Thursday, June 28, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 2

23 June 2007 - Jalan2 di Bandar Kuching

Pagi tu, sementara ayah aszra dan aszra masih tidur, axa cuba call hotel2 berdekatan, nak pindah la.. tak selesa..tapi malangnya semua dah penuh dan yang ada pun jauh dari bandar. Susah plak nak bergerak dan cari makan. Pastu axa terfikir nak tanya reception kaunter, kalau2 ada deluxe room ke.. alhamdulillah ada.. dan axa harap sangat bilik tu ok. Sebelah petang baru kami boleh check in masuk bilik baru.

Pagi tuh, kami hanya makan roti dan maggi yang dibeli dari 7-11. Hotel ni tak sediakan breakfast. Puku 10 kami keluar dari hotel dan mula berjalan2 kaki ke Bandar Kuching. Sib baik la ada stroller Maira yang kami pinjam.. tak la penat mendukung aszra. Alhamdulillah mood aszra pun baik. Berpandukan peta, kami jalan2 kat area waterfront. Tujuan hari tu ialah nak menikmati pemandangan dan survey apa2 yang patut. Nev dah pesan.. jangn terus beli sebab sebelah petang dia nak bawak kami ke Pasar Satok. Barang kat situ lagi murah katanya. So.. sempat la jugak ambik gambar kat tepi Sungai Sarawak. Ada perahu2 kecil yang digunakan untuk menyeberang sungai tu. Kira short cut la.. sebab kalau nak lalu jalan darat dan melintasi jambatan agak jauh. Axa tengok..budak sekolah dan org2 yang bekerja kat pusat bandar memang menggunakan perahu ni. Lepas tuh kami jalan pulak kat deretan kedai souvernir kat situ. Mak aaiiii berderet kedai2 barangan cenderamata.. axa memang mcm tak sabar je nak membeli..tapi teringat pesan nev.. axa hold dulu sambil2 check dan compare harga. Satu apa pun tak beli... tapi puas la tengok..memang mcm2 barangan keluaran Sarawak ni kan...

Kuching yang bersih

Yang axa dan ayah aszra kagum ialah.. bandar Kuching ni sangat bersih. Nak buang sampah merata2 pun segan. Setiap dua pintu kedai.. mesti ada satu tong sampah besar yang warnah hijau tu. Pastu jalan2 raya tak ada sampah even sungai pun susah nak tengok sampah. Menurut org kat sana.. air paip pun bersih dan boleh minum je dari sink (tapi axa tak leh minum terus.. ragu jugak). Boleh nampak airnya bersih dan jernih.

Lepak2 di rumah Nevland

Dalam pukul 1, Nev ambik kami kat depan waterfront. Dia baru je habis tournament ping pong. Tak sangka dapat ke rumah Nev. Masa dia duduk KL dulu pernah pun sampai ke rumah dia..he he he... Jumpa la ngan Suhaiza dan dua anak Nev, Aidi dan Najla. Aidi ni pemalu sikit dan Najla yang kalau tak silap baru nak masuk 6 bulan kot, dah mula aktif. Kami makan tengah hari dan solat Zuhur kat rumah Nev. Sedap wifenya masak.

Jalan- jalan kat Pasar Satok

Pukul 3 Nev hantar kami ke Pasar Satok. Pasar Satok ni ala2 pasar malam, pasar ikan dan pasar tani yang digabungkan. Dari barang kering sampai la barang basah. Nak cari sayur2 kampung kat sini memang la banyak. Banyak sayur yang axa kurang kenal (maybe sebab axa jarang pergi pasar atau sayur tu hanya ada kat sana). So kat situ axa beli la baju2 t-shirt untuk bagi Maira, Hazrik dan Sofea... beli jugak souvernir yang lain yang axa rasa lebih murah compare tu kat bandar tadi. Tapi barang2 kering ni terhad sikit la. Letih jugak la berjalan.. Sambil tu beli tabaloi.. mcm keropok.. tapi dibuat dari sagu. Kat sini kan.. udang sotong banyak dijual...tapi menurut Nev, masakan yang dimasak menggunakan udang dan sotong susah nak ditemui kat kedai2 makan. Tak tahu la kenapa. Sama jugak dengan pisang. Pisang sangat banyak dijual di sana tapi nak jumpa goreng pisang... kat rumah nev je la ada kot.. memang payah nak cari.

