Wednesday, January 20, 2010

Saya masih mampu bercerita...

Salam pagi Rabu. Ya.. saya masih lagi belum bersalin. Ramai yang sibuk tanya bila tengok kemunculan saya kat ofis setiap hari. Semua ckp..'ingatkan dan bersalin'..'tak bersalin lagi?' hmm.. kalau saya dah bersalin dah tentu saya tak ada kat ofis kan. heheheh. Tapi saya faham..semua kesian kot tengok ibu mengandung yang sangat sarat ni.. Memang besar betul perut saya kali ni.. ditambah pulak kedudukan perut tu dah mcm menurun. Ramai yang dah suruh ambik cuti.. tapi entah la.. terasa sayang pulak cuti tu. Dan kerja saya juga masih banyak. Saya dah cuba ignore kerja ni biar org lain buat, tapi hmm mcm tak jalan pulak.. tak apa la..selagi mampu dtg, saya datang la.. kalau saya tak ada kat ofis tu memang dah terpaksa MC atau pun EL.

KAMI yang masih bertiga


Oh.. gambar-gambar bawah ni diambil masa saya dan family ke Pantai Remis, Jeram Selangor hari Ahad lepas. Sebenarnya saya jadi agak bosan duduk kat rumah. So, saya memang cari aktiviti yang tidak memenatkan tetapi menggembirakan. Kalau ikut hati, mahu saja menerima ajakan Ayah Aszra gi IKEA la.. tapi saya tahu tahap kemampuan fizikal saya ketika ini. Jalan kejap je dah rasa sakit pinggang. Memang aktiviti shopping dah stop.. aktiviti memasak pun ikut apa bahan yg ada kat rumah. Saya dah tak berdaya nak ke Pasar Tani setiap Ahad untuk membeli lauk dan sayur2. Tapi bila duduk kat rumah je pun rasa lemau je.. Lesu semacam. Kalau saya rajin sikit saya berjalan la kejap gi pijak2 batu refleksologi kat depan rumah yang tak sampai 50 meter tuh sambil tengok Ayah Aszra main bola sepak kat padang.

Berbalik pada citer Pantai Remis, kami gi 2 keta. Mak dah masak cekodok pisang siap2..leh makan sambil tengok matahari terbenam. Ramai betul orang yang gi Pantai Remis ni rupanya. Sampai jam kat jalan masuk tuh... Kami sekeluarga habiskan masa dalam sejam je.. saja ambik angin laut. Pantai tu tak leh mandi pun...sebab jenis pantai berlumpur. Tapi pemandangannya cantik.. dapat la tengok orang menjala ikan, nelayan2 yang balik dari menangkap ikan.... dan tak kurang juga pemandangan yang memeningkan bila tengok aksi menarik pasangan2 yang tak halal melepak kat tepi pantai...huhuhuhuh....

Model aiskrim tepi pantai..siap bawak props


Tak tahu la dia buat apa ni...


Merenung masa depan sambil melihat matahari terbenam


Menjala ikan..

Bot nelayan baru pulang

5 comments:

Nora said...

Cantik pulak gambor2 ko ni As

itangmanih said...

bagus2...pi la berehat sementara larat...

Shima said...

Salam, petang Ahad tu pun Shima ke Pantai Jeram. Memang agak jamed skt ptg tu, ramai betul org ke sana. Masa tu air tgh pasang pulak. Mmg cantik, dapat tengok burung2 terbang dlm kumpulan yang byk. Kata suami semua burung tu terbang ke Stesen Janakuasa Tok Muda. Mmg rutin kami, klu tak ke mana2 mmg bw anak2 ambl angin ptg kat situ.

as a.k.a axa87 said...

Nora.. tu pakai kamera kite tu je.. Tapi tukang ambik gambor ialah adik kite.. dia memang pandai ambik gambor sikit.

Kak Mareld.. berehat kat tempat dekat2 je la.. nak jalan jauh2 sakit pinggang pulak nanti.

Shima.. tu la terkejut ramai betul orang kat situ. Kami pun dapat tengok kumpulan burung2 yang terbang tu..cantik sangat

happy2gether said...

As, cantik2 gambo ni...blm deliver yer? lama kita x jumpa ek? apa pon mai doakan semuanya selamat...take care..