Thursday, August 30, 2007

Tentang Axa - After 29 years

A'kum.. salam di petang Khamis. Ok, esok 31 August 2007, genap 29 tahun axa dilahirkan. Happy Birthday to me dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 50 tahun. Axa sayang semua yang menyayangi axa.....

Monday, August 27, 2007

Kekasih Gelap Ku

A'kum.. just nak paste video Kekasih Gelap Ku by Ungu. Tengah top lagu ni. Everyday axa dengar coz.. jaja kat sebelah ni memang dah crazy with this song. (nomally axa dengar different live version). Even the lyric sounds mcm tak sesuai.. but the melody.. i like it. Enjoy.

Friday, August 24, 2007

Tentang Aszra lagi.

A'kum..salam petang Jumaat. Hari ni baru rasa lapang sikit. Dah 4 hari..penuh dengan kerja2 yang sangat urgent. Tapi axa puas hati sebab bagi axa.. maybe sampai masa utk axa challenge balik my self.. teringat zaman2 kerja kat UMM dulu...Axa tak ada idea nak menulis apa2.. just nak post gambar2 aszra yang ada dalam simpanan ni. Tangan axa ni masih belum pulih dr kecederaan. Still ada lebam dan bengkak..Lets the pictures talk.

Ni gambar aszra ngan Wan dan Atuk kat Putrajaya. Tengok bunga api berirama.

Ni dua generasi yang berbeza. Atuk pandai main muzik..ibu pun boleh main jugak.. harap2 aszra pun ada darah seni jugak. Aszra dah pandai tekan2 keyboard ibu.

Aszra dengan Sofia main gelungsur kat Central Park, Setia Alam.

Ni gaya aszra gi park. Ala2 ahli sukan plak bila pakai jersey mcm ni.

Aszra sibuk dengan buku dia. Siap pakai serkup Wan.. ala2 mengaji pulak.

Wednesday, August 15, 2007

Lagi Bowling + Happy Birthday to Him

A'kum.. salam dipagi Rabu. Axa mengantuk pagi ni.. sepanjang perjalanan ke ofis ayah aszra.. axa tidur. Sian ayah aszra drive sorang2.

Last night, axa training bowling. Kali ni main ngan Wak Nin, juara PBSM last week. Kali ni dia main spinner. Yang best nya main ngan wak Nin ni, dia akan tegur kalau kite buat silap.. dan dia akan ajar balik apa yang silap tuh. Teguran dan tunjuk ajar dia menjadi untuk axa. Dua game akhir axa, konsisten, 183 dan 204. Selalunya, kalau dah dapat tinggi, mesti next game terus drop.. tapi kali ni wak ajar axa untuk roll the bowl..instead of campak je bola tuh. Di samping tu, tak rasa penat pun.. patut la.. wak tu nampak bertenaga je even dah main 10 game masa PBSM hari tuh. Hebat.. hebat. Lepas ni axa memang nak praktik kan apa yang wak ajar. Kena buat come back.. dulu pernah la konsisten 170 ++..tapi sejak dua menjak ni.. makin merudum game axa.
Ok la.. dikesempatan ini, axa nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat baik axa, Rauf Arafat Mohd Arshad yang menyambut hari lahirnya pada hari ini. Afat @ lebih dikenali dengan Evildead (peminat youtube ramai kenal dia ni), axa kenal since 2004. Even, usia persahabatan baru 3 tahun, tapi axa dah anggap dia mcm keluarga sendiri, God Father Aszra jugak.... Hobby dia main gitar.. Masuk sini kalau nak dengar lagu2 yang dia bawak. So awak, saya doakan awak semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia disamping orang2 yang menyayangi awak. Juga saya doakan.. apa yang dirancang akan berjalan dengan baik... Semoga happy selalu.. Once again... HAPPY BIRTHDAY MY FRIEND.

Tuesday, August 14, 2007

KURANG AJAR PUNYA ORANG!

