Friday, August 29, 2008

Ismail : The Last Day


Salam....axa dan ayah aszra sempat ke KLPAC, menonton Ismail : The Last Day, teater tribute to Tun Dr Ismail. Dah berminggu2 ayah aszra mengajak.. tapi asyik full je masa kami berdua. So semalam... finally dapat juga tengok pementasan character favourite ayah aszra tuh. Actually, banyak2 tokoh politik, ayah aszra memang menyanjungi Tun Dr Ismail lebih dari yang lain. Last year, masa hari merdeka, kami ke Makam Pahlawan untuk menziarahi pusara Tun Dr Ismail. Ayah Aszra juga ada buku The Reluctant Politician.. citer pasal Tun Dr Ismail.

Teater yang makan masa hampir 2 jam ni, sebenarnya lebih menceritakan tentang Tun Dr Ismail sebagai seorang lelaki yang memegang status Timbalan Perdana Menteri, suami dan seorang ayah dan kasih sayangnya untuk negara, isteri dan anak2. Konflik yang dipaparkan apabila beliau terpaksa memilih samada berkhidmat untuk negara ataupun keluarga memandangkan bapa dan isteri beliau tidak bersetuju dengan penglibatan beliau dalam politik. Kisah ini digambarkan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir...Axa tak kenal pun pelakon2 teater ni...kecuali Norzizi Zulkifli.. maybe sebab ni teater inggeris.


Bergambar dengan lukisan2 yang banyak dipamerkan kat situ


Bercerita tentang KLPAC, ini lah pertama kali axa ke sana. Selalu menonton teater hanya di Istana Budaya ataupun Philharmonik, KLCC. KLPAC ni kat Sentul West. Axa kagum bangunan kat situ...macam antik. Axa rasa memang bangunan lama yang masih di preserve. Pastu yang bestnya... sebelum persembahan mula, ada jamuan koktail..pastu masa rehat 15 minit pun ada koktail lagi...kenyang betul especially bila sushi yang jadi hidangan heheheheh....


Ok la.. Selamat Hari Merdeka!

Wednesday, August 27, 2008

Went to Birthday Party


Salam petang Rabu. Hari bi baru dapat update blog. Banyak sebenarnya aktiviti axa ni, tapi tak terupdate sebab sangat busy. Isnin... busy preparation for anugerah Inovasi. Then semalam...seharian di Putrajaya sebab presentation anugerah Inovasi tu oleh team axa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar... So.. hari ni continue balik dengan kerja Sulit. Tapi macam nak demam la pulak.. running nose la..


Ok.. nak citer last weekend.. Sabtu gi attended birthday party Arish kat Seri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam. Arish ni anak sulung Aidil, cousin ayah aszra sebelah ayah. Aidil ni pemain violin.. tak sure masih di RTM atau dahh tukar jadi pensyarah kat Uitm. Majlis mula pukul 2 petang. Lepas cake cutting.. biasa la, aktiviti makan2 dan borak2. Jumpa sekali sekala dengan sedara mara ni memang seronok. Banyak betul nak citer. Auntie Yah dan Uncle Ayob pun turun dari Penang. The most happiest person, dah tentu Aszra. Bila sebut nak pergi birthday party.. terus je nyanyi lagu happy birthday. Heheheh... main je sepanjang masa si Aszra tu.




Ahad.. attend kenduri bertunang anak cousin axa pulak kat Subang. Selesai majlis terus ke Sg buloh, beli rumput untuk ditanam kat rumah KAMI. Tinggal half lagi yang belum tanam. Sempat la jugak menanam rumput kat rumah tu.. By this week... grill dan perabot baru akan sampai... tak sabor lak nak masuk rumah... tapi relaks...jangan terburu2.. maybe lepas raya kot baru masuk secara rasmi..heheheh

Friday, August 22, 2008

Berkampung di IJN


Salam pagi Jumaat... dua hari ni memang agak mengantuk. Axa masih sibuk dengan kerja. Kerja SULIT terpaksa hold dulu... sebab team axa akan ke pertandingan Anugerah Inovasi. So.. semua tenaga kerja kena pulun buat preparation Inovasi la dulu.


