Thursday, October 13, 2011

Single Handed

Baru hari ni saya masuk kerja untuk minggu ni. Tiga hari dua malam berkampung di wad 427, hospital KPJ Shah Alam. Asyif demam masuk 4 hari, hidung berdarah2.. so, nak tak nak kena bawak gi hospital on Monday. For sure kena admitted. En. Asrof pulak, Monday tu jugak lah kena ke Penang, Kedah for 4 days. Hari ni baru balik semula. Maka saya sorang2 la jaga anak kat hospital tuh. Yang menyedihkan lagi, kali ni tak dapat single room sebab semua single room dah penuh. Maka duduk la kami dua beranak kat 4 beded room. Memula rasa uncomfortable..but then, bila nak kenal2 dengan jiran2.. ok lah jugak kan.


First time saya kena handle anak kat hospital sorang2 tanpa en suami di sisi. Selalunya dia pun akan sama2 tidur kat wad jaga anak. Pastu malam2 en suami akan keluar gi beli makanan untuk supper. Duduk kat wad menyebabkan saya lapar.. yer la boring x ada benda nak buat. Sejuk lak tu. Perut mula lapar. Kali ni memang mengharapkan makanan hospital je la. Nasib baik ibu yang menjaga anak pun dapat makanan. Yer la takkan saya nak tinggalkan Asyif sorang dan turun ke kantin kan. Nak dukung dia all the way memang la dah tak larat.


Saya tak mengeluh pun kena handle sorang2.. Sebab saya selalu teringat, macam mana lah mereka2 yang single mom or single dad ni kan. Kena handle anak sendirian. Tak kira lah yang pasangan meninggal dunia atau pun dah bercerai. Kagum saya dengan mereka yang berjaya membesarkan anak sendirian ni. Tapi Allah tu kan Maha Mengetahui.. Dia menguji pada mereka yang mampu menerimanya sahaja.. Saya ni kira sangat bernasib baik. Walaupun en suami tiada di sisi, saya masih ada mak ayah yang masih sihat. Tiap2 hari boleh hantar dan ambil Aszra dari sekolah. Tak perlu saya pening nak mintak tolong saper2 dah. Pastu mak ayah la jugak datang tiap2 hari ke hospital untuk teman kan saya dan asyif. Memang bertuah saya ni sebab ada mak ayah yang duduk dekat. Alhamdulillah... itu kelebihan yang Allah nak bagi pada saya.


By the way.. Asyif dah sihat. Semalam dah balik rumah macam biasa. Dah kembali aktif macam biasa. Tapi mulutnya tak henti panggil..Ayahhh...ayahh... rindu ayah dia la tuh. Sama jugak ngan si kakak, dia pun ada cakap kat saya dia rindu ayah... Ibu pun rindu juga..hehhehehe.

2 comments:

Azmir Ismail said...

syukurlah your boy dah makin sihat n:) Rindu ..serindu .. rindunyyaaaa.... :D

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

alahai ... kalau menjaga anak2 nie as kita leh jadi supermom .. mcm kita nieh dah takder maid kembali menjadi super mom ;-)