Jalan-jalan tengok tikar.

Kul 5, Nev dan keluarga ambik kami dan lepas tu gi area mana tah.. axa pun tak sure ..tapi nampak la signboard Bau. Kami gi kedai yang jual2 tikar sarawak. Tak ada niat nak membeli pun. Saja je nak tengok. Hmmm. harga kat situ ala2 kat nilai 3 la pulak. Campur ngan kos pos lagi.. baik beli kat nilai je la...he he he... so memang tak beli apa2 la kat situ.. tapi memang barang2 kraf sarawak ni cantik2 belaka. Pastu konon2nya nak singgah ke kawasan membuat pasu sarawak..tapi tutup la pulak. Hari pun dah petang sangat kot.

Ke kedai kek lapis Sarawak

Lepas tu kami terus ke Bandar Kuching untuk ke kedai yang jual kek lapis Sarawak. Kiranya kat Kuching ni.. Kek Lapis Dayang Salhah ni la yang paling sedap, murah dan popular. Tapi memang yer.. sedap dan murah kalau nak compare ngan yang dijual kat bandar. Sambil tu sempat la jugak kami tengok cara pembuatan kek ni. Patut la mahal.. nak buatnya sangat remeh. Tapi rupanya sangat cantik. Dapat la axa ambik 5 jenis kek.. berat jugak.. sure berat luggage kami bertambah ni.

Lepas tuh Nev hantar kami ke Hotel. Terasa lenguh betul kaki.. seharian berjalan. Kami dapat tukar ke Deluxe Room. Sangat la selesa, besar dan bersih. Fuhh lega axa...Malam tu kami keluar lagi. Jalan2 cari makan sambil menikmati pemandangn sungai Sarawak. Cantik Kuching di malam hari. Malam tu kami makan di Sugar Bun, Crown Plaza Riverside. Kat situ la ada shopping complex yang axa kenali iaitu parkson dan ada giant kecik. Sugar Bun ni kan, restoran fast food yang asalnya dan hanya ada di Sabah dan Sarawak. Kalau kat semenanjung ni kalau tak silap axa pernah ada kat Terminal One Seremban dan Plaza Metro Kajang. Axa tahu ni pun sebab memang suka makan kat situ masa axa buat matrik kat Seremban dan buat degree kat Bangi. Sekarang ni yang kat Serembannya dah tutup. Kat Kajang axa tak sure.. lama tak pergi. Kat Sugar Bun kat sini.. mcm2 makanan yang ditawarkan. Dari western.. sampai la lauk kari.

Lepas makan, kami jalan2 kat waterfront tuh. Ramai juga yang duduk bersantai sambil minum2. Sungai bersih.. sebab tu leh duduk makan minum kat situ kan. Masa jalan2 tuh nampak pulak ada seorang pelukis jalanan.. berkenan tengok lukisan potret dia. Terus suruh org tu lukis gambar Aszra. Sib baik la Aszra sporting.. duduk tegak je..cuma muka dia mcm pelik.. apa la yang org tu pandang2 muka dia. Harga satu potret RM 30, berbaloi la.. kat CM je dah RM 50. Pastu on the way balik.. sempat la bergambar dengan Cat Statue kat tengah2 Bandar Kuching tuh...




Wednesday, June 27, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 1

22 June 2007 - From KL to Kuching, Flight AK 5216

Percutian ni, bukanlah satu percutian yang dirancang dengan rapi. Axa beli tiket flight ke Kuching ni masa promotion Air Asia. Kami dapat tiket free dan hanya bayar airport tax jer. Agak murah la. So akhirnya sampai la tarikh tersebut, walaupun satu hotel pun kami tak book lagi. Ala2 gamble jer la. Kira mcm adventure la. Axa dan ayah aszra bercuti hari tu. Dalam pukul 10, kami singgah ke Tourism Malaysia untuk ambik pamplet dan peta negeri Sarawak. Memang dah jadi kebiasaan axa, kalau pergi tempat baru axa akan ke situ untuk dapat info. Actually axa dah cuak sebab bila call hotel kat Kuching, kebanyakan fully booked. Ha.. udah.. ada yang tidur kat bus stop plak ni. Tiba2 teringat kat Nevland, member MB yang bekerja di Jabatan Hasil kat sana. Alhamdulillah.. Nev sudi membantu dengan membuat booking hotel kat situ dan sudi pick up kami dari Lapangan Terbang Kuching. Lega rasanya. Pukul 3, kami bertolak dari rumah dan terus check in. Memang tepat pukul 5.00 petang, kapal terbang tu bergerak dan terbang meninggalkan KLIA.

