Wednesday, February 06, 2008

Caffiene VS Tidor

A'kum .. salam pagi Rabu. Hari ni mcm mood holiday je.. maklumlah, mulai esok boleh la dikatakan long holiday. Pagi ni dtg ofis pun, jalan lengang je.. Kalau la mcm ni tiap2 hari... sangat la heaven.

Ni la.. nak citer pasal tajuk kat atas ni. Sejak axa memulakan kerja di Putrajaya, axa akan travel ke ofis agak awal. So dalam 6.30 /6.45 (bangun kul 5.45 tuh) axa dah bertolak dr rumah. On the ke ofis ayah aszra kat Damansara (the reason why kami tak bawak 2 kereta coz nak save duit minyak dan tol la..coz2 dua2 ofis jauh..tak larat nak isi tangki 1.6 & 1.8 sekali gus) axa mesti akan tidur la.. pastu dr Damansara axa akan drive ke Putrajaya. Every day rutin axa macam tuh. So.. disebabkan bertolak awal.. nak compare ngan dulu (dulu bertolak kul 7.30/7.45) axa jadi sangat mengantuk masa tengah drive. Sampai pernah mcm nak ter accident sebab mengantuk sangat. Pernah sekali, axa berhenti kat hentian tol Sg Besi, axa tidur dlm 10 minit..then baru segar dan leh teruskan perjalanan. Disebab mengantuk yang amat ni la...menyebabkan axa sekarang ni tiap2 hari akan minum KOPI/NESCAFE/LATTE. Actually dulu axa x minum pun kopi2 ni.. tapi sejak dua menjak ni..axa jadi semakin addicted to coffee. Every day.. lepas hantar ayah aszra, axa akan singgah ke 7-11, stesen minyak Shell atau Dunkin Donuts untuk beli cofee ni. Kalau tak dapat, sure meraban la axa bawak kereta. Kat bawah ni la rutin axa tiap2 hari..

Ni Iced Latte Dunkin Donut..sedap sangat. Kebetulan outlet dia ada kat hentian Tol Sg Besi tuh.


Ni Pearl Cafe keluaran Power Root. Axa selalu minum yang dlm tin, sejuk nye. Sekali minum, terus segar mata.


Ni coffee sekeluaran Nescafe. Paling axa suka, tin kuning jenis Latte jugak. Tapi as long coffee, layan je la.

Ayah aszra selalu ckp.. its not healthy bila axa tiap2 hari minum coffee ni. Dia suruh try benda lain.. axa pernah try tea...tak jalan. Makan gula2 pun tak jalan dan on radio kuat2 pun tak jalan...pastu ada yang ckp..tidor la awal.. axa pernah try..tidur seawal kul 10 pun...pagi still mengantuk masa drive. Masalah betul. Lepas 3 bulan lebih axa asyik minum kopi ni... axa mula rasa tak sihat. Axa selalu sakit kepala (tapi tu leh hilang lepas telan paracetamol). Yang membimbangkan axa bila lately ni dada axa selalu rasa sakit...dengupan jantung selalu mcm laju je.. ala2 berdebar (mcm drh gemuruh lak). Pastu kadang2 rasa susah nak bernafas (mcm lelah pun ada). Last night axa lepak borak ngan on of my friend nye fiancee (merangkap kawan axa la). Lyn namanya...seorg Physioterapist kat Prince Court Hospital (hospital baru kat jln tun razak tu). Axa citer kat dia lately ni selalu sakit dada.. pastu terus dia ckp axa ni maybe terlebih caffiene kot. Oh ooooooo... Dia tak tahu pun axa ambik coffee tiap2 hari. Pastu baru axa citer kat dia.. then dia ckp...ha, ye la tuh terlebih caffiene dan axa dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan coffee ni.. Cam mana ni ek.. pagi ni je, axa sangat tak tahan, bawak kereta mcm org mabuk..dan finally berhenti kat Dunkin Donut dan beli Iced Latte. Apa cara lain ek nak selesaikan masalah axa ni.. pening2.. tak nak la muda2 sakit jantung (even my SIL ada kat IJN..leh dpt priority la kalau sakit jantung), takut woooo.... cam mana ni...

3 comments:

bANgsaL buROk said...

hehehe... dulu time dok maluri, takat gi keje kol 6 pg tu dah biasa da.. bangun kol 5 pg.. then naik bas sambung tido. hehehe..

Anonymous said...

memang kena cut down on your caffeine/coffee. For that matter tea pun tak digalakkan.
The only choice you have is maybe to take a nap 10-15 min in between journey... or exercise( 20-30 min cardivascular) a bit more so that when you have that 5-6 hrs good night sleep

Adura

as a.k.a axa87 said...

Tim.. sekarang naik2 bas tu dah jadi sejarah la yer...la ni tak leh tido on the way gi kerja lak kan..sebab nanti sure masuk longkang..hahha

Thanks Dr Adura..insyaAllah cuba buat apa yang di advice.