Thursday, March 24, 2011

Brother & Sister

Lama saya tak cerita pasal budak dua orang tu. Buah hati pengarang jantung saya.. Saya mulakan dengan si kakak, Aszra. Alhamdulillah... ke sekolah tidak ada masalah lagi. Senang nak kejutkan pagi2. Lepas tu dia ni jenis yang rajin buat home work. The moment dia masuk pintu rumah, balik dari school, terus nak siapkan homework. Tak tanggal baju, tak makan.. terus nak buat kerja. Harapnya kekallah sampai besar nanti, buat kerja tak bertanggunh-tangguh. Pastu belah malam, dia akan tunjukkan homework yg dah siap kat saya.. untuk saya check ok ke tak. Macam tu lah rutin tiap2 hari. Pastu bila hari cuti, dia suka buat aktiviti. Now saya belikan buku untuk aktiviti mcm buat maze ke, buat tambah tolak ke... Lega saya, bila dia ni rajin bab2 belajar ni. Pastu si kakak ni, lately ni memang dah boleh diharap. Boleh mintak tolong dia ambikkan barang ke..angkat kain baju, siram pokok bunga, tolong basuh pinggan pun boleh. Baru ni masa ayah dia masuk ward, dialah yang jaga ayah dia kat hospital.. saya ke Kuching, si kakak ni lah peneman ayahnya. Dia kesian kat ayah.. dia nak ambikkan ayah air lah..nak tolong bawak ayah gi toilet la.. sejuk hati ayahnya... Now, malam2 lepas dah check semua homework dia, dia akan ajak ayah dia main Saidina ke.. monopoly ke.. dah pandai dah konsep jual beli ni...

Si Kakak - Aszra yang akan mencecah 5 tahun Mei nanti

Bercerita kisah si adik Asyif pulak, sekarang ni mcm nampak lebih sihat walafiat. Masa dia kat wad hari tu, berat dia turun sampai cecah 10kg.. now dah naik balik. Rasanya dah nak cecah 15kg dah kot.. semangat semacam je bila saya dukung. Lenguh tangan. Si adik ni, progress dia pun bagus. Umur baru setahun 1 bulan. Gigi dah lebih 10 batang dah.. saya dah dapat rasa gigi geraham pun dah tumbuh. Sekarang ni pandai lak pegang hp, sambil tu cakap2 la..konon mcm tengah ckp kat hp. Pastu sama mcm kakak, suka buku. Bila ada buku, dia akan tunjuk2 sambil bubling.. mcm konon2 baca buku. Sama jugak bila dia dapat main kat piano/keyboard...dia akan berlagak kononnya tengah main sambil menyanyi nyanyi...

Si Adik -Asyif. Semua benda nak cuba..

Baru2 ni, masa saya gi kuching, si kakak duduk temankan ayah kat hospital, si adik duduk ngan emak saya di Kapar. Hampir 2 hari diorg tak bertemu. So, hari kedua tu, si kakak balik la nak jemput adik balik rumah.. Saat si adik ni tenampak kakak..terus dia menggelupur menuju ke si kakak.. di peluknya si kakak, sambil menangis.. Mamacu, Wan dan Tok Wan sangat terkejut tengok drama tersebut. Si adik yg baru setahun jagung ni sungguh berperasaan... sedih dan rindu agaknya hampir 2 hari tak dapat jumpa dan main ngan kakak. Saya yang mendengar cerita ni masa di Kuching pun turut mengalir air mata.. Walaupun diorg berdua ni kadang2 bercakaran... tapi sebenarnya memang sayang to each other. Harapnya sampai dewasa lah mereka akan terus sayang menyayangi antara satu sama lain...InsyaAllah

Air dicincang tak akan putus

3 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

nie nukilan dari kuching ye .. bagus ler ada anak dara leh tolong ... senang hati mama dia ;-)

as a.k.a axa87 said...

dah balik dari kuching dah diana.. eheheheh.. tu la, sejul perut bila tengok anak rajin menolong...tapi time dia mood tak baik, tantrum jugak dia....heheh

Dy said...

ni mesti asyif rasa kehilangan...udah ler ibu takde...ayah pun tak nampak batang idung...kakak pun tak nampak jugak...itu bila nampak orang pertama yg dekat dihati dia terus terpa....alaaaaa...ciannya dia...