Good Luck sayang ibu!
Ni adalah exam terakhir Aszra di NURI. Tahun depan Aszra akan ke Genius Aulad (GA). Alhamdulillah GA dah pun dibuka di Setia Alam. Kenapa saya tukar sekolah Aszra? Bagi saya pendidikan di NURI memang bagus. Banyak perkembangan Aszra yang saya dah nampak. Tapi sebenarnya jauh disudut hati saya, memang saya teringin nak Aszra ke sekolah beraliran agama. Di Setia Alam hanya ada Little Caliph tapi sangat lah crowded. Banyak komen dari ibu bapa yang saya dengar. Saya enroll Aszra di NURI tahun ni sebab kat situ ada subjek agama, jawi dan bahasa arab. Tapi ianya tidak lah mendalam. Bila nampak iklan GA di Setia Alam, saya nekad nak tukarkan Aszra ke situ. Saya nak bina pendidikan asas agama yang kukuh untuk Aszra. Saya risau kalau saya dan en suami tak mampu nak bagi didikan agama yang baik. Masa untuk anak2 sangat terhad. Saya dan en suami hanya boleh duduk lepak ngan anak2, borak2, main2..selepas pukul 9 malam setiap hari. Pukul 11 saya dah ajak mereka tidur. Jadi saya harap sangat, pendidikan di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu Aszra dalam pendidikan agama. Sekarang ni pun saya dan start plan untuk primary school Aszra. Niat hati nak hantar di ke sekolah rendah agama integrasi. Semoga Allah permudahkan urusan kami.....InsyaAllah.
5 comments:
salam...tahniah sy ucapkan kerana anda mmg seorg ibu yg prihatin terhdp pendidikan anak..sy cuma ingin berkongsi pengalaman...sy juga menetap di setia alam, mempunyai 3 org anak perempuan yg 2 antaranya telah bersekolah rendah...yg kecil sy htr ke little caliphs...melihat kpd perkembangan beliau sy dpti pembelajaran di little caliphs amat mengagumkan sbb anak sy boleh membaca bila berusia 4 tahun...(mmglah sebagai ibu dan bapa yg berkerjaya kita hanya mempunyai antara 4 jam sehari utk bersama mrk)...walaubagaimanapun, disbbkan keadaan yg terlalu crowded maka sy pun membuat keputusan utk menukarkan anak sy ke genius aulad pd thn hdpan (but at shah alam centre)...sy juga pernah berpengalaman menghtr anak ke smart reader, it was great playschool, therefore they don't teach doa, jawi and bahasa arab although the centre is belongs to malay....hope we can share our daughter's performance
Salam anon.. sekampung rupanya kita. Kenapa tak tukarkan anak ke GA Setia Alam je.. bukan ke lebih dekat.
InsyaAllah, boleh je kita share our experience together...email saya asnida@intanbk.intan.my.. senang2 boleh borak2.. Saya tinggal di Impian 5.
awak nak kata kite tak reti jaga anak ke????
haiyyoooo.. emo pulak bapak budak ni....huhuhuh.. ckp je la awak rindu anak2..hahahah
salam puan,
utk makluman SAR KAFA Integrasi telah di buka di surau ar-raudhah setia alam.
Jika anak puan sudah sudah berumur 7 tahun sudilah mendaftar ke sana.
@ puan lawati fb ini..
http://www.facebook.com/SurauArRaudhahSetiaAlam
Post a Comment