Thursday, July 15, 2010

Saya Insaf


Semalam, saya ambil cuti half day. Dah janji dengan mak, saya kena jaga anak2 coz mak saya ada routin check up kat klinik kesihatan. Check up tu sekali dalam 3 bulan. Lepas mak selesai dengan urusannya, saya bawak pulak mak ngan ayah saya ke HKL, melawat ibu mertua adik saya yang dah 4 hari kat situ. Macam problem jantung katanya... Hampir 2 jam saya di HKL, saya berkenalan dengan seorang yang boleh saya panggil kakak dengan usia awal 40an. Dia duduk di katil sebelah ibu mertua adik saya. Dari raut wajahnya saya dapat agak dia berdarah campuran.. memang tetap, ibunya Scottish. Dia disitu sudah sebulan, kencing manis katanya. Ditunjukkan juga kepada saya, kaki kanannya yang hanya tinggal separas lutut.. dah dipotong hujung tahun lepas akibat kencing manis. Dia bercerita seolah2 tiada apa yang merunsingkan fikirannya... bila ditanya tentang keluarga, dia tiada suami mahupun anak2. Dia hanya menumpang dengan abang yang sudah tidak peduli lagi tentang dirinya. Sebulan disitu pun sebab dia masih menungguh keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat utk menempatkan dia di rumah orang2 merempat. Saya sangat terkejut.. Tapi senyuman tetap terukir dibibirnya. Dengan kaki yang telah kudung, mata yang telah pudar penglihatannya, dia kini dibuang oleh keluarga. Saat saya hendak pulang... dia hanya kata bilalah akan jumpa lagi....kerana dia sendiri tidak tahu apa nasib dia akan datang... dan saya hanya mampu berkata, saya akan doakan yang baik2 untuk dia..InsyaAllah... Sepanjang perjalanan pulang, saya sebak... air mata saya bergenang, mengingatkan kak AIDA ADUNI.... Saya insaf melihat nasib manusia sebegini... dan tiba-tiba saya teringat UDA.. air mata saya jatuh lagi...

4 comments:

Dy said...

Dia begitu tenang kerana dia dah redha dgn apa yang Allah telah tetapkan perjalanan hidup dia.

Kesian dia..

maizikeem said...

Kita yang bernasib baik nie kena selalu bersyukur dan insaf. Tiba2 bila terjumpa orang2 yang kurang bernasib baik, terasa masalah yg selalu kita hadapi tak sebesar mana pun...

as a.k.a axa87 said...

kak dy..saya pun rasa la.. dia dah pasrah dengan life dia.. kesian dia, abang dia doktor pun buang dia...

Kak Aida, tu la kan... kadang2 kite rasa masalah kite besar tapi ada lagi org yang mempunyai masalah yang lebih serius

Anonymous said...

mintak jauh kita diduga dgn perkara2 sebegini. jaga kesihatan, berbuat baik sesama kita. peringatan utk akak jugak..

-ksa