Friday, February 16, 2007

Dia dan Ghost Rider

A'kum...

Sejak tahun lepas lagi, ayah aszra dah bagi tahu axa yang dia tak sabar nak tunggu Februari 2007. Ghost Rider bakal ditayangkan. Hmm.... masa tuh axa tak kisah pun.. bagi axa sama je la mcm movie2 yang lain. Axa masih ingat, masa aszra baru dilahirkan. Ayah aszra sibuk menggeledah almari komik. Untuk pengetahuan, ayah aszra ni ada beratus2 komik. Dan finally dia jumpa apa yang dia nak. Dan dia boleh tunjuk pada aszra yang masih merah tuh. Dia kata.. itu la komik pertama yang dibelinya pada usia 14 tahun dan komik itu la menjadi pengasas kepada hobi nya membaca komik. Dan komik itu ialah.. GHOST RIDER. Kat rumah kami pun ada miniture ghost rider. Dah lama dia beli.

Ayah aszra memang minat ghost rider. Kalau kebanyakan org yang nak tengok filem ni, maybe sebab tengok trailer yang gempak, kepala dan motor berapi. Tapi ayah aszra nak tengok filem ni sebab ini lah filem impian nya sejak kecil. Mula2 axa tak percaya. Tapi beberapa hari lepas.. masa berkunjung ke rumah Kak Aida (kakak ipar), Kak aida ada cakap.. "Asrof sure akan tengok citer Ghost Rider. Favourite komik dia tuh." Dan ibu pun mengiya kan.. Hmm means.. keluarga nya memang tahu ayah aszra peminat setia ghost rider! Dan semalam masa kami tengah minum.. tiba2 ayah aszra dapat satu mesej dari Maleq, kawan dia dari sekolah rendah yang berbunyi,"Dude, bila kita nak tengok OUR CHILDHOOD DREAM MOVIE?"Mak aaaiii.. apa yang ayah aszra ckp memang betul. Movie ni memang movie impian dia dari awal dia baca komik ni. Patut la ayah aszra tak sabar2 dan berdebar2 menanti tayangan Ghost Rider ni. Asyik menghitung hari je kerja nya. Dan penantiannya berakhir semalam. Dan mengikut kata ayah aszra, dia akan repeat tengok sebanyak 5 kali.

Setelah tayangan, axa tanya pada ayah aszra.. so.. apa perasaan? Dia kata.. dia puas hati. Dan axa pun sebenarnya seronok tengok citer tuh. Especially part first time Johnny Blaze jadi bertukar jadi Ghost Rider. Memang cantik scene tuh. Pastu semua part dia jadi Ghost Rider tuh semuanya best. Kagum.. tengok orang berkepala tengkorak berapi.. menunggang motorsikal berapi. Memang mengarut.. tapi axa tahu.. bagi mereka2 yang meminati komik mcm ayah aszra.. ini la yang mereka tunggu-tunggu. Watak yang selama ni hanya dlm lukisan, di jadikan real. Memang puas hati... Tahniah pada ayah aszra.. penantiannya telah berakhir. Dan itu la dia ayah aszra... minat nya tak sama dengan orang lain. Dia bukan sekadar suka.. tapi benar2 minat dan axa dapat rasakan kegilaan dan kegembiraannya.

5 comments:

bANgsaL buROk said...

teruja plak nak tgk movie nie bila baca blog kak as...hehehehe...

Anonymous said...

Masa dia tengah menggila beli komik-komik tu..abis duit tabung kita dia kebas - Kak Aida

Asrof said...

wah.... jgn main tuduh²... masa tuh kite amik duit tabung ibu jek....

Anonymous said...

yes u did boy.... habis duit tabung ibu and ours. But i enjoy the comic too so kira ok lah u ambik duit tabung tu.

Dura

as a.k.a axa87 said...

ha ha ha.. adik beradik online..