Tuesday, January 05, 2010

Letihnya..

Salam petang selasa. Tiba2 je rasa mcm nak coret something kat sini. Saya baru bangun tido sebenarnya..huhuhuh.. (lepas solat zuhur yg lewat tadi lena kejap...). Oh.. saya kat ofis. Kerja hari ni.. cuma tadi rasa sangat mengantuk. tersengguk kat depan PC ni. So.. dengan status ibu mengandung yg sedang sarat ni... leh la bagi alasan nak berehat sebentar kan. (sebentar ke.. rasanya 20 minit jugak tido tu tadi..heheheh)

Yup hari ni rasa sangat letih.. sama cam semalam. Niat hati nak masak kerabu sotong (mcm Sato) terbantut bila badan rasa berat semacam dan kaki kebas2. Pastu setelah kesian dengan keadaan saya, Ayah Aszra bawak gi makan Pizza Hut yg baru bukak kat Setia Alam tu.. Aszra mana?? Mesti la ada... lepas dia balik ngaji baru gi makan. Gi lak bantai ice lemon tea.. on the way balik udah rasa lagi mcm tak larat. Tapi kat rumah seperti biasa rutin isnin wajib layan NCIS ngan Criminal Minds.. Lama2 terus melepek je kat sofa sambil tengok Aszra ngan Ayah dia main Saidina.. pandai ke budak kecik tu main... ish sebab dah pandai main le ayah dia ajak dia main sama... dia dah tahu cam mana nak beli tanah... bila nak bayar cukai.. pastu komplen bila tengok duit ayah dia lagi banyak...huhuhuh... So bila sampai masa nak tido lagi la rasa lesu semacam.. ambik blood test kit dan cuba buat test.... haiyooooooo..... patut la lesu semacam, bacaan glucose itu tinggi la... more than 6. its 7.8. Tinggi la Puan Asnida....(ala2 Dr Ummul ckp la pulak). Dan2 tu Ayah Aszra menyediakan satu tumbler air bawak masuk bilik... dia suruh minum air masak banyak2.. boleh let go itu gula dalam badan. Tu la.. tak beringat.. hari tu bacaan dah cantik.. pastu terus jadi lupa diri.. kan naik balik dah... tak apa... kena pantang air manis balik la nampaknya... Sib baik pagi tadi test.. dah turun dah 5.6....heheheh.. Tak leh lupa diri ni, kena jaga sikit especially minuman... memang this time pregnant, saya sangat suka minum air manis. Dari awal mengandung asyik minum ice lemon tea je... siap beli jenama sunquick dan buat sendiri kat umah. Sangat sedap.... pastu minum air masak tekak rasa payau. Sib baik la di hujung kandungan ni dah leh telan air masak...... lega sikit kaki tangan yang kebas ni..heheheh.

2 comments:

itangmanih said...

haiiippp...minum ayor masak jer...

Unknown said...

haiyoooooooo... itu taiko diabetik sudah marah lorrr...

Baik Puan.. SYMP..heheh