Huhuhuh.. so sekarang ni aktiviti malam2 saya ialah menemankan si Aszra yang selalu lambat tidur. Untuk cuba melupakan rasa sakit yang kadang2 datang saya ajar dia ABC dan buat buku KUMON dia. Actually memang rutin sebelum ni...tiap malam Aszra kena buat KUMON at least 2 muka surat... now saya tambah dengan ABC pulak. Tapi sejak seminggu dua ni saya biar dia buat sendiri.... sian kat Aszra.. mcm terabai sikit dia.. tapi tak apa.. dia pandai cari ruang untuk bersama saya dan Ayah Aszra. Ada je celotehnya... Last nite bila saya suruh buat latihan KUMON saya jadi terkejut rupanya anak saya ni dah pandai menulis tanpa bantuan saya atau Ayah Aszra. Selalunya.. dia akan mengada2 ckp dia tak tahu nak buat... tapi malam tadi dia tulis nombor2 tu dengan sendiri. Walau pun tak la kemas mana.. tapi memang dia dah boleh follow nak tulis by her own. Alhamdulillah.... berkat praktis selalu... Yang ABC pulak... ada huruf yang dia dah kenal dengan jayanya... dan ada yang dia masih confuse... last nite saya ajar dia buat sound dari huruf2 tu... saya tiru kaedah phonic.. Alhamdulillah senang dia faham... tapi yang best.. dia dah leh eja nama dia sendiri. ASZRA. Dia boleh bezakan nama dia.. nama saya dan nama ayahnya... dan dia dah mula nak tulis nama dia sendiri kat setiap helaian buku KUMON tu dan juga kertas latihan ABC dia.. senang hati saya tengok perkembangan Aszra.. Lagi satu yang saya notice... Aszra ni jenis yang kuat bersaing. Pantang nampak kalau ada budak2 sebaya dia pandai buat apa2.. bila balik dia akan cuba sebab dia kata dia pun pandai jugak.. masa tu la dia akan fokus. Last nite sebelum buat KUMON, saya cerita kat dia... saya ada baca kat satu blog.. at age 3, ada sorang budak ni dah pandai membaca... saya puji budak tu... since tu.. Aszra terus semangat nak buat KUMON dan ABC dia.. memang dia terus fokus. Bila dia settle latihan dia.. terus tunjuk kat saya dan ayah dia... yang dia pun pandai...Ye..anak ibu memang pandai...hehehh..
Thursday, January 28, 2010
Saya belum bersalin lagi la...
Salam pagi Khamis. Seperti tajuk di atas, diumumkan saya masih belum bersalin lagi. Kalau dah sure saya dah sms kawan2 atau sure dah update kat sini kan. Ramai yang tanya, kat FB dan ada yang sms..heheheh.. sabar2.. saya pun sedang bersabar dengan keadaan saya ni. Tapi memang since Monday hari tu saya dah start rasa sakit2.. cuma ianya tak berlarutan la.. after a few hours hilang pulak sakit tu.. saya anggap false alarm la. Sabtu ni saya ada check up lagi.. tengok la apa Dr ckp nanti...
Tuesday, January 26, 2010
Saya yang keliru
Salam pagi selasa. Dah nak tengah hari dah ni... Saya di ofis. Menggagahkan diri utk gi kerja hari ni. Room mate saya pun terkejut tengok saya kat ofis.. maklumlah sejak Jumaat lepas saya MC. Semalam pun MC juga... Ni tengah taip blog ni pun.. saya sedang mengira rentak pengerasan perut saya... sejak kul 9.30 pagi tadi.. bacaan setiap kurang 15 minit mesti akan ada pengerasan berlaku dan diikuti sakit pinggang. Tapi saya masih lagi boleh bertahan.. nak tunggu sampai petang kot.. kalau bacaan masih cantik iaitu setiap 15 minit, makanya saya akan terus ke hospital la... Ayah Aszra pun dlm mode standby je kat ofis dia tu...