A'kum....axa tak ada rasa nak menulis hari ni.. tapi insiden yang baru berlaku tadi buat axa rasa marah dan nak tulis something kat sini.

Kul 2.45 tadi.. axa dpt phone call..Arrgghhh dr org yang sama yang selalu ganggu axa tiap2 bulan tuh. Kali ni dia call dr luar. KURANG AJAR punyer orang. Hari ni cara dia bercakap agak kasar. Dia UGUT nak ROGOL axa. Dia siap leh describe axa yang ada tahi lalat kat bibir ni. Sakit hati betul. Kenapa la wujud orang2 mcm ni ha??? Kenapa nak rogol axa plak?? Tak nampak ke axa ni ada anak ...ada suami. Cari lah anak dara ker....ishhhh angin betul. Ayat dia hari ni sungguh direct dan tak bertapis2 langsung. Memang tak ada maruah punya orang. Memang tak tahu malu. Tak ada agama agaknya.

Kawan2 axa kat ofis semua suruh report polis. Ya.. axa akan buat police report. Dan untuk orang gila seks yang suka call axa ni.. ko tunggu la... sepandai2 tupai melompat.. ko mesti jatuh punya.
p/s: memang tengah sakit hati dan marah sangat ni.

Monday, August 13, 2007

Catatan Hujung Minggu - Jalan2 kenduri kahwin

A'kum.. salam di pagi Isnin. Datang kerja dengan hati yang agak berapi sikit, tapi disejukkan oleh ayah aszra yang hmm penyabar la kot. Nanti la axa citer dalam entry yang lain.

Ok la.. citer pasal hujung minggu.. sabtu.. kul 9.30 dah keluar rumah.. gi Pusat Akuatik Shah Alam.. sampai sana.. tutup la plak..dua minggu utk kerja penyelenggaraan. Pastu gi Carefour Subang..beli barang nak masak + hadiah kawin Mleo. Sambil tu gi Nagoya.. dapat la beli kain utk buat baju kurung aszra dan gaun dia. Tahun ni pagi raya we all akan pakai color Hijau. So.. sampai2 rumah Cheras.. terus masak. Lepas makan.. lepak2 tengok tv bertiga beranak.. then malamnya.. bergerak ke Endah Parade. Ayah aszra ada Final liga PBSM nya. Aszra punyer la seronok lepak kat bowling alley. Kul 10.30 dia tidur dlm stroller... pastu kul 1.30 dia terjaga bila org2 bersorak time separuh akhir... fuuh... kul 3.30 pagi baru we all sampai rumah. Aszra memang flat dah. Bangun2 kul 10. Really mengantuk.

Nak tak nak..still kena bangun. Axa dah janji dengan Shikin.. nak tempah baju aszra. So.. siap2 kul 11.30 jugak baru gerak ke rumah Shikin di Bukit Antarabangsa. Even baru je kenal Shikin ni.. dia friendly.. anak2 nya Arisha dan Ariana pun comel2. Aszra suka la dapat kawan baru. Tapi kejap je dapat jumpa sebab we all rushing nak ke sungai buloh..dah janji dengan geng2 Mb, konvoi ke Kenduri Mleo dan Whosend.

Geng2 MalaysianBowlers yang hadir.

KAMI bersama pengantin

Lepas jumpa kat Shell sg buloh.. so, rombongan pun bertolak ke tempat yang dituju. Sampai2 situ.. jalannya sangat sempit dan berlaku la.. satu perlanggaran ketika ayah aszra nak reverse kat kawasan yang agak berbukit, maka kemik la sebuah kereta wira dan yang nasib baiknya kereta axa tak ada apa2.. tu la beza kereta m'sia dengan kereta luar. Lepas setel ngan tuan empunya kereta tersebut.. maka terus la jumpa pengantin.. serba hijau. Mleo dan Whosend ni berkenalan di Malaysian Bowlers la.. ni couple ke dua dari kelab ni yang kawin lepas Zam dan Sato. Lepas makan2 dan ambik gambar.. masing2 balik la ke arah tujuan masing2. Axa dan ayah aszra terus balik ke Klang. Sampai2 je mamacu dah siap nak ajak aszra mandi kat baby pool dia. Aszra punye la suka... tak nak bangun pun, even dah beberapa kali tersedut air kat hidung.

