Friday, March 11, 2011

Kebenaran terbongkar jua akhirnya

Pagi ni Aszra dah kembali ke sekolah. Alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya. Memang nampak ceria pagi ni. Tak sabar nak ke sekolah lepas empat hari kat hospital. Tapi sekolah satu hari, minggu depan nak cuti la pulak kan..

Kalau ada yang masih ingat, saya pernah menghadapi masalah bila aszra tak nak ke sekolah, seawal minggu ke dua penggal persekolahan. Seminggu lebih saya dan suami terpaksa berdepan dengan kerenahnya yang sangat pelik. Mulutnya asyik cakap takut..takut takut.. bila di tanya takut apa, dia kata tak tahu. Saya sendiri agak stress nak menangani Aszra masa tu. Tiap2 pagi saya bacakan doa, surah taha.. alhamdulillah berhasil..cuma dia selalu kata nak suruh saya tunggu kat luar sekolah. Saya iyer kan saja, walhal saya tak tunggu pun. Lepas beberapa minggu, aszra ada buat perangai lagi. Dia kata dia takut.. kali ni dia lebih berterus terang lepas kami tanya baik2.. dia kata dia takut teacher N, guru kelasnya. Katanya, dia kena marah. Mula lah dia buat perangai tak nak ke sekolah.. Saya pening, dan tak mahu terpaksa menghadapi situasi mcm tu lagi. Saya telefon principal J untuk mendapat kepastian. Aszra dipanggil oleh principal J dan dihadapan teacher N, aszra mengaku dia takutkan teacher N.Hmmm.. esoknya, teacher N sempat ckp kat saya, kononny dia tak marah aszra sebaliknya marah budak lain, cuma aszra saja yang terasa lebih2.. hmm ok. Saya ni as ibu, x mahu lah dikatakan terlalu memanjakan anak.. jadi saya take it easy.. saya keep pujuk aszra ke sekolah. Sampai satu pagi, saya dipanggil oleh tukang masak di situ bercerita bahawa teacher N itu sangat garang dengan pelajar. Hari yang sama, kawan baik anak saya, Hana jugak tidak mahu ke sekolah.. alasan yang sama..takut teacher N marah. Sekali lagi saya bercakap dengan principal J, now priority kami adalah untuk memastikan anak kami gembira dan happy ke sekolah.. education comes no 2. Kalau tak happy macam mana nak ke sekolah kan... Mama Hana pun ada bercakap dengan principal J. Saya selalu terasa anak saya sajakah yang bermasalah.. terlalu manja sampai tak boleh kena marah.. saya tahu mungkin ada juga ibu bapa di situ yang merasakan kami terlalu memanjakan anak, sampai asyik nak complaint.. tapi bagi saya, saya ada hak.. jika anak saya takut nak ke sekolah..untuk apa saya kami bayar mahal2.. esp bila dia dah sebut apa yang dia takut.. Alhamdulillah... principal J berjaya menangani masalah aszra. Aszra semakin suka ke sekolah. Tiap2 hari rajin buat home work.. malah, aszra ada bercerita, teacher N sayangkan dia.. pernah kiss dia.... Dari mama Hana juga saya dengar yang sama. Hana dah ok ke sekolah...

Masuk bulan februari.. saya sudah tiada masalah dengan aszra. Tapi saya ada mendengar ibu2 lain pula yang bercerita, anak takut nak ke sekolah.. anak membuat banyak alasan tak nak ke sekolah. Rata, semua takut nanti teacher marah.. takut teacher pukul.. Risau juga saya kalau kes aszra berulang lagi.. bila saya tanya aszra, dia kata dia tak kena marah.. budak lain kena marah, kena pukul. Mungkin ibu-ibu lain pula merasa apa yang saya pernah rasa dulu.. sehinggalah hari jumaat lepas.. saya mendapat panggilan dari Lin, ibu Danial.. kawan anak saya. Kebetulan, Lin dan suami memang lama dah berkawan dengan kami.. masa nak pilih sekolah tadika pun, kami survey sama2. Lin call saya, dia di balai polis.. membuat laporan, Danial dipukul oleh teacher N sehingga pecah bibir dan berdarah. MasyaAllah.. terkejut saya. Lin meminta saya clarify dengan aszra. Saya call aszra, dia kata dia tak nampak dania berdarah, tapi bila saya balik dari kerja.. saja berborak dengan dia.. tanya samaada teacher N ada pukul Danial tak.. dengan selamba tanpa dipaksa, aszra menjawab, ha..a teacher N pukul Danial macam ni... sambil tunjuk gaya dia memegang kepala dari belakang dan menghantuk kan kepala ke meja. Terkejut kami.. memang kami tahu dia bukan mereka-reka cerita. Dari mama Hana pun kami dapat cerita yang sama. Hana juga cerita sambil tunjuk gaya teacher N menghantuk kepala Danial.. Seorang lagi classmate aszra, Aliya pun cerita benda yang sama...Mereka tidak menipu..

Lin dan suaminya telah bersemuka dengan principal J dan teacher N. Teacher N tidak mengaku langsung.. dia kata dia tolak kepala tak kuat pun. Walau kuat atau tak kuat, apa hak dia untuk tunjal kepala anak orang. Malah, as a teacher, dia sepatutnya mengajar budak2 ni agar tidak dengan sewenang2nya tunjal2 kepala kawan-kawan. Hari Sabtu, principal J call saya dan beberapa ibu untuk mengesahkan cerita anak masing-masing. Terkejut principal J mendengarnya. Hari Isnin, khabarnya ada pihak dari HQ datang untuk menyiasat dan hari Selasa, walaupun saya di hospital, saya mendapat berita, teacher N telah pun meletakkan jawatan denagn notis 24 jam. Mungkin teacher N takut jika diberhentikan, jadi berhenti dulu adalah lebih baik. Walaubagaimana pun teacher N memang tidak mengaku dia telah mencederakan Danial.. malah, dia mereka-reka cerita dengan ibu2 yang lain kononnya Danial ni tak dengar kata, tak nak buat kerja. Pelik lah.. kenapa lah nak cerita tentang anak orang lain pada ibu-ibu yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik mereka di sekolah. Tapi bukan dengan kekerasan.. mereka baru berumur 5 tahun.. rata2 nya baru pertama kali nak menempuh alam persekolahan.. baru nak mencuba untuk mempercayai orang-orang lain selain dari ahli keluarga di rumah. Kalau tahun pertama tadika pun telah diugut dengan perkara2 yang menakutkan.. tak mustahil mereka akan takut ke sekolah kebangsaan nanti.

Alhamdulillah, kes dah selesai. Khabarnya, ramai budak2 yang ceria datang ke sekolah sejak principal J mengambil alih kelas J5, isnin lalu. Memang principal J tu sangat baik dan lemah lembut orangnya. Pagi tadi, semasa hantar Aszra, sempat berborak dengan beberapa orang ibu, rupanya, ramai yang dah menghadapi masalah anak takut dengan teacher N, tapi tak berani nak tampil.. dan ada yang buat tak kisah tapi, Allah tu maha berkuasa.. apa saja keburukan sekarang sudah diperlihatkan. Kalau ada ibu2 yang terasa saya hanya memanja kan anak saya, sekarang sudah terbongkar segalanya, teacher N itu lah punca Aszra takut ke sekolah. Harap-harap berakhirlah sudah episod anak tak nak ke sekolah..

3 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

aduhhh .. mcm2 kes .. sian budak 2 kan .. baru umo 5 thn tp fobia bila dpt cikgu masalah cam gini...

SAYA said...

So far akak tak punya masalah cam ni dgn sekolah Syasya...Alhamdulillah. Tp, kita mesti bersuara demi menegakkan kebenaran. Jgn takut.....Insyaallah Dia akan membantu.

Azmir Ismail said...

wa.. like that eh, syukurlah dah settle ... budak2 kecil mana tahu menipu ... orang dewasa pandai la .. :P ..