Wednesday, May 28, 2008

Happy 2nd Birthday ASZRA


Dua tahun yang lalu, pada tarikh dan waktu yang sama... axa masih di dalam labour room Hospital Pantai Cheras. Keadaan contraction yang kerap berulang dan sakitnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi dengan bacaan surah Al-Fatihah ayah aszra yang sentiasa kedengaran di telinga axa, axa tabah menempuh setiap kesakitan yang datang. Setiap tunjuk ajar nurse dan doktor, axa praktik kan. Dan atas setiap kasih sayang yang axa semai sejak hari pertama axa mengetahui ada benih yang membesar di rahim axa... lahir la permata hati axa ASZRA bt ASROF pada pukul 2.51 pagi 28 Mei 2006.

Aszra..namanya ringkas, bermaksud seorang dara dan kekuatan. Ya...Aszra kekuatan ibu dan ayah. 2 tahun, melihat Aszra membesar sebagai seorang anak yang bijak dan cerdik. Syukur Ya Allah..

Selamat Hari Lahir buat buah hati axa yang satu ini... semoga anak ibu diberi kesihatan, kebijaksanaan dan segala kebaikan untuk membesar sebagai anak yang solehah dan insan yang berguna. InsyaAllah....

4 comments:

Omecool20 said...

Pejam celik dah 2 tahun eh .. Zara pun birthday 1 tahun 2 minggu lagi .. dang ! cepat depa ni membesar :-)

Happy Birthday Aszra :D

tim said...

happy birthday aszra..!! dah 2 thn ropanya.. lama btol tak jumpa aszra...

-cDapee- said...

Eppy Besday Aszra... Banyak tul besday ari nie...

Cheyzu said...

Happy Birthday Baby Aszra.. sama jer umo ngan anak auntie tp my girl akan jd 2 thn bulan 10 ni.