Tiba di Kuching

Kami tiba di Kuching sekitar pukul 6.45 petang. Kat situ waktu Marghrib masuk awal. So, dalam pukul 7, Nev datang jemput kami dan terus hantar kami ke hotel. Nama hotel tuh Liwah Hotel, terletak di Bandaraya Kuching. Masa check in, Nev ckp standard room je yang tinggal. Bilik tuh ada dua katil single. Hmm nak buat cam mana, duduk je la dulu. Lepas Nev balik kami terus masuk bilik. Mak aiii... axa rasa kurang selesa bila masuk biliknya yang agak berbau.. bau karpet basah. Aircond pun jenis lama dan bilik tu pun agak sempit. Axa memang rasa tak selesa. Memang berkira2 axa nak tukar hotel je keesokkannya. Masa tu perut dah lapar. Berpandukan peta dan arah yang ditunjukkan oleh Nev, kami bertiga beranak berjalan kaki ke pusat bandar. Mula2 nampak Secret Recipe, pastu jalan2 lagi.. nampak pulak Pizza Hut, dan jalan2 lagi sampai ke Sarawak Plaza, nampak pulak KFC. Apa lagi.. KFC memang kegemaran ayah aszra.. so bedal je la. Nev dan kawan2 lain ada jugak ckp.. jangan masuk sebarang restoran, sebab tak sure halal ke tak. Memang susah nak cari makan kat sini. Lepas tu.. lepas beli roti (Roti pun susah nak cari.. Gardenia jangan harapla nak jumpa kat situ), kami terus balik hotel, dan walau dalam keadaan bau yang kurang selesa, nyenyak juga kami tiga beranak tidur. Penat kot.

Its your birthday!


A'kum.. salam dipagi Rabu. Axa masih dalam kepenatan.. baru hari ni masuk kerja selepas beberapa hari bercuti sejak hari jumaat hari tu. Axa dan keluarga kecil axa ke Kuching.. nanti axa akan buat entry percutian kami ke Kuching.. Hari ni.. hari special ayah aszra... so..

Selamat Hari Lahir buat ayah aszra (Asrof Abd Rauf) yang ke 29 tahun. Semoga ayah aszra akan lebih matang dan menjadi ketua keluarga yang baik untuk keluarga kecil kami.. Hadapilah setiap apa yang mendatang dengan kesabaran....Love u so much!


The best day of my life

The moment I saw you,
walk through those double doors,
I felt a strong connection,
from my heart to yours.

It was as if time had stopped,
when my eyes came upon you.
Everything but you and I stood still,
and our relationship had become anew.

I've never felt the way I did,
when you came into my sight.
I've never looked at you the way I had,
on that love-stricken night.

So many thoughts and feelings,
ran through my mind.
While I frantically searched for a way,
to overcome that nervous time.

Sweat built on my hands,
and also on my face.
My heart was beating faster,
than its ordinary pace.

Butterflies flew in my stomach,
excitement circulated through my veins.
Ecstatic yet so shy on that night,
my love for you stood and still remains.

The best day of my life,
so far as I've been living.
You've no idea of what I've received from you,
and to this day you keep on giving.

I hope we stay together forever,
because life without you would never be the same

Tuesday, June 19, 2007

Kisah satu minggu

A'kum.. salam dipetang Selasa.

Selasa 12-june
Pukul 11.30 malam axa dimasukkan ke wad Hospital Pantai Cheras. Asalnya kesukaran nak bernafas dan hinggalah terasa pedih dibahagian perut. Simptom yang biasa axa alami dan axa perlu prepare for something yang lebih worst.

Rabu 13-june
Axa dihantar untuk buat ultrasound..dan tengah hari axa ke bilik endoskopi. Lepas kena ubat bius.. terus tak sedarkan diri. Bangun2 je dah ada kat dalam bilik axa. Entah cam manalah doktor tuh godek2 perut axa. Sampai petang still rasa groggy.

