Monday, July 05, 2010

Anak-Anak Saya


Ada kawan2 yang tanya apa cerita anak-anak saya sekarang especially si Asyif.. Asyif, alhamdulillah 2 July lepas masuk 5 bulan dah. Berat dah mencecah 10kg. Jangan terkejut yer. Memang dia baby yang semangat. Ada yang tanya saya masih menyusukan Asyif ke.. Ya! Alhamdulillah saya masih menyusu kan Asyif dan masih mengepam susu di ofis. Setakat ni doktor kata tumbesaran Asyif ok je, tak lah sampai tahap obesiti. Biasalah, baby2 yang semangat dan comel ni.. Asyif sekarang dah pandai meniarap. Agak lewat compare ngan Aszra yang meniarap seawal 3 bulan setengah. Asyif mula meniarap masa dia 4 bulan lebih hari tu.. tapi tak apa la, asalkan dia sihat dan gembira. Suka senyum anak bujang saya tuh. Nak jaga Asyif pun agak senang. Bawak ke mana2 pun tak ada masalah. Dia hanya bising kalau dia dah lapar nak susu...tu saja. Tidur malam pun senang sekarang ni. Pukul 12, bawak dia masuk bilik..dia golek2 je terus tido..

Si kakak Aszra pulak, 26 Jun lepas dah tamat course Yamaha Music Kids. Now, dia dah enroll utk Grade 2 Yamaha Junior Music Course selama 2 tahun. Kalau masa kat music kids, dia hanya belajar menyanyi dan mendengar rentak lagu, kali ni Aszra akan diajar dengan music note. Saya sempat ke kelas pertama dia (Aszra request kali ni dia nak ibu pulak temankan dia)..Dia belajar tentang finger (yg akan apply utk tekan key piano) dan juga dah start dengan DO. Seronok pulak saya. Saya belajar semua tu informal dari ayah saya... bertuahnya Aszra dapat belajars ecara formal. Balik rumah, Aszra siap buat homework dan practice lagi...



Alhamdulillah... life dengan anak dua ni memang agak mencabar. Tapi bak kata org alah bisa tegal biasa. Makin lama saya pun makin ok la nak handle dua2 anak saya ni. Oh.. kakak borek adik rintik...dua2 anak saya hisap jari la pulak bila nak tidur. Puting memang dua2 tak nak..Bukan saya tak pernah cuba bagi puting.. tapi dua2 anak saya tolak balik puting tu keluar..heheheh.

5 comments:

Shima said...

Cute betul anak2 As. Lagi2 masa hisap jari. Yang kecil tu betul2 semangat klu compare dgn anak Shima mmg jauh beza walaupun dah nak masuk setahun.

as a.k.a axa87 said...

hehehe memang dia baby yang agak besar, dah 10kg dah tak terlarat dukung lama2...

Nora said...

Ya Allah, comel nyer bidak Asyif ni. Mcm akak dia jugak la. Apa kes hisap jari pulak tuh. Ko tolong peluk cium boleh??

As said...

hok alooo comei nyer... tembam... hopefully arrez 5 bln 10kg.. hahahah... sbb aqeel 1thn 1/2 pun baru 8 kg...huarghhh

as a.k.a axa87 said...

Nora..dah tolong peluk dan cium dah...eehhehe

As, asyif ni memang sihat sungguh... kakaknye tu dah 4 tahun baru 13 kg.. tak lama lagi dia potong kakaknyer punyer berat..jenuh nak mendukung