Friday, May 30, 2008

Bowling Tertutup INTAN

Salam hari Jumaat...
Just nak post gambar2 sekitar Kejohanan Bowling Tertutup INTAN pada 29 Mei 2008 di Pin Junction, Mutiara Damansara. Alhamdulillah... axa bawak balik 3 hadiah. Johan Wanita Amatur, Johan Berkumpulan Wanita dan High Siries Wanita Keseluruhan. Sib baik menang....kalau kalah malu wooo... situ la tempat tiap2 minggu axa main liga. huhuhu...

Ambik Hadiah Kategori Individu Wanita

Team axa yang juga berjaya dpt Johan Berkumpulan Wanita
Dari kiri: axa, Kak Yati, Hasidah, Khadijah


Kenyang makan hamper je la...

Ayah Aszra yang datang bagi sokongan

Sato dan Suaminya ZAM (Sato pun menang!)

Thursday, May 29, 2008

Aszra di Tahun Kedua

Salam.. Minggu ni posting axa hanya akan lebih kepada cerita Aszra..yer la, birthday girl tu la pertama hati axa kan. Kali ni posting panjang sikit. Sekarang ni sambil sibuk kerja, sempat lagi axa dan ayah aszra membuat persediaan untuk Birthday Party Aszra ..So.. tunggu jemputan yang kami akan edarkan beberapa hari lagi OK.
Yesterday.. axa dan ayah aszra cuti. Dengan urusan di Seremban dan juga meraikan hari lahir Aszra tercinta. Sekali lagi kami ke Secret Recipe..last year pun sama. So ayah aszra nak buat tradition..kami akan sambut birthday Aszra anak beranak di Secret Recipe but different2 location la... Malam birthday Aszra tu.. axa bawak dia ke bowling alley... genap pukul 12.. uncle2 dan auntie2 MB sama2 nyanyi Birthday untuk Aszra... biasa la, Aszra ni MB junior yang terkenal la jugak di kalang geng2 MB. Thanks to kawan2 yang sudi tunggu sampai pukul 12. Thanks juga yang bagi birthday gift utk Aszra. Aszra akan masuk dlm tabung ok!...


Tentang Aszra
1. Aszra dah pandai berkomunikasi (pandai cakap ) in BM dan English jugak... dan express her feelings..cth: merajuk, kesian.
2. Aszra suka menyanyi.. Fav. song : I Love U (Barney), ABC, Twinkle2 Little Star & Ayah dan Ibu (sejuk hati axa dengar dia nyanyi dlm phone).
3. Fav. series (ikut ranking) : Barney & friends, Mickey Mouse Club House, Thomas & Friends, Pooh, Pocoyo.
4. Bila Aszra dengar azan, Aszra akan suruh Atuk bangun sembahyang. (sometimes dia bentang sejadah dan ikut atuk solat.
5. Aszra sangat suka menari. Pantang dengar lagu. Siap leh buat head banging.
6. Fav food: Mee goreng, Sayur2, Nugget dan Kentang Goreng McD (Happy Meal), Cheese Cake, Cheese & Roti.
7. Fav Drinks: Air Teh, Ribena, Vitagen, Glucose perisa anggur (air lain2 dia kureng)
8. Aszra dah pandai ckp on the phone dengan ibu dan ayah (dia akan citer apa yang dia rasa nak citer pastu tak nak berhenti...tak bagi letak phone)
9. Aszra dah mula kenal people around her... saudara mara, kawan2 ibu dan ayah.
10. Tapak kaki Aszra dah separuh dari tapak kaki Ibu. (Ikut ayah dia la ni...tapak kaki panjang)
11. Aszra paling suka pergi Park. (selalu ckp kat ayah..."Ayah..gi Park")
12. Aszra suka buku dan baca buku. Currently, kami akan bawa dia gi book store dan dia akan pilih her own book dan bawak gi kaunter untuk bayar.
13. Aszra suka tolong buang sampah. Any sampah..dia akan kutip dan buang dlm tong sampah.
14. Aszra suka main gitar. Bila atuk dan ayah main gitar atau nampak org main gitar kat tv ...aszra pun akan main gitar. (ada gaya)
15. Aszra friendly dengan orang luar (dia suka salam atau kiss) tapi Aszra tak suka orang lain dukung dia.
16. Aszra agak penakut kalau ada citer yang macam menakutkan dia... nyorok belakang ibu.
17. Kat pool...Aszra dah boleh dilepaskan tanpa ibu pegang...dia duk jalan2 dlm pool.
18. Aszra suka baby.. dia happy kalau tengok baby....(kena bagi Aszra adik ni)

Banyak nyer tentang Aszra..tak tersenarai dek Axa. Dalam masa dua tahun..banyak betul perkembangannya... Alhamdulillah.














Wednesday, May 28, 2008

Happy 2nd Birthday ASZRA


Dua tahun yang lalu, pada tarikh dan waktu yang sama... axa masih di dalam labour room Hospital Pantai Cheras. Keadaan contraction yang kerap berulang dan sakitnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi dengan bacaan surah Al-Fatihah ayah aszra yang sentiasa kedengaran di telinga axa, axa tabah menempuh setiap kesakitan yang datang. Setiap tunjuk ajar nurse dan doktor, axa praktik kan. Dan atas setiap kasih sayang yang axa semai sejak hari pertama axa mengetahui ada benih yang membesar di rahim axa... lahir la permata hati axa ASZRA bt ASROF pada pukul 2.51 pagi 28 Mei 2006.

Aszra..namanya ringkas, bermaksud seorang dara dan kekuatan. Ya...Aszra kekuatan ibu dan ayah. 2 tahun, melihat Aszra membesar sebagai seorang anak yang bijak dan cerdik. Syukur Ya Allah..

Selamat Hari Lahir buat buah hati axa yang satu ini... semoga anak ibu diberi kesihatan, kebijaksanaan dan segala kebaikan untuk membesar sebagai anak yang solehah dan insan yang berguna. InsyaAllah....

Tuesday, May 27, 2008

Netball @ SUK Ipoh - Cemut dah kawin

Salam Selasa. Axa sangat busy sekarang. So, jenguk kejap blog dan update apa yang patut. Ok.. last weekend...Jumaat malam axa bertolak ke Ipoh untuk Pertandingan Bola Jaring JPA. Patutnya pergi hari Jumaat untuk menyertai lawatan kerja tapi boss tak bagi..kena siap kerja dulu. So..malam tu baru bertolak. Sampai Ipoh kul 12.30 tgh malam kat Regal Lodge Hotel. Seperti biasa...duduk sebilik ngan Sato.

Team INTAN.
Dari kiri berdiri: Maya, Ina, Sato, Roy, Intan, Gee
Dari Kiri duduk atas kerusi :Kak Anan, Kak Ja, Axa
Dari kiri duduk bawah: Yani, Zura.

Sabtu pagi..bergerak ke SUK Perak di Bandar Ipoh. Game start kul 9. Ada 6 team semuanya. So.. kena main liga. Jadi jumlah perlawanan untuk team INTAN.. 5 games. Selepas bertungkus lumus...dengan game terakhir terpaksa main dlm hujan..kami berjaya dapat tempat ke 3 dengan Menang 3 games, kalah 3 games. Alhamdulillah...

Kul 6, axa dan Sato bergerak balik tumpang Zura dan Ujang naik Hilux. Yang lelain balik pagi Ahad. Axa dan Sato ada kenduri nak kena attend hari Ahad tu. Lagi pun.. rindu kat Aszra..huhuhu....

Tengah berhempas pulas ni...

Posing depan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan

Ni la bangunan SUK dari depan. Cantik!

Hari Ahad, kul 12 tgh hari..attend Majlis Kenduri Berkhatan anak cousin axa kat Seri 12 Kapar. Kul 1.30 terus gerak ke Shah Alam untukmenghadiri Majlis Perkahwinan Anak Cemut (Khairul Azuar) dengan pasanganya Mimie. Dah janji ngan Sato dan Zam, wakil MB la kiranya ni...Tahniah ye Cemut...(ni kawan boling axa).

Ni lah pengantin baru Cemut dan Mimi

Tuesday, May 20, 2008

Kisah Aszra dan Anak Pokok Kelapa

Pada suatu hari di hujung minggu yang indah dan tenang, Aszra terasa seperti ingin menanam pokok kelapa di kebun Tok Ayah nya di Mersing Johor. Dengan menggunakan kereta sorong, aszra menyorong anak pokok kelapa yang hendak ditanam. Mari kita ikut Aszra..

" Hai kawan-kawan, hari ni Aszra nak tanam pokok Kelapa... jom! Mula2 sorang anak pokok ini ke lubang yang telah digali oleh Tok Ayah."

Setelah sampai ke tempat menanam, Aszra mula memerhati ke sekelilingnya.. Aszra mendapati tiada siapa menghiraukannya...Aszra sebenarnya memerlukan orang yang lebih dewasa untuk mengangkat anak pokok tersebut. Kelihatan, aszra mula memuncungkan bibirnya...

"Hello... aszra dah sampai ni.. tak ada saper ke nak angkat anak pokok ni"

Setelah menyedari, tiada siapa yang ingin membantunya... aszra mula berkira-kira untuk mengangkat anak pokok tersebut.

"Tak apa la..biar aszra angkat sendiri.. mula2 kite tarik anak pokok ni ke tepi...akan ku buktikan pada ayah dan ibu"
Dengan kudrat yang ada... aszra mula untuk cuba mengangkat keluar anak pokok yang kelihatan lebih besar dari aszra...

"ala...boleh je ni.. kita angkat dari bawah ok"

Selepas hampir 2 1/2 minit mencuba... anak pokok itu masih tidak mahu berganjak.. Aszra masih berusaha untuk mengeluarkan anak pokok tersebut. Sampai terpejam2 matanya...
"hieeyaaaaaaaaaaa...... tarik lagi"

Akhirnya Aszra mengalah... dia tahu..dia tidak mampu untuk mengeluarkan anak pokok tersebut. Walaupun kecewa..Aszra masih mampu memberikan senyuman.

"Ala... tak boleh la.. cam mana ni...kena mintak bantuan la"

Selepas puas merayu,.. aszra berjaya memujuk ayah untuk membantunya mengangkat anak pokok tersebut keluar dari kereta sorong.

"Ok ayah... sila angkat anak pokok ni ke lubang tu yer... pastu terus tanam. Buat kerja elok2"

Pemutusnya... Ayah dan Tok Ayah la yang menanam pokok kelapa tersebut. Aszra berasa agak kecewa, tetapi.....

"Ok.. Ayah, Tok Ayah... tanam elok2 ok! Nanti dah keluar buah, aszra nak minum airnya."

Untuk menghilangkan kekecewaannya... aszra mintak lak Tok Wan sorong Aszra naik kereta sorong itu.
"Ok Tok Wan.. macam ni la... yahoooo... jom ronda-ronda"

Dan.. apabila sampai di depan rumah.. Aszra mula merengek2. Pada mulanya Ibunya menyangka Aszra nak naik kereta sorong lagi.. tetapi rupanya Aszra mula merengek sebab Aszra cakap dia dah YAK! Haiyyaaaaaaaaaaa.......
"Yak..yak.. Bu...aja yak.."

Sekian la Kisah Aszra dan Anak Pokok Kelapa...Kita jumpa lagi di Siri Aszra yang akan datang.. Byeee


KAMI balik Mersing

Salam... hari ni masih rasa penat. Malam tadi kul 11.30 baru sampai rumah...balik dr Mersing. Ayah Aszra memang nak buat rutin balik Mersing 2 bulan sekali. Hu hu hu...axa ok je..Maklumlah.. axa tak pernah jalan jauh balik kampung.. at least Mersing tu boleg jadi tempat kami sekeluara berehat...jauh dari kesibukan kota, sambil menghirup udara segar tepi laut..cewahh...

Aszra tergaru-garu kena gigit nyamuk

Kami balik hari Sabtu, banyak buat aktiviti mengemas je... Ayah Aszra dan Tok Ayah (ayah mertua) sibuk bakar2 sampah kat sekitar tanah 5 ekar tuh. Sambil2 tu jenguk pokok durian yang nampaknya dah berbuah...next trip balik Mersing..leh la merasa kot. Axa dan Ibu.. lebih banyak buat aktiviti dalam rumah dan kat dapur... anak dara axa yang sorang tu pun tak kurang hebat... redah semak duk ikut ayah dia...finally keluar semak, tergaru2, bintat sana sini...lasak jugak anak ibu.. Sabtu malam lepak rumah Acik (adik Ibu)..apa lagi tengok AF la. Sib baik Toi tak terkeluar..minat jugak kat dia..ada improvement.

Ayah Aszra redah je ombak Air Papan

Aszra bergaya lebih ngan swimming suit yang baru..tengok ayah dari jauh

Model tepi pantai kesayangan Axa

Ahad petang, aktiviti ke Pantai Air Papan. Kali ni ombak agak besar...so aszra mandi tepi je...ayah aszra yang ke tengah...tapi bahaya jugak.. Axa tak mandi.. malas nak salin2 baju...jadi camerawoman dah la.... Isnin... lepas kemas2..beli keropok lekor...kami pun gerak balik dalam kul 2.30 petang.. penat, tapi seronok sekali sekala jalan jauh.

I love u, U love me.. we are happy family, with a great big hug and a kiss from me to you, won't you say u love me too.. (lagu favourite aszra)

Friday, May 16, 2008

Lagi cupcakes

Salam petang jumaat... axa sangat busy until end of May. Hari ni tak ada apa nak citer sangat...just nak post gambar-gambar cupcakes yang dihasilkan semalam yang ditempah oleh Mel.
Tema Spider Man

Fancy Ice Cream, Butterfly & Flower

Nama adik Mel dan Blue Love

Monday, May 12, 2008

Cerita Hujung Minggu

Salam Pagi Isnin... Seronok 3 hari bercuti di rumah. Menghabiskan masa dengan Aszra dan family je..

Tujuan utama axa cuti hari Jumaat ialah nak menyiapkan tempahan cupcake untuk wedding anak Kak Rabitah (officemate). Ini first time axa terima tempahan dalam kuantiti yang banyak dan untuk majlis perkahwinan...selalunya tempahan utk birthday dan tempahan pun takkan lebih dr 50 biji. Alhamdulillah...pukul 11 malam..hantar ke rumah Kak Bit di Shah Alam..axa siapkan sekali dengan clear box dan blue ribbon (ikut tema wedding tu).


Cupcake bertemakan Biru Putih, lengkap dengan kotak dan riben

Sabtu.. pagi2 kami ke Puast Akuatik Shah Alam..seperti biasa, aktiviti swimming. Dah sebulan lebih tak pergi. Kali ni yang best..aszra dan boleh berjalan dalam baby pool dengan sendiri tanpa bantuan axa. Dia sangat berani.. Pastu ajar dia cara berenang.. dah pandai la nak kayuh kaki.. cuma masih ada takut2. Lepas ni kena ajar dia floating pulak..


Aszra di majlis perkahwinan anak Kak Bit

Lepas tu.. kami bergerak ke Seksyen 20, untuk Majlis Perkahwinan anak Kak Bit. Lepas makan2 dan lepak2 jap.. kami terus ke KL, Semua House.. untuk beli barang2 bunga telur. Ni untuk bunga telur yang ditempah oleh kawan adik. Jangan pelik....kami adik beradik memang buat part time buat kelengkapan perkahwinan..eheheh.

Aszra kat depan rumah KAMI

Ahad... memang plan nak rest kat rumah sambil sambut Hari Ibu. Kami sekeluarga makan Laksa yang dimasak oleh Uda.. Petang, axa, ayah aszra dan aszra ke Setia Alam.. tujuan utama nak bawak aszra gi taman permainan. Mulutnya tak berhenti2 sebut "park". Sekarang ni... perkara paling best bila bawak aszra jalan2 naik kereta ialah... axa tak perlu on radio dah...coz aszra dah pandai nyanyi dan hiburkan hati ibu dan ayah.....

Aszra main basket ball dengan ayah

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

Salam Hari Ibu.
Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-ibu yang di seluruh dunia umumnya... Axa menyambutya sebagai IBU untuk kali ke 2.. walaupun aszra masih kecil dan tidak faham apa2.. tapi axa tahu, aszra sangat sayang pada ibu dia ni... Tahun ni kami sekeluarga menyambut hari ibu di rumah je.. sebab adik masih belum boleh berjalan (selalunya gi makan special kat luar). So... dengan bantuan Uda..kami sekeluarga menyediakan hidangan Laksa sempena Hari Ibu. Kebetulan, kawan mak, Ah Soh sekeluarga pun nak datang visit kami. Untuk Mak..selain kasih sayang yang tak berbelah bagi.. kami hadiahkan sebuah purse baru dan kad ucapan hari Ibu. Suka tengok mak happy...

Ok la.. axa nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat...

1. Emak - Terima kasih atas kasih-sayang, didikan... yang mengajar axa erti kehidupan, erti kemaafan dan erti ketulusan.... Sayang Mak, semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik..
2. Ibu Mertua - Terima kasih Ibu.. atas kasih sayang yang sama seperti anak-anak Ibu yang lain... selalu faham axa dan axa happy sebab ada ibu mertua mcm Ibu.
3. Kawan-kawan axa - Kak Ezamrina, Iza Nordina, Ija (cousin), Julia (Moscow), Shikin (Girl-Charm), Ida (mummy to be)
4. Mleo - yang telah menjadi IBU pada Hari Ibu.. Tahniah, atas kelahiran anak perempuannya pada pukul 8.45 malam.
5. Dan semua yang bergelar Ibu.... SELAMAT HARI IBU!