Khamis 14-june
Result endoskopi keluar.. alhamdulillah tak bleeding mcm dulu.. tapi kalau lambat pergi hospital sure bleeding sebab doktor kata dah terlalu nipis dan merah perut axa tuh. Kena dah stay lagi kat ward tuh. Sib baik ada tv. Nak jalan2 memang tak leh.. dripni tersemat je kat tangan axa ni..Entah berapa botol tah.

Jumaat 15-june
Result darah axa pulak keluar. Hmmm seperti yang dijangka..memang sah positif Helicobacter Phylory. Tapi doktor benarkan axa keluar hari ni.. sebab axa dah mintak nak balik. Bosan dan weekend pulak ada wedding yang perlu dihadiri. Tapi doktor warning...jangan lupa makan ubat dan followup next week. Tak best nya bila dah sakit mcm ni. Bila dah baik..memang tak beringat..especially bab2 makan ni.

Sabtu 16-june
Pergi majlis akad nikah adik Malek kat Seremban. Lepas tu ke wedding Imran. Cantik dan sangat sweet wedding tuh. Pengantin pun cantik dan segak. Tahniah Imran. Petang tu pulak bawak aszra gi inject. Umi @ Kak Dura yang buat.. senang betul ada ahli keluarga doktor ni. Pastu lepak makan kat Giant Senawang. Malam tuh lepak duduk borak2 ngan Ibu dan Ayah.. citer pasal zaman dulu2 + Kak Dura yang sibuk dengan sudu2 nya. By the way.. thanks for the Sudu.
Ahad 17-june
Kul 12, bertolak dari seremban ke KL untuk wedding adifaza, geng MB. Konvoi dengan Zam, Sato, Afat, Husein, Pakku, Bear, Ezyr dan KD. Makanannya sangat sedap.. ala2 kampung. Dan yang penting ada sambal belacan tempoyak! Heaven giler...Pastu majlis tu ada live Caklempung dan tarian org minang. Sangat menarik. Tahniah Adi dan Sara. Semoga berkekalan ke anak cucu. Lepas tuh jumpa mak, ayah , adik dan uda kat Subang Parade. Janji ngan ayah makan kat tempat favourite ayah..The Chicken Rice Shop..sempena hari bapa. Sempat jugak hadiahkan ayah wallet baru. Harap ayah happy. Lepas tuh seperate ngan mak ngan ayah.. axa, adik dan ayah aszra ke Stadium Melawati Shah Alam...tengok final GangStarz. Best! dan yang paling puas hati bila The Lima menang. Even diaorg tuh dari Indonesia.. tapi diaorg sangat bagus! Final Akademi Al-Quran pun kena pergi la.



Monday, June 18, 2007

Selamat Hari Bapa


A'kum.. Salam di petang Isnin. Masuk je ofis hari ni banyak kerja yang perlu disiapkan. Yer la.. banyak kerja axa yang tertangguh. Seminggu yang lepas.. banyak perkara2 yang terjadi.. Penat masih terasa..sakit juga masih bersisa.

Just nak ucap kat sini... Selamat Hari Bapa yang jatuh pada 17 June 2007 untuk insan2 yang axa sayangi...

1. AYAH - Abu Bakar bin Jabar.
Terima kasih ayah... penat lelah ayah dalam membesarkan axa. Axa sangat rapat dengan ayah.. sampaikan masa kecik2 dulu kalau nak bangun malam utk ke toilet pun axa akan jerit "Ayah!!!". Kalau sakit sikit je.. 'ayah' jugaklah yang terkeluar dari mulut axa. Axa tak pernah malu nak cium pipi ayah even dengan kawan2 sampai la hari ni... Tak pernah rasa segan kalau nak manja2 ngan ayah.. Ayah axa strict dengan semua keputusannya. Walau pun kadangkala.. rasa memberontak wujud dalam diri axa dengan kebanyakan keputusan ayah... tapi axa tetap patuh, sebab axa tahu... ayah tahu apa yang terbaik utk axa. Alhamdulillah.. berkat doa ayah.. berkat restu ayah..axa mampu berdiri seperti hari ini...Terima kasih ayah...Ida sayang ayah!

2. Ayah Aszra - Asrof Abdul Rauf
Selamat Hari Bapa... Semoga jadi ayah yang baik untuk aszra. Aszra sangat sayang dan suka dengan ayahnya... kalau diberi pilihan antara axa dan ayah aszra.. aszra akan pilih ayah aszra. Hmmm anak ayah...

3. Ayah Mertua - Abdul Rauf Abdul Rahim
Selamat Hari Bapa.. Terima kasih kerana menjadi ayah mertua yang baik dan sporting. Ayah mertua axa ni.. bekas org besar polis.. so kalau dia start bertanya.. memang ala2 banduan kena soal la..Sukan yang sangat digemarinya.. GOLF. Selalu juga dia bawak hadiah tournament golf. Axa ni yang tak berapa minat golf pun... kadang2 layan jugak tengok tv ngan dia. Sampai axa pun dah faham golf nyer rules. Semoga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

4. Kepada semua ayah2 di dunia..selamat hari bapa. Semoga anda semua berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Kasihnya ayah...sanggupkah berpisah"

Tuesday, June 12, 2007

Aszra's 1st Birthday Party

A'kum.. salam dipagi Selasa. Axa cuti semalam.. mak dan ayah tak berapa sihat. So rasa tak sedap pulak nak gi kerja. Lagipun penat. Pagi2 ni masuk je terus kena masuk meeting..

So Alhamdulillah, tercapai jugak hajat axa untuk buat birthday party aszra yang sederhana tapi meriah.. Majlis bermula sekitar pukul 4.30 petang, dihadiri oleh saudara mara dan kawan2 axa dan ayah aszra. So kat bawah ni ada beberapa gambar sepanjang majlis tuh..untuk dikongsi bersama.
Aszra the birthday girl - Gaun was sponsored by uncle afat

Decoration by Ibu and Ayah Aszra

Chocolate Cup Cake - Made by Ibu and Mamacu

Birthday Cake - Sponsored by Umi & Mama Aida

Aszra potong kek with Ibu and Ayah Aszra

Special Birthday wish and present from Mamacu

Aszra's first gold ring from Maklong Ija - Thanks

Uncle Afat @ Evildead nyanyi lagu favourite Aszra - Berdua Lebih Baik

So.. axa on behalf Aszra and Ayah Aszra nak ucap thanks to :

1. Mamacu @ Arita - Thanks and sayang mamacu coz susah payah buat kuih Kerca yang sangat sedap dan bagi hadiah yang dah lama aszra suka..
2. Atuk & Wan - Thanks for the rumah kecil Aszra (Sian atuk ngan wan, tengah tak sihat sekarang ni)
3. Tuk Wan & Tuk Ayah - Thanks for the Dadih & Set Pinggan Barbie
4. Umi - Thanks for the books (Aszra leh jadi doktor macam Umi)
5. Mama Aida - Thanks for the baju2 and kasut fresh from London
6. Uncle Afat - Thanks for the gaun utk Aszra (Gaun tuh from Flower Girl@Sogo)
7. Auntie Afzan - Thanks for the lovely chocolate cake
8. MakLong Ija - Thanks for the cincin emas (ala2 kena risik pulak aszra)
9. Makngah Ina - Thanks for the huge teddy bear (lagi besar dari Aszra)
10. Mak Lang Fizah - Thanks for teddy bear & topi comel tuh
11. Mak Long Jun - Thanks for the green small bag
12. Auntie Shida + Uncle Ipin- Thanks for the triangle blocks
13. Auntie Ida - Thanks for the cute little barney cushion
14. Auntie Midah - Thanks for the Pooh bag pack.
15. Auntie Erni - Thanks for the red baju
16. Tok & Wan Cu - Thanks for the pisang and the Baby Kiko baju
17. Uncle Dassler - Thanks for the duit...
18. Wan Uda - Thanks sangat2 sebab tolong Ibu dan Mamacu kat dapur. Love u very much.

and everybody yang datang... thanks alot coz memeriahkan Aszra's First Birtday Party.

Lastly.. video ni sempat dirakam oleh uncle afat masa majlis potong kek

Friday, June 08, 2007

You Are Invited


A'kum.. salam di pagi Jumaat. Seperti yang ibu janjikan untuk aszra.. we are going to have a sederhana tapi meriah birthday party untuk aszra.. So kawan2 yang baca blog ni.. adalah dijemput untuk memeriahkan lagi birthday party ni.. sebarang pertanyaan.. boleh email axa di axa87@yahoo.com atau call 0122748744. See you there....