Aszra yang seronok mandi kat baby pool dia.

Ok la, nak wish.. Selamat Pengantin Baru untuk Mleo (Hamisah) dan Whosend (Husin).. Semoga berbahagia selalu dan terus aktif main bowling.

Friday, August 10, 2007

We are the Champion

A'kum..salam dipagi jumaat. Mengantuk rasa mata ni. Malam tadi kul 2 baru masuk tidur. Letih sungguh. Tapi digagahi juga gi kerja on time..

Semalam, ofis axa ada buat bowling tournament, salah satu game yang dipertandingkan untuk Memang Kecoh 2007. Bowling ni buat kat KL Megalane Endah Parade. Haiiyaaa... axa punyer homeground daa.. kalau kalah malu sehhhh. Oleh kerana axa memang dah biasa kat situ, booking lane pun atas nama axa, 'As MalaysianBowlers'. Masa axa on the way ke sana kecoh boss call kata Unitar tak ada book lane utk tournament, coz ada team yg dah sampai dan bila tanya, unitar tak ada booking pun. La... patut la, axa tak book atas nama Unitar coz bebudak counter situ semua kena axa as 'As MalaysianBowlers'. he he he he... cuak semua org.

Game start kul 5.30 ptg, terpaksa tunggu beberapa org yang habis meeting lambat. Kerja tetap kerja. Axa mewakili rumah BIRU SATRIA dalam team Biru A. Alhamdulillah... first game axa sangat memberangsangkan.. tapi sedikit merudum di game ke 2 dan maintain balik game ke 3. Geng2 satu team pun ok la.. semuanya main ikut cara masing2. Segan jugak.. axa yang poyo2 ada bola dan kasut sendiri... kalau tak perform, ishh.. baik pakai house ball jer. Alhamdulillah.. team axa berjaya menjadi johan kategori wanita dan axa pulak berjaya merebut balik Johan individu wanita. Tahun lepas, bukan axa kalah.. tapi tak dpt bertanding sebab dalam pantang.
Team Biru lelaki pulak, juga menjadi Johan. Tahniah Biru.. Go Go Biru Satria. He he he.. kat office ni memang tengah kecoh ngan game ni... dah nama pun Memang Kecoh 2007.

Tuesday, August 07, 2007

Ibu-Birthday Sofia-Rumah Kami

A'kum.. salam dipagi selasa. Dah hampir seminggu axa tak update blog ini. Sangat busy dengan kerja2 baru yang diberi oleh boss baru dan ditambah pula dengan kesibukan preparation untuk Memang Kecoh Staff Games. Dalam seminggu ni juga axa dan ayah aszra hampir tiap2 hari berulang alik ke IJN.

Ni la bilik ibu.. Wad Bunga Raya..bilik Melati. Sangat cantik dan selesa.

Rabu lepas ibu warded kat IJN, ada procedure yang ibu nak kena buat. Ibu memang check up kat sana sebab ada masalah degupan jantung yang laju dr org biasa. Kalau kite yang normal ni setakat 60-80 seminit, tapi ibu sampai cecah 140 seminit. Ikut apa yang kak Dura citer, wayar dimasukkan melalui dua2 belah peha dan leher ibu terus ke jantung. Then sejenis ubat ditembak ke jantung ibu untuk pulihkan jantung yang pam laju sangat tu. Procedure tu di buat hari khamis hari tu. Ibu tak sedar dan makan masa 6 jam plak tu. Masa axa sampai, ibu mcm baru nak sedar tapi masih dalam keadaan sakit. Kami sekeluarga memang berkampung kat IJN tu. Yang bestnya, oleh kerana kak Dura staff kat IJN tu, ibu dapat bilik VVIP, bilik paling eksklusif . Kak Dura kata ni la bilik Tun Dr Mahathir setiap kali dia masuk IJN. Memang la cantik bilik dia. Ala2 suite kat hotel. Sangat selesa. Tu la untung bila anak kita ni "somebody" kan. Alhamdulillah ibu dah keluar hospital semalam. Even kak dura kata procedure ibu tu agak kurang berjaya.. tapi dalam beberapa hari, degupan jantung ibu mula perlahan. Harap2nya biarlah elok terus.

Cup Cake yang axa buat sendiri. Kali ni axa cuba buat topping tu pakai shortening. Lagi sedap.

Ok.. weekend plak.. sabtu memang axa dan ayah aszra bawak aszra visit tokwan dia kat IJN la. Sambil tu sempat juga beli birthday present utk Sofia. Ahad.. dari pagi, axa sibuk buat cupcake untuk birthday Sofia. Adik plak dengan puding marble dia. Yang best nya aszra ni tak kacau pun ibu buat kerja. Ada sekali dia masuk dapur, then axa ckp kat dia.. go and watch cartoon.. dia terus je pergi ke depan dan duduk tengok tv sorang2. It seems like dia faham we all tengah banyak kerja kat dapur.

Ni..birthday kek Sofia. Ada Minnie Mouse dr Bakers Cottage.

Ni pulak, sessi potong kek. Sofia ni tak sabar2 nak makan kek tuh.

Ni la dia Birthday girl dengan mainan baru yg dihadiahkan oleh makngah nye. Sangat aktif!Sofia ngan mama dia.. dan Aszra plak dengan Mamacu.

Sofia baru masuk umur setahun. Dia ni lahir 45 hari selepas aszra dilahirkan. Anak kepada cousin terdekat axa, Ija dan Nuar. Duduk pun dekat je ngan umah mak axa kat Seri Kerayong tu. Membesar sama2. Birthday Sofia kul 2.30 ptg. Kek dia ada gambar Mickey Mouse. Ada sessi cake cutting.. then makan2. Lepas tu axa, ayah aszra, aszra dan mamacu keluar ke Setia Alam. Nak gi bayar deposit api air Rumah Kami. InsyaAllah lagi beberapa bulan kami dapat la kunci. Fuuhhhh pening jugak kepala fikir nak masuk umah baru. Kami gi ke tapak rumah memang dah siap betul dah. Tile, cermin, semua dah pasang. Tembok pagar pun dah siap. Tinggal kerja2 finishing mcm mengecat tu je. Sempat la juga axa kira2 point2 electric untuk lampu2 dan barang2 elektrik yang lain. Senang nak buat preparation. Next time datang nak bawak mak ayah plak.. nak mintak tolong ukur untuk buat langsir. Beli sikit2 dr awal... tak la terasa sangat nanti.

Rumah kami yang dah hampir siap.

Ok la.. just nak wish.. Happy Belated Birthday untuk Nur Adriana Sofia Mohd Anuar yang pertama pada 19 July 2007. (Anak cousin axa).

Wednesday, August 01, 2007

Kerana nyawa itu sungguh berharga.....

A'kum..
Salam di pagi Rabu. Mengantuk je hari ni.. last night balik lambat. Celebrate birthday ayah mertua axa di rumah kak Aida. Fuuhh.. hari ni axa dapat boss baru. Axa dah ada boss dan ni dapat boss atas boss. Pompuan lak tuh... lepas ni nak kena groom2 sikit la.. sebab boss baru ni boleh tahan orangnya.

