Thursday, May 08, 2008

Outstation ke Kuala Terengganu

Salam pagi Khamis. Ni entry tertunda. 27-29 April lepas, axa ke Kuala Terengganu, outstation kerja. Gi berdua dengan Sato @ Suzie naik kereta. Axa drive all the way pergi dan balik. Huhuhuh..Sato tak leh bawak manual. Ahad, bertolak kul 9.30 pagi, singgah di INTAN Wilayah Timur (INTIM) kat Kemaman... lepak jap dan makan tengah hari, lepas tu terus bergerak ke Kuala Terengganu. Sampai dalam pukul 4.30 petang di Primula Beach Resort, Batu Buruk. Malam.. kami gi jalan makan kat area Batu Buruk tu je.. Isnin.. satu hari kena kerja. Tak dan nak ke mana2..kecuali malam gi makan lagi area KT. Pastu sempat lagi gi Ayer Spa kat hotel tu..saja nak membelai diri yang penat dengan kerja dan travel ni. Huhuhuh... Ahad..lepas sarapan pagi, kami memulakan aktiviti rosak akhlak (bak kata Sato la) iaitu SHOPPING di Pasar Payang. Sakit mata dan hati la...bila tengok punya la banyak dan lawa2 sutera batik..maklum la, kami ni kan org gomen yg kena pakai batik setiap khamis. Huhuhuh... so lepas grab batik2 yang sepatutnya dan untuk orang sepatutnya,.. kul 1 lebih baru gerak balik KL. Singgah lak beli Satar kat area Kemaman... Kul 7.30 petang sampai KL. Agak penat.. tapi ok la..


Fakta Primula Beach Resort
1. Pantai cantik
2. Pemandangan hotel pun lawa
3. Harga Spa berpatutan
4. Makanan sedap dan banyak pilihan (dua hari berturut2 sarapan nasi dagang)
5. Standard Room dia mcm duk dalam peti sejuk.. (x digalakkan duduk kat bilik jenis ni)
6. Deluxe Room dia sangat cantik dan bebaloi (malam kedua dpt bilik ni).
7. Bell boy dia baik hati...huhuhuh...

Berikut adalah gambar2 kenangan dua isteri orang yang meninggalkan suami dan anak demi menjalankan tugas pada negara (huhuhuh...gila kentang, bak kata fiza)

Ambik gambar kat Pantai Kemaman (depan INTIM-best la kalau kursus sini ek)

Lepak2 kat buaian tepi pantai..

Gaya pemain bola tampar pantai yang berjaya


Saat mentari melabuhkan tirainya..

Tak sempat mandi kat pool yang lawa ni..

Ibu rindu sangat kat aszra ngan ayah aszra...uwaaa..


Ayer Spa.. kami ambik pakej Aroma Full Body Massage.. cool..

Ini la tempat kami "rosak akhlak"..

1 comment:

milo said...

ler.. mesti sato tak ingat nih.. kalu bile2 pi beli batik nak kirim.. isssssk.. kempunan arr.. leleh air liur gue... isssk..

ahahaha....