pesta Pantun Sekolah2 Selangor 3 tahun berturut2. Pastu wakil Kamsis Aminuddin Baki untuk Pesta Pantun Inter Kamsis tahun 1998 dan berjaya menjadi Johan. Pencapaian tertinggi axa dalam bidang pantun ialah mewakili UKM dan mendapat Naib Johan Pesta Pantun antara IPTA peringkat Kebangsaan di USM pada hujung 1998. So.. pantun tu dah jadi a part of life axa....hehe he hehe...

Hari tuh , Axa, Hisham dan Ikha (student) memakai sedondon hijau. Team yang bertanding dengan kami ialah dari Golden Hope dan Perodua. Mereka gempak2 belaka. Team Golden Hope berpakaian berbilang kaum cina, melayu dan india.. manakala team Perodua memakai pakaian ala2 pengantin lelaki melayu dan perempuan keturunan minang. Gerun jugak kami tengok penampilan hebat diaorg ni. Sebelum pertandingan, axa dan peserta2 lain di make up kan.. alahai.. teringat masa kawin dulu.. tu la last time axa make up ala2 poyo..he he he .. tapi sesekali make up comel juge..(perasan lebih).


So pertanding ni di acarakan oleh Ishak Nengah dan Puan Latifah. Orang2 lama ni.. Juri pulak.. org2 yang hebat dalam sastera Melayu.. yang axa ingat Aziz Tapa (ada pangkat Datuk kalau tak silap) , orang Gapena dan juga Perancang Bahasa DBP. Seronok jugak tengok org buat rakaman ni.. bila ada tak kena je.. Cut!..buat la sekali lagi. Tapi time kami jawab pantun ..tak ada cut2.. semua kena terus je sebab bertanding.

Pertandingan ni bukan mcm pertandingan berbalas pantun mcm kat sekolah2 atau ipt pun.. NI ala2 kuiz sejarah. Soalan akan ditanya oleh pengacara ...dan semua kumpulan perlu menjawab soalan yang sama. Jawapan pun boleh bincang sesama ahli kumpulan.. hanya waktu menjawab sahaja setiap pemantun kena bergilir2. Tapi.. hmm nasib memang tak menyebelahi kami..Kami sekadar tempat kedua dan tak layak pun masuk ke pusingan separuh akhir. Golden Hope jadi juara. Sedihnya kami ni.. bukan apa.. masuk round ke 2, kami dah pun leading... masuk pemantun ketiga kami... terus markah drop.. aduhai.. nervous sangat agaknya pemantun ke 3 kami tu kot.. Axa dan Hisham agak kecewa la jugak.. sebab kami dah buat yang terbaik.. so.. kalau nak tengok.. jangan lupa menonton Pantulan Kemerdekaan, setiap Ahad 11.30 pagi di TV9, Dekat di Hati......