Thursday, December 21, 2006

Anak



Ini lagu kegemaran axa. Well done to evildead coz dapat menyanyi dan bermain gitar dengan baik untuk lagu ni. Like it. Lets sing and play..

Am
Semasa engkau dilahirkan
F
Kau pun sudah satu impian
G Am
Impian nyata kurnia Illahi

Am
Engkau anak istimewa
F
Kebahagian ibu ayah
G Am
Bila menangis dan juga tertawa


chorus:

F
Hai anak kau tak mengerti
G Am
Betapa mulia pengorbanan mereka
F
Memberikan kasih-sayang
G Am
Agar dapat menikmati dunia


verse:

Am
Masa silih berganti
F
Kau membesar tak dikenali
G Am
Cepat sungguh kau pandai bicara
Am
Apa yang telah terjadi
F
Pada mereka kau derhaka
G Am
Mengapa begitu apakah salahnya


*chorus


verse:

Am
Kini kau telah tersesat
F
Hilang diri dan pedoman
G Am
Tak seorang pun mengambil peduli

Am
Dan kini engkau menangis
F
Ibu ayah menghampiri
G Am
Walau engkau telah terpesong jauh

Tuesday, December 19, 2006

Cicak Man - Sebuah filem SAIFUL APEK!



A'kum..salam di pagi selasa yang redup dan sejuk. Hujan renyai2 pagi ni. Jalan licin dan dah tentu la trafik tak berjalan dengan licin. Hari ni nak luah kan apa yang axa rasa tentang citer Cicak Man. Hmmmmm....

Semalam, axa menonton filem Cicak Man yang digembar-gemburkan dlm masa 5 hari dah dapat kutipan 2 juta. Banyak tuh, untuk sebuah filem Melayu. Axa memang bersemangat nak tengok citer ni, yer la first time Malaysia keluar citer super hero. Memang nak support citer2 yang lain2 dr citer2 Razak Mohidin la. Kalau filem super hero luar macam Spider Man, Bat Man, Dare Devil etc. kita boleh gi tengok, why not super hero Malaysia pun kite gi tengok kan. So masuk wayang axa memang mengharap kan kelainan dlm filem melayu kali ni.

Citer ni berkisar tentang kehidupan di sebuah bandar besar yang diberi nama Metrofulus yang rata2 nya memerlukan fulus(wang) untuk hidup. Sampai lintas jalan pun nak kena bayar. Cukai jalan naik 100%. Ada sentimen menyindir kerajaan pun ya. Memang cantik bandar yang digambarkan dlm citer tuh dan semua tuh dilakonkan di Putrajaya dan ditambah dengan side2 effect yang menarik. Axa memang boleh bagi A untuk kerja2 sinematografinya dan editing untuk effect dlm filem ni. Watak utama ialah watak Hairi (apek) dan Danny (yusri) yang bekerja sebagai saintis untuk seorang professor terkenal iaitu Professor Klon (aznil). Dlm eksperimen untuk mencari antidot utk sejenis virus, si Hairi ni terdedah plak dengan virus yang dipanggil Virus 266 yang sebelum ni diuji ke atas cicak dan akhirnya si Hairi ni mendapati dirinya mempunyai sifat2 cicak yang boleh melekat di dinding dan mempunyai daya penyembuhan penyakit dengan pantas. Selepas itu, Hairi dan Danny cuba menyelesaikan masalah yang melanda metrofulus kerana mereka mendapati Professor Klon mempunyai muslihat untuk memerintah bandar Metrofulus. Dan seterus nya.. kalau nak tahu, tonton sendiri ceritanya...

45 minit pertama, axa masih OK. Dan untuk minit seterusnya axa TIDUR!. Tak pernah2 axa tidur bila tengok citer melayu. Ini kali kedua axa tidur dlm wayang. First time citer Alexander yang memang membosankan di awal cerita. Dan kali ni axa tidur lagi. Kenapa ya? Bosan? Hmmmm.. susah nak digambarkan. Sebenarnya.. axa BOSAN dengan lawak bodoh yang sering digunakan oleh Apek untuk setiap filem yang dibintanginya. Lawaknya adalah sama dan bagi axa..axa tak dapat tengok watak superhero Cicak Man, tapi axa hanya menonton Saiful Apek dengan sifat2 clumsy nya selalu sama setiap masa. Memang axa bosan. Watak nya sama macam dia berlakon dlm bujang senang, nana tanjung.. cuma kali ni dia dibagi power untuk melekat kat dinding. Axa penat tengok lawak bodohnya tuh. Watak saintis, tapi perangai macam budak2 yang tak boleh nak berfikir sendiri. Yes, axa faham ini filem komedi, tapi perlu ke dengan aksi2 clumsy yang kononnya boleh buat orang ketawa? Axa tak nafikan axa ada jugak ketawa, tapi not because of aksi2 bodoh nya tuh, tapi penggunaan skrip yang memang lawak. Itu baru kita boleh panggil filem komedi. Mcm watak AC Mizal dan Adlin, memang boleh buat orang ketawa, sebab mereka membawakan watak dengan cara percakapan dan bahasa mereka yang mencuit hati. Tapi apek..tak sudah2 nak langgar orang la.. barang terjatuh la.. semua benda mcm clumsy je. Sebab tu axa tidur kot. Sebab tak larat nak tengok dia mcm tuh je dari awal citer sampai la habis. Axa tidur dalam setengah jam la jugak. Hmmmmmm....

Axa mintak maaf kalau komen axa ni agak kasar, tapi bukan bermakna axa tak menyokong usaha yang dibuat oleh Yusri. Secara keseluruhannya, cerita ni ok, cara pengarahan, jalan cerita dan pengambarannya dibuat dengan baik. Cuma bila watak utama masih mengekalkan ciri2 Apek, tu yang jadi bosan. Mungkin bagi peminat apek yang memang suka tengok lakunannya dlm bujang senang atau nana tanjung akan seronok menonton. Bukan axa tak minat apek, tapi axa dah muak dengan lakonan yang sama yang dipersembahkan oleh apek dalam setiap filem yang dibintangi nya..Apa2 pun tahniah buat KRU production kerana menyempurna kan sebuah filem Malaysia yang lain dari yang lain yang boleh dibanggakan.

Monday, December 18, 2006

Hujung Minggu Yang Penat





A'kum..
Salam di petang Isnin yang indah dan terang. Axa masih keletihan.. Hujung minggu, dua hari yang penuh dengan aktiviti. Sabtu, seawal 8 pagi, axa dan keluar ke rumah Ucu, hantar hantaran yang adik dah siapkan. Malam sebelum tuh tidur kat kul 2. Lepas minum kat rumah Ucu, terus ke kedai hantaran kat Klang. Last minute ucu suruh carikan bekas untuk letak cincin. Jalan macam jam la jugak. Then terus gi pasar borong Jlm Meru cari bunga hidup untuk letak kan sirih junjung. Pasti balik rumah dan masa tuh plak mak andak hantar kek untuk di letak dlm kotak. Laaa mana kotaknya. Sekali lagi axa keluar ke pekan beli kotak pulak. Ayah Aszra plak sibuk gi tukar minyak hitam keta matrix. Sib baik ada Aus, sepupu axa yang sudi jaga aszra. Axa ngan adik bertungkus lumus siapkan sirih junjung, coklat, tempat cincin dan bekas kek. Masa tuh dah kul 1 lebih. Mak suruh gi umah ucu kul 2.30. Sib baik semua siap tepat pada masa. Kul 2.30 we all gerak ke umah Ucu dan sampai2 tengok sedara mara belah ucu Isa dah sampai. Lepas asar semua gerak ke rumah perempuan. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah...InsyaAllah akhir bulan 4, Ida dan Ungah akan disatukan.

Ahad plak, Axa, Ayah Aszra, Afat dan Jebat join Discovery Selangor - Treasure Hunt. Awal pagi, kul 6.15 mak ketuk pintu bilik axa, bagi tahu dah pukul 6.15 dah. Macam mana la axa boleh lupa kunci jam ni. Plan nak bangun kul 5.30 sebab nak bertolak keluar kul 6.30. Apa lagi, mcm kartun la axa dan ayah aszra bersiap. Sib baik la, jarak kapar ngan shah alam tak la jauh sangat. Sampai2 kat depan menara jam nampak kosong je. Seingat axa, penganjur tuh kata kat tempat sambut merdeka.. so kat situ la, call afat ngan jebat, diaorg dahtunggu. Ambik diorang dan we all terus ke area depan muzium. Hmm kat situ rupanya berkumpul. Tapi pelik, napa termasuk axa baru 12 kereta. Biasanya kalau treasure hunt hadiah ribu2 ni ramai yang suka nak masuk especially jerung2 laut dalam. Last2 ada 25 keta je yang join. Masa taklimat, axa dah dapat agak, consultant yang buat treasure hunt ni bukan org yang berpengalaman. Tak ada tulip dan cara bagi direction pun boleh +- kilometer nyer. Ada jugak axa dengar suara2 tak puas hati dari belakang. Meaning, kite nak kena tahu kita nak ke mana dan di mana kite berada. Kalau bukan org selangor agak payah la jugak. Sib baik axa familiar dengan semua tempat. Treasure kali ni memang relaks, we all tak payah berhenti dan turun langsung dr kereta. Berhenti pun sebab ada orang nak membuang dan nak beli rokok. Dan lagi satu kali ni otak yang bergeliga tidak diperlukan langsung. Cukup sekadar tahu membaca pun tak apa. Penat je bawak kamus, thesaurus. Laluannya, dari Shah Alam ke Pulau Indah lalu kesas highway, dan dr pulau indah ke Kuala Selangor lalu pekan meru dan bandar Kapar (home town axa tuh - sempat lambai mak tunggu depan rumah tuh). Dari kuala Selangor ke Shah Alam balik, lalu Ijok dan keluar di Lebuh Raya Guthrie. Sekejap je dah settle. Soalan senang, tak payah beli treasure, tak payah fikir. Kul 12 dah submit jawapan dah. Lagi satu penganjur ada bagi tahu, kalau mata seri.. tie break yang akan di gunakan ialah Slogan yang dicipta. So we all pun ada la cipta slogan in english "Amazing Voyage, No Boundaries". Slogan yang paling sedap akan di kira sebagai pemenang. Hmm subjektif sungguh. Dan masa penyampaian hadiah..yang menang semua nya guna slogan in BM. Satu jerung pun tak nampak dapat hadiah.. selalunya jerung2 yang ambik hadiah.. maybe jerung tak pandai buat slogan kot.. Kami memang kurang puas hati. Bayar mahal,tapi tak berbaloi. Pilih pemenang pun berdasar kan slogan. Then tak ada pun nak jelas kan jawapan pada peserta. Hmm ni la treasure hunt yang paling teruk yang axa pernah sertai. Balik rumah memang flat habis...

OK la.. nak wish HAPPY BIRTHDAY to SATO @ SUZIANE HASLINDA SUHAIMI yang ke 25 pada 17 Disember 2006. Semoga panjang umur dan cepat dipinang oleh WAN MOHD ZAMILY WAN HASSAN. Sekian, terima kasih.

Friday, December 15, 2006

Cinta dan Kawan

Satu cerita yang menarik yang axa perolehi dari Suria Shafie melalui YM untuk di kongsi bersama.

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.

Bila harga tol naik

A'kum..

Salam di pagi Jumaat yang indah ini, tak seindah mata axa yang membengkak lagi. Hmmmm... Semalam kerajaan dah umumkan harga tol untuk lima syarikat konsesi akan naik mulai tahun baru nanti. Naik antara 30 sen hingga RM 1. Banyak betul kenaikannya. Most of the tol kat lembah klang ni. Ada jugak yang axa selalu lalu. Pening pening.. dah ler minyak naik banyak, ni pulak tol. Apa nak jadi ni Pak Lah.. Nampaknya Pak Lah macam sengaja nak biar rakyat lagi tak suka dia.

