Monday, August 04, 2008

I'm Back to Work

Salam pagi Isnin. Hari ni..axa kembali bekerja. Banyak yang menanti after 3 minggu axa tak masuk office. Sebenarnya axa masih penat. Weekend axa sangat panjang dan meletihkan. Khamis lepas.. habis exam.. terus bersiap utk balik ke Seremban. Sebab Ibu buat kenduri doa selamat sempena hari lahir ayah (ayah mertua). So..semua balik Seremban. Plan asal.. jumaat pulak nak balik ke Mersing untuk berhujung minggu. Tapi semuanya tak jadi...hhhmmm.

Pagi Jumaat.. axa, ayah aszra dan aszra bergerak ke Alamanda Putrajaya untuk Kejohanan Bowling MAKSWIP 2008. Axa dan Wawa mewakili JPA selepas berjaya dalam selection hari tu (rujuk posting lepas). Seawal pukul 8.30 pagi game dah bermula. Awalnya axa dan ayah aszra fikir nak balik ke Mersing lepas game hari tu. Tapi rupanya axa kena main dua hari. Jumaat 6 games dan Sabtu 6 games. Total 12 games. Ini la game paling besar yang axa pernah join. Peserta perempuan je hampir 150 orang. Team je..dalam 44 pasukan. Semuanya mewakili Jabatan dan Kementerian sekitar Wilayah Persekutuan. Kejohanan kali ni bukan je untuk merebut hadiah, tapi bertujuan memilih pemain yang layak mewakili Wilayah Persekutuan ke Peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Bowling MAKSAK. Mampu ke axa kan... Axa tak meletakkan harapan tinggi untuk ke kebangsaan. MAklumla...axa ni pemain biasa je. Ramai otai2 wanita yang sangat hebat kat luar sana. Lagi pun 12 game 2 hari berturut2 memang amat memenatkan.

Hari pertama, 6 games axa agak baik. Kedudukan Individu no 13 daripada hampir 150 peserta wanita. Hari Kedua.. Mak ayah pun siap turun bagi semangat. alhamdulillah.. total untuk 6 game terakhir mencecah 1030 pin fall. Tak tahu lah ranking ke berapa. Hari ni...Isnin pukul 6.30 petang baru keputusan akan diumumkan.Takut juga.. tapi axa kan tak harap apa2... pengalaman main peringkat Wilayah ni pun sangat berharga buat axa.

Thanks to ayah Aszra dan Aszra yang sabar sangat menunggu dua hari sepanjang kejohanan. Syukur sangat.. axa ada seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa bagi galakan untuk axa majukan diri dalam sukan kegemaran axa ni.Sian ayah aszra yang terpaksa layan kerenah aszra yang kadang2 pening jugak dibuatnya. Thanks juga atas tunjuk ajar... selalu ayah aszra la coach terbaik axa dalam memperbaiki setiap balingan. So.. tunggu je la keputusannya petang ni.

4 comments:

adamwafri said...

salam axa, first time i baca ur blog... intersting jugak..... saya pun ada keinginan nak ujudkan blog mcm awk....tppp.. tak pandai bersstera....

oooo axa main boling makswip ker? saya pun main jugakkk... sabtu 6.30ptg dan ahad 1.30ptg...

cam ner result awk?

saya dapat 14 overall dapat lahhhh duit sikittt.... tp agak kecewa sbb tidak termasuk lam top 10...

as a.k.a axa87 said...

salam adam.. oo adam dari jabatan mana yer. Saya mewakili JPA.Saya dapat tempat ke 12 invididu... pun dpt duit jugak. Pun sedih jugak..sipi2 je nak masuk top 10.. kalau tak leh main maksak kan...hehehe..

Thank jenguk sini...

Giha_audit said...

akak, tahniah. Top 15 tuh. Dah kira hebat. Saya tengok score akak pun sangat bagus la. Cuba lagi tahun depan utk ke Maksak.

adamwafri said...

saya team KESPERB. score team sgt teruk mungkin second last kot....mana tak nyerrrr. mana mungkin sorang nak cover 3 org lagii. kuang3x