Tuesday, March 29, 2011
Hangin!
Friday, March 25, 2011
Idaman Hati
Thursday, March 24, 2011
Brother & Sister
Si Kakak - Aszra yang akan mencecah 5 tahun Mei nanti
Si Adik -Asyif. Semua benda nak cuba..
Air dicincang tak akan putus
Thursday, March 17, 2011
Berat hati bagai ada batu
Selain dari kesiankan Asyif, satu lagi kerisauan saya bertambah. En Asrof demam panas dah dua hari. Mc duduk kat rumah. Semalam saya cuti sebab dia mcm tak leh nak bangun sangat. Hari ni pun masih MC. Harapnya kebah lah demam tu. Risau saya kalau melarat. Kalau esok demam lagi macam mana. Saper nak jaga makan minum dia. Aduhaiii..pening saya. Kalau boleh nak lah pergi ke sana dengan hati yang tenang. Kalau mcm ni sure lah saya asyik teringat2 rumah. En Asrof tu jarang sakit pening. Tapi kalau sekali sakit memang teruk. last time dia demam, sampai melarat lebih dari seminggu. Suspect denggi dah. Pastu semua benda saya akan uruskan. Biasalah.. sekali sekala demam, masa ni lah dia nak bermanja ngan isteri dia. Saya dah jadi serba salah dah ni. Walau pun saya pergi tak lama, tapi nak meninggalkan family yang tak sihat ni sangat lah berat hati. Ya Allah, berikanlah suamiku kesihatan yang baik dan jauhkan lah dia dari sebarang musibah. Amin...
Berat hati nak tinggalkan tiga buah hati ni.
Dari kiri: Anak Raja Pucuk Kebambam, Putera Pucuk Kelompang, Puteri Pucuk Kedaung
Tuesday, March 15, 2011
I need my voice back
Monday, March 14, 2011
Baldu Merah
Saturday, March 12, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa
Seperti semua tahu filem ni under KRU. So memang gempak lah dari segi CGI nya. Memang terasa macam tengok citer orang putih la. Pastu pelakonnya pun campur2, ada yang kenal ada yang tak kenal. Semua memainkan watak yang baik. So, secara overall memang menarik untuk ditonton. Ada jalan cerita yang jelas, mudah nak faham.. pastu filemnya sangat cantik, setanding citer2 hollywood buat. Tapi biasalah ada kekurangan..tak apa lah kan, banyak lagi masa untuk perbaiki. At least kat malaysia ni dah semakin improve la kualiti filemnya. Dulu ada satu masa, balik2 filem cinta pastu ada selit lawak2 bodoh. Most citer life budak2 universiti, tapi yang sedihnya satu pun x menggambarkan kehidupan sebenar universiti.. saya tahu la kan.. saya pun masuk U..ehehhe
Saya agak bangga jugak lah, 3 beradik anak abdul halim ni banyak cuba nak buat kelainan. Dulu diaorg buat cicak man, actually percubaan yang baik. tapi saya agak bosan sebab masa tu balik2 muka apek je yang selalu buat lawak. JAdi macam tak layan sangat la. Baru-baru ni saya tengok citer Magika. Yang ni saya sangat suka. Kreatif diorg ni, menggunakan watak-watak citer dongeng melayu dalam jalan citer tuh. Satu lagi tengah tayang kat Astro First..citer Haq. Tu pun nampak menarik. Mengingatkan saya pada citer The Covenant.. memang confirm nak tengok. Apa2 pun, saper2 yang belum tengok, sila lah tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Sama2 kite sokong industri filem kita. Lagi pun si Merong ngan Putera Marcus tu memang hensem...eheheheh
Friday, March 11, 2011
Kebenaran terbongkar jua akhirnya
Kalau ada yang masih ingat, saya pernah menghadapi masalah bila aszra tak nak ke sekolah, seawal minggu ke dua penggal persekolahan. Seminggu lebih saya dan suami terpaksa berdepan dengan kerenahnya yang sangat pelik. Mulutnya asyik cakap takut..takut takut.. bila di tanya takut apa, dia kata tak tahu. Saya sendiri agak stress nak menangani Aszra masa tu. Tiap2 pagi saya bacakan doa, surah taha.. alhamdulillah berhasil..cuma dia selalu kata nak suruh saya tunggu kat luar sekolah. Saya iyer kan saja, walhal saya tak tunggu pun. Lepas beberapa minggu, aszra ada buat perangai lagi. Dia kata dia takut.. kali ni dia lebih berterus terang lepas kami tanya baik2.. dia kata dia takut teacher N, guru kelasnya. Katanya, dia kena marah. Mula lah dia buat perangai tak nak ke sekolah.. Saya pening, dan tak mahu terpaksa menghadapi situasi mcm tu lagi. Saya telefon principal J untuk mendapat kepastian. Aszra dipanggil oleh principal J dan dihadapan teacher N, aszra mengaku dia takutkan teacher N.Hmmm.. esoknya, teacher N sempat ckp kat saya, kononny dia tak marah aszra sebaliknya marah budak lain, cuma aszra saja yang terasa lebih2.. hmm ok. Saya ni as ibu, x mahu lah dikatakan terlalu memanjakan anak.. jadi saya take it easy.. saya keep pujuk aszra ke sekolah. Sampai satu pagi, saya dipanggil oleh tukang masak di situ bercerita bahawa teacher N itu sangat garang dengan pelajar. Hari yang sama, kawan baik anak saya, Hana jugak tidak mahu ke sekolah.. alasan yang sama..takut teacher N marah. Sekali lagi saya bercakap dengan principal J, now priority kami adalah untuk memastikan anak kami gembira dan happy ke sekolah.. education comes no 2. Kalau tak happy macam mana nak ke sekolah kan... Mama Hana pun ada bercakap dengan principal J. Saya selalu terasa anak saya sajakah yang bermasalah.. terlalu manja sampai tak boleh kena marah.. saya tahu mungkin ada juga ibu bapa di situ yang merasakan kami terlalu memanjakan anak, sampai asyik nak complaint.. tapi bagi saya, saya ada hak.. jika anak saya takut nak ke sekolah..untuk apa saya kami bayar mahal2.. esp bila dia dah sebut apa yang dia takut.. Alhamdulillah... principal J berjaya menangani masalah aszra. Aszra semakin suka ke sekolah. Tiap2 hari rajin buat home work.. malah, aszra ada bercerita, teacher N sayangkan dia.. pernah kiss dia.... Dari mama Hana juga saya dengar yang sama. Hana dah ok ke sekolah...
Thursday, March 10, 2011
Anak2 masuk wad
Saturday, March 05, 2011
LV vs Coach
ni lah beg coach idaman saya
Sampai sekarang saya masih tak ada designer beg yang original. En suami pernah tanya, nak beli ke tak. Kalau ikut hati memang nak ler.. esp coach. Tapi entah la.. Bukan masalah tak mampu, duit boleh cari, tapi hati saya belum terbukak nak beli beg yang harganya ribu-ribu. Saya ni dah lah pakai beg tangan sangat lasak. Beg paling mahal saya Liz Clairbone dapat masa birthday hari tu. Tu pun saya dah cukup bersyukur. Tapi bila tengok org lain pakai designer bag ni.. teringin juga.. Pastu temankan kawan2 gi butik2 ni pun best jugak. Dapat belajar cam mana nak berckp bahasa designer item ni.. heheheheh.