Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Malam tadi saya, aszra dan en asrof join kak dura dan geng pelopornya tengok movie hikayat merong mahawangsa. Sempat lagi tu gi tengok.. yer la, dah janji ngan aszra masa dia kat ward lagi.. nak bawak dia gi tengok movie.. tapi sebenarnya ibu dia ni yang lebih2 nak tengok.Hehehehe..Saya memang teruja nak tengok citer ni. Salah satu sebab ialah saya memang suka pada sastera melayu. So, hikayat merong mahawangsa adalah antara hikayat yang saya pernah baca selain hikayat malim deman dan hikayat hang tuah. Lagi satu sebab ialah first time filem malaysia nak buat filem epik cam gini kan.. kalau citer 300, clash of the titan, prince of persia kita semua sibuk nak gi tengok kat panggung, kenapa hikayat merong mahawangsa ni tak nak pulak kan..

Seperti semua tahu filem ni under KRU. So memang gempak lah dari segi CGI nya. Memang terasa macam tengok citer orang putih la. Pastu pelakonnya pun campur2, ada yang kenal ada yang tak kenal. Semua memainkan watak yang baik. So, secara overall memang menarik untuk ditonton. Ada jalan cerita yang jelas, mudah nak faham.. pastu filemnya sangat cantik, setanding citer2 hollywood buat. Tapi biasalah ada kekurangan..tak apa lah kan, banyak lagi masa untuk perbaiki. At least kat malaysia ni dah semakin improve la kualiti filemnya. Dulu ada satu masa, balik2 filem cinta pastu ada selit lawak2 bodoh. Most citer life budak2 universiti, tapi yang sedihnya satu pun x menggambarkan kehidupan sebenar universiti.. saya tahu la kan.. saya pun masuk U..ehehhe

Saya agak bangga jugak lah, 3 beradik anak abdul halim ni banyak cuba nak buat kelainan. Dulu diaorg buat cicak man, actually percubaan yang baik. tapi saya agak bosan sebab masa tu balik2 muka apek je yang selalu buat lawak. JAdi macam tak layan sangat la. Baru-baru ni saya tengok citer Magika. Yang ni saya sangat suka. Kreatif diorg ni, menggunakan watak-watak citer dongeng melayu dalam jalan citer tuh. Satu lagi tengah tayang kat Astro First..citer Haq. Tu pun nampak menarik. Mengingatkan saya pada citer The Covenant.. memang confirm nak tengok. Apa2 pun, saper2 yang belum tengok, sila lah tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Sama2 kite sokong industri filem kita. Lagi pun si Merong ngan Putera Marcus tu memang hensem...eheheheh

1 comment:

maizikeem said...

i Like!!