Tuesday, March 29, 2011

Hangin!

Topik pagi kat Hot.fm hari ni memang buat saya hangin la.. Oh.. asalnya keluar kat paper kononnya pemandu wanita memandu secara merbahaya, kata si Bung Mokhtar yang kawin ngan Zizie Ezzete tu la. Boleh pulak dibahaskan isu ni kat dewan rakyat. Saya tak faham la.. kenapa lah sibuk nak bahaskan isu pemandu wanita pulak. Sedangkan banyak lagi isu jalan raya yang boleh dibangkitkan dan dicari jalan penyelesaiannya. Saya tak nampak isu apa jalan penyelesaian untuk isu pemandu wanita ni. Setakat nak gembar-gemburkan isu tapi tak ada penyelesaian buat apa? Nak suruh pompuan tak payah drive?? Nak gantung lesen pemandu pompuan?? Nampak sangat sengaja nak create havoc.


Cuba kita tengok tiap2 hari kes kemalangan jalan raya.. yang maut tu semua lelaki. Yang mat2 rempit yang bahayakan orang tu..semua lelaki, pastu yang bawak bas sampai berguling2 bas tu, habis mati penumpang, semuanya pemandu lelaki kan. Ada ke kita ni sibuk2 nak mengutuk pemandu lelaki memandu secara merbahaya? Bab2 memandu ni sebenarnya bergantung pada attitude. Pompuan ke lelaki ke..semua sama. Kita semua pandu kereta 4 tayar, ada gear auto, ada manual.. semua sama.. kecuali jenis kereta dan cc kereta la kan.. Tapi cara memandu yang kita belajar kat sekolah memandu kan sama jugak.. So, yg membezakan ialah sikap kita.. bukan jantina. Kalau nak dibahaskan isu ni.. dua2 belah pihak nak menang. Sampai ke sudah lah tak ada apa2 penyelesaian.. never ending story.. setakat nak memprovokasi kan keadaan je boleh la.. So, pada ahli2 politik kat luar sana, better fikir dan cari lah isu yang lebih bermanafaat.. kalau nak citer bab2 jalan raya, cuba bahaskan isu cthnya.. 1. kenapa jalan masih jem padahal dah bayar tol mahal.. 2. Cam mana nak settle kan hal2 mat rempit yang sampai sekarang tak settle2.. 3. Kenapa masih ramai yang drive laju sedangkan dah berjuta2 saman di keluarkan... Jangan nak fokus isu pompuan je.. tapi kalau nak jugak sibuk isu pompuan, cuba cari penyelesaian cthnya cam mana nak elakkan wanita ni jadi pelacur utk sara hidup ke.. kan lagi afdal....

5 comments:

~SaTo OrEo~ said...

hahahaha.... emo betol k.as.. dengar gak pg tadik.. tula... diorg neh takleh nak pk yg isu mengaitkan jantina neh sensitip...

xde maknanya pemandu wanita berbahaya.. lelaki 2x5 jek..

maizikeem said...

kita sokong 100%!!!

legesilo said...

keep posting like this it’s really very good idea, you are awesome!

paxil

wafeperu said...

excellent articles, useful for me. keep writing and happy blogging.

paxil

wafeperu said...

IĆ¢€™ve been into blogging for quite some time and this is definitely a great post.Cheers!

generic paxil