Friday, February 16, 2007

Seharian yang penat dan membahagiakan

A'kum...

Salam di pagi Jumaat. Hmm hari ni axa lambat! Malas nak cerita kenapa lambat..better citer yang lagi interesting.

Semalam, hari axa dipenuhi dengan banyak aktiviti. Pagi, axa bekerja seperti biasa. Tengah hari sempat sambut birthday Kak Niza, potong kek. Pastu axa bergerak ke UITM. Hari ni ada appoinment dengan En. Azlan, supervisor IS axa. Sebelum tu, axa ke Kolej Mawar untuk hantar duit untuk adik ayu, Tati. Axa sempat menjenguk ke Galeri Tun Razak, di Menara. Cantik betul.. UNITAR pun akan ada galeri tun razak sendiri, cuma tak lah sehebat UITM tuh. Perbincangan axa dengan en azlan berlangsung di pusat e-learning uitm. Axa di perkenalkan dengan en hasrol, salah seorang yang juga terlibat dengan project e-learning dan yang ajuga akan guide axa untuk buat analysis. Agak mencabar sebenarnya tajuk yang diberi pada axa. Analysis yang axa akan buat ini akan digunakan dalam membangunkan sistem bagi membangunkan courseware di UITM. Tapi yang menariknya, di sini ada 2 lagi peluang yang axa rasa perlu axa ambil. Axa hanya perlu berusaha sedikit, dan insyaAllah axa mampu mengambil peluang tuh. Harap2nya tahun 2007 ni membawa perubahan yang besar dalam hidup dan kerjaya axa.

Selesai berbincang, axa terus ke Mid Valley, semata2 nak cari tiket Ghost Rider. Sebenarnya dari pagi axa dah cuba buat phone reservation, tapi semua tempat fully booked. So, axa decide terus ke mid valley. Masa tuh dah pukul 4.30 ptg. Axa tak sampai hati nak kecewakan ayah aszra sebab tuh axa usaha kan juga. Beratur punya la panjang. Dan akhirnya axa berjaya. Axa pasti ayah aszra pasti tersenyum lebar. Kaki axa pulak dah kejang sebab pakai kasut tinggi. Then, axa terus ambik ayah aszra untuk balik rumah. Ayah aszra ni tersengih2. Tak sabar rasanya. Balik tuh singgah pulak kat starbuck leisure mall. Lama tak minum2 mcm tuh ngan ayah aszra. Pastu terus lepak kat rumah coz tayangan Ghost Rider tuh kul 12.30 mlm. Lama tak tengok mid night berdua-duaan dengan ayah aszra.

Dalam pukul 9.30, axa dan ayah aszra keluar ke Kg Baru. Ayah aszra nak belanja makan di Chop & Steak. Kali terakhir makan situ, masa berbuka puasa dengan geng2 MB. Axa happy malam ni. Teringat zaman2 bercinta dulu, masa axa tinggal kat kg baru. Yang paling best baru je axa ngan ayah aszra duduk kat stau corner, ada seorang pemuzik jalanan baru nak mulakan persembahan. Starting lagu dealova.. memang favourite axa tuh. Petikan gitar Yamaha dia memang sedap di dengar. Axa memang cintakan muzik. Dengar dia menyanyi dan memetik gitar, memang buat axa terbuai sekejap. Semua lagu kegemaran axa pulak tu. Dah lama axa tak dengar petikan gitar yang mcm tuh, teringat axa pada seorang sahabat yang agak hebat bermain gitar. Ayah aszra hulurkan sumbangan sebab dia buat kami terhibur. Dalam pukul 10 lebih kami bergerak ke Mid Valley.

Sampai di mid valley pukul 11.00. Tayangan pukul 12.30. Hmm axa mcm mengantuk pulak. Park kereta, dan kami tidur sekejap kat dlm kereta. Pukul 11.45, kami keluar dan lepak2 area panggung. Sambil2 tu tengok org main bowling kat Cosmic Bowl dan ayah aszra sempat pulak main game 2-3 das (pinjam ayat mleo nga sato). Dan kul 12.30... bermula lah citer Ghost Rider. (axa citer kat posting lepas ni).

Memang satu hari yang penat, tapi amat membahagiakan. Hari yang membuka peluang pada axa juga hari yang mengeratkan lagi hubungan axa dengan ayah aszra.

Selamat Bercuti pada semua... Axa juga nak ucap tahniah pada beberapa kawan2 axa yang bakal menempuhi dan memulakan hari bersejarah masing2. Mleo, Sato, Zam, Whosend dan Ida. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati. Tahniah....

No comments: