Thursday, March 10, 2011

Anak2 masuk wad

Saya baru saja balik dari hospital. Dua2 buah hati, Aszra dan Asyif dimasukkan ke hospital sejak subuh Isnin yang lepas. Penat betul duduk 4 hari kat sana, walaupun dapat bilik yang luas, katil yang selesa.. Alhamdulillah hari ni dua2 dah dibenarkan balik.

Asalnya weekend lepas, kami sekeluarga ke Melaka, wedding ofismate saya di Alor Gajah. Kebetulan, Sato and famili pulak dah tempah satu apartment di Mahkota Hotel kat Bandar Melaka. So, join je la kan.. tinggal satu malam kat sana. Dapat lah budak2 ni mandi kat swimming pool. Malam minggu, kami ke Alai, merasa ikan bakar kat sana.. family Wayi pun join sama. Kami balik dari Melaka around tengah hari, sempat juga singgah kat Taman Buaya.. Aszra teringin sangat nak tengok buaya.. Sampai Setia Alam sekitar pukul 4.


Belah malam.. budak2 dah flat sejak kul 10. Penat kot. Pukul 11 malam, tiba2 Asyif yang tengah tido muntah.. ingatkan muntah biasa.. lepas salin baju, biarkan dia tido balik. Dalam 20 minit lepas tu dia muntah balik. Pastu dia tido lagi.. masuk kali ketiga muntah, kami decide ke Klinik berdekatan je la.. lepas dapat ubat dan bagi ubat .. asyif tido balik. Pukul 2 pagi, episod kedua pulak bermula. Aszra terbangun menangis.. ingatkan dia mengigau atau mimpi apa2 ke.. tengah menangis tu Aszra pulak melambakkan isi perutnya kat atas bantal.. Ha.. sudah.. apasal lak ni. Lepas 15 minit, Aszra muntah balik.. dalam masa yang sama, asyif pun start muntah balik. Asyif lebih kurang 6 kali muntah.. tapi dia masihnak menyusu.. bila aszra dah masuk kali ke 3 muntah, terus kami angkut dua2 ke hospital.. terus la kena tahan. Dah suspect food poisoning sebab at the same time saya call sato, rupanya Hazmi pun dapat simptom yang sama..muntah2... there must be something wrong kat Melaka..

So.. alhamdulillah dah dapat treatment.. Aszra masuk air 4 hari ni..dan dah fully recovered, cuma Asyif je yang masih cirit birit..tapi nampaknya gettting better la.. Doktor kata jangkitan Rotavirus.. tak tahu lah dapat kat mana.. apa2 pun syukur sangat, nothing serious.. Memang memeningkan bila anak2 tak sihat.. now bila tengok dua2 ceria baru lah lega....

1 comment:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

alahai siannyer .. get well soon ;-)