Selain kerja, dalam 3-4 hari ni... axa, ayah aszra dan aszra sendiri berkampung di IJN. Ayah aszra ambik cuti 3 hari..start hari Rabu. Aszra pun join ayah aszra jugak. Axa je yang takleh nak bercuti. Tengok la..kalau kerja ok ..by tengah hari ni nak half day terus ke IJN. Ooo lupa lak nak citer. Kenapa kami di IJN?? Ibu mertua axa kena menjalani procedure untuk letak pacemaker kat jantung nya. Finally Ibu setuju sebab heart beat Ibu memang laju dari orang biasa. Lately ni pulak, doktor noticed ada laps beberapa saat. Agak bahaya. So.. semalam, kul 8 pagi, alhamdulillah Ibu dah menjalani pembedahan untukletak pacemaker tu. Pacemaker ni ikut kata kak Dura, macam bateri yang tolong stabilkan jantung.


So.. since Rabu.. memang dah berkampung kat IJN. Ibu dapat bilik single yang agak besar.. kelebihan as bekas government servants dan juga ada anak yang jadi doktor kat situ(Kak Dura). Best kan.. kalau Aszra jadi doktor.. senang axa bila sakit dah tua nanti..InsyaAllah... Kebetulan pulak.. satu floor dengan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara) yang kena buat bypass sebab tiba2 kena serangan jantung beberapa hari lepas. Dan Tan Sri Musa tu pulak kawan Ayah mertua axa... senang pergi melawat. Jumpa juga Jalaludin Hassan (adik Tan Sri Musa). Pastu ramai la VIP2 yang datang. Banyk betul bunga kat depan bilik Tan Sri tuh. Polis pun ramai... 24 jaga entrance kat tingkat 2 tu. Yer la..bukan semua orang boleh melawat..heheheh

Tuesday, August 19, 2008

My Cuppy Beez

Salam... Weekend lepas..pun busy buat cupcakes. Ni tempahan dari kawan2 ofis.. Enjoy!
Tema Kartun (Ben 10, Ultraman & Spider Man) utk Kak Hasnita

Lovely Theme utk Fisya

Tempahan oleh Fisya (birthday dia)

cuppies utk Sato..

Buah hati axa yang mula2 baik hati tolong buat kek.. pastu dia pun sibuk makan kek...





Weekend Story


salam pagi selasa.. mencelah sekejap utnuk update blog... masih busy dengan urusan SULIT yang belum selesai ni. Kerja lagi.. urusan rumah baru lagi.. macam2 nak kena uruskan. Jumaat lepas axa ambik cuti, ada urusan dengan adik. Pastu ada temu janji dengan kontraktor grill.. diaorg nak ukur, lagi 10 hari siap la untuk dipasang. Ayah pulak dah mula pasang2 lampu.. sementara belum masuk bulan puasa ni..
Weekend, axa terpaksa bergerak solo. Ayah Aszra terpaksa berkampung di UKM Bangi untuk siapkan project dengan UKM. Since Jumaat hingga semalam baru la Ayah Aszra balik. Sian Aszra.. asyik cakap "ayah jer.. je" maksudnya ayah kerja je ...dia rindu ayah dia sebenarnya. Bila axa balik asyik tanya, "ayah mana?".. Last nite bila ayah dia balik.. habis kena dera ayah kesayangan dia tu...

Ahad, axa join MB Ambang Merdeka Tournament. Biasalah aktviti bulanan MalaysianBowlers. Kali ni aszra tak dapat nak support ibu sebab ayah aszra kan tak ada.. tak ada sapa nak jaga pulak. Axa memang akan busy dengan proses registration pulak tuh. Btw.. kali ni axa join Hafiz TM, Rashid dan Raj as satu kumpulan... dapat la tempat ke 9..hehehhe....


Ni team axa ambik hadiah dr Auntie Ani (Mak Shalin)

Tuesday, August 12, 2008

Ikan Laga di Kampung Baru

Last night, balik dari office, axa dan ayah aszra makan kat Chop & Steak, Kg Baru. Dah lama kami tak ke situ. Banyak perubahan yang dibuat. Kalau dulu, boleh nampak tikus2 berkeliaran di tepi2 jalan, tapi banyak kerja-kerja naik taraf dah dilakukan. Kaki lima nampak cantik dengan batu-batu hiasan yang menarik. Bagus la mcm ni kan... Kg Baru tu kan.. satu2 nyer kampung yang terletak di tengah2 bandaraya KL tu.



Balik pada citer axa, ayah aszra suggest kami ke sana. Thanks ayah aszra yang sangat memahami especially di saat axa dalam keadaan stress macam semalam. Alhamdulillah..pagi ni getting better... biar orang yang buat hal yang tanggung apa yang dia dah buat. Ok, about Chop & Steak pulak..pun dah banyak buat penambahan.. makin luas restorannya. Last time pergi masa buka puasa tahun lepas. Axa hanya order Chicken Grill dan ayah Aszra dengan Sizzling Spare Rib nya. Makan puas-puas. Lega...Kenyang.


Gerai ikan laga depan Chop & Steak Kg Baru

Pastu kebetulan depan Chop & Steak tu ada lak jual ikan laga. Tiba2 macam terbekanan nak beli. Balang ikan laga axa dah lama kosong sejak ikan kesayangan axa mati 2 tahun lepas. Ikan laga axa mati sebab axa.. menangis axa masa tu. Axa tak sedar.. axa on the phone, betul2 sebelah ikan tuh. Rupanya ikan ni tak tahan dengan gelombang phone. Terus mati... betul2 sedih axa masa tuh. So.. malam tadi axa beli seekor ikan laga warna biru. Axa letak dalam balang tu... hopefully ikan ni akan hidup lama....

Monday, August 11, 2008

My Busy Weekend

Salam pagi Isnin.. ada yang duk bising axa tak update blog. Bukan sengaja tak nak update.. atau bukan tak ada aktviti, tapi axa sangat busy. Ni ambik masa kejap datang awal... masuk bilik terus transfer gambar dan update blog ni. Buat masa ni, axa sangat busy dengan satu kerja berstatus SULIT. So.. everyday, kena duduk buat kerja kat bilik khas yang hanya leh dimasuki oleh certain people je. Berat juga tanggungjawab..terutama dalam membuat keputusan dan pemilihan yang melibatkan periuk nasi orang lain. Segalanya perlu telus dan amanah..huh...pening! Masa ni la ada yang baik2 mengaku kawan..huhuhuh....


Sabtu lepas.. sempat juga axa mewakili INTAN utk Sukan Polis/INTAN di Bentong Pahang. Tanpa latihan... terus main.. kalah kali ni. Main je la kan.. Dalam tengah hari, Sato dan axa decide tak nak tunggu sampai petang, so kami pun tunggu bas lompat untuk balik KL. Lama sungguh axa dah tak naik bas awam ni. Terasa tempat duduk dlm bas tu kecik je. Bentong ke KL RM 4.60 je. Time naik bukit kat area Genting Sempah tuh.. macam tak larat je bas tu..heheheh.. Alhamdulillah selamat juga sampai nyer. Ayah Aszra dan aszra dah tunggu kat stesen bas Pekeliling. Pastu we all jalan2 kat taman KLCC, lepak baca buku kat Kinokuniya then finally gi Jalan TAR. Ayah aszra nak cari baju untuk jogging. Penat sungguh... sampai rumah dalam kul 8.30 jugak.

Sian Aszra, dua hari duduk lepak ngan ayah jer...

Ahad, kul 8 pagi axa dah keluar ke ofis. Memang terpaksa duduk seharian kat ofis buat kerja dengan team axa. Kul 5 baru gerak balik. Lepak kat rumah Setia Alam pulak. Tak sabar nak masuk rumah baru... tapi slow-slow la... biar masuk rumah baru nanti, semua dah siap.. baru puas hati kan...

Monday, August 04, 2008

I'm Back to Work

Salam pagi Isnin. Hari ni..axa kembali bekerja. Banyak yang menanti after 3 minggu axa tak masuk office. Sebenarnya axa masih penat. Weekend axa sangat panjang dan meletihkan. Khamis lepas.. habis exam.. terus bersiap utk balik ke Seremban. Sebab Ibu buat kenduri doa selamat sempena hari lahir ayah (ayah mertua). So..semua balik Seremban. Plan asal.. jumaat pulak nak balik ke Mersing untuk berhujung minggu. Tapi semuanya tak jadi...hhhmmm.

Pagi Jumaat.. axa, ayah aszra dan aszra bergerak ke Alamanda Putrajaya untuk Kejohanan Bowling MAKSWIP 2008. Axa dan Wawa mewakili JPA selepas berjaya dalam selection hari tu (rujuk posting lepas). Seawal pukul 8.30 pagi game dah bermula. Awalnya axa dan ayah aszra fikir nak balik ke Mersing lepas game hari tu. Tapi rupanya axa kena main dua hari. Jumaat 6 games dan Sabtu 6 games. Total 12 games. Ini la game paling besar yang axa pernah join. Peserta perempuan je hampir 150 orang. Team je..dalam 44 pasukan. Semuanya mewakili Jabatan dan Kementerian sekitar Wilayah Persekutuan. Kejohanan kali ni bukan je untuk merebut hadiah, tapi bertujuan memilih pemain yang layak mewakili Wilayah Persekutuan ke Peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Bowling MAKSAK. Mampu ke axa kan... Axa tak meletakkan harapan tinggi untuk ke kebangsaan. MAklumla...axa ni pemain biasa je. Ramai otai2 wanita yang sangat hebat kat luar sana. Lagi pun 12 game 2 hari berturut2 memang amat memenatkan.

Hari pertama, 6 games axa agak baik. Kedudukan Individu no 13 daripada hampir 150 peserta wanita. Hari Kedua.. Mak ayah pun siap turun bagi semangat. alhamdulillah.. total untuk 6 game terakhir mencecah 1030 pin fall. Tak tahu lah ranking ke berapa. Hari ni...Isnin pukul 6.30 petang baru keputusan akan diumumkan.Takut juga.. tapi axa kan tak harap apa2... pengalaman main peringkat Wilayah ni pun sangat berharga buat axa.

Thanks to ayah Aszra dan Aszra yang sabar sangat menunggu dua hari sepanjang kejohanan. Syukur sangat.. axa ada seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa bagi galakan untuk axa majukan diri dalam sukan kegemaran axa ni.Sian ayah aszra yang terpaksa layan kerenah aszra yang kadang2 pening jugak dibuatnya. Thanks juga atas tunjuk ajar... selalu ayah aszra la coach terbaik axa dalam memperbaiki setiap balingan. So.. tunggu je la keputusannya petang ni.

Friday, August 01, 2008

Habis Kursus Sudah...


Salam... lega sangat. Semuanya dah settle. Public Speaking, kelas dan exam pun dah diselesaikan. Tunggu je la result. Axa dah buat sebaik mungkin. Letih juga masuk kelas ni.. Pastu kena jalankan tugas as Penghuluwati pulak tuh. Tapi Kursus Induksi ni memang bagus la.. selain dari pendidikan untuk penjawat awam yang masih baru lagi ni...kat sini juga kami mula buat network. Now..axa dah ada ramai kawan2 dari seluruh Malaysia yang akan sama2 bekerja dan membantu antara satu sama lain dalam urusan kerja lepas ni...

Sepanjang kursus ni.. selain kelas.. INTENGAH juga cabar peserta kursus dengan aktviti sukan. Antara nya bowling...ehheheh memang dah feveret axa kan.. Memang menang pun. Individu keseluruhan lelaki perempuan, axa dapat champion dan keseluruhan team pun...kami peserta induksi ni memang mengalahkan INTENGAH.

Pastu hari Isnin lepas pulak ada futsal. INTENGAH tak puas hati kot diaorg kalah bowling. Tapi kemenangan masih berpihak pada kami. Team lelaki menang dan axa yang main futsal utk team perempuan seri 4-4 dengan INTENGAH. Tu pun.. kami main 15 minit je sebab salah satu kereta peserta kursus accident masuk lubang besar.

So.. mudah-mudahan axa dan semua peserta Kursus Induksi Kumpulan 1 Bil 4/ 2008 akan berjaya dalam exam. Jangan kena mengulang udah la....
Team boling Kursus Induksi vs INTENGAH

Muka2 lega lepas exam