Tuesday, March 15, 2011

I need my voice back

Saya rasa mcm jadi orang cacat pulak bila suara saya tenggelam timbul. Hmm.. tak nak bayangkan kalau ditakdirkan menjadi bisu dan tak boleh bersuara. Syukur sangat, walaupun suara saya tak kedengaran seperti biasa, tapi at least saya masih boleh bercakap. Ni demam duk hospital punyer penangan la ni...

Petang semalam, saya hadiri taklimat Pengacara Majlis atau nama glamernya emcee untuk Majlis Amanat Perdana Menteri (MAPPA) di PICC. Ni antara majlis besar kerajaan sebab yang hadir PM, TPM dan semua menteri2. Ni first time ni saya nak jadi emcee majlis besor kerajaan. Saya calon emcee utama lak tuh. Orang sebelah sana dah pandang kemampuan saya kot..eheheh. Tapi, dengan suara yg masih tenggelam timbul ni boleh ke saya jadi emcee 22 mac nanti. Tu yang saya risau tu. Kalau by monday (rehearsal penuh), saya masih mcm ni.. terpaksalah digantikan dengan emcee backup. Huwaaaaaaaa...

Sebenarnya, saya memang teringin nak jadi emcee utk MAPPA kali ni. Saya nak buktikan orang2 IT mcm saya pun boleh setanding dengan 'mereka' di sebelah sana. Mungkin sayalah pemecah tradisi... Masa Perhimpunan Perkhidmatan Awam hari tu, Alhamdulillah...saya antara emcee utama. Kali ni, bila diberi peluang lebih besar, haruslah saya ambik kan... Moga2 saya dapat balik suara asal saya at least hujung minggu nanti... cam mana ek nak baikkan suara saya ni....

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

risau nyer kalau ada event kena jd emcee hilang suara plk .. all the best as ;-)

maizikeem said...

it will come back..drink plenty of warm water. no ice and cold drink...insyaallah!