Monday, June 04, 2007

A Thought

Just nak menulis... axa baru lepas conversation di YM dengan seseorang... tapi entah la... mana silapnya.. akhirnya conversation tuh turn to a bad ending. Hmm... axa saja ke yang terasa atau... maybe axa patut dilayan begitu... This is not my first time.. having that 'gelaran'. Hmm... kadang2 axa berfikir.. salah axa ke..sampai axa di sebut begitu.. sedangkan niat axa hanya ingin bertanya dan mengetahui... axa hanya ingin mencuba menjadi yang terbaik... ye maybe sebab axa anggap ...axa seorang sahabat yang istimewa dan pada mereka, axa sekadar kawan biasa yang biasa. Tapi bagi axa pula...mereka2 ini... mereka yang telah pun axa anggap sebagai saudara sendiri... Tiba2 rasa sedih.. sebab ni kali kedua.. axa dapat gelaran yang seumpanya. Dan ianya buat axa berfikir.. supaya tidak lagi cuba menjadi seperti gelaran ini pada mereka atau pada sesiapa pun. So axa.. stop it.. its not worth it...

Catatan Hujung Minggu

a'kum... salam di pagi Isnin. Pagi ni rasa ada mood nak menulis. Hmm... axa pernah terfikir untuk berhenti dari bercerita di sini, bukan kerana dah tak minat, tapi risau tulisan axa disalah ertikan, tapi bila axa fikirkan balik, kalau axa berhenti sekali pun.. axa takkan dapat semula apa yang telah hilang...yang terjadi tetap dah terjadi dan axa ada hidup yang axa perlu teruskan. So.. i'm back to write anything yang axa rasa nak tulis....

Aszra @ pool.

Awal pagi sabtu dalam kul 9, axa, ayah aszra dan aszra telah pun keluar menuju Pusat Akuatik Shah Alam. Yes... hari ni aszra untuk pertama kali akan menyarung baju mandi dan pelampung tangannya untuk mandi kat baby pool kat situ. Actually ayah aszra dah pun jadikan swimming as aktiviti setiap pagi sabtu (dulu dia wakil seremban untuk swimming tu)so, sekarang we all decide nak bawak aszra every week ke situ. Untuk first time ni, not bad... aszra tak takut pun bila axa letak dia dalam air.. melonjak2 dia suka especially bila dia tengok ramai kawan2 yang sebaya dia kat situ.

Zam & Sato's Wedding


Pagi Ahad, pukul 11 pagi keluarga kecil axa + adik, bersama 3 lagi kereta geng2 MB bergerak ke Hutang Melintang, Bagan Datok Perak untuk ke majlis perkahwinan Wan Mohd Zamily @Zam dengan Suziane Haslina Suhaimi @ Sato. Dua2 ni geng MB. Jumpa dan bercinta pun kat MB. Pengantin pakai baju maroon no 3 seperti dalam gambar. Turut berada dalam gambar selain keluarga kecil axa + adik ialah evildead, anak kuang, bangsal burok, budak seni bintang dan afzanistrator, ida, raja, abg nasir, sayembara, snowqueen, whosend dan kawan2 SQ. Lepas makan dalam kul 2 kami dah bertolak balik. So, tahniah Zam dan Sato.. semoga cepat2 dapat baby supaya aszra dapat adik angkat....

Rumah Kami part 2


Petang Ahad.. lepas berehat2 setelah balik dari Perak, axa ajak family ke Setia Alam. Jelous tengok Adrian masuk ke site rumah dia hari tuh. So, finally, axa dapat berada betul2 di tapak rumah kami. Rumah kami ni tengah dalam proses letak tile dan buat tembok pagar. So far ni dah kira 45% la.. sebab kami dah start bayar interesr around 400++ per month. Tak sabar nak duduk kat sini.

Aszra again and again...


Aszra dah semakin besar dan bijak sekarang.. Dua hari duduk bercuti dengan aszra... banyak betul yang axa dah discover tentang dia...axa ni teruja dengan anak sendiri pulak... tapi tengok gelagat aszra buat axa rasa tenang je jadi ibu.. rasa lega tengok perkembangan aszra yang bagus. Dalam umur setahun.. dia dah faham untuk berus gigi.. kami tak ada masalah nak berus gigi dia... then, dia mudah mengingati apa yang diajar. Lagi satu aszra ni seorang yang observant.. dia suka memerhati dan mengingati apa yang dia tengok dan dia akan ikut.. ada buruk baik nya.. Apa2 pun... ibu sayanggggggg aszra sangat....