Ok ..nak cerita kisah last night. Masa on the way dari rumah mak ke rumah kak aida, kami terserempak dengan satu accident yang baru je berlaku. Mula2 axa nampak avanza biru yang dah pecah cermin belakang dan kemik teruk bahagian belakang. Then tengok orangberkerumun.. pastu axa ternampak seorang budak lelaki terbaring mengiring. Masa tu jugak, ada seorang makcik tahan kereta kami, dan mintak tolong hantar budak tu ke hospital. Katanya budak tu tengah nazak. Cuak juga axa. Then, ayah aszra berhenti. Orang ramai, tapi masing2 tak tahu nak buat apa. Hanya mampu tengok. Axa terus rapat dengan budak yang terbaring dan penuh darah tu. Then, axa nampak tulang peha kaki kirinya patah dan terkeluar dari seluarnya. Ngeri betul. Mula2 ayah aszra nekad nak hantar ke hospital, tapi memandangkan kakinya yang patah tuh, memang kami tak boleh buat apa selain menunggu ambulans. Sambil tu, axa cuba berkomunikasi dengan budak lelaki tuh. Axa nampak dia cuba gerakkan tangan dan kepala. Axa cuba berckp dan dia membalas dengan anggukan. Apa yang axa mampu hanya bagi dia semangat dan selalu bagi tahu dia yang dia ok dan tak ada apa2. Even mata nya tertutup..dia masih mendengar axa..sambil tu axa usap bahu dan kepalanya so that dia tak rasa takut. Axa nak dia kuat utk lawan kesakitan dia.. Axa juga mintak tolong 2-3 org kat situ untuk mengelakkan org ramai yang mula berkerumun dan yang paling tak best bila masing2 yg dtg tuh, bila tengok tulang kaki budak tu terus ckp kuat2. Sebenarnya dalam situasi mcm tuh, kite tak boleh beritahu atau ckp depan org yang tercedera tentang betapa terukknya keadaan mereka. Itu hanya boleh menyebabkan mereka panik, takut dan boleh menyebabkan mereka pengsan. Dan axa ketika tu, hanya cuba untuk berkomunikasi dengan budak lelaki tu dan memastikan agar dia tidak tidur, kerana tidur boleh menyebabkan sistem pertahanan badan dia lemah.

Dalam 10 minit lepas tuh, datang pulak abang budak ni..terjerit2 dan nak menerpa adiknya. Nasib baik dihalang oleh orang kat situ. Si abang ni pulak marah2 bila orang tak benarkan dia terus dekat adiknya. Axa mintak orang kat situ menenangkan adiknya. Dan lepas tuh, mak dia plak datang..pun sama.. terjerit2. Axa terus peluk makcik tuh, dan sabarkan makcik tu...axa bagitahu anak dia ok.. hanya kaki je yang agak teruk. Makcik tu mintak selamatkan anak dia. Lepas tu, axa bawak makcik tu dekat dengan anaknya yang terbaring dan cakap perlahan2. Begitu jugak abangnya yang mula kelihatan tenang dan cuba berckp dengan adiknya baik2. Axa faham..dalam situasi mcm tuh.. bila kite tengok ahli keluarga kite yang terbaring berlumuran darah..sure panikkan. Cuma kite yang disekeliling ni.. kenalah bantu untuk menenteramkan keadaan. 10 minit lepas tuh, baru la ambulans sampai dan budak lelaki yang lebih kurang berumur 16 tahun tu terus dibawa ke hospital terdekat.

Ini kali ke dua axa mengalami situasi mcm ni. Actually axa ni mcm takut jugak tengok darah2 ni, tapi bila dah berada ditempat kejadian mcm ni, axa rasa semangat axa kuat utk membantu. Kali pertama dulu, dua orang adik beradik perempuan yang cedera, patah tulang kaki jugak bila scooter mereka accident dengan sebuah mercedes di Jalan Semantan. Walaupun axa tak boleh membantu dari segi perubatan, berbekalkan pengalaman dalam PBSM (lulus exam pertolongan cemas tau), axa rasa puas hati dapat membantu mangsa2 terutama dalam membuang rasa takut dan panik yang boleh memudaratkan mereka.