Thursday, February 08, 2007

Bangun

A'kum...

Salam di pagi khamis. Hari ni axa bangun seawal pukul 5 pagi, sebab aszra tiba2 menangis dan nak susu. Lepas bagi aszra menyusu, mata axa dah tak mengantuk lagi. Axa hanya baring dan tidurkan aszra balik. Dah besar aszra dan yang paling best aszra dah pandai tepuk tangan. Bila axa nyanyikan lagu, dia akan tepuk tangan. Mudah-mudahan anak ibu ni jadi seorang yang bijak dan cerdik. InsyaAllah.

Hari ni, axa bangun.. bukan sekadar bangun dr tidur seperti biasa. Axa bangun hari ni dengan banyak harapan. Seharian semalam, buat axa banyak berfikir dan axa mula rasa yang axa perlu bangun. Bangun dari lena dan lelap. Axa tak mahu terlena dan terbuai oleh mimpi2 yang tak mungkin jadi kenyataan. Axa ingin bangun dan meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan. Axa mahu bahagia.. axa mahu semua nya baik-baik belaka. Memandang wajah aszra yang lena tidur subuh tadi juga membuat axa terfikir.. tanggungjawab axa menjadi seorang ibu yang baik dalam mendidik anak2 axa (kalau tambah la gi la). Dan melihat ayah aszra yang juga dibuai mimpi dan mungkin juga kepenatan balik lewat dari futsal membuat kan axa sedar axa mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai isteri dalam rumah tangga axa. Axa sayang dua insan ini.

Buat aszra, terima kasih kerana memberikan keceriaan dalam hidup ibu. Maaf kan ibu andai kadang2 ibu terleka dalam menjalani tanggungjawab pada aszra.

Buat ayah aszra, terima kasih kerana terlalu memahami axa. Maafkan axa andainya ada masa2 di saat axa terlalu mementing diri sendiri dalam cuba meluahkan rasa hati yang mungkin mengguris perasaan. Terima kasih kerana menerima axa dan kisah2 axa. Tiada lelaki di dunia ini yang mampu memahami dan menerima seperti ayah aszra. Mudah-mudahan jodoh kita kekal berpanjangan, membesarkan aszra dengan penuh kasih sayang. Seperti yang pernah kita janjikan untuk mengharungi setiap susah dan senang.

Ok la.. cukup la posting sentimental. Sekadar memotivasikan diri utk bangun meneruskan kehidupan. Dan yang penting axa dan BERSEDIA dalam menempuh kehidupan seterusnya.

1 comment:

cik sato said...

suka nya karikatur yg jadik banner tuh.. sebijik muka kak as.. hehe..