Tuesday, May 06, 2008

Cerita tentang Adik

Lepas disajikan dengan gambar2 pertunangan adik.. sekarang axa nak cerita pulak kisah disebalik majlis tersebut. Alkisahnya... hari rabu 30 April, axa dan adik memang ambik cuti, untuk buat persiapan majlis keesokan harinya tuh. Pagi.. lepas khemah siap di pasang, axa dan adik keluar beli fresh flowers dan buah-buahan.. Pastu sebelah petang... axa teruskan dengan buat sirih junjung (sila rujuk gambar sirih junjung).. Nak dijadikan cerita.. ada air tertumpah dr bekas sirih junjung tu, atas lantai marble kat ruang tamu... tiba2, adik yang datang dari luar rumah... berlari-lari anak lalu terpijak air yang tertumpah itu.... dan ketika itu juga adik jatuh terduduk... axa ingat setakat jatuh biasa... tapi adik terus menangis.. bagi tahu kakinya sakit sangat.. dan memang nampak la buku lali kaki kiri adik macam merah. Mak terus sapukan minyak...

Lepas 15 minit bengkak nya makin besar dan macam pelik je.. axa terus bawak adik ke klinik dan doktor buat x-ray dan doktor mengesahkan tulang kaki adik patah! Ha..pulak.. Lepas terangkan esoknya kami ada majlis pertunangan... doktor tuh, bandage kan kaki adik dan bagi pain killer... menitik air mata adik sebab sedih sangat... dalam banyak2 waktu.. hari dia nak bertunang pulak la dia kena mcm tu.. tapi tu semua dugaan tuhan...redha je la...

Majlis bertunang berlangsung dengan baik, ramai saudara mara kami turun dan rezeki pun murah.. makanan pun banyak untuk tetamu yang datang. Adik hanya boleh duduk dalam bilik dan selepas sarung cincin, dia di papah ruang tamu untuk bergambar. Lebih kurang kul 6.30 petang, axa dan ayah aszra bawak adik ke Hospital Pantai Klang.. dan adik dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Doktor bagi tahu, kalau guna simen, chances nak baik 6 bulan lamanya.. dan another option is operation which jangkaan sembuh tu kurang dari 2 bulan. Finally kami pilih untuk operation.

Sabtu 3 Mei, adik menjalani pembedahan dari pukul 11 pagi hingga pukul 2 petang. Satu hari adik tak berapa sedar sangat. Ahad.. adik semakin ok walaupun kadang-kadang kaki nya bisa. Isnin (semalam) lepas x-ray adik dibenarkan balik berehat kat rumah dan akan follow up 12 Mei nanti. Kos pembedahan dan rawatan semuanya berjumlah RM 7005.54. Mudah-mudahan, kaki adik cepat sembuh dan boleh prepare untuk majlis perkahwinnnya yang di jangka end of November. InsyaAllah.

Ni la kaki adik yang berbalut

Aszra dengan mamacu kesayangan dia...

3 comments:

cendawanintim said...

Harap adik axa tabah ok...dugaan nak bertunang tuh...

Anonymous said...

pertama sekali.. tahniah pada kesum yg dah jejakkan setapak kaki utk ke alam baru..

keduanye, takziah.. hari bersejarah yg penuh ngan dugaan.. sabar eh.. ade hikmah tuh.. muge2 cepat sembuh..

p/s : kak as.. kem salam ngan kesum ek..

Unknown said...

thanks cnedwan intim dan mleo.. hari ni checkup dia.. so far getting better...