Antara tol yang selalu axa lalu yang mengalami kenaikan tu ialah LDP, Kesas dan Lebuh Raya Cheras Kajang. LDP dari rm 1 naik sampai rm 1.60, Kesas plak dr 1.50 ke 2.20, Cheras kajang dua2 tol naik 30 sen. Kenapa la nak naik2 kan tol ni. Nak kata hebat sangat lebuh raya kat malaysia ni tak jugak. Contohnya kat LDP la.. yang tol kat Sunway tu, dia punyer jam.. tak pernah tak jam kot kecuali tengah malam. Pagi kalau lalu situ jam nyer more than 500 meter sebelum tol dan 500 meter lepas tol. Petang pun sama. Biasanya highway ni org guna sebab tak nak jam kat jalan2 biasa. So apa tindakan kerajaan nak menangani jam yang melampau kat situ? Takat banyakkan pondok tol je, tapi tak guna sebab lepas bayar tol pun still stuck kat situ. Memang rasa tak puas hati sangat. Ingatkan bila minyak naik, lalu tol pun tak apa la, as long dpt memendek perjalanan sekali gus mengurangkan penggunaan minyak, tapi sekarang pun tol pun naik nak buat cam mana. Sian kita2 yang berstatus middle class ni. Yang sakitnya kita. Orang2 yang high class ni tak kisah pasal tol dah sebab kadang2 diaorg ni tak bayar tol pun. Selalu tengok kalau ada ascort ngan polis kuda putih tuh..selamba je lalu tol tak bayar.. guna tiket orang kenamaan. Kereta pun ada lambang VVIP kan.. So bab2 tol ni perkara kecik je. Tak payah kecoh2 la konon2 nya. Kawan axa kat opis ni ckp, Najib sampai panggil semua editor setiap media massa supaya jangan citer lebih2 pasal kenaikan kadar tol ni. Kenapa? Takut rakyat memberontak? Terfikir kejap, kalau KJ pernah buat demonstrasi depan kedutaan US, why not KJ buat lagi kat depan Jabatan Perdana Menteri. Bela la nasib rakyat. Setakat nak lawan US.. jangan harap la leh menang. Lawan yang dalam dulu la...baru nak sibuk lawan luar.Hmmm.... memang hangin satu badan... sama hangin kat dalam hati ni...

Tuesday, December 12, 2006

Catatan Hujung Minggu yang penuh

A'kum.. salam dipetang selasa. Kat tingkap dr cubical axa ni, nampak cerah je hari. Alhamdulillah tak hujan. Tak le jam jalan nak balik karang. Hari ni memang berlambak2 kerja axa. Dengan kerja ofis yang banyak benda nak kena upload dan juga kerja sampingan membantu seorang sahabat. Semuanya pasal web.Weekend axa dan sehari cuti sempena hari jadi sultan selangor dipenuhi dengan macam2 aktiviti dan yang penting bersama aszra.

Axa sampai rumah dah masuk hari sabtu, kul 2 kalau tak silap. Ni gara2 gathering bowling la. Habis nya kul 12, lepak2 minum kat Maju, sampai umah lambat la jawabnya. Sampai2 je axa tak leh tidur sebab nak kena buatkan puding buah2an untuk birthday Maira esoknya. Sempat axa beli acuan puding yang ada bentuk2 kartun. Axa buat dua perisa, mango dan orange dan letak kan fruit cocktail sekali. Sedap jugak. Tidur kat pukul 4. Aszra pun dah tidur ngan wan ngan atok, tapi sempat juga axa culik aszra bawak masuk bilik untuk tidur ngan axa. Pagi bangun awal sikit sebab nak kena gi cari present untuk Maira.Lepas beli hadiah kat Klang Parade, terus gi umah Kak Aida kat Shah Alam. Semua ada. Aszra biasala, bila jumpa Maira dan Hazrik, tersenyum2 dia. Majlis mula pukul 2 lebih. Maira yang comel tu malu2 potong kek Little Mermaid dia yang ditempah khas.. sedap kek tuh. Makanan pun banyak. Ada satay, roti jala, vegetable salad, karipap, kuih bingke, puding, mee hoon dan mcm2 lagi la. Kenyang jugak axa petang tuh. Aszra pun sib baik mood baik. Kiteorg balik umah dalam kul 9 lebih jugak la.

Ahad, pun kena bangun awal. Hari ni kea handle tournament boling MB 4 in 1 kat EP. Biasa la, axa ni seketeri, so kena kerja kuat sikit. Sampai EP kul 9.30 tak ada org lagi. Kul 10 baru ramai, alhamdulillah 40 orang join hari ni. Capai target. Axa main jugak, tapi biasa la..dengan kecederaan kaki ni, memang tak leh menang la. (kalau tak cedera pun lum tentu leh menang). Thanks to Mamacu yang sudi jaga aszra. Nanti akak belanja tengok wayang ok. Kul 1 lebih axa gerak ke wedding Kak Zaliha, ex-officemate axa. Tak sangka, kawin ngan ex-officemate axa jugak. Bila masa le diaorg ni bercinta. Tau2 je dpt kad kawin. Apa2pun tahniah. Lapar sangat axa ni, sampai tambah nasi dua kali. He he he...

Isnin, axa cuti. Plan hari tuh semua nya untuk siapkan barang2 hantaran untuk sabtu ni. Gi umah ucu dan bincang pasal barang2 yang belum dibeli. Pastu gi giant untu beli coklat, sejadah dan apa2 yang patut. Malam plak, axa masak hokkien mee wantan. First time masak menu tuh. Jadi la jugak. Pastu layan finale episode Criminal's Mind. Boring betul la.. dah habis season. Next week start dengan NCIS plak. Season berap axa tak sure. Dulu layan jugak NCIS. Memang tiap2 isnin, axa akan layan CSI (ntv7) dan Criminal's Mind (8tv).

Friday, December 08, 2006

Kenangan dulu - dulu


A'kum..

Tengah2 buat kerja, axa check e-mail. Ada satu e-mail dari best axa, Ida Rahayu. E-mail tuh bertajuk Dulu2 dan dia attach kan satu gambar. Punya la axa terkejut tengok gambar tuh, ha gambar atas tuh la. Gambar ni masa axa, Ida, Midah dan Shidah bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang Fujitsu Microelectronics Sdn Bhd di Seksyen 26 Shah Alam. Masa tuh tahun 1995 dan axa berumur 17 tahun. Lepas SPM terus cari kerja sementara tunggu result. Lelaki dlm gambar tuh la ex-bf axa yang pertama. Mohd Faris Muslim namanya. He he he..

Bekerja di kilang ni banyak bagi axa pengalaman dan kenangan pahit dan manis. Dari sini axa mula belajar erti mencari rezeki. Gaji as operator ni memang tak banyak. Gaji pokok rm 400 je. Kalau rajin buat OT dapat la dalam 800 sebulan. Memang tak banyak. Tapi kerja agak memenatkan. Tak leh duduk. Mana ada sedia tempat duduk. Axa merasa bangun pagi seawal pukul 5 pagi dan tunggu van nak ke kilang pukul 6. Masuk shift pagi kul 7 dan kalau shift petang pulak kul 3 sampai kul 11. Macam2 orang yang axa jumpa. Dari operator sampai la big2 boss besar. Ada jugak yang bergaji besar ni sombong2 ngan operator macam axa ni. Ingat lagi, axa diperli oleh seorang engineer melayu lulusan oversea. Umur dia masa tuh dlm 24 tahun. Dia kata,"korang ni habis je SPM kerja kilang. Pastu tersadai la kat sini, kawin dan beranak pinak la korang kat sini." Kata2 nya memang kesat dan dia hanya mentertawakan axa dan Ida bila kami kata kami ambik jurusan perakaunan. Mungkin baginya jurusan sains je kot yang ada masa depan. Axa hanya tersenyum je masa tuh. Dia mcm bengkek je. Maybe sebab axa tak layan dia kot. He he he.. Bila result SPM keluar je, axa kembali ke sana untuk hantar surat berhenti kerja. Dan axa bertemu dengan engineer tu sekali lagi. Sekali lagi soalannya berbaur sinis. "ha..lulus? Pangkat berapa dapat? Ke SAP?". Axa tak ckp apa2 tapi axa hulurkan slip keputusan SPM axa tuh padanya. Dia senyum tengok slip tuh. Axa bagi tahu kat dia hari tuh axa last kerja dan dia sempat ckp, "aku dah agak dah, engkau ni tak macam budak2 lain."

Kat sini juga axa kenal Faris. Lelaki pertama dlm life axa selain ayah. Masa sekolah tak layan lelaki sebab sekolah pompuan dan ayah strict sangat. Lepas berhenti dr kerja kilang, Axa ke UKM bangi dan dia ke UTM KL. 4 tahun axa kawan dengan dia dan memang tak ada jodoh.. tahun 1999 axa putus dengan dia. Masa tuh first time kena tinggal.. frust menonggeng jugak la. Sekarang Faris dah pun berumah tangga pada tahun 2003 dan dah ada dua cahaya mata. Bagi axa, walaupun ada yang pahit, axa akan simpan setiap kenangan sebagai kenangan yang terindah. Bukan kah mengingati yang baik adalah terbaik dan mengingati yang indah adalah terindah....

Coretan di pagi jumaat


A'kum..

Salam di pagi jumaat yang indah dan tenang. Pagi ni axa ke ofis semula selepas 4 hari bercuti di rumah. Dua hari pertama, menghabiskan cuti tahun dan dua hari ke dua dapat MC akibat jatuh di boling alley selasa lepas.

Dua hari duduk rumah dengan kaki yang macam tempang sikit, axa banyak habis kan masa dengan menyiapkan barang2 hantaran dan melayan aszra. Aszra pun nampaknya makin sihat dan macam telatah yang menghiburkan hati. Memang dah semakin bijak anak axa tuh. Sekarang ni pantang dia nampak axa bertudung, terus je mintak axa ambik dia. Kalau lambat, dia merengek2 sampai nangis. Dan pagi ni untuk pertama kali, masa axa nak pergi kerja, dia menangis bila tengok kereta mula bergerak. Dia dah pandai nak ikut.

Hari ni axa akan menghabiskan kerja-kerja yang tergendala di ofis ni. Hari ni pakai selipar je, tak leh pakai kasut bertumit. Tak larat.. masih sakit lagi kaki ni. Cam mana la nak main tournament MB ahad ni. Adei...

Wednesday, December 06, 2006

Aku telah penat

Aku telah pun penat,
Menghitung setiap janji yang sekadar janji.

Aku telah pun penat,
Mendengar keluh kesah yang tiada kesudahannya.

Berilah aku ruang,
Agar aku bebas terbang,
Mententeramkan jiwa ku yang penat.

Saat aku perlu,
Apa yg ku perlu terus buntu,
Saat aku ingin,
Apa yang ku perlu terus dingin.

Memang aku telah penat,
Tapi tautan itu mendamparkan aku disini,
Mengetepikan rasa penat, rasa tenat,
Walau terkadang aku bagai angin yang lalu,
Sekadar menyamankan tanpa dipeduli kehadiran.

Kenapa aku perlu terus penat,
Andai semua tidak bermakna lagi,
Andai janji2 tidak akan tertunai lagi.

Aku bukan pinta lebih,
Aku hanya mahu sedikit,
Buat diri dan dia,
Agar aku tidak terus penat.

Macam-macam dugaan

A'kum.. salam dipagi rabu yang indah ni. Tak seindah mata kanan axa yang bengkak ni. Macam2 pulak kena. Malam tadi axa bermain liga, kalah 1-3 dengan pakcik abu bakar dari team UNIMAL. Team pun kalah teruk, 3-13. Si Sayembara tak menjadi masa first 2 games dan ayah aszra langsung tak ada point. Bukan rezeki la tuh. Lepas tuh, kiteorg main lagi, saja2 training 3 games rm10. Main ngan zam, sato, afat, mawi, KD dan Deen. Lama tak main ngan diaorang ni. First throw axa, bola terlepas. Hmmm maybe tangan berminyak sebab baru je makan ais krim zam belanja. Second frame, entah mana silapnya, axa jatuh melutut. Lutut kiri yang terhentak dulu.. adoiii... sakit. Memang tak leh bangun dah. Ayah aszra papah bawak ke tempat duduk. Member2 suruh letak ais. Tak leh gerak kaki ni.Dah le last week jatuh dan kena kaki yg sama. Bekas luka pun masih ada. Axa terus berhenti main dan rest kat tepi sambil kaki letak ais. Balik dr makan, singgah kat klinik kat sri petaling tu. Doktor kata maybe urat. Sib baik bukan tulang. Kalau tulang, nampaknya tak leh le main boling lagi. Balik je axa makan ubat dan terus tidur.

Pagi ni, bangun je terus gi bilik air. Rasa semacam je muka axa ni. Tengok2 kat cermin, dua2 mata axa bengkak macam kena tumbuk. Apahal la pulak ni. yang paling teruk mata kanan. Tak sakit tapi bengkak. Kaki plak still tak leh gerak banyak. Hmm ayah aszra kata maybe axa alergik ngan ubat yang axa makan malam tadi. Pagi ni mak, ayah ngan aszra dtg umah. Axa akan ikut diaorg balik. Axa diberi cuti 2 hari. Hmm.. mcm2 yang menimpa. Tapi bagus jugak, at least axa boleh luangkan banyak masa dengan aszra yang tak berapa sihat tuh.

Tuesday, December 05, 2006

Thank You & Al-Fatihah

1. Just wanna say thank you for the black shirt and the TGIF dinner on 4th Disember 2006. May Allah bless the relationship. InsyaAllah.

2. Takziah buat sahabat baik axa, Illa diatas pemergian ayahnya Pakcik Mohd Hassim ke rahmatullah pada pagi Isnin 4 Disember 2006 disebab kan oleh serangan jantung. Semoga illa dan keluarga di batu pahat, johor tabah menghadapi ketentuan Allah. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan tempatkan dikalangan orang2 yang soleh.InsyaAllah. Al-Fatihah.

