Tuesday, February 27, 2007

C-University & Cerita Tentang Mereka

A'kum..
Salam di pagi selasa. Hari ni axa busy sangat. Satu hari ni ada event. Last breakfast with president, petang.. farewell address by CEO KUB. Semua nak farewell.

Ni nak cerita.. sabtu dan ahad lepas, Unitar menganjurkan project c-university (caring university). Banyak aktiviti yang dijalankan. Hari sabtu sepatutnya axa bertugas.. tapi axa berada di banting (pengkebumian mak teh). So hari ahad seawal 7 pagi axa dah bertolak dari banting ke kelana jaya. Ayah aszra pun ikut sekali coz ayah aszra dan afat akan menyertai Explore PJ Race yang merupakan salah satu aktiviti untuk c-university ini.

Banyak aktiviti untuk hari ahad ni. Yang paling best, dapat bergambar dengan hantu kuning DIGI yang memang comel2. Tengah hari, ada pertandingan akhir Unitar Idol yang disertai oleh juara2 cawangan unitar seluruh Malaysia.


Explore PJ race bermula di tasik kelana jaya. Lima kumpulan mengambil bahagian. Setiap peserta tidak dibenarkan membawa wang, hp, wallet bersama mereka kecuali kad pengenalan. Mereka bermula dengan berjalan kaki mencari clue2 tertentu untuk sampai ke check point seterusnya. Dan mereka juga akan dibekalkan dengan wang yang terhad untuk dibelanjakan sepanjang perjalanan. Jadi, terpulang la pada strategi mereka untuk menggunakan wang tersebut dengan sebaik2 mungkin. Perjalanan mereka, dari tasik kelana jaya, ke dataran glomac di kelana jaya, dan kemudian terus ke Hotel Holiday Villa dan terus ke Sunway Pyramid. Then, ke Menara MBPJ, Hotel Singgahsana dan Amcorp Mall dan pulang semula ke Kelana Jaya. Akhirnya ayah aszra dan afat berjaya mendapat tempat pertama. Best tu.. Hadiah pertama RM 400 + penginapan di hotel Palace of Golden Horses. Tahniah buat Asrof Abdul Rauf (ayah aszra) dan Rauf Arafat Mohd Arshad.



1 comment:

anak kuang said...

tahniaaaah.. grand prize gituh..

:D