Thursday, March 01, 2007

Pergi dan datang

A'kum.. Salam di pagi Khamis yang cerah dan ceria ni. Terasa penat sangat hari ni. Dah berapa hari asyik berdiri dan handle beberapa event. Ke hulu ke hilir. Dan sekarang ni pun bukan boleh rehat pun.. banyak nak kena buat.. tesis yang masih tergantung... kad kawin yang nak ditempah. Adoiiii.. banyak nyer kerja.


Semalam.. hari terakhir Prof Syed Hamid, menjadi president UNITAR. Beliau tidak menyambung kontrak nya.. dengan alasan nak pencen. Mcm sedih jugak la.. Sepanjang axa di UNITAR.. ini kali kedua axa melihat pertukaran president. Tahun 2005 hari tuh, president pertama UNITAR, Dato' Syed Othman Al Habshi di ganti dengan Prof Syed Hamis. Dan 2007 menyaksikan kemasukan president yang baru iaitu.. Prof. Dr Mohd Zabid. Khabarnya beliau dari OUM. Semalam kami semua diperkenalkan. Orang nya tinggi lampai, kulit sawo matang dan wajahnya agak lembut.. tapi tak tahu lah cara beliau bekerja. Harap2nya dia sporting mcm prof syed hamid.

Prof Syed Hamid yang axa kenal ialah seorang yang memang pintar. Hobbynya suka membaca sebab ditangan nya selalu ada buku untuk dibaca. Tahun ni prof mencecah umur 60 tahun.. hampir sebaya dengan ayah axa. Ofis axa bersebelahan dengan ofisnya. Orang nya sederhana.. tapi pandai buat joke. Rajin juga dia lepak2 kat empat axa.. bercerita tentang web site.. kerja dan mcm2 lagi. Dia ni selamba je... pakai selipar kat dlm ofis.. duduk makan keropok dengan kami. Banyak benda yang merapat jurang antara kami dengan prof walaupun dia seorang president. Tapi hormat kami pada dia tetap tinggi. Terima kasih prof. Semoga kehidupan akan datang akan lebih bermakna.


Hari ini.. 1 March 2007, bukan sahaja kami menerima president baru.. tapi kami di UNITAR ini bukan lagi bernaung di bawah pimpinan KUB Malaysia. Setelah 9 tahun, KUB menerajui, kini UNITAR di serah kan kepada Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR). Penaung yayasan ini ialah Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri Malaysia. Axa dan semua staff di UNITAR mengharapkan perubahan yang akan dibuat, biarlah memberi kebaikan pada semua pihak dan bukan sekadar menguntungkan sesetengah pihak je. Apa2 pun..tunggu je la, corak pimpinan yang baru.. tapi yang penting... KAMI DAH DAPAT BONUS! he he he ....

No comments: