Monday, February 18, 2008

Hunt for Ms Yasmin


Assalamualaikum wbth.
Salam pagi Isnin. Singgah sini jap..nak update aktiviti hujung minggu. Lepas ni ada kerja yang menanti. Sabtu lepas, axa dan ayah aszra join Hunt for Ms Yasmin yang dianjurkan oleh Bayer Schering Pharma. Lama kami tak gi hunt since Putrajaya Hunt on July last year. So.. this hunt will be the beginning of our hunting activities. More coming in March...huhuhu...


Ok la, specialnya hunt kali ni, ianya adalah untuk couple (they prefer yang dah kawin la..tapi ada jugak yang tak kawin lagi)... in conjunction of Valentines Day la ni.. tapi yang lebih interesting ialah... kami belajar banyak benda baru tentang Contraception method and birth control.. sounds mcm kelakar.. tapi apa yang Bayer nak sampaikan ialah.. how important the family planning for us. Hunt ni sangat bagus dan berguna untuk pasangan yang baru berkahwin atau yang sedang merancang keluarga. Actually banyak yang kita tak tahu.. axa sendiri pernah dpt consultation from my Gynae..tapi masa tu tak faham sangat.. tapi kali ni ok la.. faham banyak.

Hunt bermula di Jaya 33 @ Seksyen 14, PJ. Ni walk hunt..so kena jalan kaki lorrr. Mula2 buat hunt kat area situ je. Pastu kena ke Stesyen LRT Asia Jaya.. dan naik LRT ke KL Sentral. Sampai KL Sentral.. buat hunt kat Jln Sambathan dan Thambipillai (sesak sungguh kat sini... ). Pastu naik pulak monorail ke Berjaya Time Square. Buat hunt kat Level LG dan Level 2 kat situ. Pastu..lari la ke Finish Control kat Lecka-Lecka, Bukit Bintang. Lepas submit kena buat mission lagi... kena menyumpit la pulak..dan main puzzle. Axa dan ayah aszra sampao on time.. pastu kami dijamu lunch kat situ..which is really berbaloi.. buffet spagetti, salad, daging panggang, creamy mushroom soup dan dessert yang sangat sedap. Sambil tu ada talk about contraception ni. Then sesi semak jawapan..ramai regular hunter tak puas hati coz soalan kat Berjaya Times Square banyak yang tak logik dan soalanya sendiri salah.. Ayah dan aszra tak menang pun...even kami betul dlm banyak juga soalan..except kat Berjaya tu la.. Tak ada rezeki... tapi kami enjoy!.

Dapat t-shirt free jugak..


Jebat dan Kak Mas pun join jugak


Dalam monorail ..sempat lagi ambik gambar


Makanan yang sangat best..leh makan banyak 3x


Tempat makan pun best . Lecka-Lecka@ Bukit Bintang


Daphne Iking & hubby pun join. Dia share experience tu.


Dengan Daphe.. so slim la minah cina ni...huhuhu

4 comments:

Lan Rambai said...

lain kali.. pakai name tag "Saya Seorang Blogger" ya.. hehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

wah first time tau psl hunt cam gini .. siap dpt pose dgn daphne lagiks ...mmg slim giler dia lps deliver .....

Anonymous said...

Next time I nak ikut....pilih yg single plak ok. No couple2

Dura

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih