Monday, May 12, 2008

Cerita Hujung Minggu

Salam Pagi Isnin... Seronok 3 hari bercuti di rumah. Menghabiskan masa dengan Aszra dan family je..

Tujuan utama axa cuti hari Jumaat ialah nak menyiapkan tempahan cupcake untuk wedding anak Kak Rabitah (officemate). Ini first time axa terima tempahan dalam kuantiti yang banyak dan untuk majlis perkahwinan...selalunya tempahan utk birthday dan tempahan pun takkan lebih dr 50 biji. Alhamdulillah...pukul 11 malam..hantar ke rumah Kak Bit di Shah Alam..axa siapkan sekali dengan clear box dan blue ribbon (ikut tema wedding tu).


Cupcake bertemakan Biru Putih, lengkap dengan kotak dan riben

Sabtu.. pagi2 kami ke Puast Akuatik Shah Alam..seperti biasa, aktiviti swimming. Dah sebulan lebih tak pergi. Kali ni yang best..aszra dan boleh berjalan dalam baby pool dengan sendiri tanpa bantuan axa. Dia sangat berani.. Pastu ajar dia cara berenang.. dah pandai la nak kayuh kaki.. cuma masih ada takut2. Lepas ni kena ajar dia floating pulak..


Aszra di majlis perkahwinan anak Kak Bit

Lepas tu.. kami bergerak ke Seksyen 20, untuk Majlis Perkahwinan anak Kak Bit. Lepas makan2 dan lepak2 jap.. kami terus ke KL, Semua House.. untuk beli barang2 bunga telur. Ni untuk bunga telur yang ditempah oleh kawan adik. Jangan pelik....kami adik beradik memang buat part time buat kelengkapan perkahwinan..eheheh.

Aszra kat depan rumah KAMI

Ahad... memang plan nak rest kat rumah sambil sambut Hari Ibu. Kami sekeluarga makan Laksa yang dimasak oleh Uda.. Petang, axa, ayah aszra dan aszra ke Setia Alam.. tujuan utama nak bawak aszra gi taman permainan. Mulutnya tak berhenti2 sebut "park". Sekarang ni... perkara paling best bila bawak aszra jalan2 naik kereta ialah... axa tak perlu on radio dah...coz aszra dah pandai nyanyi dan hiburkan hati ibu dan ayah.....

Aszra main basket ball dengan ayah

6 comments:

cendawanintim said...

cantik la cupcakes tuh...

dear, Selamat Hari Ibu...

Anonymous said...

puan axa...rumah dah masuk ker...eh macam best la ur hubby main basketbal...rindu....dah hampir 10 tahun tak main...i luv the game...

as a.k.a axa87 said...

hai en anonymous... macak kenal je.. belum pindah lagi, heheeh.. nanti bila saya dah pindah mai la main basket ball sama2. Basket ball court tu depan rumah saya je..heheheh

zai said...

Hai kak as..ingt saya lagi? Seronok baca blog akak. Kiutla cupcake tu ..klu saya nk tempah kt akak mcm mana ek? Saje nk bagi makan kwn2 kt ofis. Ofis kt Putrajaya... lagi satu..teringin sgt jumpa ..:P

as a.k.a axa87 said...

hai zai... mesti la ingat. Pemantun UTM kan.. zai bagi email, akak akan email details cupcakes tu ok.. insyaAllah kita akan jumpa nanti.

No OnE said...

cantiknya budak perempuan tuuuu