Monday, April 04, 2011

Cikgu oh cikgu

Tadi jam 8, tengok Buletin Utama.. pastu kul 12 ni tengok lagi Nightline.. geram pulak saya tengok berita budak 7 tahun, mati kena belasah dengan cikgu/warden. Apa lah salah budak tu sampai kena teruk bawak maut tuh. Sakit hati lah... Apa kena cikgu2 sekarang ni.. ada ke budak 7 tahun yang kecik tu nak dijadikan lawan. Ikut berita, budak tu siap kena ikat kat tingkat sekolah... pastu bila budak tu dah lembik pengsan, pandai pulak hantar gi hospital. Dr. kata ada berlaku pendarahan dalam kepala... mesti teruk dan kuat cikgu tu pukul. Kalau tak takkan sampai mati budak tu... hangin lagi saya..


Tak tahu la, apa nak jadi sistem pendidikan sekarang. Nampak sangat yang jadi cikgu ni sebenarnya bukan minat nak jadi cikgu pun, tapi mungkin sebab dah tak ada kerja lain.. jalan mudah, mintak lah jadi cikgu kan. Bagi saya, untuk jadi seorang guru, memerlukan minat yang mendalam.. ada azam nak didik anak2 murid. Baru lah berkat. Siapa kata kerja jadi cikgu ni senang.. nampak je cikgu2 ni mcm banyak cuti la..kerja half day la...tapi tanggungjawab diaorg ni sangat lah berat dan besar. Bayangkan lah.. kita yang ada anak 2-3 orang pun kadang2 pening kepala ngan perangai anak2 sendiri.. cikgu2 yang terpaksa handle satu kelas dalam 30 orang budak lagi le.. mcm2 perangai diorg kena control.. and yet, anak2 kita boleh pulak jadi pandai membaca, mengira.. pandai sampai masuk universiti.. Bila anak kita tak pandai kita salahkan cikgu jugak kan... berat kan tugas diaorg. Saya pernah jadi guru gantian lepas saya grad dulu.. walaupun sebulan dua.. tapi saya dapat rasa beratnya tanggungjawab yang dipikul.. So..untuk jadi cikgu ni sebenarnya memang kena ada rasa ikhlas yang tinggi dalam menyampaikan ilmu... Sebab tu org kata jadi cikgu ni tugas yang mulia kan...


Saya teringat kes anak saya dan kawan2nya kat sekolah. Salah satu contoh cikgu yang tak patut jadi cikgu. Dengan budak umur 5 tahun pun sanggup nak hantuk kepala budak kat meja sampai pecah bibir. Apa punyer cikgu la tu kan... Sepatutnya cikgu2 lah yang akan menggalakkan dan membuatkann budak2 rasa happy nak gi sekolah. Mungkin cikgu2 yang mcm ni lah yang menyebabkan budak2 tak nak pergi sekolah, pastu malas nak belajar sebab mereka rasa sekolah adalah satu perkara yang menakutkan, membosankan dan membebankan...Jadi, pada sesiapa yang berhajat nak jadi cikgu, cermin diri tu dulu.. cuba kaji betul2..layak ke diri anda nak memikul tanggujawab besar ni.. kat dunia boleh lah buat mcm2 kat budak2 kecik ni..tapi kat akhirat nanti jawab lah... sebab tak mampu nak jalankan amanah as a cikgu.


p/s : untuk kawan2 saya yang bergelar cikgu kat luar sana.. saya tahu anda semua guru yang hebat dan berdedikasi... teruskanlah perjuangan mendidik anak2 bangsa...




Saya (kiri sekali) dengan kawan2 dan cikgu kelas saya.. Alhamdulillah, cikgu saya semua baik2 belaka...



4 comments:

Azmir Ismail said...

Sedih dengar kes2 macam ni ... saya ada seorang dua rakan yang pilih profesi perguruan kerana sebab yang As sebut di atas .." kerja dengan gomen .. selamat dan terjamin..", kata tipikal mereka. Mungkin proses pengambilan mereka dan pemantauan mereka harus diperkemaskan lagi. Tapi, cerita itu sekarang kepada ibu bapa si budak itu tidak berguna sekarang.. :(

Unknown said...

As, sejak semalam emosi kak dy terganggu baca berita tu...budak tu 7 thn..terbayang anak2 sendiri...kalau betul budak tu mencuri...takkan sebegitu nak mengajar budak tu untuk mengaku...bukan 7 juta dia curi...rm 7 je pun..cuba le panggil ibubapanya...ustaz tu dah dirasuk setan agaknya...kekadang guru agama ni ada yg byk sakit jiwa...senang dirasuk setan..

Semoga setimpal le pembalasan kpd guru agama yg kejam itu. Buat takut je nak hantar anak gi sekolah tahfiz...byk sgt kes ...

Unknown said...

ralph lauren, insanity workout, north face outlet, mont blanc, gucci, instyler, reebok shoes, babyliss, ferragamo shoes, wedding dresses, asics running shoes, longchamp, iphone cases, bottega veneta, soccer shoes, converse outlet, mac cosmetics, nike roshe, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, chi flat iron, hollister, nfl jerseys, nike huarache, baseball bats, louboutin, p90x workout, birkin bag, nike air max, nike trainers, vans shoes, beats by dre, lancel, oakley, giuseppe zanotti, nike air max, soccer jerseys, mcm handbags, herve leger, ray ban, north face outlet, celine handbags, vans, new balance, timberland boots, hollister, valentino shoes, lululemon, hollister, ghd

Unknown said...

coach outlet, moncler outlet, canada goose, pandora jewelry, louis vuitton, canada goose, marc jacobs, louis vuitton, wedding dresses, louis vuitton, moncler, canada goose, moncler, bottes ugg, swarovski crystal, pandora charms, moncler, ugg boots uk, juicy couture outlet, replica watches, ugg,uggs,uggs canada, canada goose outlet, moncler, louis vuitton, moncler, pandora charms, swarovski, ugg,ugg australia,ugg italia, canada goose, karen millen, canada goose outlet, pandora jewelry, links of london, moncler, ugg pas cher, montre pas cher, thomas sabo, toms shoes, juicy couture outlet, moncler, supra shoes, doudoune canada goose, sac louis vuitton pas cher, canada goose uk, hollister