Actually saya agak keliru. Tak tahu la... ni true labour pain ke atau false alarm je. Sejak semalam saya dah start rasa perut ni asyik mengeras dan diikuti dengan sakit belakang yang agak kerap. Semalam saya monitor dari kul 4 petang sampai kul 7 malam, sakit tu semakin tak kerap... Tapi yang pasti dalam setiap jam mesti berlaku sekali..so saya anggap as false alarm la. Saya baca buku... kalau true labour nyer contraction.. bacaan kekerapannya sekata dan makin lama makin kerap dan makin sakit.. Saya ni mcm first time bersalin pulak kan. Yer la.. time bersalin Aszra dulu... 37 minggu saya dah bersalin. Saya tak pernah merasa natural labour pain... saya di induce masa tu... so bila dah induce terus la rasa sakit.. dan terus la bersalin.
Satu2 nye buku yang saya rujuk sejak awal pregnant... masa pregnant Aszra pun sama tadi masa tu pinjam buku Kak Aida...kali ni dari awal mengandung dah beli sendiri. Sesuai untuk bakal2 ibu... banyak sangat info.
So.. sambil mencatit kekerapan kesakitan ni...sambil tu saya still kena buat kerja. Ada banyak dlm list saya yang nak disiapkan atau untuk diserahkan kepada rakan setugas. Ye la..bila dah cuti berpantang nanti boleh la saya cuti dengan jayanya tanpa ada call dari ofis...heheheheh Doa2 kan saya ye.......
Wednesday, January 20, 2010
Saya masih mampu bercerita...
Salam pagi Rabu. Ya.. saya masih lagi belum bersalin. Ramai yang sibuk tanya bila tengok kemunculan saya kat ofis setiap hari. Semua ckp..'ingatkan dan bersalin'..'tak bersalin lagi?' hmm.. kalau saya dah bersalin dah tentu saya tak ada kat ofis kan. heheheh. Tapi saya faham..semua kesian kot tengok ibu mengandung yang sangat sarat ni.. Memang besar betul perut saya kali ni.. ditambah pulak kedudukan perut tu dah mcm menurun. Ramai yang dah suruh ambik cuti.. tapi entah la.. terasa sayang pulak cuti tu. Dan kerja saya juga masih banyak. Saya dah cuba ignore kerja ni biar org lain buat, tapi hmm mcm tak jalan pulak.. tak apa la..selagi mampu dtg, saya datang la.. kalau saya tak ada kat ofis tu memang dah terpaksa MC atau pun EL.
KAMI yang masih bertiga
Oh.. gambar-gambar bawah ni diambil masa saya dan family ke Pantai Remis, Jeram Selangor hari Ahad lepas. Sebenarnya saya jadi agak bosan duduk kat rumah. So, saya memang cari aktiviti yang tidak memenatkan tetapi menggembirakan. Kalau ikut hati, mahu saja menerima ajakan Ayah Aszra gi IKEA la.. tapi saya tahu tahap kemampuan fizikal saya ketika ini. Jalan kejap je dah rasa sakit pinggang. Memang aktiviti shopping dah stop.. aktiviti memasak pun ikut apa bahan yg ada kat rumah. Saya dah tak berdaya nak ke Pasar Tani setiap Ahad untuk membeli lauk dan sayur2. Tapi bila duduk kat rumah je pun rasa lemau je.. Lesu semacam. Kalau saya rajin sikit saya berjalan la kejap gi pijak2 batu refleksologi kat depan rumah yang tak sampai 50 meter tuh sambil tengok Ayah Aszra main bola sepak kat padang.
Berbalik pada citer Pantai Remis, kami gi 2 keta. Mak dah masak cekodok pisang siap2..leh makan sambil tengok matahari terbenam. Ramai betul orang yang gi Pantai Remis ni rupanya. Sampai jam kat jalan masuk tuh... Kami sekeluarga habiskan masa dalam sejam je.. saja ambik angin laut. Pantai tu tak leh mandi pun...sebab jenis pantai berlumpur. Tapi pemandangannya cantik.. dapat la tengok orang menjala ikan, nelayan2 yang balik dari menangkap ikan.... dan tak kurang juga pemandangan yang memeningkan bila tengok aksi menarik pasangan2 yang tak halal melepak kat tepi pantai...huhuhuhuh....
Berbalik pada citer Pantai Remis, kami gi 2 keta. Mak dah masak cekodok pisang siap2..leh makan sambil tengok matahari terbenam. Ramai betul orang yang gi Pantai Remis ni rupanya. Sampai jam kat jalan masuk tuh... Kami sekeluarga habiskan masa dalam sejam je.. saja ambik angin laut. Pantai tu tak leh mandi pun...sebab jenis pantai berlumpur. Tapi pemandangannya cantik.. dapat la tengok orang menjala ikan, nelayan2 yang balik dari menangkap ikan.... dan tak kurang juga pemandangan yang memeningkan bila tengok aksi menarik pasangan2 yang tak halal melepak kat tepi pantai...huhuhuhuh....
Tak tahu la dia buat apa ni...
Menjala ikan..
Friday, January 15, 2010
Check Up @ 37 weeks
Salam petang Jumaat. Saya dirumah. Cuti hari ni.. Ayah Aszra pun cuti. Sebab utama bercuti ialah hari ni ada checkup kat hospital. Yer la.. dah 9 bulan memang kena datang every week la nampaknya. So pagi tadi... keluar rumah sekitar kul 9.30 pagi..singgah EON bank kejap ambik surat rumah... pastu terus shoot ke KPJ Selangor Specialist Hospital. Alhamdulillah... tak le menunggu lama sangat. Rutin biasa, ambik ukuran berat pastu gi buat urine test. Then jumpa Dr Siti Esah.. Kali ni Dr buat simple scan je, nak tengok heart beat baby. Then Dr tu check position baby.. semua ok, air ketuban ok, uri ok. Cuma kepala baby dah engaged ke dalam laluan... huhuhuh.. So Dr kata bila2 je boleh bersalin even saya baru mencecah 37 minggu. Kalau tengok bentuk perut ni pun memang nampak baby dah drop dah. Sekarang ni memang jalan slow habis la... terasa lambat betul pergerakan. Tak leh laju2 sebab sangat sakit kat bahagian bawah perut. Rasa berat sangat... Baby ni pun sangat aktif sampai menyebabkan ibu dia asyik ulang alik gi toilet. Sehari leh cecah 20 kali gi toilet tau.
Actually..at this stage memang terasa mcm nak cepat bersalin sebab mcm2 benda susah nak buat. Semua perlu bantuan orang. Nak bangun dari katil pun nak kena berpaut. Pastu kalau ada barang jatuh kat lantai..lagi ler.. amat mengharap orang lain dapat bantu. Sebenarnya saya tak pernah experience sampai sejauh ni. Masa mengandung Aszra dulu, cecah 37 minggu saya dah bersalin.. masa tu Aszra nyer berat 2.55 kg jer. Sangat la ringan. Saya bersalin awal sebab tiba2 darah naik tinggi dan urine ada protien sampai 3 plus. Keadaan tu dipanggil pre-eclampsia. So memang kena keluarkan baby.. sebab bahaya untuk ibu. Saya diinduce.. so saya hanya sakit after 3rd induce. So sekarang ni... saya agak berdebar2 coz saya tak ada experience dengan tanda2 nak bersalin. Tadi tanya Dr.. so Dr explain.. ada 3 conditions yang memerlukan saya utk ke hospital. 1. Ada keluar darah.. 2. Water Beg pecah 3. Contraction yang berkala setiap 10-15 minit. Huhuhuh... tak tahu la apa tanda yang saya akan dapat. Takut la pulak.... just berdoa mudah-mudahan dimudahkan la segalanya untuk saya. Akar Fatimah yang saya dapat dariMekah dah pun saya rendam.. just tak sure bila nak minum.. ada orang kata tunggu akar tu kembang baru minum airnya. Masa Aszra dulu bila dah induce baru saya minum... tak tahu la.....
Monday, January 11, 2010
Enjoying last month of pregnancy - Tengok AVATAR 3D
Salam pagi Isnin. Wah.. mcm rajin lak saya ni update blog lately ni. Mood nak menaip ni datang lak.. Tak apa la..just nak mencoret setiap beautiful moments di hujung2 pregnancy ni kan. Nanti leh ingat balik masa pregnant buat apa... Sentuh sikit pasal AJL mlm ladi... hmmm persembahan best tapi yang tak bestnya result dia. Tak setuju Aizat nyer lagu Pete Teoh tu menang. Pastu cam mana lah Aizat nyer lagu Kau Aku tu leh dapat persembahan terbaik. Both lagu memang saya tak familiar... rasanya banyak lagi yang leh menang persembahan terbaik. Saya setuju bab si Black dapat best vocal coz dia memang layak... dia ada dua tone suara yang dua2 pun best. Low tone pun bagus.. High key lagi bagus... selalunya lelaki yang nyanyi high key ni, susah bila bawak lagu low tone... apa2 pun.. dah termatri dah pun reslut AJL tu. Rezeki Aizat....
Actually bukan nak citer pasal AJL pun. Salah satu aktiviti yang saya buat masa mengandung ialah saya suka tengok movie kat panggung. So.. even dah sarat 9 bulan ni, masih gagah jugak gi panggung. Jumaat lepas, after ofis..gi run kejap ngan ayah Aszra beli tiket citer AVATAR tapi kali ni we all decide nak tengok 3D version. Beli utk tayangan hari Sabtu. So... malam tu dah war-war kan kat Aszra yang we all akan tengok movie guna 3D glasses. Aszra mcm teruja jugak.. yer la, selalu tengok movie cam biasa je kan. So... Sabtu, saya masak awal.... kul 12 lebih dah makan lunch. Then.. Ayah Aszra hantar Aszra gi Yamaha.. music class dia kul 1. Lepas music class .. pergi le kami 3 beranak ke One Utama. Ngam2 je sampai. Punyer la susah nak dpt parking. Masa kat entrance hall tu dapat la 3D glass tu sorang satu termasuk la Aszra. Excited jugak dia... Tapi memang best la tengok 3D. Aszra tak sudah2 ckp.. Wow...big nyer... yer la semua benda nampak mcm dekat je ngan kite. Kalau part nak jatuh tu...mcm kite lak nak jatuh sama.... Pastu citer Avatar ni lak dianyer background lawa giler... semua mcm glowing2.... sangat cantik. Jalan citer pun best.. patut le dah cecah bilion2 kutipan dia.. Saper tak tengok lagi..sila la tengok yer.. jalan citer mudah tapi scene dia yang best2... saper minat design sure suka citer ni...sebab sangat cantik. Leh tahan lama gak citer ni.. 2 jam lebih kot... Sempat la saya keluar gi toilet. Maklum la.. sarat 9 bulan ni kerja saya memang akan ke toilet je la.... heheheh...
Saturday, January 09, 2010
Terasa Dia dah besar
Salam hujung minggu. Saja upload video ni kat sini. Tiba2 terasa buah hati pengarang jantung saya itu dah semakin membesar. Dah boleh menyanyi ikut muzik.. Even ada terkucil tak ikut tempo, she managed to betulkan balik tempo dia. Good anak ibu! Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Yup.. kami datang dari keluarga berdarah seni. Jom tengok......
Aszra... dengan Tanya Sama Pokok featuring Atuk dan Ayah
Aszra... dengan Tanya Sama Pokok featuring Atuk dan Ayah
Thursday, January 07, 2010
Bersalin di mana?
Salam petang Khamis... rajin lak saya ni mengupdate blog lately ni. Entah... sementara tunggu ayah aszra jemput... layan je la coretan ibu mengandung ni. Semalam saya MC. Semua gara2 gi makan sayur keladi masak asam masa lunch hari selasa. Rupanya sayur batang keladi tu banyak angin...aduhai.. saya memang tak leh makan benda2 yang berangin ni. Rasa badan tak sedap sangat. Pastu bila Ayah Aszra urut, maka keluarla angin2 tersebut. So akhirnya.. Rabu terus tak larat. Pepagi ayah Aszra bawak gi klinik biasa kat Setia Alam ni.. bukan apa, just nak ambik MC.
Oh ya.. hari Selasa petang, on the way balik dr ofis, ayah aszra tanya saya nak bersalin kat mana. Hmmm...so far rasanya tak ada tempat lain selain dari pusat perubatan UMRA tuh. Memang dah check up dari awal kat situ. Ada terdengar bad experiences org yg bersalin situ tapi malas nak ambik port pun. Tapi tiba2 lak Ayah aszra tanya.. sure ke saya nak bersalin situ. Kalau ikutkan hati saya... saya nak bersalin di Hospital Pantai Cheras, under Dr. Suriati Akmal. Tempat dan DR yang sama masa bersalin kan Aszra. Sangat memuaskan hati.... mcm lengkap serba serbi la. Tapi charge dia pun boleh tahan lengkap la.. Tapi sekarang ni dah jauh sangat.. buatnya tengah2 malam dah sakit..jenuh lak nak drive dr Setia Alam ke Cheras. Lagi satu nanti leceh lak mak ayah dan family nak berulang dari Klang ke Cheras..Itu kalau ikut hati saya yang pertama la.. Then ikut hati yang kedua.. saya memang nak sangat bersalin di hospital.. bukan di pusat perubatan biasa. Bukan nak mengada.. tapi saya rasa selamat... nurse ramai, Dr pakar pun ramai... if anything happen.. semua peralatan dah ada.Sekali lagi ikut hati saya la..... tapi disebabkan oleh masa tengah cari tempat nak check up hari tu saya mcm buntu.. saya pun jadi tak kisah nak check up dan bersalin di UMRA. Lagi pun saya ni memang jenis tak pandai nak mintak2 ngan Ayah Aszra.. maklumlah..apa2 pun dia yang nak kena claim nanti kan.
Berbalik pada Ayah Aszra tadi.. tiba2 dia suggest saya bersalin di KPJ Selangor Specialist Hospital, Seksyen 20 Shah Alam... Wahhhh...... bagai pucuk dicita ulam mendatang la pulak. Mcm dia tahu2 je isteri dia memang prefer bersalin di hospital. Ooo.. rupanya dia ada dengar citer dari kawan dia... huhuhuh... saya ckp la, saya pun ada baca citer2 pengalaman orang... then dia leh ckp naper tak ckp kat dia... kalau tak dari awal leh gi terus check up kat KPJ tuh. Hehehehe.. lega hati saya....
So sempena saya dah MC semalam.. saya pun decide why not gi buat appoinment kat KPJ tu. Berdasarkan pencarian saya dlm internet, saya decide untuk rujuk ke Dr. Siti Esah Bahari. Review tentang dia pun bagus. Then.. dlm tengah hari.. bertemankan mak, ayah dan Aszra..saya pun gi sana. Ayah Aszra kena gi kerja.. tak apa...next check up ok. Aszra teman saya masuk... Alhamdulillah berjalan lancar..Dr Siti Esah ni, lemah lembut org nya. Teringat lak kat Dr Suriati. Ikut scan dia.. kandungan saya dah cecah 9 bulan. Pastu dia check kat perut, kepala baby dah masuk ke laluan...huhuhuh....Dr kata dalam 2-3 minggu insyaAllah bersalin la saya... tiba2 rasa ngeri. My next appointment on 16 Januari....
Tuesday, January 05, 2010
Letihnya..
Salam petang selasa. Tiba2 je rasa mcm nak coret something kat sini. Saya baru bangun tido sebenarnya..huhuhuh.. (lepas solat zuhur yg lewat tadi lena kejap...). Oh.. saya kat ofis. Kerja hari ni.. cuma tadi rasa sangat mengantuk. tersengguk kat depan PC ni. So.. dengan status ibu mengandung yg sedang sarat ni... leh la bagi alasan nak berehat sebentar kan. (sebentar ke.. rasanya 20 minit jugak tido tu tadi..heheheh)
Yup hari ni rasa sangat letih.. sama cam semalam. Niat hati nak masak kerabu sotong (mcm Sato) terbantut bila badan rasa berat semacam dan kaki kebas2. Pastu setelah kesian dengan keadaan saya, Ayah Aszra bawak gi makan Pizza Hut yg baru bukak kat Setia Alam tu.. Aszra mana?? Mesti la ada... lepas dia balik ngaji baru gi makan. Gi lak bantai ice lemon tea.. on the way balik udah rasa lagi mcm tak larat. Tapi kat rumah seperti biasa rutin isnin wajib layan NCIS ngan Criminal Minds.. Lama2 terus melepek je kat sofa sambil tengok Aszra ngan Ayah dia main Saidina.. pandai ke budak kecik tu main... ish sebab dah pandai main le ayah dia ajak dia main sama... dia dah tahu cam mana nak beli tanah... bila nak bayar cukai.. pastu komplen bila tengok duit ayah dia lagi banyak...huhuhuh... So bila sampai masa nak tido lagi la rasa lesu semacam.. ambik blood test kit dan cuba buat test.... haiyooooooo..... patut la lesu semacam, bacaan glucose itu tinggi la... more than 6. its 7.8. Tinggi la Puan Asnida....(ala2 Dr Ummul ckp la pulak). Dan2 tu Ayah Aszra menyediakan satu tumbler air bawak masuk bilik... dia suruh minum air masak banyak2.. boleh let go itu gula dalam badan. Tu la.. tak beringat.. hari tu bacaan dah cantik.. pastu terus jadi lupa diri.. kan naik balik dah... tak apa... kena pantang air manis balik la nampaknya... Sib baik pagi tadi test.. dah turun dah 5.6....heheheh.. Tak leh lupa diri ni, kena jaga sikit especially minuman... memang this time pregnant, saya sangat suka minum air manis. Dari awal mengandung asyik minum ice lemon tea je... siap beli jenama sunquick dan buat sendiri kat umah. Sangat sedap.... pastu minum air masak tekak rasa payau. Sib baik la di hujung kandungan ni dah leh telan air masak...... lega sikit kaki tangan yang kebas ni..heheheh.
Monday, January 04, 2010
Dah tengok Sherlock Holmes??
Salam petang Isnin.. First day bekerja di tahun baru.. ada semangat baru ker?? He..eheh cuba bersemangat pagi ni... tapi jalan agak jam pagi ni.. Nak keluar dari Setia Alam pun jam.. sebab kena lalu kat Tenby International School.. berderet kereta mak bapak beratur nak gi register anak agaknya... Saya ni.. dah kurang mood bekerja.. bila badan dah berat cam gini rasa nak ambik cuti lak.. tapi kerja tetap kerja. Bertahan selagi mampu. Tak ada plan pun nak cuti awal before bersalin ni.. biar lah tunggu due.. dulu masa Aszra pun sehari sebelum warded nak bersalin.. saya masih lagi drive gi kerja..heheh
Tujuan asal nak citer pasal movie Sherlock Holmes. Dah selesai dah tengok...ehheheh Sabtu lepas.. kali ni tengok berdua-duaan je ngan Ayah Aszra. Mana si Aszra??? Boleh lak malam tu dia nak ikut Mamacu dia balik umah Wan. (actually dia nak tunjuk ngan mamacu ngan pokcu dia pandai menyanyi ngan mic ler tuh....). Sabor je la.. Saya lak emo.. menangis tak tentu sebab anak tak ada satu malam... Untuk menghilangkan kehibaan anak tak ada..ayah Aszra ajak gi tengok movie.. samada Sherlock Holmes atau Avatar. Oleh kerana saya pun minat kat Robert Downey Jr... (teruja tengok dia dlm IronMan..hensem) so tengok lah Sherlock Holmes.
Citer ni best la.. suka karektor Sherlock Holmes yang bijak sungguh buat analisis dan mempunyai daya observant yang sangat tinggi. Gi mana2 mata dia sentiasa tengok kiri kanan..dan sangat pantas nak tengok apa2.. genius la.. ada ke real live orang cam gini ek.. ada kot.. citer dia banyak berckp la.. thats y saya prefer tengok citer cam gini kat wayang.. sebab kalau saya beli DVD dan tengok kat umah.. nampaknya DVD tu la yang akan tengok saya.. sebab confirm tido especially tengok kat bilik sambil baring2 atas katil. Kalau kat wayang memang susah nak tido.. Citer2 yang banyak berckp ni memang kena bagi perhatian penuh... sebab setiap skrip dia penting.. apatah lagi citer ni pasal penyiasatan.. nak solve kan kes.. tapi apa2 pun memang best aaaa citer dia.. Robert Downey tu memang hensem lorrrrrr... walau pun dlm citer tu nampak serabai, tapi tetap hensem.. huhuhuh... (jangan jeles la ayah Aszra.. awak tetap paling comel....hehehe)
Saturday, January 02, 2010
Welcome 2010
Salam tahun baru... Alhamdulillah..dah melangkah ke 2010 dah kita ni yer. Setahun lagi nampaknya usia meningkat. If before ni saya dah review pencapaian 2009... ni nak kena letak azam untuk tahun 2010 pulak...
1. Nak lahirkan baby As ni sama mcm lahirkan Aszra dulu.. tak yah ambik epidural ke.. Doa sangat2 baby ni sihat .. setakat hari ni dah cecah 2.5kg dlm perut.. tak tahu la keluarnya nanti berapa berat dia.
2. Nak breastfeed baby selama mana yang mampu. Dulu time Aszra saya tak menyusukan dia secara penuh. Dapat beberapa bulan je. Regret sangat sangat. So far axa tengah kumpulkan maklumat pasal breastfeed dan akan join kelas breastfeeding yang betul. InsyaAllah.
3. Nak kuruskan badan.. ni azam yang selalu kena carry forward. Tapi InsyaAllah 2010, saya akan cuba sedaya upada especially lepas bersalin nanti.
4. Education Aszra . Aszra akan start music class kat Yamaha 2 Januari 2010. InsyaAllah nak kekalkan dia dlm kelas tu dan juga kelas mengaji dia. Pastu nak ajar dia kat rumah.. nak practice home schooling yang mcm mummy dania & alisya buat. Year 2011 baru hantar aszra masuk mana2 kindergadren. Still searching the best..Smart Reader.. Little Caliph.. Nuri.. Enopi..Kumon..Cambridge.. kena pilih betul2 hujung tahun nanti.
5. Cuti-Cuti Malaysia - Maybe nak gi jln2 dlm negara je la tahun ni. Baby kecik sangat kalau nak travel jauh2 kan.. at least baby dah setahun leh la gi travel oversea... p/s to Ayah Aszra... ada 3 tahun je lagi utk kumpul duit untuk ke destinasi Juara World Cup 2006... Chaiyok2...
6. Nak kumpulkan bahan for my Phd. Kena start dari sekarang nampaknya.. kena cari tajuk yang sesuai dan buat sikit research before sambung nanti. Bila nak sambung dan di mana??? tungguu... Juga nak tolong Ayah Aszra cari universiti yang sesuai untuk sambung Master this year.. Dah tertangguh dari tahun ke tahun...2010 ni kena realisasikan ok...
7. Nak jadi anak, isteri, ibu, kakak, pekerja yang baik..kumpulkan sekali.. Yang ni bukan untuk tahun 2010 je.. tapi untuk selama2nya.... InsyAllah...
Selamat Tahun Baru Semua.....
Subscribe to:
Posts (Atom)