Thursday, February 08, 2007

Masak dan Makan

A'kum..
Salam di petang khamis ni. Kenyang betul axa petang ni. Hari ni kat kat office axa kami buat pot luck lunch. Tapi hanya untuk mereka2 di level 4 je ni. Dalam 10 je semua nya. Semua nya dah start dirancang dari minggu lepas lagi dan Selasa lepas, e-mail confimation pun di hantar oleh kak Mariati tentang tugas membawa makanan ni. Axa ditugaskan sediakan nasi putih.. Hmm memang tak mencabar dan finally Jaja request nak mintak axa masak paprik. Masakan favourite axa tuh.

Semalam axa dah beli bahan2 nak masak paprik + pinjam rice cooker besar kat rumah anjang. Pukul 11, axa, ayu dan kak Niza bergerak ke rumah Ayu untuk proses memasak 3 jenis masakan. Paprik ayam, Ikan Goreng bercili dan Sayur kubis masak lemak. Rumah ayu tak jauh.. kat bukit jelutong je. Sure terkejut dapur rumah Ayu tuh sebab first time masak berat2 kat situ. Kak Niza terus goreng ikan, dan lepas potong sayur axa terus mulakan tugas masak paprik. Hmmm.. berpeluh jugak la. Then giliran ayu masak sayur. Pukul 12.40 kami bertolak balik ke ofis. Jaja pun sibuk dah call sebab diaorg dah lapar sangat. He he he.

Gambar atas ni dipinjam dari blog ayu. Axa dan Kak Niza sedang sibuk memasak kat dapur Ayu yang comel tu.

Sampai office, masing2 dah menunggu dengan muka kelaparan kat bilik meeting. Menu hari ni.
  • Nasi putih - Jaja masak
  • Paprik Ayam - axa
  • Ikan Goreng Bercili - Kak Niza
  • Sambal sotong - Kak Mariati
  • Kubis masak lemak - Ayu
  • Daging goreng kicap - Jaja (actually mak dia yang masak he he he)
  • Kek Coklat - Kak Wana order dengan Zaid
  • Fruit Cocktail - En Azman dan anak2 dia yang buat
  • Air Rambutan + Laici - Zulhairi

Memang la kenyang. Sampai sekarang rasa mengah pulak axa ni. Memang seronok sekali-sekala ada aktiviti mcm ni. Sayang, our president, Prof Syed Hamid yg patut join tak ada la pulak, ada meeting kat luar. Next month maybe kite akan cuba buat western pulak...

No comments: