Monday, August 11, 2008

My Busy Weekend

Salam pagi Isnin.. ada yang duk bising axa tak update blog. Bukan sengaja tak nak update.. atau bukan tak ada aktviti, tapi axa sangat busy. Ni ambik masa kejap datang awal... masuk bilik terus transfer gambar dan update blog ni. Buat masa ni, axa sangat busy dengan satu kerja berstatus SULIT. So.. everyday, kena duduk buat kerja kat bilik khas yang hanya leh dimasuki oleh certain people je. Berat juga tanggungjawab..terutama dalam membuat keputusan dan pemilihan yang melibatkan periuk nasi orang lain. Segalanya perlu telus dan amanah..huh...pening! Masa ni la ada yang baik2 mengaku kawan..huhuhuh....


Sabtu lepas.. sempat juga axa mewakili INTAN utk Sukan Polis/INTAN di Bentong Pahang. Tanpa latihan... terus main.. kalah kali ni. Main je la kan.. Dalam tengah hari, Sato dan axa decide tak nak tunggu sampai petang, so kami pun tunggu bas lompat untuk balik KL. Lama sungguh axa dah tak naik bas awam ni. Terasa tempat duduk dlm bas tu kecik je. Bentong ke KL RM 4.60 je. Time naik bukit kat area Genting Sempah tuh.. macam tak larat je bas tu..heheheh.. Alhamdulillah selamat juga sampai nyer. Ayah Aszra dan aszra dah tunggu kat stesen bas Pekeliling. Pastu we all jalan2 kat taman KLCC, lepak baca buku kat Kinokuniya then finally gi Jalan TAR. Ayah aszra nak cari baju untuk jogging. Penat sungguh... sampai rumah dalam kul 8.30 jugak.

Sian Aszra, dua hari duduk lepak ngan ayah jer...

Ahad, kul 8 pagi axa dah keluar ke ofis. Memang terpaksa duduk seharian kat ofis buat kerja dengan team axa. Kul 5 baru gerak balik. Lepak kat rumah Setia Alam pulak. Tak sabar nak masuk rumah baru... tapi slow-slow la... biar masuk rumah baru nanti, semua dah siap.. baru puas hati kan...

1 comment:

Arjue said...

Wah, kak as ni sport women la. Boling main, net ball main. Mesti atlit masa sekolah kan. Bagus, bagus, bersukan ni sihat tubuh badan