Catatan Hujung minggu - Aszra dan Acute Bronchiolitis

Salam di lewat petang selasa. Hujan agak lebat petang ni. NAsib baik sempat sampai rumah. Hari ni axa tak bekerja. Dah dua hari ambik cuti. Aszra tercinta masih demam on off. Sian dia.

Jumaat lepas, boleh dengar nafaz aszra yang ada bunyi pelik. Nafas nya macam tersangkut2. Pastu badan dia kadang2 ok, kadang2 demam. Sabtu pagi, nak bawak aszra gi klinik pakar kanan2 yang kiteorg pergi khamis lepas, tapi rupanya tiap sabtu klinik tu tutup. Call kakak ipar, tanya kalau tahu mana2 klinik pakar kanak2 yang lain. Kak ipar suggest kat area kg melayu subang. Dia pernah pergi sana kot. Sampai sana, check2 doktor tuh kata aszra kena Acute Bronchiolitis yang biasa nya disebabkan oleh respiratory syncytial virus (rsv). Virus2 lain yang terlibat jugak ialah influenza dan adenovirus. Doktor kata memang selalu berlaku pada bayi yang berumur dlm 3 bulan -12 bulan. Sian Aszra. Doktor tu kata aszra kena guna nabulizer (neb). Hmm sedih betul axa, kecik lagi aszra nak kena buat macam2. Masa buat neb utk first time, tok wan yang pegang. Aszra menangis tak henti2. Axa memang tabah kan hati, first time tengok aszra mcm tuh. Tapi tahan kan je la, untuk kebaikan aszra jugak. Then doktor tuh suruh aszra buat neb lagi after 4-5 hours. Kalau kat area umah axa tak ada klinik yang boleh buat neb, doktor suruh refer ke hospital je. Axa try call klinik area umah mak, sib baik ada klinik terdekat yang boleh buat neb.

Pukul 5 petang, axa ke klinik kat umah, buat neb lagi. Sekali lagi aszra menangis. Kali ni axa yang pangku dia. Dia genggam jari axa kuat2 sambil nangis. Sempat axa baca kan al-fatihah bagi dia tenang dan pastu axa nyanyi kan dia lagu kegemaran dia Twinkle2 Little Star. Slow sikit tangisan dia. Ayahnya pun kena nyanyi jugak. Habis je buat neb, aszra pandai pulak senyum2. Ish anak ibu ni, manjanya memang lebih. Balik rumah, jiran sebelah ada kenduri kawin. Depan umah axa pun ada khemah jugak. Nak tak nak, kenalah tolong2 sikit. Malam tu ada sessi berinai. Tapi apa2 pun kena bawak aszra gi klinik lagi utk buat neb kali ketiga. Kul 9, sekali lagi aszra menangis. Kali ni mamacu pulak pangku dia. Dan axa pun kena la menyanyi dan menari utk aszra. Tak kisah la walaupun suara axa memang dah teruk sangat akibat batuk dan selsema yang teruk. Balik dr klinik sempat tengok boboy berinai kat pelamin ngan wife dia. Kawin juga si boboy yang playboy tuh he he he. Aszra memuntah kan lendir2 dalam tekak nya. Umi nya kata memang elok mcm tuh so that breathing dia akan rasa lega. Malam ni aszra tidur agak ok la. Tapi still ada bunyi2 lagi.

Ahad, wedding boboy. Ramai org yang dtg. Boboy ni sedara axa jugak. So ramai la sedara mara yang dtg. Dan rumah axa pun jadi tempat berkumpulnya sedara mara la. Rehat2 sementara tunggu pengantin bersanding. Kul 1.30 boboy bersanding. Kul 3 sekali lagi bawak aszra ke klinik untuk buat neb. Nangis lagi dia. Lepas tuh doktor check breathing dia agak ok dan tak payah buat neb lagi. Aszra muntah lepas sejam, memang lendir2 yang keluar. Elok jugak. Petang tuh, axa sibuk tolong family boboi mengemas apa2 yang patut. Biasa la wedding, banyak betul nak kena kemas. Sampai malam baru selesai. Aszra pun nampak ok. Ceria sikit walaupun nafas nya masih agak berbunyi.

Isnin, aszra agak ok. Tapi menjelang malam, badan aszra panas balik. Hmmm risau betul axa la. Nafas dia pun bunyi balik. Tidur malam pun terganggu. Sian dia tak boleh tidur. Pagi ni sekali lagi axa bawak dia ke klinik pakar kanak2 sebab badan dia macam tumbuh bintik2 merah. Mood dia pun tak elok sangat. Doktor tu check, dan aszra kena buat neb lagi. Dan sekali lagi aszra nangis. On the way balik, aszra muntah. Keluarkan kahak2 dan lendir2 yang ada kat saluran pernafasannya tuh. Masa axa nak balik tadi, dia nampak ok. Senyum2 dan harap2 aszra akan cepat sembuh. Anak ibu kan good girl....

Friday, December 01, 2006

Aszra ku yang demam


A'kum, salam di pagi jumaat yang indah dan tenang. Pagi ni axa bangun dalam keadaan yang pening sangat. Masih kurang sihat. Semalam pun, tak ke office gara2 batuk yang semakin teruk. Dan yang paling kesian Aszra. Dia pun terkena jangkitan dari ibu dia yang bawak virus batuk dan selsema. Aszra demam dan batuk2. Rabu malam, masa axa dan keluarga keluar makan untuk raikan hari lahir mak, muka aszra keluar bintik2 merah. Badan pun dedar, asyik merengek je. Sian dia.

Pagi semalam, axa bawa aszra ke klinik pakar kanak2 di bandar klang. Biar la jumpa pakar, kadang2 gi klinik biasa, doktornya sekadar bagi ubat. Kat klinik pakar tuh, axa puas hati. Aszra diperiksa luar dalam. Kena tanggalkan semua pakaian aszra sebab doktor check semuanya. Mata, hidung, telinga, paru2, jantung.. semua la. Risau juga axa kalau2 aszra dapat asma. Sebab pernafasan nya macam payah sikit. Tapi sib baik doktor ckp, tu semua sebab hidung nya je yang tersumbat. Lama juga doktor periksa aszra. Bintik2 merah tuh pulak doktor kata bukan nya campak, tapi ruam yang keluar sebab virus demam, batuk dan selsema aszra tuh. Paling best bila ke klinik pakar kanan2 ni, bila axa sendiri boleh tanya apa2 je, dan doktor pula akan ajar macam mana nak kesan kalau anak kita dijangkiti sesuatu penyakit. Memang axa puas hati. Costnya semalam cecah RM 50 untuk consultation + rawatan + ubat (3 jenis). Ok la kan.. yang penting puas hati.

Mudah-mudahan aszra cepat sembuh. Semalam masa aszra tinggalkan dia dengan wan, badan dia dah berpeluh2. Hmm axa ni je yang tak sembuh2. Tak apalah, nak pindah kan demam, batuk dan selsema aszra pada axa pun axa tak kisah.. Memang tak nak tengok aszra sakit2 ni...

Wednesday, November 29, 2006

Selamat Hari Lahir Mak

A'kum...
Salam di pagi Rabu yang dingin bagi axa. Badan masih sakit dan ditambah dengan batuk pulak. Tak apa la, terhapus jugak dosa2 kecil axa dengan sakit yang Allah turun kan ni. Kan telah dikatakan, sakit itu penghapus dosa2 kecil. Tu la, banyak dosa ni.. he he he.

Hari ni 29 November. 60 tahun yang lepas emak axa di lahirkan sebagai anak yang ke 5 dalam keluarganya. Sharipah binti Ishak, nama yang setiasa tersemat dalam hati axa. Terletak antara yang tertinggi. Mak axa dilahirkan dalam keluarga yang agak susah pada masa tuh. Ini mengikut cerita mak la. Seawal darjah 6 mak terpaksa berhenti sekolah walaupun pada masa tu pelajaran mak baik dan ditawarkan meneruskan pelajaran. Keluarga mak susah. Arwah atok pun meninggal dalam usia yang muda. Jadi mak pun dalam usia yang muda, kena tolong untuk menyara keluarga. Macam2 yang pernah mak buat, kait kelapa, kerja kilang todi dan akhirnya mak bekerja di bandar Klang yang menemukannya dengan ayah. Antara semua adik beradik mak, hanya mak sahaja yang berkawin dengan jejaka pilihan hati nya. Yang lain2, semua atas aturan keluarga dan most of them kawin sepupu. Mak je yang kawin suka sama suka dan tak ada pertalian keluarga dengan ayah.

Sekarang mak sibuk bela cucu kesayangan dia si Aszra tuh. Suka tengok mak happy bela cucu. Kalau dulu masa axa belum kawin, mak sibuk suruh kawin. Dan masa axa belum pregnant mak sibuk suruh cepat2 dapat kan dia cucu dan sekarang impian mak dah tercapai. Mungkin mak dah rasa hidupnya dah complete sebab dah ada segalanya.

"Mak, Ida doa kan mak sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki. Harap mak dapat lupakan apa je perkara2 tak penting yang menyedihkan dalam hidup mak. Selagi Ida bernyawa, selagi tu Ida akan pertahankan mak. Biar kan orang2 yang jahil tuh, terus dengan dunia mereka. Yang penting kita sekeluarga tak pernah mengemis apa2 dari mereka. InsyaAllah.. kebenaran akan menghapus setiap keburukan dan tohmahan... Selamat Hari Lahir Mak.."

Tuesday, November 28, 2006

Aku hanya punya 5 hari seminggu

Aku hanya punya 5 hari seminggu,
untuk menyatakan setiap perasaan,
untuk mengingati setiap kenangan.

Dahulu,
pernah wujud 7 hari seminggu,
namun,
2 hari terpaksa aku korbankan,
dan tinggal la 5 hari untuk ku.

Aku hanya punya 5 hari seminggu,
Itu pun sekadar beberapa jam sehari,
sekadar beberapa minit se jam.

Jangan rampas 5 hari seminggu ku ini,
biar kan aku bahagia dengan 5 hari seminggu ku ini,
kerana aku pasti,
suatu masa nanti,
waktu akan membawa 5 hari seminggu ku pergi,
hari demi hari,
sehingga aku tiada hari lagi...

Semua Tentang Kita



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


A'kum, salam di pagi selasa. Cuaca nampak cerah, namun tak secerah kesihatan axa ni. Hari ni axa kembali bekerja selepas terpaksa cuti sakit semalam. Tiga hari tak boleh nak bangun. Dan semalam masih lagi terlantar. Alhamdulillah.. petang semalam semakin elok dan hari ni kembali bekerja walaupun sakit masih bersisa. Tak boleh cuti panjang. Kerja banyak, dan lepas2 ni mesti akan ambik cuti lagi...so selagi daya, bangun dan bekerja la.

Kat atas tuh ada lagu Semua Tentang Kita nyanyian Peter Pan. First time dengar axa suka. Dari jumaat hari tu nak paste kan lagu tu kat sini. Bukan apa, lagu ni lirik dan melodinya simple, tapi menggambarkan kenangan yang tercatit di dalamnya. Tak kira la kenangan dengan sesiapa tapi bagi axa, dengar lagu ini, axa pasti mengingati kenangan2 yang indah sepanjang hidup axa. Ingat pada kawan2, ingat pada sahabat.. Pada kawan2 dan sahabat axa, maaf kan axa andai axa pernah terlupa, tapi dengar lagu ni, axa tersenyum...mengingati anda semua.....

Ok la.. malas nak tulis panjang2. Cukup untuk hari ni. Banyak yang perlu diselesaikan hari ni.

Thursday, November 23, 2006

Sepi Sekeping Melodi



'kum

Salam di petang Khamis yang bercuaca lembap. Tiap2 hari cuaca lembap. Nasib baik axa ni tak lembap. Hari ni axa agak sibuk dengan kerja2 web site. Update new event, meeting dengan marketing department. Mcm2 betul idea marketing department. Walaupun macam memerlukan banyak masa untuk buat, tapi bagi axa, idea HOD marketing tuh memang boleh diterima pakai. Memang layak jadi Head.

Hari ni axa tak tahu nak cerita apa. Saja petang2 ni singgah kat blog. Rindu lagi kat aszra sebenarnya. Baru tadi call dia. Sekarang ni, sejak dah membesar bagai johan, every time axa call rumah, aszra mesti nak jugak dengar kat gagang telefon tu. Kalau tak bagi, memang boleh dengar dia merengek. Pandai sungguh aszra ya. Dan bila letak gagang kat telinga dia, axa pun panggil2 la nama dia. Mak kata dia senyum2. Maybe sebab dengar ibu dia panggil nama dia. Rindunya kat aszra. Semalam balik, aszra tengh tidur. Dengar suara ibu panggil je terus bangun dan senyum2. Pastu main2 dengan ibu ngan mamacu. Memang dah besar anak ibu. Gigi pun dah tumbuh 2 batang. Walau pun belum merangkak, aszra dah start menonggeng2 angkat punggung. Tak lama lagi merangkak la tuh.. aszra ooo aszra...

Kat atas ni ada lagu dari youtube sahabat axa. Tajuk lagu tuh Sepi Sekeping Melodi. Dia yang cipta lagu tu sendiri, berdasarkan pengalaman hidupnya sekarang, kira sedang bersedih la. Sabar ya. Kenapa sedih? Dengar lirik boleh faham kot..So jom layan lagu ni.. best!

Wednesday, November 22, 2006

Aku cinta aku rindu

A'kum..

Salam di pagi rabu yang lembap cuacanya. Bangun lambat hari ni axa gara2 balik lambat malam tadi. Malam tadi axa ada liga bowling di EP. Aduh..sedih la, axa kalah 4-0 ngan pihak lawan dan team pun kalah 5-11. Adoi.. memang power mamat EN K dari Night Warrior tu memang power la. Dia follow je. Axa buat 218 dia plak buat 233. Hishhhh....Tak apa, banyak kena improve ni. Lepas2 raya ni memang berat betul urat saraf ni. Tak boleh jadi..sorry yer geng2 MB Beta.

Weekend lepas, sabtu ahad dipenuhi dengan agenda. Sabtu, axa ke Setia Alam, jumpa lawyer dari Soo Tien Meng untuk sign agreement bank untuk rumah idaman axa. InsyaAllah pertengahan 2008, axa duduk rumah baru. Sambil tuh melawat tapak rumah tuh. Tengah buat piling. Loan dah lepas, S&P dah sign, tinggal nak settle kan 10% down payment je. 30k tuh..habis kwsp axa. Tak apa, ni kira investment. Untuk kebaikan keluarga jugak kan. Manalah tahu hidup tak lama, at least ada tinggalkan harta. Axa tengok plan bandar setia alam, akan complete betul2 dalam tahun 2015. Diaorg nak jadikan bandar setia alam mcm subang jaya, putra jaya. Best..sekolah je ada 33 buah sekolah rendah dan menengah. Rumah je ada 40 ribu rumah. sekarang ni baru buat fasa 1. Fasa 1 a dan bagi kunci, dan axa fasa 1 b. Nanti kalau dah masuk rumah baru, boleh la axa buat house warming. Lupa plak, rumah yang axa beli ni jenis Double Story Semi D Link. Ada tanah..boleh la buat gardening. Itu impian axa selama ni. Nak rumah ada tanah. Mudah-mudahan panjang umur untuk duduk kat rumah tuh.

Ahad pulak, pergi wedding dan open house. Konvoi 3 kereta (axa, ayah aszra, aszra, kesum, zam, sato, wayi, hajar) Dari Klang bergerak ke wedding di Segambut. Tahniah Fazlan dan isteri. Dari Segambut, ke Seri Kembangan pulak, gi jemput seorang tuan putera Afat yang kononnya rim keta mak dia bengkok, dan dari situ ke Sg Pelek(bergaduh2 dlm kereta cam mana nak pronounce nama tempat ni), wedding Premos atau nama sebenarnya hanafe. Tahniah ye. Dari situ, singgah ke Pantai Bagan Lalang. Sempat la duduk mengambil angin sepoi2 language sambil buat ketupat pasal kes Altantuya. Lepas solat zuhur, bergerak dari situ untuk hantar kembali putera afat. Dari Seri Kembangan terus ke Bandar Mahkota Cheras, gi open house la pulak. Agenda hari tu memang makan makan makan. Dalam pukul 8 lebih bertolak balik. Sampai rumah wan dan atok tak ada. Gi majlis raya JKK Kapar kat dewan. Patut la sibuk semacam kat dewan tuh. Letih la..tak larat nak pergi. Memang all rounder la satu hari. Aszra pun penat semacam.

Ok la.. nak sambung kerja. Hari ni ada Intellectual Discourse Series untuk bulan ni. Di jangka ramai yang akan turunn sebab speaker ni Dr Chandra Muzaffar dengan tajuk dia Being Malaysian. Dan yang penting hari ni, dari pagi axa terlalu RINDU pada ASZRA. Tunggu ya, petang ni ibu balik....yahoooooooooo

Monday, November 20, 2006

Bila diri dilupakan

Bila diri dilupakan,
Apa yang indah hanya akan menjadi igauan,
Bila diri dilupakan,
Takhta yang dijejak dirampas orang.

Bila diri dilupakan,
Segala janji yang pernah termetrai tinggal simpulan,
sedang talinya telah pun diputuskan,
agar janji janji baru bakal diciptakan.

Bila diri dilupakan,
Diganti dengan yang lebih hebat dan memuaskan,
Pasti terus ditinggalkan.
Kasihan...hidup la dalam kegagalan,
Menanti mati datang beriringan.

Friday, November 17, 2006

Thursday, November 16, 2006

Kenangan di Jamuan Hari Raya


Bersama ex-courseware department
Dari kiri: Zul, Kem(tumpang je tuh), Pijot, Axa, Kak Noor, Kak Zila, Kak Tini, Kak Anne, Mary, Jaja, Peni


Orang-orang dapur Jamuan Raya UNITAR
Dari kiri: Ayu, Kak Niza, Jaja, Axa, Kak Ta


Hanya kami di Corporate Communication Department
Dari kiri: Jaja, Axa, En. Azman (boss), Ayu

Thursday, November 09, 2006

Aku Bukan Pilihan Hati mu

Jom layan lagu ungu ni. Rasa mcm best plak dengar. Sayu jer.. he..he.he..



Jika memang diriku
Bukanlah menjadi pilihan hatimu
Mungkin sudah takdirnya
Kau dan aku
Takkan mesti bersatu

Harus selalu kau tahu
Ku mencintamu sepanjang waktuku
Harus slalu kau tahu
Semua abadi untuk slamanya

Karena ku yakin
Cinta dalam hatiku hanya milikmu
Sampai akhir hidupku
Karena ku yakin
Di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu
Satu yang slalu ku rindu

Sepi sekuntum mawar

Dari hanya kudup yang kecil,
Ia menjadi idaman setiap mata,
Warnanya mencerah suasana,
Harumnya mengusik jiwa.

Maka,
Terpagar la Ia,
Tanda Ia ada yang punya.

Datang sang kumbang berterbangan,
Menyapa di saat Ia kesunyian,
Melepasi pagar yang tercancang,
Lena Ia bersama impian.

Sang kumbang datang dan pergi,
Menjenguk selagi Ia mampu berseri,
Selagi mampu mengikat janji,
Walau telah terpatri,
Tangan itu pasti memiliki.

Saat perpisahan bertandang jua,
Ia hanya mampu berserah,
Di petik di hias di jambangan,
Sang kumbang hanya mampu berterbangan,
Tak pernah bisa menunai setiap impian.

Kelopak demi kelopak bakal gugur,
Tanda tiada seri untuk didekati,
Tangan pun hanya bakal mengeringi,
Sang kumbang sudah lama pergi,
Tinggallah,
Sekuntum mawar tergantung sepi.

Wednesday, November 08, 2006

Setengah hari bersama anak2 Jepun



A'kum..

Salam di petang Rabu yang baru lepas hujan kat Kelana Jaya ni. Hari ni agak sibuk sikit. Pagi pukul 9 axa terpaksa menggantikan Jaja yang MC hari ni. Sakit perut katanya. Hari ni ada lawatan dari Kanoya High School, Jepun. Hait..hait.. Memang diaorg ni tepat pada masa la. Kul 9 je memang dah ada kat depan UNITAR ni. Ada 6 bas persiaran dan menanti dengan muatannya yang terdiri daripada pelajar2 dari jepun seramai 350 orang.

Axa kena ambik gambar untuk program ni. Tengok muka student2 jepun ni sama je. Ada yang comel2 dan yang paling penting semuanya mata sepet. Axa ni bukan pernah bercampur gaul dengan orang jepun pun. Selalu tengok drama dan filem jepun ada ler kan. Masa staff dan student Unitar handle student yang ramai ni masalah besar yang timbul ialah masalah bahasa. Diaorg ni boleh dikatakan 95% tak faham bahasa inggeris langsung termasuk la pengetua diaorg. Baru la axa tahu yang sistem pendidikan Jepun bukan macam kat Malaysia. Kalau kita di sini, BM bahasa rasmi dan BI tuh bahasa antarabangsa dan wajib dipelajari oleh semua. Tapi kat Jepun, memang tak ada subjek BI pun dalam silibus mata pelajaran diaorg.Patut la budak2 Jepun ni tak faham sepatah haram pun. Punya la susah nak berkomunikasi.Sampai ada yang pakai bahasa isyarat. Sib baik ada tourist guide yang membantu.

Bila difikirkan balik, tengokla betapa negara Jepun ni, dia tak kisah langsung pasal bahasa inggeris. Walaupun kononnya seluruh dunia guna BI untuk berkomunikasi, orang jepun tak pernah hairan pun kan. Mereka bangga dengan bahasa mereka. Selagi mereka mampu buat kerja dengan baik, tak pandai ckp omputih tuh pun tak apa. Bukan mcm kat sini, sampai ada jugak Malaysian yang konon2nya 'look stupid when speak malay'. Apa punya orang la ni. Hari ni kita boleh tengok orang Malaysia yang dah semakin ramai tak reti ckp bahasa Melayu. Then, kalau ckp bahasa Melayu ni tak ada standard. Pung pang pung pang..semua nak kena cakap omputih. Jepun, tuh..tak payah terror BI pun negara dia boleh maju. Ni Malaysia, kalau tak fluent in english.. memang tak ada tempat la nampak gayanya. Kerja kilang aje la... Malaysian sendiri yang tak bangga pada bahasa sendiri. Bukan axa kata BI tuh tak penting. Memang BI tuh bahasa global, tapi kita ada identiti sendiri, budaya dan bahasa sendiri. Walau sehebat mana kite dengan BI, kita juga perlu hebat dengan Bahasa Melayu kita. Baru la seimbang.

Kaki axa terasa penat sangat. Ke hulu ke hilir ambik gambar. Pelajar2 jepun ni pun nampaknya seronok. Ada program main batu seremban, main congkak. Mereka diperkenalkan dengan budaya Malaysia yang berbilang kaum. Sempat juga axa bergambar dengan diaorg ni. Sporting juga orang2 jepun ni ya. Ok la.. sampai sini coretan hari ni.. Sayonara..

Tuesday, November 07, 2006

Balada seorang Pengemis II

Seawal pagi,
Aku seorang pengemis yang di herdik,
Aku hanya mahu berehat,
Kerana aku sudah penat.

Namun,
Suara Dia masih menjadikan aku pengemis,
Aku diugut, Aku dipaksa,
Jika aku mahu terus hidup,
Bahagiakan Dia!
Ohh.. Aku lah seorang pengemis
Yang mengemis di kaki hidup.

Telah ditakdirkan,
Aku menjadi pengemis,
Tugas ku hanya satu,
Membahagiakan Dia,
Walau Aku pengemis yang tidak pernah bahagia.
Biarkan aku, biarkan aku,
Kerana Dia tidak pernah tahu.

Monday, November 06, 2006

Big big Girl di hari Isnin

Salam di petang Isnin. Hari ni axa masih kepenatan. Hujung minggu dihabiskan dengan perjalanan dan majlis perkahwinan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ya, penat. Bukan sebab banyak buat kerja tapi, penat duduk dalam kereta. Semalam axa sampai rumah dalam pukul 11 lebih. Jalan jam dalam 5-10 km di area Batu Kawan dan Nibong Tebal. Mana taknya, Konsert JomHeboh tv3 rupanya di Batu Kawan. Orang Penang nak tengok Irwansyah dan Acha kot. Memang axa tak sempat pun tengok diaorg kat tv.

Pagi ni mata memang mengantuk. Sampai di ofis, buat apa2 yang patut. Kul 11 lebih, mata dah tak tahan. Mengantuk tahap Dewa 19 ni. Gi kat surau kecik kat sini dan tidur kejap. Konon2 nak tidur dalam 20 minit ke, alih2 tengok kul 1.50 baru terjaga. Dan yang best Jaja (ofis mate) pun ada kat sebelah. Bila masa dia masuk join tidur ni pun axa tak sedar. Jaja tanya nak makan tak..ya la..lapar la..bangun tidur sure lapar. Selamba je kul 2 keluar pergi beli burger kat depan giant kecik. Boss pun ok je. Memang heaven betul dapat tidur tadi tuh. Segar sikit rasanya.

Ni axa ada browse lagu Big big girl nyanyian Emilia. Popular la jugak satu masa dulu. Ingat lagi masa tuh baru putus dengan bf axa yang pertama. Selalu nyanyi lagu ni nak menyedapkan hati. Yup.. what ever happens, axa tahu, axa perlu jadi BIG BIG GIRL..InsyaAllah...Jom layan Emilia dengan big2 girl.

Friday, November 03, 2006

Berhibur di petang hari..

A'kum.. video ni buat axa tersenyum. Suka tengok aksi adik2 yang belajar kat Brisbane ni. Yang main gitar tuh nama dia Anas, baju biru tuh Amar dan yang ikat rambut tuh Aldrie kot. Dah terkenal budak2 ni kat sana. Pandai belajar, pandai nyanyi, pandai main gitar..jom layan lawak diaorg ni.

Balada seorang pengemis

Di tepian jalanan,
Aku bersendiri,
Aku lapar, Aku dahaga,
Aku mahu minum, Aku mahu makan.

Aku tidak mahu jadi pengemis,
Aku bukan mahu mohon belas.

Datang Dia yang Aku kenal,
Dia menjadikan Aku pengemis,
Dia menjadikan Aku peminta.

Katanya,
"Jika kau tidak mahu wang, mahu makan, maka ikuti la semua syarat2ku,
dan jika kau ingkar, kau hanya akan terus menjadi pengemis!"

Betapa Aku tidak diberikan pilihan,
Untuk menentukan hidupku sendiri,

Siapa yang tahu gejolak hati ku?
Bukan ini yang Aku mahu,
Bukan ini yang Aku impikan,
Berilah aku hidup,
Berilah aku bahagia,
Tidak kah Dia tahu,
Berdarahnya hati ini, bernanahnya jiwa ini,
Walau diturut segala Syaratnya,
Aku tetap menjadi seorang Pengemis!

Sunday, October 29, 2006

Bingkisan Syahdu di pagi Syawal

Pagi syawal, takbir bergema,
Hati riang berbunga,
Tanda tertunai sudah rukun islam ke tiga.

Namun,
yang berlaku, telah tertulis sebagai kehendakNya.
Syawal ini, melukis memori luka di hati ku, hati kami.
Air mata ini mengalir, hati ini terguris.
Mengapa begitu mudah memutuskan satu sillaturrahim?

Pagi Syawal ini,
Ketika bibir mengukir senyuman,
Mengapa dipalit racun kepahitan.
Ibu menangis,
Ayah terhiris.
Dan aku, mencari kekuatan..merawat ibu yang kepiluan.

Usah menangis wahai ibu,
Tangisan mu dipagi syawal ini merobek hati ku,
Aku terluka melihat jujuran manik2 jernih di pipimu,
Biarkan la semuanya,
Tidak perlu kita mengemis kasih pada yang tak sudi.
Dia memilih jalan ini utk meniti usia,
Asalkan aku, dan dirimu tabah mengharungi segalanya.

Friday, October 20, 2006

Seputeh Qaseh Ramadhan

A'kum..salam dipagi Jumaat, hari terakhir bekerja di bulan Ramadhan tahun ni. Sekejap je dah masuk 26 Ramadhan. Pejam celik-pejam celik, dah nak raya. Hmm.. raya datang lagi....

Malam tadi, axa menonton episod terakhir, Seputeh Qaseh Ramadhan di tv3. Untuk pertama kali, axa benar2 follow slot Samarinda yang ditayangkan setiap selasa-khamis pukul 10.30 malam. Kalau sesiapa yang tengok citer ni sure tahu jalan ceritanya. Malam tadi, ada jugak manik2 jernih yang menitis menonton babak akhir drama tu. Entah la..tersentuh sangat rasanya. Seorang ibu yang menghembuskan nafas terkhir, di usia yang muda setelah melalui pelbagai penderitaan hanya kerana dia terlalu mengasihi suami dan anak-anaknya. Dan bagaimana seorang lelaki yang terlalu mencintai, walau tidak ditakdirkan bersama, namun kasih sayang nya tetap mekar di hati. Walaupun hanya lakonan, tapi cerita ni bagi axa agak menarik. Para pelakonnya memang memberi lakonan yang mantap sejak dari episod pertama. Watak UMI, selaku ibu mertua, memang benar2 real, bersahaja, cukup menggambarkan seorang ibu mertua yang kejam dan ibu yang terlalu mengongkong kebebasan anak sendiri, sehingga anak lelaki nya menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidung.

Tapi axa rasa, part yang paling axa suka...bila ada keluar lagu Dealova..lagu berhantu axa tuh..rasa sayu je dengar lagu tuh.. sesuai la untuk penghujung citer tu...Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu... Sian en. Johan... he..he..he.

Ok la.. banyak yang axa dah merapu. Semangat kerja memang dah kurang. Nak tunggu petang..nak balik rumah mak.. tahun ni beraya di KLANG.. dan tahun ni tahun pertama beraya dengan aszra.. Aszra pun dah ada baju raya.. Wan yang buat kan.. comel je aszra pakai baju kurung di pagi raya nanti...

Buat semua yang mengenali axa, selamat hari raya aidil fitri..moga hari raya tahun ni menambahkan keberkatan kepada kita semua. Dan axa juga ingin menghulur salam kemaafan buat semua jika ada terkasar bahasa..terlanjur bicara.

Thursday, October 19, 2006

Monolog Hati Seorang Perempuan

Perempuan 1

Apa dosaku. Seingatku, zaman kecil harus dihiasi dengan seribu fantasi. Dengan jutaan tawa. Aku belajar, aku bermain. Namun disebalik itu, dalam aku menjalani pengalaman hidup meniti usia indah ini, mengapa ada tangan rakus, kejam merobek malam2 ku, mencalar siang hari ku. Hanya kerana dia sedarah denganku?. Sesungguhnya aku tidak tahu ianya satu dosa, aku tidak pernah mengerti ia bakal mencalar sejarah hitam dalam diari hidupku. Apa yang mampu aku lakukan. Diam! Aku takut! Aku ingin seperti kanak2 lain, membesar tanpa ada yang membelenggu di hati. Pasti bila dewasa nanti, siapa mahu menerima aku yang kotor, pasti mereka mencemuh.. hanya kerana aku pernah menjadi anak kecil yang terobek daranya?

Perempuan 2

Aku hanya seorang gadis yang menyelusuri zaman remaja yang dicanangkan segala yang indah. Aku suka, aku sayang. Indahnya alam cinta. Aku menjadi seorang pencinta yang setia. Duhai kekasih, hanya engkau la dihatiku. Tiada yang lain mampu merubah cintaku. Namun...satu hari, aku ditinggalkan jua.. Apa dosaku? Apa salahku? Benih cinta yang ku semai, kau racun hingga layu semuanya. Mudahnya kau mewarnai hidupku dengan kata2 nista, mencari sebab dan alasan. Aku jua yang dipersalahkan. Dan akhirnya aku sendiri...hanya kerana kau seorang lelaki dan aku seorang perempuan?

Perempuan 3

Aku seorang perempuan. Yang telah punya ikatan. Dan telah dijanjikan, akan datang dugaan. Aku lemah! Mengkhianati sebuah pertalian. Mungkin, dalam saat menanti satu ikatan sah, aku ingin mencari kebebasan. Sebelum bergelar isteri, aku mahu rasa riang. Maka aku berterbangan, mencari sinar dimalam2 yang tenang. Aku berlari mengejar pelangi petang. Aku gembira, saat ini akulah yang paling bahagia. Dan dunia tetap memandang serong padaku. Hanya kerana aku perempuan yang curang!

Perempuan 4

Aku seorang perempuan, yang telah lengkap kitaran hidupku. Aku punya suami, aku punya anak. Seusai petang, tanpa menghirau peluh masih berbaki, kugagahi ke ruang dapur. Menyiapkan hidangan buat famili. Usaha ku, aku ingin menjadi isteri dan ibu mithali. Namun, usaha ku mungkinkah dihargai. Saat sang suami mula membuka lembaran dunia sendiri. Aku mungkin sudah hilang bentuk, sudah kurang cantik. Pada mereka yang masih bergetah, suami jejaki. Apa dosaku? Dan dunia terus memandang aku, tidak tahu menjaga suami. Hanya kerana aku seorang isteri?

Perempuan 5

Aku seorang perempuan, yang telah diputuskan satu pertalian, hanya kerana talak itu dalam genggaman lelaki. Hidup la aku dalam dunia ku sendiri. Menangisi sudah tiada erti. Hidup harus diteruska, walau sesakit mana, usaha perlu ditingkatkan. Aku tidak mahu lagi hanya bergantung pada mereka yang tidak pernah menghargai. Namun, apa yang aku dapati? Hanya cemuhan dan kata2 fitnah dunia. Teman sekaum ku sendiri menjauhi, kerana takut aku merampas suami. Aku terkesima. Apa dosaku? Hanya kerana aku seorang janda?

Tuesday, October 17, 2006

Raya blues....

A'kum..salam dipetang selasa ni. Dah petang baru axa ada masa nak menjenguk blog ni. Busy sikit la dua tiga hari ni. He..he. tapi hari ni bukan buat kerja ofis pun.. sibuk buat kerja luar. Nak siapkan minggu ni jugak..leh dapat payment he..he.

Kat ofis ni, semangat kerja kawan2 ofis ni macam dah tak ada. Sure org ingat sebab dah tak sabar nak balik kampung dan nak beraya sakan kan. Salah..salah..salah.. Semua macam mandom je sebab tahun ni TAK ADA DUIT RAYA.Bosannya....... Ini lah tahun pertama sejak axa berada di company ni (tiga tahun dah)kiteorg tak dapat duit raya. Mengikut kata2 orang atasan la.. company BAPAK tak benarkan company kiteorg bagi duit raya. Sebab diaorg kata company BAPAK tak buat tradisi duit2 raya ni. Ek ellehhhhhh... Actually company BAPAK tuh yang tak mampu. Then dengki la tuh ngan company kiteorg yang buat untung dan nak bagi duit raya kat staff. Memang company BAPAK tuh..DENGKI. Ishh tak puas hati betul. Sabar je la...bulan puasa ni axa. Kalau tengok kat blog kawan2 axa yang lain..semua duk menyuarakan rasa ketidakpuashatian kepada company BAPAK tuh. Ala... org kat company BAPAK tuh boleh la tak payah duit raya.. diaorg gaji riban2..sampai puluh2 ribu. Ni plak ada khabar angin kata GAJI MASUK LAMBAT. Ishhh ada lak yang kena bakar ni karang... cool..cool...

Citer pasal duit raya ni, actually bukan la nak beraya sakan. Actually duit raya ni sebenarnya bagi semangat nak raya. At least dapat lah buat sedekah amal jariah di bulan yang mulia ni. Axa pun, selalunya duit raya, habis bagi sedekah je. Mak ayah adik dah tentu wajib. Then mertua, pastu pakcik2, makcik2. Ratus2 la jugak habis. Setahun sekali kan. Kalau pasal baju2 raya ni axa tak kisah sangat. Biasanya baju raya ni, baju kurung. Rasa nya dah penuh almari axa tuh. Tiap2 tahun bukan raya je buat baju..bila ada wedding sedara mara je, mesti keluar satu baju baru. So raya ni leh pakai la yang mana ada. Concentrate kat aszra je la tahun ni. Minah kecik tuh pun bukan leh beli baju banyak sangat pun. Dia cepat membesar la..ada dua tiga helai baju yang dah tak muat. Beli mahal2 dah tak muat. Hmmm...

Ok la.. sampai sini je la untuk hari ni. Penat sebenarnya ni. Dari tadi duk ngan member2 seofis ni citer pasal duit raya. Hmm.. kurang pahala puasa hari ni.

Thursday, October 12, 2006

I Don't Want To Talk About It

A'kum..
Salam dipagi khamis. Axa agak sibuk kebelakangan ni. Ada banyak perubahan yang perlu dibuat, dlm kerjaya dan juga life! Then idea nak merepek kat sini pun tak banyak, axa lebih suka menulis puisi dan mendengar lagu je sekarang ni. Pagi2 sampai kat ofis, first thing yang axa akan browse, sure my office e-mail, then axa akan browse this one my favourite channel. Sekarang ni dah jadi mcm wajib bukak channel ni, dengar dan tonton sekejap pun jadila..Then baru buat kerja... he..he..he..

Hari ini axa sempat browse untuk lagu kegemaran axa ni. Jom tonton, dengar dan nak nyanyi sekali pun boleh. Ada lirik kat bawah. Ni version Rod Stewart kat konsert live. Yes! I dont want to talk about it NOW!



I Don't Want To Talk About It

I can tell by your eyes that you probably been cryin'
forever.
And the stars in the sky told me nothing, to you they're
a mirror.

I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, oh, heart?

If I stand all alone, will the shadows hide the colours of
my heart, blue for the tears, black for the night's fears?
The stars in the sky told me nothing, to you they're
a mirror.

I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart?

I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!

Wednesday, October 11, 2006

Masihkah kau bermain seruling

Masihkah kau bermain seruling untuk ku,
Tika pertemuan telah sampai ke hujung,
Tika aku mula menapak meninggalkan mu.

Masih kah kau bermain seruling untuk ku,
Di tepi sawah kenangan,
Hingga ke larut membelah malam.

Masih kah kau bermain seruling untuk ku,
Saat ada yang menanti mu,
Untuk berlari mengejar pelangi bahagia.

Terdengar aku,
Alunan merdu seruling mu,
Membuai fikir yang pening,
Menenang hati yang runsing,
Aku sayu..aku rindu..
Masih kah kau bermain seruling untuk ku?

Monday, October 09, 2006

Pergilah wahai mimpi

Wahai mimpi,
Usah datang lagi,
Sakit yang kurasa,
Mengcengkam setiap denyut nadi,
Menindas setiap hembusan nafas.

Wahai mimpi,
Ketika kau membelai tidurku,
Aku alpa,
Aku terlupa,
Kau sekadar mimpi yang hampir sempurna.

Wahai mimpi,
Ketika kau hadir bersama melodi indah,
Aku terpaku,
Aku termangu,
Aku tidak sedar,
Alunan merdu itu bukan milikku.

Wahai mimpi,
Ketika ini,
Aku telah tersungkur,
Dari alam nyata,
Hanya kerana menjadi pemuja.

Wahai mimpi,
Pergi lah engkau dari lenaku,
Sebagaimana aku telah pun tersingkir,
Menjadi watak indah dalam setiap cerita.

Pergilah wahai mimpi,
Kerana aku mahu tidur lena.

Friday, October 06, 2006

Telah pun ku duga

Telah pun ku duga,
Kebisuan bertamu jua,
Saat ku rentang seribu rahsia.
Kesepian bertandang jua,
Tika ku singkap hamparan duka.

Telah pun ku duga,
Tiada ada yang mampu mengubah yang telah berubah,
Tiada makna lagi sejuta pengakuan,
Biarpun,
Ada jujuran pasti menitis,
Ada tawa pasti hilang rentak.

Telah pun ku duga,
Saat ini pasti datang,
Waktu ini pasti mencubit,
Walau pernah diikat sekukuh janji
Walau pernah diucap sejuta sumpah.

Telah pun ku duga,
Selepas semua ini,
Aku pasti kembali,
Menjadi diriku sendiri.

my Dealova - Bangun dari mimpi?

A'kum..

Salam di hari Jumaat. Hari ni axa tak bekerja, lantaran kesihatan yang memang tak memuaskan. Memang sakit itu datang balik. Lepas balik dari berbuka puasa di kg. baru semalam, axa hanya mampu baring dan tidur. Tak terlarat rasanya nak buat apa2. Lepas makan ubat, rasa macam pengsan terus. Nak join ayah aszra main boling pun tak mampu. Better axa rehatkan diri dan minda kan....


Ni lagu dealova version Rudy Djoharnaen. (Sedap juga)

Hari ni satu hari layan lagu dealova pelbagai versi. Axa cari kat youtube. Entah kenapa, axa memang terlalu jatuh cinta dengan lagu ini. Pertama kali diperkenalkan oleh seorang sahabat, axa terus rasa suka. Dan boleh dikatakan tiap2 hari dengar lagu ni. Bait2 lirik nya biasa je..dan mudah difahami, tapi bila digabungkan dengan melodi yang indah tuh, ia mampu menyentuh perasaan. Peduli apa kalau org kata axa jiwang ke..sebab suka lagu mcm ni.

Tapi kan... bila meneliti setiap patah lirik2 ni, axa terfikir.. hanya dalam lagu saja manusia mampu berpura2. Sedangkan hakikatnya.. manusia berubah! Dalam lagu dealova, lirik jelas menunjukkan yang sang pencinta benar2 meluahkan rasa cintanya, seolah2 tiada apa2 yg dpt menghalangnya. Tapi dalam realiti kehidupan sebenar, ada ke manusia yg mcm ni. Kadang2 bila dah tak ada depan mata... sure dah tak ingat apa yang pernah dijanji kan..

Ni axa petik dari sebuah laman web tentang lagu dealove version frust(menarik jugak utk dikongsi bersama):

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu <---memang tak kan boleh jadi mimpi indah dah..especially kalau time nak tidur fikir orang lain.
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin biasa kau rindu <--cam mana nak rindu kalau dah rindu org lain.

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh <--nak buat apa, kalau jumpa pun org dah tak nak...
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu <--kalau tahu pun, adakah akan dihargai?


Kasihan pada mereka2 yang menggunakan lagu ini untuk menyampaikan hasrat hati yg terpendam. Jangan la berangan2 sebab ..kalau org dah tak suka, tak ingat... tak bermakna dah semua ayat2 di atas tuh....

Tapi tak apa, bagi yang ikhlas menyayangi... tentunya lagu ini cukup menggambarkan segalanya kan. Even cinta ditolak atau dilupakan, biarlah segalanya tersimpan kemas menjadi kenangan terindah. Tak semua apa yang kite nak kite dapat kan. Tepuk dada..tanya la hati. Apa axa merepek di tengah hari jumaat ni.......

Thursday, October 05, 2006

Dan ia datang lagi...

A'kum..
Salam di pagi khamis. Pagi ni axa dari klang. Seronok bermain dengan aszra subuh tadi. Aszra semakin membesar.Alhamdulillah.. makin banyak perkembangan anak axa yang satu ini. Hari ni, ada majlis berbuka puasa dengan kawan2 sepermainan (boling) axa di kg baru. Seronok rasanya. Tiap2 tahun kami berkumpul macam ni. Mudah-mudahan axa diberi kesihatan yang baik utk menyempurnakan hari ini. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan dan makan di restoran kegemaran axa satu masa dulu. (teringat kat illa).

Hari ni axa agak kurang sihat sebenarnya. Sakit lama datang balik. Sebab puasa ker? Tapi selama ni walau puasa pun, axa ok jer. Tiba2 je kena. Sakitnya tuhan je yang tahu. Dari semalam axa dah perasan, ada perubahan pada diri axa dan biasanya perubahan tuh adalah tanda2 yang sakit axa akan datang menyerang lagi. Dan pagi ni, memang sah ia datang. Sakit! Risau jugak axa, kalau boleh axa tak nak sakit mcm selalu. Tak nak cuti2 ni, tak nak masuk hospital dah. Axa dah cukup bosan dengan semua tuh. Kena cucuk, kena macam2 lagi..semua axa dah rasa. Dan axa tak nak tempuhinya sekali lagi....

"Ya Allah, berikah lah aku kekuatan dan kesihatan yang baik bagi menempuh hari-hari ku, bagi memenuhi sisa2 usia ku." Amin...

Wednesday, October 04, 2006

I love this song - Romance de Amor

A'kum.. salam ditengah hari Rabu ni. Axa agak sibuk dua tiga hari ni dengan Java script yang perlu diedit utk web site baru. Lama tak jenguk bab2 porgramming ni sebenarnya. Tapi sambil2 tuh sempat jugak axa mencari hiburan. Ni ada videoa clip yg axa rasa sedap sangat. Maybe sebab axa memang suka gila lagu dia.. Romance de Amor, lagu spanish kot.. tapi first time dengar kat citer korea autumn in my heart. Terus jatuh cinta dengan lagu ni. Layan kejap yer....

Tuesday, October 03, 2006

Nur Malam

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Permaidani



Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Monday, October 02, 2006

Catatan Hujung Minggu - Mencari diri

A'kum...

Salam di hari Isnin, 9 Ramadhan. Lagi kurang lebih 21 hari kite semua nak raya. Hmmm raya. Kalau zaman dolu2 masa kecik2 memang best je raya. Tak payah fikir apa2 pun. Tau2 baju baru mesti paling kurang 4 pasang. Pastu dah dekat2 raya mak ayah akan bawak gi bandar klang shopping baju + kasut atau apa2 yang berkaitan untuk raya. Dan yang bestnya sessi berbuka posa kat luar mesti kat KFC. Sejak mak minat kat KFC, memang tiap2 tahun la buka posa kat situ. Masa tuh, tak ada keta, sanggup satu family naik bas gi bandar. Even penat sebab seharian puasa, tapi axa dan adik memang happy tiap2 menjelang bulan puasa dan hari raya.

Hujung minggu lepas, axa tak banyak aktiviti. Balik ke rumah mertua di Seremban, setakat duk rumah dan berjalan2 ke pasar ramadhan. Sempat jugak ke Jusco Seremban 2, cari barang2 aszra yang makin habis. Pastu singgah di MPH, axa tertarik dengan sebuah buku yangbertajuk "Penyejuk Jiwa" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarani. Entah.. axa pun tak tahu, tiba2 hati terpanggil mencari buku2 motivasi berbentuk keagamaan. Lama axa tak membaca2 buku seperti itu. Kalau dulu, axa rajin membeli dan membaca buku2 keluaran Darul Nu'man. Yang paling axa suka, Penawar Jiwa dan Rahmat di Sebalik Dugaan karya Kasmuri Selamat. Masa tuh, axa ingat lagi.. axa tertarik membaca buku2 seperti ini apabila diperkenalkan oleh seorang kakak kepada axa ketika axa berada dalam permasalahan hidup. Untuk mengubah dan memotivasikan diri, axa membaca buku2 ini. Alhamdulillah, terasa tenang hati. Buku2 ni bukan sahaja mementingkan motivasi fizikal dan emosi tetapi juga rohani.

Dan kini, axa kembali meminati buku2 ini. Axa balik rumah mak malam tadi, menyelongkar kembali rak buku. Nasib baik masih ada koleksi buku2 axa tuh. Dah berhabuk akibat tidak terusik lama. Harap2 hati axa tidak berhabuk seperti buku itu. Terfikir axa, agak lama hati dan jiwa ini tidak diisi dengan pengisian seperti itu. Terlalu sibuk kah axa sehingga kadang2 lalai dalam mendidik hati. Teringat pada sebuah lagu nasyid, "pandangan hati itu lah hakiki, kalau hati itu bersih." Ya.. kalau hati itu bersih.. insyaAllah jalan yang benar itu, milik kita.

Al Hasan rahimahullah pernah berkata:"Wahai anak cucu Adam..engkau hanyalah kumpulan hari-hari. Jika harimu hilang, bererti telah hilang sebahagian dirimu,"

dan

Setiap matahari terbit, ia akan berkata:"Wahai anak cucu Adam, manfaatkan lah aku sebaik-baik. Demi Allah, jika aku telag berlalu, maka tidak akan kembali lagi, sampai Allah memeusnahkan dunia dan segala isinya."

Bad Day

Bad Day

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee you go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Because you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Will you need a blue sky holiday?
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

(Oooh.. a holiday..)

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

(yeah...)

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day

Friday, September 29, 2006

Sesungguhnya

Raihan - Sesungguhnya



Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga khauthar

Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati padaMu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Mogaku tahu, syukurku adalah milikMu

p/s:entah mengapa..mendengar lagu ni, ada air jernih mengalir di pipi axa.
"Ya Allah ampuni lah dosa hamba mu yang hina ini. Bersihkan lah hati ku, dan tunjukkanlah aku jalan mu yang benar"

Kalau ku bilang Kalau

A'kum..
Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari bersamaan dengan 6 Ramadhan. Hari ni rasa agak letih sikit. Malam tadi axa, ayah aszra dan seorang sahabat bermain boling. Sampai rumah kul 1 pagi. Bangun sahur sekitar pukul 4 pagi..sempat mendengar sebuah lagu baru. Boleh meletup kot lagu ni.. Axa dan ayah aszra bersahur dlm pukul 4.30 pagi.. makan yong tau foo..banyak la plak.. tu la, masa membeli tak ingat. Makan berdua dan akhirnya tak habis. Ishhh membazir. Axa sempat tidur balik dan dikejutkan kembali dengan bunyi hon kereta yang tak henti2 seawal pukul 6.15 pagi. Ada kereta nak keluar dan dihadang oleh kereta lain. Ni la susah bila bilangan kereta melebihi tempat parking. Terdengar juga suara org2 yang tak puas hati dengan kebisingan subuh tadi...

Ni apa yang pernah axa fikir... Kalau ku bilang kalau, ingat tak script citer ada apa dengan cinta..dian sastrowardoyo yang sebut benda ni.. then hari ni axa nak pinjam kejap.

Kalau ku bilang kalau

Kalau masa boleh diputarkan kembali

1.axa nak balik masa zaman darjah 6 atau tingkatan 3. Sebab axa nak buat yang terbaik utk UPSR/PMR. Then boleh masuk asrama penuh atau mrsm macam kebanyakan kawan2 axa sekarang. (axa sekolah biasa je sampai form 5)
2.axa nak balik masa zaman tingkatan 3. Sebab axa nak lulus dengan cemerlang dan ambik jurusan sains, pastu further study dalam bidang perubatan. (teringat kat arwah nenek, axa pernah janji kat dia axa nak ubatkan dia masa dia sakit kalau axa jadi doktor.)
3.axa nak balik masa zaman axa di matrikulasi di kolej negeri. Axa nak pastikan dpt 4 flat masa final exam sebab axa memang bercita2 nak ambik jurusan perakaunan lepas tak berjaya buat medic. (axa ditawarkan jurusan teknologi maklumat walaupun pointer 3.57..sedih masa tuh)
4.axa nak balik masa zaman tahun dua axa di UKM sebab axa nak jumpa balik ngan ada sorang mamat yang axa minat giler masa tuh..tapi minat dari jauh je la..dan nak tanya dia..nak tak couple ngan axa..he..he.. (masa tuh dia dah ada makwe la.. tak pa..axa pun ada pakwe..)
5.axa nak balik masa axa putus cinta ngan first boyfriend axa dulu sebab axa kuatkan diri menghadapi saat tuh dan tunjukkan kat dia axa ni kuat dan tak kisah pun kalau dia tinggalkan axa (hakikatnya..axa frust menonggeng la jugak masa tuh, berat badan turun kat 10 kilo..sedih punya pasal)
6.axa nak balik masa zaman study kat UKM sebab axa nak jaga pemakanan axa betul2 so that axa sihat sejahtera...(axa ada ulser perut yang agak parah la jugak, nak kena jaga pemakanan dan juga kena kurang kan stress)
7.axa nak balik masa awal tahun 2004 sebab axa nak halang pemergian sahabat balik axa yang menerima tawaran buat KPLI. (axa sunyi tanpa dia..memang rasa lost sangat-sangat)
8.axa nak balik ke 2 tahun yang lalu...sebab axa nak betulkan apa yang axa lalui bersama seorang sahabat (banyak yang nak perlu dibetulkan kot..he..he.)

Setakat ni..tu je la kot yang axa boleh fikir.

Kat atas tu semua.. Kalau ku bilang kalau...
Apa2 pun axa bersyukur dengan apa yang telah axa lalui hari ni...axa tak pernah menyesal sepanjang 28 tahun kehidupan axa didunia. Adatlah hidup.. ada masa kite senang.. ada masa kita susah.. dan satu je yang penting BUKAN SEMUA APA YANG KITA NAK KITA AKAN DAPAT (ambik drpd kata2 ayah aszra).

So..nak tengok plak..apa kesan dr apa yang axa nak kat atas tuh.

1. Even axa tak dapat masuk mana2 asrama penuh atau mrsm..alhamdulillah axa berjaya jugak gi universiti. Saper kata..budak sekolah biasa tak leh berjaya kan...
2. Walau pun axa tak dpt ambik jurusan sains..axa puas hati..jurusan akaun/ekonomi yang axa ambik masa form 4-5 tuh membuah kan hasil sebab axa lulus SPM dengan cemerlang
3. Walaupun axa tak apat buat degree akaun..axa bersyukur..axa buat degree IT yang membolehkan axa mendapat perkerjaan seperti sekarang dan kat fakulti IT la axa kenal ayah aszra. he..he..he..
4. Walaupun axa tak terus terang kat mamat yang axa minat ni, axa bersyukur at least dapat melalui satu zaman gila2 cam tuh..secret admirer la..apa la...yang mematang kan axa.
5. Walaupun frust menonggeng.. tapi finally axa belajar tentang hidup. Peristiwa ni banyak membantu axa untuk lebih berfikiran terbuka,lebih berdikari dan menerima qada' dan qadar Allah. Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditangan tuhan.
6. Walaupun axa selalu sakit, tapi axa dapat belajar menghargai kesihatan diri. Lagi pun.. sakit2 tuh kan penghapus dosa2 kecik dan mengingatkan kite tentang dosa yang kita lakukan..(banyak dosa la ni...adeii)
7. Walaupun axa terpaksa berpisah dengan sahabat baik axa tuh, axa bersykur, sampai hari ni kami masih berkawan..dan alhamdulillah sahabat axa berjaya dalam pelajaran dan kini menjalani kehidupan yang baik. InsyaAllah..
8. Walaupun banyak yang silap dua tahun lalu.. axa tetap bersyukur kerana axa tetap menganggap apa yang berlaku sebagai kenangan terindah dalam hidup axa.. dan yang penting ikatan persahabatan yang terjalin..insyaAllah akan lebih diberkati.

"Ya Allah..aku bersyukur ke hadrat mu, atas setiap kurniaan mu kerana hanya kau yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri ku"..Amin...

Thursday, September 28, 2006

Layan sekejap....

5 Ramadhan yang lalu

A'kum.. Salam di pagi khamis. Pagi ni axa datang dari Klang. Semalam axa benar2 keletihan. Bukan badan je letih...mungkin otak pun letih, tuh yang terus blackout seawal pukul 9.30 tanpa menjamah apa2 makanan selain dua ketul popia untuk berbuka. Dan axa terjaga balik pukul 3 pagi. Axa tiba2 macam hilang ingatan, nak mengingati apa yang berlaku di sekeliling axa. Satu2 singgah di kepala. Ya.. axa benar2 letih mengharungi hari semalam.

Hari ni 5 Ramadhan. Mengikut kalendar islam, setahun yang lalu 5 ramadhan membawa kenangan yang axa takkan dapat lupakan. Masa tuh axa terpaksa berbuka sendiri bersama seorang sahabat coz ayah aszra ada majlis berbuka puasa di IKIM. Hari tuh axa demam. Sejak awal puasa lagi axa memang tak berapa sihat, tak berselera makan.Petang tuh axa ke pasar ramadhan di sini dan yang peliknya, axa tidak ada selera langsung nak beli kuih muih. Semuanya axa rasa mcm tak sedap je baunya. Mudah je axa pening kepala.

Sampai waktu berbuka axa berbuka di Laksa Shake di giant. Pun makan tak habis. Memang tekak rasa tak sedap. Then sahabat axa menasihatkan agar axa berjumpa doktor. Dan akhirnya axa dan sahabat axa ni ke klinik di belakang ofis ni. Masa tuh dah lepas sembahyang marghrib. Doktor tanya axa dah kawin ke belum dan dah ada anak ke belum. Then dia suruh buat urine test. Tak sampai dua minit tiba2 doktor tuh ckp.."Awak ni pregnant la". Punya la axa terkejut. Masa tuh tak tahu apa perasaan axa. Dah la sorang2 jumpa doktor. Teringat kat ayah aszra. Doktor sah kan axa mengandung 6 minggu dan dijangka bersalin 1 Jun 2006. Axa juga dinasihatkan agar tidak meneruskan puasa kerana kandungan axa masih belum kuat dan axa sendiri kelihatan agak lemah. Patut la..sepanjang 5 hari puasa, axa macam orang yg tak berdaya langsung. Selalunya tiap2 tahun ok je..

Keluar dari klinik..terasa sebak kat dada... depan sahabat, axa menangis. Tak tahu..kenapa. Sama ada air mata gembira atau takut. Axa menangis sepuasnya,sambil call ayah aszra supaya dia cepat balik dan menjemput axa tanpa memberitahunya hal sebenar. Axa hanya menunggu di ofis. Dalam kepala ni fikir macam2. Mungkin masa tuh axa terlalu takut mendengar kisah dan pengalaman orang bersalin. Macam-macam dan kebanyakannya mengerikan. Tuh sebab axa menangis kot.

Dan hari ni, pada tepat 5 Ramadhan, aszra berusia genap 4 bulan. Apa yang axa takuti telah axa tempuhi dengan berani. Memang bersalin tuh sakit, tapi mungkin itulah nikmat menjadi seorang perempuan yang tidak dapat dirasai oleh kaum lelaki. Axa bersyukur dijadikan sebagai seorang perempuan yang normal dan seterusnya, axa perlu berusaha menjadi seorang ibu yang baik untuk Aszra bt Asrof.

Wednesday, September 27, 2006

Yang susah dan payah

Hidup,
Tidak akan selalu ceria secerah langit,
Tidak akan selalu seindah impian.

Melintasi hari yang susah,
Menyusuri hari yang payah,
Nilai ikatan akan terpacul,
Ternodakah atau tersimpulkah?

Melintasi hari yang susah,
Menyusuri hari yang payah,
Yang seribu menjadi kosong,
Yang ramai menjadi tiada,
Pergi ke manakah?

Melintasi hari yang susah,
Menyusuri hari yang payah,
Kebisingan menjadi bisu,
Kelincahan menjadi kaku,
Wajah menjeling,
Hati terpaling.

Resam hidup,
tinggallah jasad yang susah dan payah,
merangkak sendiri,
terkadang lagak pengemis.

Kata pujangga,
Kawan ketawa mudah dicari
Satu menangis semua lari.
Biarkan.. biar kan..

p/s: terfikir axa, kadang2 kita perlu memuhasabahkan diri.....

Mengawal ketenangan, memanjat kesyukuran di 4 Ramadhan

A'kum..
Salam di pagi rabu yang cerah. Hari ke 4 dalam bulan Ramadhan. Tapi tak secerah mata axa yang macam mengantuk ni. Biasalah, bulan2 posa ni. Mlm tadi pun tidur agak lewat. Kul 11 sempat lagi ke Seri Petaling bersama ayah Aszra untuk bermain boling. Tidur sekitar pukul 2 pagi dan bangun kembali pukul 4.45 pagi untuk bersahur. Axa agak kurang berselera beberapa har ni, jadi makan pun pilih yang tak berat. Pukul 5.15 sambung tidur kejap dan bangun semula pukul 6.30 pagi.

Pagi ni ayah aszra menghantar axa memandangkan kami akan balik rumah mak. Ye..ye.. dapat jumpa aszra. Rindunya ibu kat aszra. So kami menggunakan kesas highway, supaya lebih cepat sampai dan ayah aszra tidak perlu susah2 berpatah balik. Biasala, pagi-pagi layan radio era, dengan celoteh K&K dan yang Saiful Apek untuk slot Gitu-gitu di Era. Tu memang dah rutin setiap pagi. Tapi kalau axa mengantuk, terlentok juga.

Dan satu ketika, yang axa ingat kami baru je melepasi hentian awan besar. Dalam keadaan lalulintas yang lancar, dengan tiba2 saja sebuah kereta iswara aeroback warna kelabu yang datang dari lane tiga (lane tepi/perlahan) cuba memotong kami dari kiri namun mungkin disebabkan ada jarak nya dengan lori dihadapannya terlalu dekat, akhirnya kereta tersebut dari lane satu tadi terus memotong melintang betul2 depan kami dan melanggar kereta dia lane 3 (lane laju). Lepas langgar kereta lane 3 tuh iswara tu berpusing kembali ke arah lane kami (lane 2).Axa terpempan sekejap. Dalam kepala otak ni, dah terfikir, kami akan terlibat dalam kemalangan ni. Kereta disebelah kanan kami toyota vios mengelak dengan agak cool ke kiri iaitu kearah kami dan dalam masa yang sama ayah aszra bertindak dengan tenang turut mengelak ke kiri tanpa sebarang tindakan yang panik. Selepas berjaya merempuhi situasi yang mencabar tuh, kami hanya meneruskan perjalanan dan axa sempat menoleh ke belakang. Teruk iswara tuh, depan belakang hancur. Dan axa dan ayah aszra yang masing2 dalam keadaan terkejut memandang sesama sendiri. Semuanya berlaku di depan kami. Jelas di mata axa bagaimana lelaki pertengahan umur yang memandu kereta iswara tersebut memaut sterengnya dan bagaimana seorang perempuan yang hampir sebaya yang duduk disebelahnya seakan kaku mengharungi detik yang mencemaskan tu. Axa sendiri terasa darah di pam laju hingga ke kepala. Tahniah pada ayah aszra yang begitu tenang mengawal stereng kereta yang kalau diikutkan situasi tersebut mampu je menimbulkan rasa panik dengan cepat. Axa dan ayah aszra menarik nafas panjang, tanda lega dan bersyukur kami tidak terlibat.

Axa tidak pasti bagaimanakah keadaan pemandu kereta iswara tu. Sama ada dia sedang mengantuk atau dia memang nak memotong dengan laju atau dia terover control keretanya tuh. Tu la.. kadang2 bila fikir2 balik..sebaik mana pun kita memandu, jika persekitaran kita iaitu pemandu2 yang lain tidak berhati2, tidak mustahil kita pun akan jadi mangsa kemalangan. Orang lain yang lalai, kita pun turut menderita. Apa2 pun axa bersyukur sangat pagi ni, axa dan ayah aszra terlepas dari situasi yang mencemas kan tu. Alhamdulillah.....

Illustrasi di bawah menunjukkan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.(axa tak pandai melukis sangat).

Tuesday, September 26, 2006

Hari ini esok dan seterusnya

A'kum..
Salam di pagi selasa. Pagi ni axa menyempurnakan kerja yang pending. Hmm.. no komen pasal kerja. Semalam, ayah aszra dah burn kan soundtrack filem Heart. He..he.. sepanjang perjalanan asyik dengar soundtrack tuh jer. Ayah aszra tak minat sangat sebab most lagu2 dalam OST tuh rentak nya perlahan dan ada 4 lagu yang instrumental. Tapi axa memang dari dulu lagi minat muzik instrumental. Axa rasa tenang dengar lagu seperti ini. Teringat zaman study dulu, kalau ada lagu instrumental, kitaro atau Yanni, axa mampu berjaga hingga ke pagi untuk study. Tak mengantuk langsung.

Ni antara lagu dalam OST Heart yang axa suka jugak. Nyanyian Nirina.

Hari Ini, Esok, Dan Seterusnya
Filed under: Ost Heart, Nirina
by Nirina

hari ini dadaku bergetar
terguncang memilu dan mengerang
ku yakin ku tak salah
karna hatiku tak pernah dan takkan berdusta

cinta cinta cinta
aku jatuh cinta

esoknya ku pikir rasa itu
akan menghilang dengan seiring waktu
namun ternyata tak berubah
aku makin tergiur pada dirimu

cinta cinta cinta
aku jatuh cinta

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia

esoknya ku pikir rasa itu
akan menghilang dengan seiring waktu
namun ternyata tak berubah
aku makin tergiur pada dirimu

cinta cinta cinta
aku jatuh cinta

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia

bahagia

Monday, September 25, 2006

Doa buat Mu

Puisi ini axa tujukan buat seorang yang axa minati. Mudah-mudahan berbahagia dengan setiap apa yang diimpikan dalam hidupnya. Tabah lah menghadapi dugaan tuhan.

Semalam,
Tika setiap kenangan diputar kembali,
Aku merenung wajah pulus mu,
Dan perasaan ini tiba-tiba meronta,
Aku merasa bersalah.

Ketika kau melagukan melodi cinta,
Aku terpaku,
Sinar matamu memberitahu aku,
Hati mu tulus,
Hati mu mulus,
Cuma mereka yang tidak mengerti,
seperti aku yang pernah mengkhianati.

Katamu,
Tuhan menguji,
Takkan Berhenti,
Aku tahu kau disakiti,
Namun keutuhan cinta membuat kau terus berdiri.

Maafkan aku,
Aku pernah terleka dengan dengan mereka.
Sama2 memandang mu sebelah mata.
Kini aku tahu,
Aku berdusta pada diriku sendiri,
Sedangkan aku masih seperti dulu.

Hari ni,
Aku harumkan kembali kenangan ku untuk mu,
Akan ku percikkan kembali memori indah buat mu,
Seperti satu masa dulu tika aku benar2 mengagumimu.

Dari jauh ku titipkan doa,
Agar hidup mu tenang menjalani takdirnya,
Agar kau temui bahagia bersama cinta.

Catatan Hujung Minggu - Ramadhan datang lagi.

A'kum..

Hari ni, hari kedua umat islam menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah, masih sempat kite bertemu dengan ramadhan tahun ini. Axa pun bersyukur sangat, insyaAllah dapat berpuasa seperti biasa tahun ni. Kalau tahun lepas, axa hanya mampu berpuasa setakat lima hari pertama saja, harap2 tahun ini, ibadah puasa axa lebih baik dan diberkati Allah.

Hari ni, waktu kerja di ofis dicepatkan, seawal 8.00 pagi. Balik pun awal la...4.30 petang dah boleh balik. Ala..awal mcm mana pun, pasti kena tempuh jalan jam macam tahun lepas. Boleh dikatakan, setiap hari axa dan ayah aszra tidak pernah sempat untuk berbuka puasa di rumah. Mesti berhenti berbuka di mana2 atau sekadar menjamah kuih dalam kereta. Tahun ni, dengan jadual balik ke klang lagi, tak tahu la mcm mana. Dah dua hari berturut2, ketika kamu bersahur, aszra pun turut bangun untuk bersahur. Macam dia pulak puasa kan. Harap2 bulan puasa ini, tak menjejaskan penghasilan sumber makanan aszra yang satu ni.

Semalam, axa sempat ke giant shah alam, mencari susu aszra, sambil2 tu menjenguk ke kedai CD. Axa memang dah suka sangat kot dengan citer Heart tuh. Axa ke situ untuk tengok soundtrack heart. Ada!..harga nya RM 29.90. Seronok sangat axa masa tuh. Then bila tengok senarai lagu-lagu, rupa-rupanya2 sama dengan apa yang telah axa dapat dari seorang rakan. Hmmm.. sambil berfikir2 nak beli ke tak nak. RM 29.90, tanya ayah aszra dan adik, membazir kata diaorang. Dalam purse pun masa tuh ada RM 20 je. Ishhh.. axa bab2 minat axa sendiri macam ni, agak susah nak mintak pinjam dengan orang lain walau dengan ayah aszra sekali pun. Fikir2 balik, dalam bank ada balance berapa... Hmmm.. lagi seminggu nak sampai hujung bulan. Pastu fikir pasal lagu2 tuh dah ada dalam pc axa. Dan akhirnya.. axa berlalu pergi dari kedai CD tuh tanpa membeli soundtrack tersebut. Frust jugak , tak beli. Tapi mungkin dalam fikiran axa, banyak lagi perkara penting yang dpt dilakukan dengan duit RM 29.90 tuh. Tak apa la..nak buat cam mana .. tak ada rezeki. Apa2 pun, axa akan burn lagu2 ni ke dalam CD so, axa boleh dengar kat PC, kat kereta, kat rumah.

Semalam juga, kawasan kediaman axa dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang gadis india yang kebetulan berjiran dengan axa. Mula2 axa pelik, ada ramai orang depan rumah tuh, rupanya2 menurut cerita orang di situ, anak gadis keluarga tu dijumpai mati dibunuh dengan kesan hentakan dan dibakar pulak. Ishh.. menakutkan. Dan kes tuh selesai bila pembunuhnya telah ditangkap. Rupa-rupanya teman lelakinya sendiri yang bunuh, bila gadis ni dah tak nak kat dia. Mana lah gadis ni nak, lelaki tuh rupa-rupanya dah kawin. So gadis ni mintak putus. Yang lelaki ni tak puas hati dan terlalu mengikut perasaan pun bunuh la gadis ni. Kesian... Memang ramai yang datang melawat keuarga tuh sehingga tengah malam tadi.

Hari ni hari kedua berpuasa, harap2 puasa lebih berkat. Mudah-mudahan hati lebih tabah menghadapi setiap dugaan Allah. Sabar dan tabah lah wahai hati.. insyaAllah..ketengangan akan dikecapi.

Thursday, September 21, 2006

Wednesday, September 20, 2006

Friday, September 15, 2006

Heart - Antara Cinta & Persahabatan



A'kum.. salam di tengah malam yang tenang ini. Jam di laptop ni menunjukkan pukul 12.42 tengah malam. Malam ni axa berseorangan di rumah. Biar pun esok seawal 7 pagi axa harus ke Bukit Jalil, mata ni masih belum mengantuk. Tadi, axa bersama seorang teman yang tanpa dirancang, menonton filem Heart. Selepas melepasi bebrapa rintangan akhirnya dapat juga axa menonton. Hilang rasa bosan bersendirian malam ini.

Heart, tajuknya juga sudah menunjukkan, cerita ini adalah cerita tentang hati dan perasaan. Namun ianya bukan hanya berkisar tentang cinta yang melampau atau dengan kata lain, ala2jiwang, tapi lebih kepada erti sebuah persahabatan. Walau cinta iu lebih indah, tapi utuhnya sebuah persahabatan, dapat mengatasi segalanya. Biar pahit, pedih..namun melihat orang yang dicintai bahagia itu lebih membahagiakan.

Axa suka cerita ini. Jalan ceritanya tidak berat. Plotnya tidak meleret dan tidak membosankan. Setiap babak perlu kita tonton. Jika sebelum ini ada cerita2 indonesia agak meleret dan membuatkan penonton jemu menunggu, tapi filem ini terus menerus membawa penontonnya menikmati sinambungan ceritanya tanpa rasa jemu. Pelakon dalam cerita ini tak banyak, cukup dengan tiga watak utama dan beberapa watak sampingan yang tidak lebih dari 10 orang. Pengarahnya lebih suka memfokus kepada cerita tiga watak penting ini. Berlatarbelakang kan suasana tanah tinggi, keadaannya seperti di Cameron Highland, penuh dengan bunga2 dan ladang teh. Memang cantik pemandangan keseluruhan cerita. Dan yang paling membuatkan axa menghayati cerita ini adalah kerana lagu2 nya. Ternyata Melly sebagai music director, berjaya menyusun lagu-lagu yang indah, sesuai dengan cerita ini. Lagu My Heart dimainkan dengan orkestra yang memang best sangat sangat!(tak sabar nak tunggu soundtrack citer ni). Dan yang best jugak, bila diselitkan dengan adegan2 yang kelakar sangat. Memang tak bosan la.



"Aku kan sabahabat kamu yang sentiasa mendokong mu (menyokong) dan membantu kamu mendapatkan apa yang kamu inginkan". Axa tertarik dengan kata2 Rachel pada Farel yang membawa kepada keikhlasan sebenar seorang sahabat. Memang benar, cerita ini mempamirkan peranan seorang sahabat. Seorang sahabat, akan sentiasa ada tidak kira dalam masa sedih atau gembira dan akan sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk sahabatnya. Rachel, dalam kisah ini, menjadi lambang kepada sahabat sejati, sehati dan sejiwa. Biar tidak bersama dalam HATI tetap ada.



"Aku mencintai kamu seadanya dirimu". Semangat Farel buat Luna yang sedang menanti penghujung kehidupannya. Cinta sejati yang digambarkan, yang pada zahirnya sukar untuk ditemui sekarang ni. Memang cinta dan sayang itu perlu hadir bersama keikhlasan menerima semua kebaikan dan keburukan. Dalam cerita ni, Luna terus hidup dengan cinta sejati Farel yang tulus.



Kisah sedih ini walaupun sederhana, tapi penuh dengan pengertian. Keteguhan cinta seorang kekasih, mampu membangunkan semangat yang telah mati, dan keikhlasan sebuah persahabatan pula, mampu membahagiakan.Memang axa suka cerita ini. Menitis juga setitik dua air mata di penghujung cerita yang mengharukan. Ya! Bukan semua yang kita nak mampu kita miliki. Dan kadang-kadang apabila sesuatu telah hilang dari hidup kita, barulah kita menyedari tetang kewujudannya.

Axa puas hati. Terima kasih buat sahabat axa (HR)yang sudi menemani axa menonton di saat2 akhir. Lain kali boleh tengok wayang lagi. Hopefully enjoy dengan movie tadi.

Cinta itu kebersamaan, cinta itu saling mengisi...

Sinopsis cerita di: www.heartmovie.com

Thursday, September 14, 2006

Air mata ibu


A'skum..
Hari axa agak sibuk di ofis memandangkan tinggal dua hari lagi universiti tempat axa bekerja akan melangsungkan majlis konvokesyen. Dah dua hari, tak lekat duduk kat depan pc.

Malam tadi, axa balik ke rumah mak. Memang rutihhari rabu balik ke rumah mak, menjenguk buah hati pengarang jantung. Sejak jadi ibu ni, axa dan ayah aszra berulang dua hari sekali balik ke rumah mak. Ada juga suara2 yang berkata, axa tak patut menjenguk anak dua hari sekali, tapi axa juga punya tanggungjawab sebagai isteri dan kami juga punya rumah sendiri. Jadi sementara aszra masih kecil, biarlah mak yang mengasuhnya. Terjamin keselamatannya. Ye la, nenek mana tak sayang cucu.. the only cucu pulak tuh.

Sampai2 di rumah, axa terus menyusukan aszra. Dari gerak lakunya, memang benar dia rindu pada axa, rindu menyusu dengan ibunya. Lepas tuh axa mandi2 dan bersiap untuk makan malam. Tengah makan, aszra tiba2 menangis, axa tahu..dia nak susu. Mak cuba bagi susu botol, memang la dia tak nak, apatah lagi bila dia tahu ibu dia ada kat rumah. Sementara axa menghabiskan suapan terakhir, axa dengar aszra menangis dan menjerit dengan kuat. Sah dia start merajuk. Ini bukan pertama kali. Dia akan menangis sekuat-kuatnya dan bila axa dan menyusukan dia..dia akan menolak, membiarkan dirinya terus menangis. Mak adan ayah cuba pujuk. Lama2 reda tangisannya yang semakin manja bunyinya. Seakan mengadu sesuatu pada atok dan nenek. Axa cuba mendukungnya, terpandang saja muka axa, dia terus menangis.. ala2 merajuk dan sedih. Entah kenapa hati axa tersentuh, bila lihat aszra begitu. Axa benar2 terasa, axa tak menjalankan tugas sebagai ibu dengan baik sehingga aszra merajuk sebegitu rupa? Mengalir air mata axa sambil memujuk aszra. Dia seakan mengadu dengan axa, mungkin meluahkan rasa rindu pada ibu yang hanya dua hari sekali baru dapat bertemu. Dan bila axa menyusukan dia semula, baru la dia nak. Anak ibu mintak dipujuk rupanya.

Axa tak tahu apa yang anak sekecil aszra fikir atau rasa tentang hubungan, tapi axa dapat rasakan, anak kecil sepertinya sudahpun mengerti tentang rasa kasih dan sayang. Memeluk aszra, axa dapat rasakan ketenangan yang tak dapat digambarkan. Memandang wajah mulusnya, buat axa hilang rasa penat seharian bekerja. Dan axa yakin, inilah yang dirasai oleh semua ibu di dunia ini. Biar menitis air mata, hubungan indah ini takkan mungkin dapat dipisahkan. Bersyukur axa ke hadrat illahi, dikurniakan dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini.